Di antara kesempurnaan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang sia-sia baginya.
Sia-sia ni apa-apa yang tak mengingatkan nya kepada Allah.
Gulp.
Mungkinkah sempurna islamku sekarang?
Uish.
Muhasabah diri balik.
Mungkin ada je benda dalam sedar dan tak sedar, kita buat tu sia-sia.
Wargh.
Bila rasa "lemah" dengar lagu pelik. Alasannya nak cari ketenangan. Merayap di YouTube tanpa arah tuju.
Mungkin banyak lagi benda sia-sia yang masih dilakukan, tak perlu dimention kat sini la kot ea. Sendiri kenal diri sendiri bak kata ustazah Sarah Azmin.
Masihkah ada jahiliyah yang melekat pada diri ini?
Astaghfirullah.
*walaupun malam tadi saya demam tak larat, tapi efek panadol di awal tu buatkan saya segar sebentar. di saat itu sungguh saya rasai kenikmatan. tapi lepas panadol dah hilang kesannya, saya collapsed. Tq semua :)
Tuesday, April 23, 2013
Friday, April 19, 2013
Di bawah naungan al Quran
Pernah dengar kisah Syed Qutb dan di bawah naungan al Qurannya?
Saya biasa dengar tapi saya akui kadang-kadang kalau benda tu macam tak berkaitan sangat dengan saya, saya macam angin lalu je.
Maksudnya dengar jela tak ambil ibrah.
Entah kenapa malam tadi, saya share dengan orang lain pasal ini, saya mula faham maksud tersirat di sebalik semuanya.
Dan mereka lebih faham daripada apa yang saya fahami dulu.
Paling terkesan, betapa puitisnya ayat Syed Qutb adalah bila mana dia terasa nikmat yang dikecapinya selepas berada di bawah naungan al Quran selepas pernah terpesong sedikit. Tapi akhirnya dia kembali diberikan hidayah dan menjadi seorang penulis yang hebat dan menghasilkan tafsir fi zilalil Quran.
Dia sempat merasai zaman jahiliyah dan zaman di mana dia merasai hidayah itu.
Dan dia sangat bersyukur kerana dapat diberikan peluang merasai kenikmatan itu.
Kenikmatan yang memberkati usianya dan membersihkan usianya.
Wah banyak nak tulis lagi sebenarnya tapi lagi banyak berlegar di fikiran.
Mereka pun menceritakan apa kenikmatan yang mereka rasai.
Sungguh , malam itu terasa umpama satu malam yang indah. Subhanallah.
Aku mula menghargai kehadiran mereka dalam hidupku. Mereka begitu banyak mengajarku erti hidup ini. Alhamdulillah.
Semoga Allah tetapkan hati kami di jalan ini. Bila dah rasa nikmatnya di sini, kenapa tak nak mensyukuri dan merhargainya bukan ? :)
Wassalam

Thursday, April 18, 2013
Dunia terus beredar
Setiap hari tanpa henti
Matahari terbit dari barat dan terbenam ke timur setiap hari tanpa pernah mengelat
Melainkan nanti akan tiba satu masa putaran itu akan terbalik
Masa pun terus berlalu setiap hari
Setiap saat bertambah
Setiap minit
Setiap saat
Ia berhenti bila jam rosak, namun hakikatnya tanpa jam itu pun masa terus berputar-putar
Setakat ini juga jantungku masih lagi berdegup setiap masa
Tidak pernah lagi berhenti
Melainkan masa yang bakal tiba
Yang aku ngak tahu bilakah masa itu
Tapi ianya pasti
Apa saja yang bermula pasti akan berakhir
Itu pasti
Sekadar pandang pandang di petang hari
Sejak akhir ni suhu di bumi Serdang terasa membahang saja dari petang ke malam
Kena banyakkan bersabar dan banyak minum air
Pasti ada hikmahnya. Mungkin akan ada hujan yang bakal menyejukkan bumi nanti :)

Wednesday, April 17, 2013
Ujian ke
Terasa seperti di taman bunga.
Semua yang dimahukan muncul depan mata dalam sekelip mata sahaja.
Mudah.
Tiada apa yang mustahil untuk didapatkan dalam tangan.
Aik pelik, pelik.
Kemudian satu masa apa yang ada mula menunjukkan simptom yang ia bukanlah makhluk yang kekal.
Ia akan pergi juga.
Mulalah saat itu terasa semua ini adalah mimpi semata.
Mimpi!!
Janganlah menjadi nyata.
Malangnya ianya bukanlah mimpi. Bukan.
Ditelan mati emak. Diluak mati bapak.
Mungkin semasa diberi ujian kesenangan dulu dia tidak bersyukur. Lupa diri mungkin. Berlagak sangat.
Aduh.
Ada satu ayat di mana ada satu golongan bila ditimpa musibah bukan main minta tolong dengan Allah supaya selamatkan mereka dan janji akan taat kepada Allah.
Malangnya memang sifatnya manusia itu pelupa.
Bila dah senang terus dilupakan rayuan dan janji manis yang mereka pernah buat dulu.
Apa itu tandanya orang bersyukur?
Hmmmmmm.
Refleksi diri sendiri mungkin.
Kenapa jadi orang yang tak kenang budi? Yang mungkir janji?
Sebab dah berada di zon selesa. Janji dan rayuan dibuat untuk melepaskan diri dari zon tidak selesa kepada selesa.
Tapi bila dah selesa, manusia tend untuk terlupa.
Aduh.
Jangan jadi macam golongan tak bersyukur itu. Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur.
Tajuk post ni ada kaitan ngan ujian kan. So kesimpulannya dalam apa jua keadaan. Sulit atau tidak, dalam ujian itu, sentiasalah bersyukur. Nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat buat hambaNya yang terus-terusan bersyukur.
Wassalam.

