Wednesday, August 24, 2016

Aku mahu, jadi?

"Aku nak pandai bawak kereta macam abah!" sambil melihat abah memandu walaupun mengantuk dalam perjalanan balik ke kampung. Selalu juga aku bertanya abah kenapa setiap gerak geri dilakukan. Aku kagum dengan abah, walaupun ummi pun pandai juga memandu, tapi sebab ummi selalu langgar benda, aku lebih kagum dengan abah.

"Aku nak pandai masak sedap-sedap." Memori aku ummi selalu masak lauk pauk untuk kami. Dan ada juga ketika abah rajin dan mood nak memasak dia ada, abah akan masakkan lauk untuk kami. Dan masakan dia memang sedap. Aku kagum lagi.

"Aku nak pandai menjahit macam ummi, bila lihat ummi sangat tekun menjahit baju raya kami menggunakan mesin jahitnya, SINGER yang bernama HASDIN; gabungan nama ummi Hasmah & abah Khairudin. Aku cuba nak jadi macam ummi, dalam menjahit.

"Aku nak pandai baking, pandai buat biskut raya, pandai masak kek macam ummi." Setiap kali birthday & raya mesti ummi buat. Aku nak jadi macam ummi.

"Aku nak pandai melukis macam ummi dan abah." Ummi suka melukis depan aku bila aku bagi dia buku kosong. Dan aku puji lukisan dia cantik. Abah pun pandai sketch. Aku nak pandai melukis macam ummi dan abah.

Ummi cakap sambil melukis, cita-cita ummi nak jadi arkitek macam arwah abah dia. Aku pun menyimpan cita-cita untuk menjadi arkitek. Masa tingkatan 3 Ustaz Zul suruh kami lukis gambar kami 10 tahun akan datang, aku lukis aku sebagai seorang arkitek. Sebab aku nak sambung cita-cita ummi.

"Aku nak tulisan cantik macam ummi." Sebab ummi cikgu, tulisan dia sangat cantik dan bulat. Tulisan abah leper walaupun kemas. Aku nak jadi macam ummi ada tulisan yang bulat dan kemas.

"Aku nak jadi macam abah, hafal banyak surah." Abah selalu randomly menghafaz surah yang dia dah hafal dalam kereta. Aku suka dengar. Aku nak menghafal surah banyak macam abah dah hafal.

"Aku..aku dah dapat jadi apa yang nak jadi sejak kecil, kecuali arkitek tu la kot." Tapi, apa aku boleh buat dengan apa yang aku dah dapat tu?

Ya, aku boleh katakan bakat yang aku ada sekarang ni hasil daripada kekaguman aku daripada ummi & abah selain daripada genetik dan Allah bagi nikmat ni.

Tapi kadang-kadang aku terfikir, dulu aku selalu rasa nak sangat dapat buat sesuatu yang aku tak tahu sebelum ni. Dan aku sangat berharap aku dapat menguasai segalanya.

Ia bukanlah competition, tapi more to self-convincing.Self-satisfaction. Kepuasan diri.

Tapi, apa kemahiran yang aku ada ini aku gunakan dan juga manfaatkan kepada orang lain?

Sebagai salah satu method untuk aku berdakwah?

Menggunakan kelebihan yang aku ada dengan lebih serius untuk berdakwah?

Seringkali aku terlupa akan nikmat itu. Aku meminta untuk dapat nikmat itu, ada yang Allah bagi. Ada juga yang Allah gantikan dengan yang jauh lebih baik dan lebih bersesuaian dengan aku.

Alhamdulillah.

Aku bukan nak menunjuk, tapi aku cuma nak muhasabah diri sejauh mana aku dah memanfaatkan nikmat yang aku ada ini untuk diri sendiri dan orang lain, terutamanya ummah ini..

Semoga Allah redha. Sobs.

0w@r!

Wednesday, June 15, 2016

Posto 15/6

Lagi 4 bulan nak genap umur 26 tahun. 

Di usia ini, aku ketemu ramai jenis manusia. 

