Monday, April 16, 2012

Makan dalam dulang


Anda pernah makan dalam dulang? Makan ramai-ramai dengan kawan-kawan? Akhawat ke?

Hee. Saya suka makan dalam dulang. Sebab apa?

Sebab, makan dalam bulatan, masing-masing saling menghadap. Akan rasa kemesraan kat situ. Ukhuwwah pun terasa lebih akrab. Berkongsi makan lebih berkat bukan?

Begitulah perasaannya makan dalam talam. Seronok. Lagi-lagi kalau berkuah, masing-masing makan bercelup-celup. hahah. Ada juga rasa geli tu mula-mula, tapi lama-lama menda geli tu rasa ok je pun. Not a big problem la.

Tiba-tiba teringat plak kisah muda-muda dulu. Saya makan dalam dulang sejak sekolah rendah lagi sampailah sekarang. Macam-macam kenangan makan dalam dulang ni. Kenangan manis, kenangan masam? Semua ada.

Tapi ada satu ni yang saya tak boleh lupa....

*************************************************************
Masa darjah 4. 12 tahun yang lalu.

Berat badan saya menaik secara mendadak. Daripada sekeping jadi bulat. Saya tak tahu kenapa, tapi yang saya paling syaki adalah vitamin yang saya buli junior bawa hari-hari. erk . Tutup cerita itu.

Pembesaran itu telah menimbulkan kerisauan pada abah dan ummi saya. Akhirnya mereka merencanakan sesuatu untuk saya. Mereka cakap pada cikgu suruh saya makan asing daripada kawan-kawan. Jangan makan dalam dulang, makan guna pinggan je.

Huk. Mesti mereka fikir saya jadi tukang sapu habis makanan dalam dulang, tu menggemol jadinya.

Saya jadi begitu sedih. Disuruh makan berasingan. Makan sorang-sorang. Orang lain makan ramai-ramai. huk

Bila kawan-kawan tanya saya kenapa makan dalam pinggan? Saya tersengih je dan jawab ayah suruh.hehe. Adakah anda tidak malu orang tanya soalan tu? Takkan nak jawab sebab saya dah makin gemuk, ayah saya suruh makan dalam pinggan. Apakah?

Saya mengalami rasa rendah diri yang amat. Saya malu. Arghh. Stress nye! Tak tahukah abah makan dalam dulang tu lebih berkat daripada makan dalam pinggan sorang-sorang?

Tak lama lepas tu, pengetua panggil saya ke pejabat. Aisehman.

Saya takut dengan guru besar ni, sebab dia masih baru. Dan ada khabar angin kata dia ni sangat garang pada murid-murid kat sekolah lamanya. Siap suruh murid-murid makan tanah bila marah. erk..

Saya masuk dengan cuak.

Sir pun tanya saya, "kenapa ya abah awak suruh awak makan dalam pinggan?"

Erk.. Berpeluh-peluh. "Emm..sebab saya dah makin gemuk."

Sir :"Owh, kalau makan dalam dulang je ke awak jadi gemuk? Kalau makan dalam pinggan tak gemuk?"

Saya: "Err..(kelu untuk berkata-kata lagi)

Sir: "Awak kena control makan, jangan makan banyak-banyak. Kalau makan dalam daun pisang pun, tapi kalau nasi tu banyak, sama je. Jadi gemuk jugak."

Saya: "Aa? ... sengih saja yang aku termampu....

Sir: "Oklah, lain kali control makan tu. Awak tu perempuan. Kalau awak control makan, takde abah awak suruh-suruh kami monitor awak makan dalam pinggan."

Saya:" Ya,ya..hihi"

Akhirnya saya keluar dengan perasaa yang tak puas hati. Apalah abah ni. Wat malu aku je. Hal ni pun nak libatkan cikgu. Arghhh. Tensi, tensi! Nak nangis pun ada, entah saya menangis entah tidak. Lupa sudah.

Selepas itu..Selepas itu..Saya dah tak nak makan dalam pinggan. Saya bencikan rasa dipinggirkan. Saya tak suka buat benda pelik, dari yang lain. Saya sudah puas dimalukan. Akhirnya saya kembali makan dalam dulang bersama kawan-kawan yang lain. Kembali makan dalam keberkatan hendaknya insyaAllah. Dan tidak pernah kembali makan dalam pinggan. Lupakan sajalah rencanamu itu abah :P

Sekarang ni, kalau ada program dengan akhawat je, pasti akan makan dalam dulang. Yeay! Makan dalam keberkatan~

Tapi satu je yang saya tak suka dan pernah sekali suarakan pada sorang dua ukhti. Kenapa kalau makan dalam dulang, nasi mesti banyakkkkkk sangat. Saya dahla nak diet, nak elak makan nasi banyak-banyak camtu kan. hehe.

Kadang-kadang rasa macam bila program je, sekali makan macam 2 pinggan nasi je. Tu jela kelemahan makan dalam dulang. Tendency untuk makan nasi dengan overload tu adalah tinggi. Kadang-kadang balik dari program rasa macam kena pam-pam je. Kembang semacam. huhu

Lagi-lagi bila dah sampai ke nasi-nasi terakhir, ramai yang menyerah kalah dengan awal. Mengharapkan yang lain akan habiskan. pergh. Saya sayang melihat nasi tak habis kadang-kadang tolong menghabiskan juga. Tapi dalam hati risau dah, alamak, alamak. Kembang, kembang..

Kata makan sebelum kenyang, ni macam dah melampau kenyang jek? huhe

~*~

Pesanan:

1) Makanlah secara berjemaah, baru best. Ada barakahnya. Tak percaya? Silalah percaya.

2) Ikutlah arahan ayah selagi ia tidak melanggari syariat. Tapi dalam kes saya, saya ingkar di akhirnya sebab saya rasa saya harus melakukannya kerana perkara itu telah membawa keaiban pada diri saya.hahah

3) Mungkin AJK makanan lepas ni boleh kurangkan kot kuantiti nasi dalam dulang. Makan terlalu kenyang pun tak elok. Kan sunnah makan sebelum kenyang. hee

4) Kadang-kadang bila ada makanan sedap, kita cenderung untuk rasa nak makan sorang-sorang. Sharelah, share lebih baik. Sama-sama dapat rasa sedap tu.


 pertandingan hias lauk~
rehlah putrajaya

entah apa ya kumpulan kami buat ni?huhu

Wallahua'lam.


No comments: