Sunday, January 29, 2012

Praktikal lagi : Port Dickson

*baru habis praktikal di port dickson. sangat best! :)

Seperti biasa, di cuti semester saya akan berpraktikal untuk seminggu. Ya, macam biasalah.

Praktikal ni ada best dan tak bestnya jugak. Bergantung kepada tempat, orang yang handle kami dan dengan siapa kami berpraktikal.

Pengalaman yang lepas, praktikal dengan doktor perempuan paling tidak menarik. Entah kenapa kami tidak dilayan dengan mesra malah kami sedikit trauma melihat muka doktor-doktor itu. Saya tak nak jadi seperti itu. Heh.

Pengalaman praktikal kali ini. Sepatutnya praktikal seminggu. Isnin- Ahad. Tapi memandangkan Isnin & Selasa dah cuti raya cine, jadi kami mula pada hari Rabu.

Hari pertama, kena perkenalkan diri dengan semua staff. Malu sih. Tapi buat-buat relax lah kan. Pastu kena bawa jalan-jalan kat dalam tempat tu. Oh lupa, praktikal di tempat udang galah. Banyak handle proses dari telur ke anak udang.

Encik Ani & Zali lah yang banyak terangkan kepada kami tentang anak-anak udang yang comel tu. Serius, inilah kali pertama saya tengok anak udang yang macam jentik-jentik. Comel kot! Heh.

Banyak pengetahuan dan ilmu baru saya dapat. Saya tahu :

1) anak udang ada 12 stage sebelum betul-betul jadi udang
2) anak udang galah membesar dalam air masin, tapi bila dah matang dia akan membesar dalam air tawar. subhanallah. kalau ikutkan pun, memang masa mak udang nak bertelur pun dia akan pergi ke kawasan laut untuk bertelur. bila anak tu dah matang, dia pergi ke air payau. wo.
3) anak udang comel.

Saya nak menulis banyak lagi, tapi masih kepenatan lagi memandu semalam dan jatuh bot dan mandi laut hari-hari. hoho.

Saya letak gambar je la. Tak mampu nak menulis dah.



nampak tak anak udang kecik je?

Saturday, January 21, 2012

nafsu dan bentengnya

nafsu, dia akan mudah menguasai diri seseorang bila benteng imannya lemah.

lemah kenapa?

lemah kerana kurangnya makanan ruhi, makanan buat imannya.

iman yang kelaparan itu, boleh jadi kerana dia futur, akhirnya membebaskan nafsu yang selama ini dibelenggu oleh iman yang kuat.

tatkala iman sudah jatuh sedikit pun, bisa saja si nafsu menguasainya tanpa segan dan silu.

bahkan bisa saja dia membiarkan empunya diri itu terus hanyut dengan asyiknya maksiat yang dia lakukan.

apa saja.

asalakan ngak dilihat orang, dia bisa saja menjadikan nafsu itu raja buat dirinya.

tatkala itulah, semakin futur dirinya, dan semakin kurus imannya.

bila makin kurus iman, apa yang tinggal?

apakah.

wey, please wey. jangan menjadi hamba nafsumu.

sekian terima kasih.

Sunday, January 15, 2012

Kalami

Hmm? Dah 3000 lebih hits bagi blog saya ni. Entah bagaimana banyak begini jumlahnya. haha. Saya segan nak bagi orang baca blog saya sebenarnya, saya pun tahu saya bukanlah penulis blog yang bagus. Cuma sekadar seorang penconteng blog saja. Saya cuba menulis blog yang bermanfaat, tapi kadang-kadang saya rasa banyak mengarut juga. Dah setahun lebih saya jinak-jinak berblog, hasil galakan abang saya. Dia suruh saya buat blog awal dulu. Tapi saya tak nak. Apa kerjanya kita tulis orang baca? Bapak segan. Dan saya nak tulis apa? Aku ngak bisa berkarya sepuitisnya. haha. Kemudian ku sahut cabaran itu dengan mencipta sebuah blog yang sangat comel. er, kebudak-budakan. Saya tulis jela apa yang berlaku setiap hari, atau adegan best. Pastu ada orang komen kat chatbox. Ada orang komen. Saya dah mula malu dan segan. Terus saya buang blog tu. Lama-lama, saya tengok orang ramai ada blog. Saya pun terpengaruh nak buat blog baru. Jadi, inilah blognya. Saya bagi nama sempena mak saya. Takde idea. Saya bukanlah jenis yang pandai menulis, tulisan-tulisan yang menyentuh jiwa. Tapi saya pandai baca penulisan orang adalah. waka. Blog ni pun saya bagi kawan-kawan baca. Kalaulah blog saya ni membosankan dan tidak ilmiah, ketahuilah saya bukan blogger yang hebat dan bagus. Tapi saya cuba berkongsi pengalaman yang best buat kawan-kawan yang membacanya. Saya cuba menjadi positif dengan menulis blog. Bila saya baca balik apa yang saya tulis bisa aja membuahkan senyuman sendirian. Kalau ada rasa salah, jangan segan silu untuk tegur. Boleh saya perbaiki diri. Tak semestinya ini blog saya, inilah yang paling betul. Dan kadang-kadang terlalu menceritakan hal peribadi; keluarga. Tapi itulah saya. Hmm. Ok, itu saja. Semoga bermanfaat. Kalau rajin komenlah. Saya suka terima komen. hehe