Teman seusiaku yang masih lagi belajar di universiti. 
Teman seusiaku yang baru berkeluarga. 
Teman seusiaku yang baru melahirkan anak pertama. Kedua. 
Teman seusiaku yang sama sepertiku bekerja. 
Teman seusiaku yang menganggur di rumah. 
Teman seusiaku yang hilang tanpa berita. 
Teman seusiaku yang didiagnos penyakit yang menghalangnya hamil sekarang, di usia perkahwinan 3 tahun. 
Teman seusiaku yang pergi dulu bertemu Allah di usia muda. 

🙂✨

Bagi aku, setiap orang Allah dah catat dan tentukan rezeki masing-masing. 

Ada orang diberi kelebihan dalam satu benda, tapi ada kekurangan dalam benda lain. 

Orang yang diuji dengan harta yang selalu cukup makan, mungkin diberikan hari yang sangat tenang, mudah untuk berlapang dada untuk menerima sebarang ujian mendatang. Ibadah lebih mudah dilaksanakan dengan penuh rendah hati. 

Berbanding orang yang diberi kelebihan pada harta yang sentiasa lebih daripada cukup, mungkin hatinya sentiasa merungut bila mendapat ujian, mencarut, dan susah serta begitu liat sekali untuk menjalankan ibadah. 

This is life. Allah bagi kita sesuatu supaya kita boleh beribadah kepadaNya, dalam susah atau senang. 


Sunday, May 29, 2016

幸せをって何?

誰もみんながおし幸せな人生に欲しいです。

私も欲しいよ。

でも。。

どんなものかな、どんな人かな。。お幸せに?

お幸せって何?

愛かな?

結婚かな?

卒業かな?

生きてるかな?

笑う出来る時間かな?

食べる時間かな?

私には幸せはみんなの幸せ。

出来る物の時。欲しい物が貰う時。

うん。。難しいですよね?

じゃあ後で。

チカー

Tuesday, March 29, 2016

Mata punya cermin @ cermin mata

"Agak-agak la weh bagi idea. Kalau boleh bagi idea yang realistik. Berpijak di bumi yang nyata!"

Gulp.

Bila ada individu camni muncul dalam group, kita akan rasa macam apehal la dia ni. Nak emo-emo pulak.

Apa tindakan kita akan buat?

Balas dengan kata :"Ko dah kenapa emo-emo ni?" kah?

Atau bertindak malas masuk campur. Terus leave group, atau silent the group.

Atau macam mana tindakan kita?

As seorang yang telah dan sedang ditarbiyah. Malahan mentarbiyah orang lain pula.

Kita kena melihat sesuatu dengan kaca mata seorang yang ditarbiyah.

Cermin mata yang ada salutan iman mungkin.

Dan kita melihat kata-kata orang di atas sedikit kesat.

Bukan bermaksud kita boleh terus balas dengan yang kesat juga.

Islam tak ajar umatnya balas batu dengan batu.

Islam ajar balas batu dengan buah.

Maksudnya apa?

Orang berkasar dengan kita, bagi kita benda yang menyakitkan.
Kita balas mereka dengan kelembutan, benda yang sedap.
Nyum nyum.

Boleh jadi mereka berkasar itu, ada sebabnya.

Mungkin mereka sangat jujur memberikan pandangan, cuma ayatnya kasar.
Mungkin mereka sedang dalam fasa tertekan.
Mungkin..dan lebih banyak kemungkinan lagi.

Dan paling penting, mesti Allah nak ajar kita sesuatu di situ.

Sabar. Dan mungkin benar, orang tu kata apa yang dicadangkan setakat ni tidak realistik.

So apa langkah kita seterusnya?

Cuba cari option yang lebih realistik.

See. Jangan selalu lihat sesuatu dari sudut negatif. Kalau asyik tengok negatif, mungkin kita kena tukar power iman cermin mata kita tu.

Kah!

Iman di hati ya kak. Baiklah.

Apapun, sama-sama lah kita berdoa semoga kita semua mampu memakai cermin mata beriman dengan jayanya. Diberikan kesabaran yang tinggi.

