Thursday, December 29, 2011

My Abang, My Hero

My Abang.

Abang saya merupakan seorang abang sulung kepada 6 beradik. Sekarang dah 7 lah.

My abang semasa saya kecil..

Saya ingat abang saya selalu kena rotan dengan abah dan ummi sebab dia sangat nakal.

Selalu kena kejar dengan ummi sebab suka buat benda pelik.

Saya ingat juga betapa abang saya sangatlah hyper semasa kecilnya.

My abang semasa saya remaja..

Saya dah jarang bersama abang saya, sebab dia masuk asrama, dia pergi PLKN, dia masuk matrik, dia masuk U.

Tapi seingat saya, abang saya suka sangat baca komik.

KREKO, Gempak penuh dalam bakul bawah katilnya.

Bila dia tiada saya dan adik-adik suka korek komik-komik tu dan baca.

Biasalah kan, budak-budak mudah terikut dan sejak itu jugalah saya mula minat membaca komik KREKO itu semua.

My abang bila saya dah meningkat dewasa..

Dia sudah mula berubah.

Saya nampak semangat dalam dirinya, seorang yang sangat berbeza dengan abang yang saya kenali sejak kecil.

Saya lihat dia, seorang yang sangat bersemangat, tak kenal erti putus asa, sangat berdikari, sangat sayang pada adik-adiknya.

Dia dah tak senakal dulu.
Dialah yang beria-ria suruh saya masuk U yang sama dengannya.

Dialah yang membawa saya kembali ke dalam dunia T ini, selain daripada ummi dan sudah tentu itu semua perancangan Allah.

Dialah yang selalu ambil berat tentang saya.

Ajak saya keluar, ajak makan, ajak pergi program.

Dia selalu tanya tentang pelajaran saya, apa yang saya dapat dalam bulatan. Dia memang cakna lah!

Syukur sangat sebab sama U dengan abang.

Patutlah ramai orang kata best sama U dengan abang. Abang boleh jaga. Tapi dulu saya tak rasa apa-apa, sebab saya rasa saya tak rapat dengan abang saya.

Selepas ummi tiada, dia jugalah yang menegur saya bila saya mula leka dan lalai.

Abang saya ada blog, saya suka baca blog dia.

Tapi kadang-kadang saya tersentap bila baca. Membuatkan saya mahu berhenti membacanya.

Tapi, sentap-sentap tu kan sebenarnya peringatan buat diri sendiri.

Kenapa nak lari daripada kenyataan? Hu.

Bila abang saya nak pinjam duit saya tak kisah pun. Sebab saya sayang dia.

Tak lama kemudian, abang saya pun kahwin.

Bila abang saya kahwin, dia pindah Johor.

Kami dah tak berada di U yang sama.

Waktu itulah saya mula rindukannya.

Rindukan cakna dia pada saya.

Rindu nasihat dia.

Saya pernah sekali sangat kagum dengan dia, dan saya mahu jadi macam dia. Haha.

Abang saya jugalah yang bagi nasihat kat saya, bila saya cakap saya ni penakut nak cakap kat depan. Hihi. Dia cakap, just be yourself. Jangan kisah apa orang nak kata.

Ok. Saya tulis post ini sebab saya terharu sangat. Saya ada seorang abang yang sangat tabah, dan dia rupanya banyak memendam bebanan dalam dirinya.

My abang juga cakap jangan terlalu memuji dia, dan jangan anggap dia baik sangat, sebab dia bukanlah seorang malaikat.

Semoga selepas ini saya terus menyayangi abang saya, wali saya. Hei. Along, semoga menjadi suami dan ayah yang OSEM. :D Doakan iqah di sini, semoga menjadi adik yang OSEM juga.

sebelum bernikahan


Khalid Alhadik, anak my abang. :)

Tuesday, December 27, 2011

Telur segar atau telur lama?

Assalamualaikum buat pembaca sekalian.

InsyaAllah hari ini saya nak share sesuatu yang saya belajar masa praktikal lab Ayam bersama Prof Zul.

Apa yang saya pelajari ialah macam mana nak kenalpasti telur ayam itu segar atau tidak segar?

Nak tahu macam mana?

Jom kita tengok!

Kami dikehendaki membawa sebiji telur satu kumpulan.

Lihat pada 4 gambar telur yang sudah dipecahkan. Fokus betul-betul pada telur putih dan kuningnya.