Tolong!

Tolong!

Saya rasa saya dah makin parah.

Tolong!

Selamatkan saya.

Tolong!

Nasihati saya.

Tolong!

Jangan pinggirkan saya, walaupun saya tahu
saya yang selalu meminggirkan diri saya sendiri.

Tolong!

Kuatkan hati ini.

Tolong, dan tolong.


Oh Allah, bantulah hambaMu ini.

Saya rasa sunyi macam dia, tapi saya tak senyum macam dia.
kwang3
*hijjaz lagu lama, sedap pula dengar di ikim.
*esok ada camping untuk junior kat jempol.woh
T_T

Friday, January 13, 2012

Shh diam

SHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Diam.


Lebih baik saya diam je kan.

Lebih baik saya senyap-senyap je.

Lebih baik saya pendam je.

Adalah lebih baik saya lupakan je.

Lebih baik.

Lebih.

Wassalam.

p/s: one more paper to go petang esok. petang ni nak ikut mereka pergi econsave beli barang untuk rehlah lepas exam esok. wah, esok dapat meraikan penghabisan final dengan rehlah bersama akhawat. seronok. doakan saya paper last, mesti lulus! >.<

Tuesday, January 10, 2012

Lagi-lagi exam 3

Alhamdulillah paper hari ini lebih ringan berbanding lepas. Rasa tenang je, walaupun tadi sebelum exam kalut nak menghafal formula yang tak masuk pun.

Harini juga paper kat fakulti pertanian yang baru, saya pun tak pernah pergi lagi. Cantik sangat, baru lagi daripada fakulti saya, tapi cantik. Surau dia luas. Wah.

InsyaAllah dah usaha kita tawakkal jela.

Kemudian, saya dan kawan menaiki motor menuju ke gerai-gerai di tepi uniten. Banyak pilihan makanan untuk dipilih. Kami berjalan untuk memilih makanan.

Dan pada masa yang sama saya terlihatkan sesuatu yang telah mematahkan selera saya untuk membeli. Saya juga terloncat-loncat ternampak seekor lipas berwarna merah di bawah kaki. Pasti ada hikmahnya kenapa saya jumpa semua itu. Allah lebih mengetahuinya walaupun saya nak tahu juga, tapi tak tahu.

Itu saja cerita hari ini. Tidak padat, namun ringkas.

p/s: esok 2nd last paper. doakan saya ya ;(

Sunday, January 8, 2012

Saya kena perbetulkan balik!

Seperti yang pernah saya ceritakan di post yang lepas-lepas, saya adalah seorang perempuan yang hantu jepun. Err, maksud saya yang minat dan fanatik habis dengan jepun dan jepun.

Sampaikan satu tahap tu, bila jumpa orang yang minat sangat band-band jepun, saya akan masuk campur dan mulalah bercerita itu ini. Fanatik dan mempertahankan band kegemaran. =..=

Kemudian, bila ada kawan jepun dalam kelas English, bukan main nak cakap jepun, siap pergi bilik pergi minta lagu dan cerita jepun. Siap mintak duit syiling jepun, mintak majalah jepun. =..=

Siap download lagu-lagu dan video ada tarian joget-joget comel band kesukaan. =..=

Tak pernah pun terfikir benda tu macam mengarut, membazir, bla, bla.

Fanatik habis. Gilakan habis.