Kalau matlamatnya untuk capai redha Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan. Cuma jangan lupa pakaikan pakaian iman dalam setiap anggota kita, termasuk cermin mata kita.

Ok, jom solat dulu.

Wassalam.

Beneficial to others

"Manusia yang terbaik adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia (orang lain)" 


Muwasafat tarbiyah yang nak dicapai, semua orang yang ikut usrah mestilah bermanfaat kepada orang lain.

"Macam mana nak menjadi bermanfaat kepada orang lain? 
Di rumah.
Di bilik (kolej).
Di kelas (fakulti)."

Aku tanya sama adik-adik.

Masing-masing memberikan jawapan mereka.

Di rumah.

"Saya masak sarapan pagi kalau kat rumah." Senyum nampak gigi geraham.

"Saya akan bantu mak kemas rumah."

"Saya selalu teman mak ayah gi pasar beli ikan."

"Saya akan kejut adik-adik saya untuk solat Subuh."

Blabla. Perbincangan semakin rancak.

Kalau di bilik pula.

"Saya tolong roomate saya angkat baju kat ampaian in case kalau hujan, mereka belum balik."

"Saya akan join share makanan sama2 dengan dorg. Huhu. Itu yang akan merapatkan ukhuwah kami walaupun kami lain2 kos dan umur."

"Saya akan lawat floormate sebab saya duduk sorang je."

"Saya akan share apa saya dapat dalam usrah dengan bahasa yang mereka faham."

Kalau di kelas pula.

"Saya akan remind kawan2 pasal assignment kena hantar bila."

"Saya akan bagi nasihat kat kawan2. Alhamdulillah batchmate saya semua boleh terima je teguran dengan terbuka. Takde konflik lagi setakat ni."

"Saya akan share ilmu yang saya ada dengan kawan-kawan."

"Saya jadi orang tengah antara lecturer dan kawan-kawan."

"Saya pun akan nasihat kawan-kawan saya. Tapi saya bahasa saya la kak. Kasar sikit. Tapi diorang pun kasar."

:)

Aku rasa banyak benda aku belajar daripada mereka.

Tak semua benda kebaikan ni aku mampu buat masa belajar dulu. Err, tahun lepas je pun.

Yep.

Aku sangat suka point bermanfaat ni sejak aku dengar talk by seorang encik ni. Dia cerita pasal kepimpinan, tapi aku paling terkesan part bermanfaat tu. Haha.

Dengan kita bermanfaat, kita akan meninggalkan kesan, memberikan impak kepada orang di sekeliling kita tu.

Lagi mudah untuk mendekati mereka, dan menyebarkan kebaikan.

Kita boleh jadi bermanfaat selagi mana apa kita buat tu, memudahkan, menggembirakan, memberi kesan baik kepada orang tu,

Tak semestinya dengan duit semata-mata kita boleh bantu orang, kadang-kadang kata-kata kita mungkin dah cukup memudahkan hati orang yang sedang bersedih.

Kita tak perlu melihat sisi kekurangan yang kita ada untuk dijadikan alasan untuk tidak memberi manfaat.

Gunakan apa yang kita ada, kelebihan kita untuk itu.

Dan kita bukan hidup sendiri.

InsyaAllah bila kita bermanfaat, ada balasan yang menanti kita. Asalkan ikhlas keranaNya.

Yosh.

Cari peluang untuk bermanfaat selagi masih muda, sihat, ada masa, ada harta & selagi masih hidup.

Thursday, February 11, 2016

Struggle

Everyone is struggling in this life.

Kadang-kadang kita rasa, alangkah kasihannya aku.
Banyak masalah aku.
Aku kini sengsara.
Aku tidak tahan begini.

Terasa kita sudah cukup struggle dalam hidup.

Tapi bila kita berjalan, melihat ke dunia luar.

Semua orang, ya. Semua orang pun ada struggle masing-masing.
Setiap hari untuk memulakan hidup mereka.

Cikgu. Pensyarah.
Pelajar.
Doktor.
Mekanik.
Tukang masak.
Pekedai.
Bibik.
Suri rumah.
Pekerja pejabat.
Pengawal.
Jurutera.
Vet.
Pekerja makmal.
Tukang kebun.
Pekerja kilang.
Dsb.

Semua apa posisi yang ada, memerlukan pengorbanan, struggle untuk dilaksanakan setiap hari agar tercapai matlamat posisi itu.

Tiada apa yang senang dalam dunia ni.

Tiada.

Kalaupun ada, senang itu selepas dirasai kepayahan itu.

InsyaAllah.

Semoga kita terus struggle dengan penuh ikhlas, supaya struggle kita itu berpahala.

Semoga.

Akhir kata, cubalah kuasai medan/posisi yang kita ada itu, gunakan kepakaran yang ada itu, untuk akhirnya bisa bermanfaat.

Thursday, January 7, 2016

Ada orang..

Sedang membaca buku Dalam Dekapan Ukhuwah.

Walaupun membaca merangkak-rangkak (baca;distracted), tapi setiap kali baca tu mesti kena dengan diri. Rasa menusuk ke sanubari gitu.

Dalam hidup kita. Macam-macam orang kita jumpa kan.

Ada orang yang baik sama kita.
Ada orang jahat sama kita.
Ada orang suka kita. 
Ada orang so-so je dengan kita.
Ada orang suka bagi ayat positif dekat kita.
Ada orang suka bagi ayat negatif dekat kita.
Ada orang bagi kita buah.
Ada orang bagi kita duri.

Aduh!

Alangkah jahat manusia!

Eh bukan...bukan..

Hakikatnya orang-orang kita anggap memberi aura negatif kepada kita itu hadir dalam hidup kita menjadi guru kepada kita.

Kita patut berterima kasih kepada mereka walaupun hakikatnya mereka yang jenis itu telah banyak membuatkan hati kita terluka, buat rasa benci menggunung, menangis, patah hati, putus asa.

Kenapa?

Kerana mereka hadir dalam hidup kita untuk mengajar kita erti kehidupan, yang akhirnya kelak kita akan gunakan sebagai bekalan dalam kehidupan juga.

Contohnya...

Ada orang pernah kata "awak ni lembab! Buat kerja macam sampah! Tak bertanggungjawab! Blabla."

Hakikatnya memang pedih je hati ni ada ke manusia ni tak berhati perut ke nak mengata aku cenggitu rupanya.

Ya. Manusia akan rasa geram.

Tapi dalam tak sedar orang macam tu la yang membantu kita mengenali diri kita, muhasabah diri kita yang mungkin di saat itu tanpa sedar begitulah kita.

Mereka tak hadir dalam hidup kita sia-sia, melainkan mereka memberi erti dalam hidup kita.

Sedih? Terluka? Hati hancur remuk?

Bangkitlah. Hadapilah.

Kerana selepas rasa down tu insyaAllah kamu akan mendapat satu rasa yang baru, semangat yang baru.

Sekian terima kasih.

Jom teruskan membaca. 


Tuesday, January 5, 2016

Surgery :)

"Tatak tak geli ke??" tanya H kepadaku.

Aku sedang fokus mencari benda yang harus aku cari dalam abdomen kucing tu.

"Hurm? Tak rasa apa pun lah awak. Hari-hari buat benda ni. Dah takde perasaan." Jawabku spontan, tapi tangan masih mengorek-ngorek. Hati dah tak sedap sebab benda yang dicari susah nak ditarik keluar sebab alatnya berbeza dengan tempat saya. Kucing pun dah mula nak bangkit daripada bius.

Kebetulan haritu kena ganti Dr lain di tempat lain. Dekat dengan H. Aku pun ajakla dia teman sambil dia tumpang buat kerja.

H asyik larikan diri tak sanggup tengok apa aku buat.

Hmm.

Sebab tu kot awak tak jadi apa akak jadi kan, H? Haha.

Sebab tak sanggup, geli, kesian. Hati awak sangat suci H. Haha lagi,

Kalau aku rewind balik. Aku dulu masa first year takut je kot nak buat semua benda.