Baiklah, biar saya fokus pada setiap telur.


 Telur 1 Lihat pada telur kuningnya. Lapisan yang sepatutnya menyokong bentuknya telah hilang dan membuatkan kuning telur itu mudah saja pecah.
Ini adalah telur yang lama.



Telur 2 Kuning telur masih bulat, namun putih telurnya sudah terlalu cair macam air. Ini juga telur lama.



Telur 3 Kuning telur sangat bulat. Dan putih telur masih pekat. Ini adalah telur segar, baru sejam ditelurkan. Nak tahu telur itu segar atau tidak, tengok telur putih di tepi kuning telur tu. Masih menyokong kuning telur.

Telur 4 Telur ini sama kondisinya dengan telur 3. Cuma ini telur ayam kampung. Cantik kan telur?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah cara nak tahu telur tu segar atau tidak. Kenapa nak tahu telur segar atau tak?

Sebab nak makanlah kan? He.

Kadang-kadang ada je kedai tipu telur segar, telur segar, tapi bila pecahkan, struktur telur itu cair semacam. Kan dah kena tipu.

Yang tak bestnya, nak tilik telur tu segar ke tak hanya boleh dilihat pada dalamannya. Dari luar macam susah sikit.

Kalau telur tu lama sangat pun ada possibility untuk diracuni oleh microbes dan orang yang memakannya juga boleh keracunan. Macam sayalah. Wa.

Lagi 1 tip, telur yang dibeli jangan dibasuh sebelum disimpan, kerana di kulit telur ada lapisan "cuticle" yang melindungi telur daripada dimasuki bendasing. Kalau basuh? Telur itu akan tercemarlah.

Ha, lagi 1 tip. Simpan telur dalam kedudukan bucu tajam ke bawah. Sebab? Supaya anak ayam dapat bernafas. Hei, itu hanya diaplikasikan di bilik pengeraman telur jela. :P

Ok, itu sajalah perkongsian saya.

Semoga kalian bijak memilih telur yang terbaik untuk dibeli lantas dimakan. Jangan mudah ditipu oleh orang-orang yang selalu saja mahu mencari keuntungan dengan cara mudah.

Pilihlah makanan yang baik untuk mengisi perut kita, sebab nanti akan jadi darah daging juga kan?

Wassalam. Semoga bermanfaat!




Tuesday, December 20, 2011

Tenang


Mencari sebuah ketenangan tatkala hati sedang gundah gulana.

Maha Hebat Allah dan sungguh indah ciptaanNya.

Aku hanyalah hambaMu yang hina.

Dekatkanlah aku kepadaMu.

Oh.

Taman Botani, Putrajaya

Sunday, December 18, 2011

Pedoman kisah Uwais bin Zubair

Pagi itu adik Solihah memberikan tazkirah tentang tabiin; Uwais bin Zubair.

Siapakah gelarannya Uwais ini?

Uwais adalah anak kepada Zubair al-Awwam, sahabat yang tergolong dalam 10 orang yang dijanjikan syurga. Ibunya pula, Asma' bt Abu Bakar. Abangnya pula Abdullah bin Zubair. Memang hebat keturunannya bukan?

Panjang ceritanya lagi, mungkin kalian boleh google sendiri la ya :)

Apa yang paling terkesan pada saya ialah, Uwais ni seorang yang tak pernah tinggal membaca al-Quran dan qiam setiap hari. Tak pernah, melainkan satu kali.

Satu kali ni masa bila pulak eh?

Satu kali tu adalah di saat kaki Uwais dipotong kerana kanser. Woh. Diceritakan juga oleh adik itu tentang proses di mana Uwais dipotong kakinya ketika solat supaya tidak terasa kesakitannya. Dan bila dah potong, kesan potongan itu dicurahkan dengan minyak zaitun yang panas (teknik untuk mengelakkan jangkitan kuman). Saat itulah Uwais pengsan dan tidak dapat solat dan membaca al-Quran.

Sakit kot..Betapa tabahnya Uwais. Diri ini bila ditimpa sedikit ujian yang tidak menyakitkan pun dah jarang mengaji. Haish.

Kemudian diceritakan juga anak Uwais telah meninggal. Uwais tabah je mendengar khabaran itu.

Ok. Saya rasa kagum sangat dengan ketabahan Uwais bila ditimpa ujian. Kalau mahu dibandingkan dengan diri ini, tak layak kot nak dibandingkan.

Baru diuji dengan kematian ummi dah terjelepok, hilang semangat, lemah.

Baru diuji gagal sikit dah menangis-nangis. Yeah, saya mengaku itu.

Baru diuji dengan kepanasan dunia sudah moody.

Baru diuji dengan persekitaran yang tidak best nak ngomel-ngomel.

Stop it Atiqah. Yeah, I feel something from this story. I feel like I want to be as tabah as Uwais. Tapi of courselah ketabahan Rasulullah yang paling best.

Wassalam.

Saturday, December 17, 2011

Amanah.

Perjalanan pulang dan balik fieldtrip sambil mendengar nasyid dan ceramah Ustaz Salam.

Saya tersentap dengan kata-katanya dalam ceramah Sayounara Jahiliyah:

Ustaz: Boleh tak kita ponteng kelas?

A: Osh, tak boleh ustaz. Dosa kalau kita ponteng kelas. JPA dan amanahkan saya, bagi duit untuk saya belajar. Kalau saya ponteng kelas, bererti saya tak amanah la. Lagi-lagi nak dapat ilmu tu. JPA sponsor saya untuk belajar, so saya kenalah menjaga amanah tu.

Ustaz: Ooo. Kalau camtu, bolehlah ustaz cakap usrah tu wajib hukumnya?

A: Aaaa??? (tak mengerti apa maksud ustaz)

Ustaz: He, yela. Kalau kita fikir balik. Kita dicipta oleh siapa? Kalau lebih best la ayat, sape yang bagi kita hidup ni? Allah kan. Ingat Allah bagi kita hidup kat dunia ni senag-senang ke? Ada amanahnya juga. Malah, lebih besar daripada amanah JPA. Dan kalau kita tak buat lagi berdosa. Usrah tu pun salah satu cara kita untuk menjalankan amanah kita sebagai makhluk yang dicipta Allah. Kita kenal Allah. Kita menyebarkan Islam itu sendiri. Ye dok?

A: [Tersentap kot.].....

Ustaz: Okla. Ustaz nak balik dah ni. Lepas ni ada program. Nak ikut tak?

A: Ok2. [terus tersedar dengan kata-kata ustaz]

Fuh. Saya minta maaf awal-awal kalau saya ada tambah ayat nak bagi dialog ni nampak terurus sikit. Tapi serius. Saya tersentap sorang-sorang.

Saya mula memikirkan zaman-zaman awalku dalam usrah. Culas juga kadang-kadang. Kadang-kadang hilang keikhlasan itu. Haih.

Tapi sekarang, saya tahu dan faham. Usrah itu penting, sangat penting. Untuk mencapai ustaziyatul alam, untuk mengembalikan Islam di seluruh dunia, perlulah ada pembentukan individu. Ada individu yang faham tentang Islam. Yang meletakkan al-Quran dan Islam di dada.

Ok, saya tak nak tulis macam-macam. Saya janji saya takkan ponteng usrah andai tiada alasan yang betul-betul kukuh. Aisehmen, kadang-kadang alasan tertidur, terlupa pun pernah guna kot dulu.

Ok. Wassalam.

Sunday, December 11, 2011

Apa yang kita cakap, kita akan diuji.

Pernah tak anda rasakan situasi ini?

Apabila anda cakap pada orang, jangan buat itu dan ini, suatu masa anda diuji pula dengan apa yang anda pernah perkatakan itu.

Saya bagi contoh lagi ya. Hehe.

Alkisahnya tentang Amiena. Apa yng dipelajari di sekolahnya dulu, ustaz selalu pesan, bercouple itu haram. Malah bercakap dengan lelaki tanpa sebarang urusan penting pun tidak boleh.

Amiena memegang kemas pesanan itu hingga sampai lepas sekolah pun.

Di matrik, dia pesan pada kawan-kawannya yang tak pernah berkapel, jangan kapel. Jangan mesej/ chatting ngan laki. Dosa. Dan selalu dibincangkan hal ini dengan kawan-kawannya.

Di asasi pun begitu. Ada kawannya yang berkapel yang tegar. Amiena menasihati kawannya, tahu tak apa hukum kapel itu sendiri. Ya, kawannya tahu tapi entah kenapa nak buat juga. Amiena sangat stress sebab kawan dia tak nak dengar kata-kata dia. Biarlah dia, tahu sendiri dosa pahala. Itulah yang bermain di minda Amiena.

Amiena terus berpegang dengan prinsip itu, jangan bercakap dengan lelaki selagi tiada urusan penting.

Namun, suatu masa, Allah mahu menguji Amiena. Apakah benar apa yang Amiena cakap tu, Amiena akan buat? Apakah sekadar mainan mulut?

Ada sekumpulan lelaki di asasi mula mendekati Amiena yang sememangnya seorang yang pendiam. Amiena rasa sangat takut, dan selalu melarikan diri. Kenapakah makhluk-makhluk ini mahu mengganggunya?

Mereka memanggil Amiena ustazah lah. Nak balik dari kelas pun ikut. Amiena mula rasa janggal dan nak nangis. Apasal lah mereka ni takde kerja kah?

Sampai suatu masa, Amiena diuji lagi. Dia mula terfikir, kenapa aku takde sorang pun kawan lelaki? Mungkin aku boleh berkawan dengan sorang dua? Mungkin? Kenapa kawan-kawan aku yang lain ada je kawan laki? Siap rapat lagi. Ish.

Semenjak itu, Amiena mula melayan mesej yang budak lelaki kacau dia. Layan biasa je. Lawak-lawak mereka dilayan. Tapi Amiena tak berani jumpa depan-depan. Cuma mesej je.

Amiena terus larut dengan keadaan itu. Walaupun selepas ibunya meninggal dunia, dia menjadi smeakin kesunyian. Dia semakin rapat dengan seorang lelaki yang sebelum ini tidak pernah pun dikenalinya, malah berlainan kelas.

Amiena sudah tidak sedar, dia sedang bergelumang dengan dosa. Dia sudah mula rasa suatu perasaan yang tak dapat diertikan. Namun tidak pernah pun diberitahu pada lelaki itu. Biarlah rahsia. Heh.

Akhirnya, lelaki itu sudah mula menghilang tatkala Amiena masih mahu contact lagi dengannya.

Lama-lama, Amiena mula tersedar. Amiena baru teringat, bukankah dulu prinsip dia tidak mahu berkapel, walaupun bermesra dengan lelaki pun. Lama Amiena cuba mencari diri, menyesali dosa-dosa yang dia telah buat. Yalah, dulu bukan main cakap kat orang jangan cakap ngan laki, tapi sekarang bila diuji sikit dengan lelaki pun dah kecundang.

Astaghfirullah. Amiena rasa menyesal sangat-sangat. Sangat. Ternyata dia sudah begitu jauh daripada Allah. Dia lupa dia masih ada Allah. Allah mahu Amiena sentiasa mengingatinya, bukan lelaki yang tidak halal baginya.

Amiena pun mula bertekad untuk membuang semua contact number dan unfriend dengan lelaki itu. Cara yang paling selamat baginya. Dia tidak mahu lelaki itu menjadi penghalang baginya untuk mencari cinta Allah. Dia tidak mahu. Hanya Allah yang tahu. Lagi-lagi bila lelaki itu kembali mencarinya dan cuba menghubunginya, Amiena berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon. Semoga Allah tahu niatnya, dan memeliharanya daripda fitnah dunia.

Amiena juga berdoa semoga lelaki itu akan diberikan hidayah, dan mencari dirinya. Semoga dia faham maksud diamnya Amiena. Amiena sudah tidak mahu diganggu, dia mahu mencari cinta Allah.

Sobss. Sedihnya cerita Amiena ni kan? Hehe. Ada benarnya juga kan, apa yang kita cakap, mesti kita kena uji balik. Ingat senang-senang je ke nak masuk syurga? Adakah sekadar kita menasihat orang, cakap macam-macam, tapi kita sendiri tak buat. Eh, ini tidak adil sama sekali.

Jom tengok ayat ni:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan?"
                                                              (As-Saff 61:2)

Tengok, Allah pun tak suka kalau kita tak buat apa yang kita cakap. Dan pastinya nak tahu kita buat tak apa yang kita dah cakap, kita akan diuji. Fuh.

Semoga aku tidak sekadar menulis, tapi tak buat apa-apa.

Wassalam.

Thursday, December 1, 2011

Alhamdulillah ya Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala nikmat dan memberikan ujian kepada manusia.

Alhamdulillah.