Sunday, April 14, 2013
Aku sang tanah
Sebelum mataku terlelap suka aku mengongsikan sesuatu tentang aku sang tanah.
Aku sang tanah.
Aku menginginkan seluruh jasadku yang terdiri daripada tanah ini dapat melahirkan benih-benih pokok dari benih yang baik, yang mana bila bercambahnya anak benih itu ia membesar menjadi sebuah pokok yang kuat, yang mempunyai daya ketahanan yang kuat terhadap panas, hujan, penyakit, serangga perosak yang tidak akan henti-henti menyerangnya kelak.
Disamping itu juga aku mahu pokok yang bercambah dari badan ku itu memiliki komponen yang cukup, ada daun, ada buahnya , ada dahannya. Cukup untuk melayakkannya bergelar pokok.
Dan paling penting aku nak pastikan pokok ni bermanfaat untuk manusia atau haiwan yang melintasinya atau sengaja singgah padanya.
Mungkin manusia itu dapat makan buah yang ada di pokok itu atau andai tidak di musim berbuah, manusia dapat berteduh di bawahnya, atau mungkin aja manusia itu bisa menggunakan ranting atau daun atau batang kayu untuk kegunaan yang berguna.
Dengan semua harapan yang aku senaraikan untuk pokok yang bakal aku lahirkan kelak, jelas aku tidak ada pun senaraikan yang aku mahukan pokok yang aku bakal lahirkan itu adalah pokok yang lemah, pokok yang cepat mati, pokok yang mudah layu, pokok yang tidak berguna dan tidak bermanfaat.
Tidak ada bukan aku senaraikan di atas?
Ya. Memang aku tidak senaraikan sebab aku tidak mahu!
Justeru itu, untuk aku melahirkan pokok yang baik, selain memiliki benih yang terbaik tertanam di badanku, haruslah aku sang tanah ini memainkan juga peranannya.
Kerana apa yang ada dalam badanku, tanah ini bakal mempengaruhi tumbesaran pokok itu kelak.
Aku kena seimbang dari segi elemen-elemen penting yang ada dalam setiap sendiku.
pH, ratio-ratio tu semuanya penting untuk aku seragamkan dalam badanku supaya nanti barulah benih yang terbaik tu dapat tumbuh dengan gembira di atasku.
Bila dia dah besar sikit dalam proses tumbesaran pula, aku kena sokong dia. Kena bagi bond yang kuat pada akar pokok itu agar ia bisa berdiri kukuh sepanjang hidupnya.
Oh. Seronoknya saat itu!
Pokok yang aku idamkan itu membesar dan ia bakal memberi manfaat kepada manusia dan haiwan!
Alangkah!
Saat itu aku pasti terasa berbangga kerana dapat menjadi tempat pokok itu tumbuh walaupun aku tahu pokok itu bukanlah milikku, namun aku menjadi penjaganya tanpa sedar.
Wah!
(⌒▽⌒)
Watak-watak tersebut mewakili:
Tanah - ibu
Pokok - anak
Hujan panas bla bla - cabaran
::::::::::::::::::::::::::
Sebenarnya kami mula membaca buku prophetic parenting yang sangat berguna untuk bakal-bakal ibu dan bapa. Walaupun belum berkahwin, kita kena ada persediaan.
Macam tanah tu, sebagai bakal ibu yang masih belum berumah tangga , haruslah diketahui bahawa kita sekarang ni menentukan bagaimana pokok yang akan dilahirkan kelak.
Er maksudku melahirkan anak.
Contohnya kita panas baran sekarang, tak mustahil anak kita juga panas baran, malah mungkin lebih panas barannya. Nauzubillah.
So straight to the point lah kan, kita kena sediakan diri kita sebaik mungkin, ubah apa yang huduh kepada yang lebih comel sebab mesti semua nak dapat pokok yang baik, nak anak yang baik.
Bapak borek anak rintik ke, tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ke, semuanya betullah tu.
Sangat pentingnya kita prepare diri seawal mungkin, jaga hubungan dengan Allah, manusia, haiwan dan alam, insyaAllah.
Bayangkan benih jagung breed bagus punya harga beratus tapi tanah nak guna untuk tanam tu tanah kering je. Takde khasiat langsung.
Camne nak support tumbesaran pokok tu. Sia-sia jela beli benih mahal kan.
So gadis-gadis single di luar sana, apa lagi. Jom jadi tanah yang terbaik untuk dapatkan pokok yang terbaik!
ヾ(@⌒ー⌒@)ノ masih belum terlambat untuk berubah dan mengubah. Hehe.
Aku sang tanah.
Wassalam. :)