Nak nak bila kos surgery dulu.

Throwback...

Praktikal surgery kami yang pertama, aku jadi surgeon. The first surgeon hoi!

Tak tahulah betapa takutnya aku malam sebelum hari kejadian.

Aku takut apa aku nak buat nanti? Aku blur gak awal-awal. Ambik masa nak feel dengan hati. Bhahaha.

Dan di hari kejadian, aku jadi surgeon selama 3 jam lebih. . Biasalah first timer. Aku takdela expect nak jadi surgeon yang hebat macam dalam cerita-cerita. God's hand bagai.

Bila bukak kat dalam tu wah. Gelabah kot tengok berdarah bagai.

Seriusly ianya bukanlah indah di dalam abdomen binatang itu,

Surgery pertamaku berakhir dengan tangisan sebab susah gila nak jahit kulit binatang tu.3 jarum patah sebab kuat sangat aku kepit dengan alat tu. Kaki aku dah penat sebab kami memang tak boleh duduk. Aku kelaparan. Esok ada test.

Groupmate yang Cina & warga asing keep bagi aku pressure kata aku lembab. Mana aku tak menangis.

Tapi aku ada assistant surgeon yang sangat bagus. Dia kata takpe awak, slowly. Sikit lagi. Sikit lagi. Sikit lagi. Lagi aku rasa air mata melaju bawah mask tu. Air mata keharuan.

Balik tu memang pengsan habis. Haha.

Dan aku dah bayangkan masa depan aku untuk 2 tahun kemudian macam malap. Aku rasa semua benda akan jadi sesusah surgery yang aku tempuhi itu.

Aku banyak kali plan dalam otak untuk berhenti belajar dulu. In case aku ada gagal ke lepas finals.

T_______________________T

Tapi hari ini aku rasa gembira dan berterima kasih kepada aku yang masa first surgery tu kerana tak give up.

Masih berfikir panjang. Dan sebenarnya yang tu hanyalah permulaan kepada episod-episod kesusahan sebagai pelajar v. Haha.

Second time aku jadi surgeon.

Aku berjaya lakukannya dalam 1 jam lebih. Tanpa sebarang jarum patah. Haha.

Alhamdulillah. Semuanya atas kuasa Allah.

Ok serius ini throwback paling epic.

****************************************************************

Ibrah..

1. Kita manusia mudah rasa give up bila rasai satu kesusahan itu sekarang. Kan?

Sape je yang nak usaha lagi kalau apa kita dah buat tu macam hampeh je. Saya setuju.

Tapi pada sisi lain, hati kita ada berbisik untuk kita usaha cara lain. Manataw kita boleh buat lagi baik? At least cuba.

Dan cubaan tu la kadang-kadang buat kita jadi lagi kuad. Sebab cubaan itu, usaha yang lebih keras itu lebih memberikan keajaiban. Berbanding yang kita kurang berusaha dulu.

Dalam Dekapan Ukhuwah ni ada nyatakan:

"Kita kena usaha semampu habis kita untuk suatu keajaiban itu berlaku."

Seriusly, kita takkan dapat apa-apa kalau sekadar mengharapkan keajaiban, Usaha tu paling penting. Dan usaha itu jugak yang Allah tengok. Bukan keajaiban (hasil).

2. Aplikasi untuk maksiat jugak ya.

Kita pada mulanya akan rasa takut nak berbuat satu maksiat.

Tapi bila dah terjebak, lama-lama jadi rutin, hati pun sudah tidak merasakan maksiat itu dosa.

Macam aku dan surgery.

Dulu aku takut gila.

Sekarang dah takde apa perasaan pun.

Sebab apa?

Sebab dah jinak sangat dengan surgery. Haha.

Inilah jawapan akak kepada H.
*************************************************************************


Memori yang pahit tak semestinya dibuang terus.
Memori yang manis pun tak semestinya ditelan semua.

Kadang-kadang yang pahit ini akan berikan kita kekuatan di esoknya.
Kadang-kadang juga yang manis akan berikan kita kelemahan di esoknya.

:) Terima kasih AK 3 tahun lepas! I love u!

