Kenapa orang nak gaduh-gaduh, nak bising-bising bila budak 20 tahun dah nikah?
Cakap muka macam budak-budak.
Cakap tak matang.
Muda sangat nak kahwin.
Ouch.
Bertuah adik ni dah dapat penuhi sunnah nabi usia muda-muda ni.
Aku yang dah 22 tahun ni pun tak termampu lagi penuhi sunnah tu. hey
Waduh.
Kenapa orang nak pertikaikan bila orang tu nak buat benda yang membawa ke arah hidup berpahala?
Ustaz Alias cakap, orang kahwin ni setiap harinya akan berganda-ganda pahalanya.
Tapi orang couple-couple, takde plak yang perlekehkan?
”Muda gila budak tu kapel, muda-muda dah buat dosa。”
Ada berani cakap camtu?
Lagi pula, kapel mungkin akan dapat dosa tiap-tiap hari.
Tak ke kahwin tu lagi bagus??
Haih.
Aku gembira dengar orang tu kahwin, dapat elak maksiat apa-apa.
Ada juga yang tak puas dan benci dengan benda berpahala.
Tapi couple yang haram tu suka sangat, support habis-habis.
So sweet la kapel.
=。=’’
I don't have much thing to comment on. Nowadays, people are getting confused. Haq & batil.
Sunday, April 29, 2012
さようなら J
Sayounara J
Sayounara J
Sayounara J
Please don't come back to me
Oh J
Please stay away from me
I hate you
J, please let me stay here in peace
I don't wanna cry anymore because of you,
though it's good for me to cry when I leave and throw you
But please
Do not ever come to me again
No more J
I don't want you anymore
I don't need you anymore
J, oh J. Oh Jahiliyyah. It's time to say sayounara. Again? Again?
No more again later please.
"The more I say, the more I'll be tested."
Sunday, April 22, 2012
Hoshi (harapan)
Aku mahu lebih serius kali ini
Lebih terorganais.
Kurang main-main.
Semoga istikharah dan pengharapan penuh pada Allah membuka jalan yang terbaik.
InsyaAllah.
Jaga diri,jaga hati,jaga iman
Monday, April 16, 2012
Makan dalam dulang
Hee. Saya suka makan dalam dulang. Sebab apa?
Sebab, makan dalam bulatan, masing-masing saling menghadap. Akan rasa kemesraan kat situ. Ukhuwwah pun terasa lebih akrab. Berkongsi makan lebih berkat bukan?
Begitulah perasaannya makan dalam talam. Seronok. Lagi-lagi kalau berkuah, masing-masing makan bercelup-celup. hahah. Ada juga rasa geli tu mula-mula, tapi lama-lama menda geli tu rasa ok je pun. Not a big problem la.
Tiba-tiba teringat plak kisah muda-muda dulu. Saya makan dalam dulang sejak sekolah rendah lagi sampailah sekarang. Macam-macam kenangan makan dalam dulang ni. Kenangan manis, kenangan masam? Semua ada.
Tapi ada satu ni yang saya tak boleh lupa....
*************************************************************
Masa darjah 4. 12 tahun yang lalu.Berat badan saya menaik secara mendadak. Daripada sekeping jadi bulat. Saya tak tahu kenapa, tapi yang saya paling syaki adalah vitamin yang saya buli junior bawa hari-hari. erk . Tutup cerita itu.
Pembesaran itu telah menimbulkan kerisauan pada abah dan ummi saya. Akhirnya mereka merencanakan sesuatu untuk saya. Mereka cakap pada cikgu suruh saya makan asing daripada kawan-kawan. Jangan makan dalam dulang, makan guna pinggan je.
Huk. Mesti mereka fikir saya jadi tukang sapu habis makanan dalam dulang, tu menggemol jadinya.
Saya jadi begitu sedih. Disuruh makan berasingan. Makan sorang-sorang. Orang lain makan ramai-ramai. huk
Bila kawan-kawan tanya saya kenapa makan dalam pinggan? Saya tersengih je dan jawab ayah suruh.hehe. Adakah anda tidak malu orang tanya soalan tu? Takkan nak jawab sebab saya dah makin gemuk, ayah saya suruh makan dalam pinggan. Apakah?
Saya mengalami rasa rendah diri yang amat. Saya malu. Arghh. Stress nye! Tak tahukah abah makan dalam dulang tu lebih berkat daripada makan dalam pinggan sorang-sorang?
Tak lama lepas tu, pengetua panggil saya ke pejabat. Aisehman.
Saya takut dengan guru besar ni, sebab dia masih baru. Dan ada khabar angin kata dia ni sangat garang pada murid-murid kat sekolah lamanya. Siap suruh murid-murid makan tanah bila marah. erk..
Saya masuk dengan cuak.
Sir pun tanya saya, "kenapa ya abah awak suruh awak makan dalam pinggan?"
Erk.. Berpeluh-peluh. "Emm..sebab saya dah makin gemuk."
Sir :"Owh, kalau makan dalam dulang je ke awak jadi gemuk? Kalau makan dalam pinggan tak gemuk?"