Sampailah satu masa cuti sem itu, saya menunjukkan video-video dan lagu-lagu itu kepada adik-adik saya.

Lagu sedap, tarian indah, gelek comel. wakaka.

Adik-adik saya mula ralit dan rasa suka. Nampak si Iqbal mula menghafal dan cuba mengikut gelek tarian kumpulan lelaki itu. Saya rasa puas, rasa suka, sebab adik saya pun minat apa yang saya minat! Err, mestilah kita rasa suka bila orang rapat dengan kita suka apa yang kita suka kan? ^^''

Selepas itu, Iqbal asyik nak dengar je lagu jepung tu. Kalau saya balik rumah je mesti saya tunjuk kat dia. Sampaikan dia boleh nyanyi balik lagu tu walaupun memang salah la kan. Dan sampaikan bila penyanyi tu berlakon pun dia dah boleh kenal orang tu adalah penyanyi kumpulan itu. o.O

Sampailah suatu masa, saya menemui turning point saya. Sampaikan saya rasa benci gila kat semua benda tu [kumpulan lelaki]. Sampaikan bila saya ternampak link diaorang kat youtube ke, kat FB ke saya rasa tak suka. Saya buang semua lagu mereka dan video mereka [actually dah hilang masa format laptop, hahah]

Baru ni saya balik rumah, bercuti seminggu. Iqbal dah ada pendrive [advanced budak zaman sekarang. dahla 8GB, saya punya pun 4GB je kot]. Dia suka letakkan movie kartun, lagu-lagu dan gambar dalam pendrive tu.

Haritu saya pasang lagu di handset. Iqbal pun tekun mendengar, dia nak pilih lagu sedap untuk letak dalam pendrive dia. Aduh, comelnya adikku ini. Banyak lagu-lagu berbentuk jihad dan palestin Iqbal suka. Ada lagu irfan makki, maher zain pun dia suka. Siap nyanyi-nyanyi tu. :)

Pastu dia pun minta saya transfer lagu dari laptop ke pendrive dia. Bila saya lupa, dia bising-bising. Aduh.

Dan tiba-tiba dia cakap camni kat saya:

"Achik, nak lagu jepun? Arashi ada?"

Gulp. Hahah. Saya rasa macam kena tembak je dari belakang, tapi tengok belakang kenapa ada dinding je? Haish. Arashi tu group kesukaan saya dulu. Ya, dulu.. Dan Iqbal pun suka kumpulan tu sebab saya ajar dia.

Saya taktaunakcakapapa pun balas sambil tersengeh:

"Takde bal, achik dah buang semua lagu tu. Dosa dengar lagu jepun tau. Mengarut je semua tu."

Iqbal: "Ala. Nape buang?"

........................

Ok, saya takde idea sebenarnya nak cakap macam mana. Tapi soalan dia tu memang terkesan sangat kat saya.

Saya baru sedar sebenarnya saya dah didik dia dengan sesuatu yang salah. Saya ajar dia sesuatu yang lagha masa dia kecil dulu. Masa dia sepatutnya disiram dengan benda-benda yang jauh lebih baik daripada lagu-lagu lagha sebegitu. Saya salah T_T.

Saya sayang Iqbal. Kalau boleh saya tak nak dia belajar benda tak bagus camtu dah. Saya nak dia belajar benda baik-baik. Biar jadi budak baik. woo

Ok, sekarang saya selalu umpan dia dengan lagu-lagu semangat, nasyid-nasyid baru supaya dia tak fikir dah pasal jepun tu. Saya kena kikiskan memorinya tentang itu. Saya rasa berdosa sebab saya dah ajar dia sesuatu yang tak bagus untuknya, langsung tak bermanfaat.

Maafkan achik, ibal. :( . Kita mulakan hidup baru ya? Achik dah tak dengar lagu pelik-pelik dah. Achik tengah dengar lagu islamik, jihad dan semangat + instrumental. Jom kita suka sama-sama ya :)


Kenangan terindah bersama KTM, kami tersadai di stesen KTM Salak Selatan

Wassalam.



Lagi-lagi exam 2

Tadi dah habis paper ke 3 daripada 6! =..=

Bagi saya soalan anatomy tadi sangat senang.

Tapi saya cuma baca sekali lalu je. Tak fokus benda senang tu, tapi pergi fokus pada benda susah.

Akhirnya yang susah tak masuk, yang senang tapi tak fokus tu la yang masuk.