Monday, November 30, 2015

Tambah nilai

Pernah rasa tak..

Rasa macam buat benda sama setiap hari.

Setiap minggu.

Setiap tahun.

Sama je.

Bila sama, kurang ada kelainan, kita punya kemahiran akan sama atau pun takde bertambah pun.

Nilai pada diri takde.

Cubalah cari kelainan dalam hidup.

Lakukan pembaharuan.

Cuba banda baru.

Lagi-lagi skil yang tak pandai, tak pernah cuba buat, terasa nak buat, mengidam nak buat.

Kalau yang dah pandai, kekalkan. Bukan tinggalkan.

Masih menyimpan cita-cita untuk capai sesuatu sehingga umur 30 tahun.

Banyak benda terasa nak cuba lakukan.

Dulu selalu rasa, oh takpela. Tammola buat. Bukannya pandai pun.

Tapi lepas ada terbit satu kata-kata ni, aku mula merubah.

Kata-kata ni agak kasar, tapi deep.

"Asyik kata tak pandai, tak pandai, kalau tak buat, sampai bila nak jadi bodoh?"

Cuba memaknai kehidupan yang berbaki,
cuba bina diri dengan skil hidup,
supaya mudah di masa akan datang.

^^''


Tuesday, November 24, 2015

The lost fingers

Cakap pasal tangan. 

Hmm harini saya ada surgery yang cemas.
Sebab selama ni buat surgery yang normal. 
Tapi kalini kes pelik dan hahah.

Semasa surgery, kebiasaannya saya kurangkan bukaan 
sebab nak cari benda yang dicari tu boleh guna jari je. 
InsyaAllah jumpa. 
Cuma berbeza saiz je kalau lain pesakit.

Pastu pesakit harini punya macam lain sangat.

Jari saya seperti sesat kat dalam tu.

Saya blank. 

Tapi saya cuba cari tempat asal dia. 

Lama juga saya menggelabah mencari, 
nasib baik pakai mask nampak sangat cool.

Dengan jari.

Aku menggunakan naluri.

Dan beristighfar banyak-banyak.

Rasa macam apa ya. 

Seorang yang sedang dalam keadaan getir, kena decide sesuatu. 
Tengah short masa, tapi benda yang dicari tidak kejumpaan. 

Kalau tak jumpa, pasti aku akan kecewa, 
dan tuannya juga akan tidak gembira. 

ISFJ won't let others unhappy.

As I told him yesterday I'll do my best insyaAllah.

Alhamdulillah akhirnya jumpa apa yang dicari. 
Rasa nak meloncat gembira hati berbunga. 

Proses diakhiri seperti rutin biasa. 

Akhirnya si pesakit bangun dengan baik. 

Tuan dia juga risau dengan risiko semalam pun menghubungi saya, 
dan terdengar suara gembiranya selepas surgery berjaya.

Ya Allah rasa macam. Macam, Macam. Macam-macam.

Saya rasa:

1. Penat

Sebab terlalu berfikir. Risiko, jumpa ke tak. 
Ya, saya rasa susah nak buat keputusan yang jarang kali nak kena buat.

2. Gembira

Sebab dapat achieve sesuatu yang baru dalam hidup. Haha. 
Tak pernah, tak semestinya tak boleh. 
Belajar benda baru, kes baru.
As long as you have the basic concept, you can do it. 

3. Muhasabah

Masa kita susah, takut, sedih, baru kita nak cari Allah kan. 
Bila gembira, jarangkali kita cari dia. 
Menyedihkan yet menginsafkan.

Kita hidup ni, apa-apa fasa pun,kita akan diuji dan terus diuji.

Masa student lain cabarannya.

Masa kerja lain pula cabarannya.

Bila bujang lain cabarannya, begitu juga bila berkeluarga.

InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada diri di masa akan datang. 

Semoga terus kuat.

*haha tak tahu la faham ke tak cite atas tu. request seseorang utk cerita pasal bidang saya. tapi tak boleh nak cerita detail sangat. confidential. kena ada etika. peace :)