Saya: "Err..(kelu untuk berkata-kata lagi)
Sir: "Awak kena control makan, jangan makan banyak-banyak. Kalau makan dalam daun pisang pun, tapi kalau nasi tu banyak, sama je. Jadi gemuk jugak."
Saya: "Aa? ... sengih saja yang aku termampu....
Sir: "Oklah, lain kali control makan tu. Awak tu perempuan. Kalau awak control makan, takde abah awak suruh-suruh kami monitor awak makan dalam pinggan."
Saya:" Ya,ya..hihi"
Akhirnya saya keluar dengan perasaa yang tak puas hati. Apalah abah ni. Wat malu aku je. Hal ni pun nak libatkan cikgu. Arghhh. Tensi, tensi! Nak nangis pun ada, entah saya menangis entah tidak. Lupa sudah.
Selepas itu..Selepas itu..Saya dah tak nak makan dalam pinggan. Saya bencikan rasa dipinggirkan. Saya tak suka buat benda pelik, dari yang lain. Saya sudah puas dimalukan. Akhirnya saya kembali makan dalam dulang bersama kawan-kawan yang lain. Kembali makan dalam keberkatan hendaknya insyaAllah. Dan tidak pernah kembali makan dalam pinggan. Lupakan sajalah rencanamu itu abah :P
Sekarang ni, kalau ada program dengan akhawat je, pasti akan makan dalam dulang. Yeay! Makan dalam keberkatan~
Tapi satu je yang saya tak suka dan pernah sekali suarakan pada sorang dua ukhti. Kenapa kalau makan dalam dulang, nasi mesti banyakkkkkk sangat. Saya dahla nak diet, nak elak makan nasi banyak-banyak camtu kan. hehe.
Kadang-kadang rasa macam bila program je, sekali makan macam 2 pinggan nasi je. Tu jela kelemahan makan dalam dulang. Tendency untuk makan nasi dengan overload tu adalah tinggi. Kadang-kadang balik dari program rasa macam kena pam-pam je. Kembang semacam. huhu
Lagi-lagi bila dah sampai ke nasi-nasi terakhir, ramai yang menyerah kalah dengan awal. Mengharapkan yang lain akan habiskan. pergh. Saya sayang melihat nasi tak habis kadang-kadang tolong menghabiskan juga. Tapi dalam hati risau dah, alamak, alamak. Kembang, kembang..
Kata makan sebelum kenyang, ni macam dah melampau kenyang jek? huhe
~*~
Pesanan:
1) Makanlah secara berjemaah, baru best. Ada barakahnya. Tak percaya? Silalah percaya.
2) Ikutlah arahan ayah selagi ia tidak melanggari syariat. Tapi dalam kes saya, saya ingkar di akhirnya sebab saya rasa saya harus melakukannya kerana perkara itu telah membawa keaiban pada diri saya.hahah
3) Mungkin AJK makanan lepas ni boleh kurangkan kot kuantiti nasi dalam dulang. Makan terlalu kenyang pun tak elok. Kan sunnah makan sebelum kenyang. hee
4) Kadang-kadang bila ada makanan sedap, kita cenderung untuk rasa nak makan sorang-sorang. Sharelah, share lebih baik. Sama-sama dapat rasa sedap tu.
pertandingan hias lauk~
rehlah putrajaya
entah apa ya kumpulan kami buat ni?huhu
Sunday, April 15, 2012
Sedang seronok berjalan-jalan di blog-blog dan laman-laman, sambil nak baca kisah Sa'ad bin Muadz, tiba-tiba henpon berbunyi.
Ada call daripada Q.
Eh, kenapa dia ni call? Tak pernah call pun. Tapi selalu mesej. Debarnye.
"Hello, assalamualaikum?"
"Hello..bla..bla..bla..sobs,,sobs..bla..bla..bla..sobs..sobs.."
"Hah, apa? Kenapa ni Q?" Suara di sana kedengaran sedang menangis yang dahsyat. Bunyi macam ketakutan yang amat.
Saya kaget. Saya biarkan teman ini menenangkan dirinya. Biarkan dia luahkan apa yang terpendam dalam dirinya. Biarkan dia tenangkan dirinya. Cuba memahami situasi yang dihadapi pentelefon.
Jelaslah dia sedang menghadapi satu masalah yang berkonflik dalam dirinya. 2 hari lepas ada dia minta pendapat saya tentang sesuatu. Tapi saya tidaklah menyangka masalahnya sebesar ini. Sampaikan dia meraung-raung, menangis-nangis.
Ya Allah, semoga kamu tenang Q. Sabar ya.
Saya pasti kamu mampu menghadapinya, cuma mungkin kamu tidak kuat menghadapinya sendirian.
Andai ku ada sebiji skuter, mahu saja ku drive ke tempatmu sekarang.
Takde skuter pun, andai ku ada sebiji kereta myvi, mahu saja ku drive ke tempatmu pada masa itu.
Mahu saja ku peluk dirimu, berharap dapat memberi ketenangan ke dalam dirimu. Harap-harap you tak baca post ni. heh

....................................................