Sunday, April 7, 2013
Kosong
Harini rasa kosong je.
Pergi kelas takde perasaan.
Dalam kelas melayang terbangg.
Dah hujung kelas tak sabar nak balik.
Dah balik, hakikatnya takde apa yang nak dibuat.
Semua kewajipan dibuat.
Namun, kenapa rasa kosong di satu sudut benaknya hati?
Temanku dan diriku,
Perasaan kosong ini dirasai oleh semua orang.
Bilamana dia sendiri tidak mengisi ruang kekosongan itu.
Eh, nak diisi dengan apa pula ya?
Isi dengan.. Allah.
Ada satu sudut di hati kita, kita perlu isi dengan Allah.
Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Betul.
Bila hati kosong itu dibiar kosong, takde connection dengan Allah, ia akan kekal kosong.
Macam tin kosong.
Ada ruang tapi tiada isi.
Apa maknanya tin susu, kosong, takde susu dalamnya?
Jadilah ia tin kosong.
Same goes to hati.
Bila terbiar kosong, jadilah dia hati kosong.
Kosong.
Kita berperasaan kita tenang, bahagia.
Tapi jauh di sudut hati, masih terasa ada sesuatu yang takde.
Something is missing.
Even dah solat.
Even dah baca Quran berpuluh helai.
Tapi takde rasa manisnya beribadah tu, umpama hilanglah hubungan kita dengan Allah.
Manisnya ibadah terasa daripada manisnya iman. Manisnya iman membawa kepada seronoknya berhubungan dengan Allah.
Hati yang kosong itu mula terisi.
Camne nak isi hati yang kosong itu kembali penuh?
Rasailah kemanisannya beribadah.
Carilah kemanisan iman itu.
Point paling utama, tinggalkan maksiat yang ada.
Maksiat = dosa.
Andai berqiam berjam-jam, solat taubat, nangis berbengkak-bengkak mata, namun masih ada maksiat, dosa dan jahiliyah yang terusan dilakukan, camne kita mahu rasai manisnya iman itu.
Macam kita nak bersihkan stokin putih yang termasuk dalam selut.
Kita clorox berhari-hari.
Lama-lama stokin tu putih. Berseri.
Tapi lepas tu still masuk selut tu.
Sampai bila nak bersih?
Kalau kita still pijak selut je hari-hari walaupun dah clorox hari-hari.
This cannot do.
Pokoknya,
Dosa dan maksiat dan jahiliyah yang masih ada dan melekat pada diri kita la yang paling membuatkan iman kita tawar.
Jom isi kekosongan hati dengan meninggalkan dosa dan terus usaha mencari kemanisan iman tu. Camne nak cari? Google lah. Eh, cuba bina hubungan dengan Allah balik, dan tinggalkan dedosa.
InsyaAllah.
Tidak mahu ada hati, tapi hati tak berfungsi. Hati kosong.
Aaa, tak nak!! Katakan tak nak pada hati kosong!
Allah. Allah.
Wassalam
Kenapa kita di sini?
Yup.
Kenapa kita masih di sini?
Kenapa even dah banyakkkkkk benda tak ingini masih lagi kita tegar di sini?
Kerana Allah.
Kerana ini sudah kewajipan kita.
Kita wajib akan ini supaya kelak di sana kita dapat melepaskan diri, dapat menjawab di hadapan Allah kelak.
Dan juga kita tahu tak bila kita bawa manusia ke arah hidayah Allah, pahala yang kita dapat adalah macam pahala yang orang mendapat hidayah tu.
Pahala yang berterusan dengan izinNya.
Allahuakbar.
Banyak faedahnya, amat takdelah ketidakfaedahannya.
So, you nak teruskan kat jalan ni or you nak rehat kat RnR jap, or you nak balik terus tak jalan-jalan dah?
Tepuk dada tanya iman.
Semoga diberikan kekuatan iman dan kekuatan diri tu sendiri.
Nak dapat sesuatu yang best kat hujung mestilah nak kena bersusah payah dulu sekarang.
:)
Thursday, April 4, 2013
Mata
Manusia ada 2 mata.
2 mata fizikal.
Yang membolehkan dia nampak dunia ini dengan jelas.
Pada masa yang sama, seorang manusia tu jugak kena ada 2 mata istimewa.
Bukan spek mata or goggle.
2 mata yang baru itu adalah muhasabah dan merancang.
Mata yang satu melihat masa belakang, menyesali or mengambil pengajaran dari yang lepas.
Mata yang lagi satu itu pula digunakan untuk merancang masa depan.
Hargailah mata fizikal dan mata halus itu.
Supaya hidup kita lebih better.

Subscribe to:
Posts (Atom)