Hari ini, saya mendapat berita yang saya sendiri pun tak sangka, tapi dengan kuasaNya, saya redha dan terima takdir ini dengan syukur.

Berita itu ialah saya mendapat A subjek Genetik! Alhamdulillah. Bukan saya mahu menunjuk ke apa. Tapi, saya begitu terharu dan macam tak percaya dan rasa macam sangat bersyukur.

Kenapa saya bersyukur dan gembira sangat?

> saya dah aku janji dengan prof masa gagal test 1 dulu, kalau saya gagal lagi memang saya rasa malu lagi dan mungkir janji
> sebab markah dulu sangat rendah, kalau kali ini rendah lagi, possibility untuk dapat gred rendah untuk subjek ini adalah sangat tinggi. Untuk tidak memberi impak besar kepada CGPA kelak. Fuh.
> saya tak nak tarbiyyah yang saya lalui sekarang ini menjadi fitnah kepada kerendahan markah saya, padahalnya saya yang salah kan.

Alhamdulilllah. Saya rasa terharu sampaikan saya rasa tak tahu nak cakap apa. daripada D boleh jadi A. Huhu. Allah saja yang tahu apa yang saya rasakan.

Baru saya tersedar dan teringat, sehari sebelum test Genetik, saya sangatlah sibuk dengan program. Namun saya cuba study awal minit subjek Genetik ni. Dia tak susah kalau fokus dan faham, cuma ayatnya tinggi sangat~ Sabar jela, kena buat nota sendiri kat tepi tu. Hish.

Apa yang saya buat sebelum test:

> saya berbelah bagi nak datang program sebenarnya, mana tak, kawan2 tengah fokus study, saya asyik keluar kemari. woosh. tapi akhirnya saya pilih untuk pergi juga program, sebab ada adik ni cakap masa ISK, kalau kita rasa berbelah bahagi nak pergi ke program ilmu, yang baik, baik pilih je yang tu. jangan banyak fikir. ok.

> masa saya nak pergi program, saya bawa nota lecture. dan 1 nota yang saya baru baca dan conteng dan buat nota habis-habisan dah tercicir masa saya jalan. saya amatlah risau, nak membacanya kembali, ambil masa kot. akhirnya, dalam resah gelisah tu, saya tawakkal jela. harap dapat jumpa bali nota tu. semoga ada jodoh lagi..

masa saya balik, saya borak-borak dengan akak ni. saya mencari keliling gak nota tu, moga ketemu. dan ia ada di papan kenyataan blok. wuu, gembira bukan kepalang. rasa macam berjumpa dengan sesuatu yang sangatlah precious dan berharga! >.<. alhamdulillah~

> sehari sebelum test, hari tu cuti peristiwa. adik saya di USIM meminta tolong saya untuk membawanya dan kawan-kawan ke taman botani, Putrajaya. mula-mula saya tak nak, nak study kot. mana ada masa lagi. tapi bila fikir-fikir balik, ada baiknya saya tolong dia. kan bila kita tolong orang lain, permudahkan urusannya, Allah akan permudahkan urusan kita [hadis 36]. saya pun relakan diri untuk membantunya. pergilah kami ke Putrajaya, saya study di bawah pokok di tepi tasik. best!

> malam sehari sebelum test. saya ada usrah adik-adik. nak cancel sebenarnya, tapi dah tanggungjawab saya bagi mereka kefahaman islam, bagi mereka ilmu. saya pun pergi. dalam hati saya asyik berdoa, Allah, tolonglah aku esok. harini aku dah buat sesuatu yang engkau suka, yang kau suruh. rasa debar nak test esok takdela sangat.

tulah antara apa yang saya alami sebelum test. saya takdelah menghadap nota 24 jam sebelum test. tak nak. sebab saya ada tanggungjawab yang lagi dan lebih besar daripada sekadar study. hidup sebagai seorang pelajar, bukan sekadar study. bukan. besar dan banyak lagi tanggungjawab ini. carilah, dan ketahuilah apa tanggungjawab ini.

Di saat ini, saya mula merindui mereka. Mereka. Mereka yang sefikrah, mereka yang faham tentang tanggungjawab dan misi masing-masing. Allah, Allah. Aku tak nak jadi hambaMu yang kufur nikmat. Aku juga ada hak pada manusia lain. Bukan sekadar hak pada buku.

Menjadilah aku hamba yang bersyukur.

Wassalam.