Bengang kan?

Tadi lepas exam saya pergi ikut kawan pergi makan dan beli bekalan makanan. Kafe kolej kami kena tutup sebab kotor oleh kementerian kesihatan. Jadi kami tiada tempat untuk makan dan terpaksa keluar dari kolej untuk membeli makanan. Saya yang tiada kereta ini juga sukar untuk mendapatkan makanan. Sudahlah tiada bekalan makanan di dalam loker. Tidak mengapalah, mungkin cara inilah Allah nak uji saya. Saya berlaparan masa exam, masa study, malam semalam masa exam perut saya berkerut indah. Terasa asid hidroklorik memenuhi fundus & body perut. Adeh. Haha. Guna ayat anatomi sebab tadi baru habis paper anatomi kan. Ok. Takde kena mengena.

Diceritakan, saya berada dalam kereta itu. Saya lebih suka berdiam kalau takde apa nak cakap. Sebab saya masih terbayangkan paper anatomi yang baru jawab tadi.

Kawan-kawan saya ramai tak puas hati sebab apa yang mereka belajar tu rasa macam susah gila, tapi soalan keluar senang gila tapi takleh jawab. Hmm.

Sampaikan rasa menyesal dan rugi belajar yang susah tu. Hui.

Akhirnya kawan comel saya pun jawab, "takpela, kita belajar kerana Allah mesti tak rasa menyesal". aw, so cute. Betul, betul.

Soalannya memang senang macam saya tulis kat atas ni. Tapi saya tak sempat fokus soalan itu. Saya harap gorengan saya untuk soalan bernilai 70 markah itu berkesan, serta lagi satu markah 100 markah itu juga berkesan gorengannya.

Soalan yang masuk :

Gross anatomy:1) Explain about topography of cow's heart. [30 marks], 2) Explain the blood circulation in fetal and the changes happen after birth [70 marks], 3) Explain about abdominal wall af a cow

Histology: 4) Capillary : Complete capillaries histology [100 marks], 5) (a) Draw histology of aorta, (b) Different between artery and arterioles, 6) Choose any two, write short notes about a) vetricles of heart, b) Purkinje fibre, c) Vein
ok,saya tulis biar ingat nanti kalau junior tanya tahun depan boleh jawab.wakaka

Tak dinafikan soalan dia senang je. Part histology senang jawab sebab dah study group dengan kawan-kawan. Tapi gross anatomy saya tak expect masuk soalan senang camtu.

Takpelah, kita dah usaha kot. Dah macam-macam blood vessel dihafal, dah bertulang-tulang dihafal, dah bermuscle dihafal, tapi tak masuk.

Rasa macam freeze kejap tadi. Duduk termenung sekejap. Rasa dah pernah bincang tadi, tapi dia tak melekat selekat blood vessels, bones dan muscle. Hui.

Akhirnya saya tulis je apa yang apa yang ada di fikiran saya. Apa yang Allah detikkan di hati saya, apa Allah nak bagi saya ingat. InsyaAllah, apa hasilnya saya serahkan pada Allah. Asalkan dah usaha, saya akan rasa lega. Allah pun bukannya nilai sesuatu hasil, tapi Allah nilai pada usaha yang dia buat kan?

Ok, apa yang saya dah hafal tu bolehlah saya gunakan untuk clinical year nanti, tak pun saya nak guna untuk comprehensive exam final year nanti, tak pun boleh bagi nota kat buddies. Ye tak.

Fuh, bismillahiitawakkaltu 'alallah.

Wassalam.
atiqah,k17,upm,serdang,malaysia

Monday, January 2, 2012

Menangis. (jp: Naite)

Menangislah

Kadang manusia terlalu sombong untuk menangis

Lalu untuk apa air mata telah dicipta

Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Saya nak menangis, bukan sebab saya lemah

Saya nak menangis bukan sebab saya manja

Saya nak menangis bukan kerana nak tunjuk saya ada banyak air mata.

Saya nak menangis bukan nak kata saya comel masa menangis.

Saya nak menangis sebab saya rasa berat, sedih, apa, entah-apa, bersalah, tak best, nak tenang.

Saya rasa dengan menangis saya dapat tenangkan jiwa.

Dengan menangis saya akan lebih lega.

Lebih segar. err

Ok, Firdaus (kumpulan nasyid) suruh menangis.

Sekarang bolehlah menangis....

hu