Kalau sahabat kita minta nasihat, berikanlah nasihat. Kerana itu hak seorang muslim, menasihati bila sang sahabat meminta nasihat.
jom pi sana~
Friday, April 13, 2012
Penyakit
Malam itu sekali lagi kecewa kerna ceramah yang sepetutnya disampaikan oleh Dr Hafidzi bertukar kepada penceramah lain. jeng jeng jeng
'Ala kulli hal, ada tazkirah ringkas selepas solat isya' by Ustaz Farid. Tazkirahnya ringkas, tapi padat. InsyaAllah ada manfaatnya.
Mula-mula ustaz cakap pasal penyakit kronik macam kencing manis, penyakit jantung, kanser. Semua penyakit kronik ni memang macam dahsyat kan? Tapi kalau kita lihat kesan jangka panjang, orang yang sakit kronik ni mungkin deritanya hanya di dunia, tapi mati nanti dah tak menderita penyakit tu. Kiranya endpoint penyakit kronik tu adalah MATI.
Tapi, penyakit yang lebih dahsyat daripada tu, penyakit HATI sepatutnya lebih ditakuti oleah manusia. Sebab apa? Sebab, penyakit hati ni kat dunia pun ada, dan dia akan effect, memberi kesan kepada kehidupan di akhirat kelak.
Fuh. Fuh. Fuh. Kenapa pulak camtu ustaz? Kurang faham.
Maka ustaz pun terangkan surah asy-Syams. Dari ayat 1-7 Allah bersumpah demi ....macam-macam tu..
Di ayat 8 pula: Allah bagi ilham kejahatan dan ketaqwaan. Kat sini ustaz ulas sikit, sebenarnya orang yang menghisap dadah, membunuh dan yang buat bermacam jenis kejahatan tu tahu je semua benda tu adalah kejahatan. Sama juga dengan kebaikan, manusia dapat bezakan dan tahu mana satu jahat, mana satu baik. Diilhamkan ke hati manusia semua itu.
Namun, di ayat 9 : untunglah bagi yang menyucikannya. Beruntunglah siapa yang menjaga hati mereka, yakni tidak berbuat kejahatan itu dan berbuat kebaikan. Allah mention, untunglah! Untung itu di mana? Di dunia yang fana inikah? Pastinya keuntungan di akhirat kelak!
Oh, OSEM!
Manakala di ayat 10 : rugilah bagi yang mengotorinya. Ayat ni terbalik dari ayat 9 tadi. Siapa buat jahat, sudah pastilah dia akan rugi di akhirat kelak. Banyak buat dosa. woo. Hati yang kotor itulah yang mendorong manusia buat jahat. tssk
Lagi, kita kena cuci jiwa, cuci hati setiap masa, setiap hari!
Kata nak jadi orang yang beruntung kan? Ke tak nak? Tepuk dada, tanya iman. gulp
Nak sucikan hati macam biasa semua tahu, buat apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan larangannya, di samping tambahan amalan-amalan sunat.
Apa ujian kita ek? Kata ustaz, ujian kita adalah benda-benda haram. Betapa kita terpaksa menahan nafsu, iman nak menghadapi benda haram tu. Kalau takde iman, maka akan terjadilah perkara haram tu.
Syaitan (rujuk surah an-Nas juga antara musuh utama).
Jaga hati, dengan sentiasa berada dalam majlis ilmu. Usrah, khatibah tu jangan pernah miss.
Renungan terakhir, nabi Adam dulu kena buang dari syurga hanya kerana melanggar 1 larangan Allah. Tapi kita? Mustahil 1 je dosa kita pernah buat kan?
wuu
Renungan bersama. Semoga beroleh manfaat insyaAllah.
Tangan yang menaip ini akan lebih dipertanggungjawabkan atas apa yang ditulis.

Thursday, April 12, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Holiday : Dengar video
Tiba-tiba harini rasa nak tengok page Aiman Azlan. Ada nampak satu video usrah Canada.
Wow. Okla. Suka dengar orang-orang muda punya kata-kata, tazkirah,dengar je, jangan tengok. haha
Rasa ayat cam simple, tapi mantap, sentap dan cool.
Kalau rajin tengoklah video-video nya.
Semoga hati lebih terisi, iman lebih banyak makanannya.
Spend masa untuk mendengar tazkirah, supaya diri sentiasa dalam keadaan beringat.
Tengoklah sendiri ya :

Hati & kehidupan. Ayat-ayat dia best.
Jihad Sampai Mati (Bhg. 1)
Jihad Sampai Mati (Bhg. 2)
Jihad Sampai Mati (Bhg. 3)
Wassalam.
Monday, April 9, 2012
Hati yang tawar
Hati yang tawar kena cari gula untuk menyedapkan dan memaniskannya.
Sungguh, hati itu masih lagi tawar tak bergula.
Mungkin memerlukan beberapa tempoh untuk kembali manis semula.
Hati, tolong jangan tawar lagi.
Tolong.
Hati, hati-hati.
Thursday, April 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)