Sunday, March 27, 2011

Cuti itu Berhargalah!

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara;

* Lapang sebelum sempit*

Perbualan antara 2 orang budak lelaki di dalam bas:

"Ei, ko biasa buat apa hari cuti Sabtu ngan Ahad?"

"Aku biasa ah, hari Sabtu tido je siang tu. Dah petang-petang baru bangun. Hari Ahad plak aku gi jalan, baru nak bukak buku."

"Aku pun sama la bai. Kadang-kadang aku keluar ngan awek aku."

Fuh, sedapnya cuti mereka. Asal cuti je tidur. Penat sangat ye belajar dari Isnin sampai Jumaat, bisik hatiku.

Di laman sosial pula, ku terbaca status kawanku:

"aku benci cuti hujung minggu, x tau nk wat pape, yg aku tau hbiskan duit.. akakakakaka mcD dulu!"

Fuh, dahsyatnya. Sebab tak tahu nak buat apa dah, status begini ditulisnya.

"Aku nak marathon movie ah weekend ni."

Dengkinya pada mereka, kerana masa yang mereka ada, tidak digunakan dengan sebaiknya!

Tapi, kita patut rasa bangga, kalau kita telah manfaatkan cuti dan masa terluang kita dengan perkara-perkara berfaedah.

Itulah lumrah manusia: Bila masa free, tak tahu nak buat apa. Tapi bila takde masa, takde cuti, mulalah merindukan masa itu.

Cuti=masa! Jangan sia-siakan! Ayuh manfaatkan cuti dengan perkara-perkara berfaedah.

Pesanan buat diri dan sesiapa sahaja.

Wassalam.

Tuesday, March 22, 2011

Jangan tutup mulut melebihi 10 minit.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar mahu berkongsi ilmu yang saya dapat dari seorang teman.

Daripada teman saya, daripada ustaznya yang juga seorang profesor:

"Jangan biarkan mulut anda tertutup tanpa berbuat apa-apa dalam tempoh melebihi 10 minit. Ini kerana dalam tempoh 10 minit tanpa sebarang gerakan dalam mulut, satu jenis "fluid" @ enzim akan terhasil dalam mulut, dan ia akan merbahayakan tubuh manusia."

Wallahu a'lam. Masih dalam kajian manusia.

Tapi, kalau kita tengok pada apa yang dikatakan ustaz tu, ada benarnya juga. Mungkin itulah sebabnya kita sebagai orang islam disarankan untuk sentiasa berzikir mengingati Allah setiap masa.

Mungkin boleh dipraktikkan mulai sekarang. Allah menyukai hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.

Ayuh! Ringan-ringankan mulut untuk terbuka dengan berzikir. :)

InsyaAllah, moga terus istiqamah.

Wassalam.

Monday, March 21, 2011

Minggu Test 2.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini,sudah pun minggu ke 11. Sejak 2 minggu lepas sudah bermulanya ujian 2.

Namun, saya seperti merasakan ujian kat universiti ni seperti pertandingan menghafal. Siapa yang dapat menghafal paling kuat, paling banyak, akan dapat markah paling banyak. No wonder lah kenapa ramai mahasiswa mahasiswi sekarang dikatakan kurang kualiti, namun banyakkk kuantiti(bukan kenyataan saya).

Kalau sekadar dihafal, lepas test for sure hilang ilmu tu. Tak lekat. Lagi-lagi yang "menghafal" last minute. Memang boleh jawabla, laju je keluar kan apa yang dah belajar. Hasilnya, markah top. Fuhh.

Tapi, jangan dilupa wahai Atiqah dan anda sekalian, Allah tidak sesekali melihat amalan kita pada hasilnya. USAHA, usaha yang dinilai! Sedikit usaha, maka?

Lagi satu perkara yang biasa terjadi di universiti saya, kalau hari Selasa ada test malam tu, kalau boleh sepanjang hari tu nak belajar je, kelas ponteng. Sampai pensyarah merajuk. Fuhh. Apa yang dicari sebenarnya? Result yang meletup, ataukah keberkatan ilmu dan seorang guru? Hormat pada guru @ pensyarah di kalangan pelajar-pelajar zaman sekarang sudha mula pudar.

Nak kata kuat belajar, tapi masa bukan minggu ujian, selalu je nampak pergi outing, tengok movie, enjoy. Tapi masa minggu ujian, memang hardworking. Stay up, ada sampai tak tidur malam. Pergi ujian, mata macam panda. Kelas ponteng.

Ok, the moral of the topic are:

1) Jangan study last minute! (kalau boleh)

2) Hargai ilmu yang kita ada. Ilmu itu bukan senang nak dapat oo. Kita pergi kelas tiap-tiap minggu, terkorban masa tu. Anyway, ada seorang ustaz ni cakap, gunakan ilmu tu sebagai cara untuk kita dekati Allah, untuk mengenali Allah.

3) Dalam sibuk mengejar markah yang tinggi..(=.=), jangan lupa cari keberkatan ilmu! Tak berkat, susahlah kan nak melekat ilmu yang difahami, walaupun hafal mantap.

4) Jangan sekadar menghafal, fahamkan!

5) Err, hargai masa yang ada. Jangan bertangguh-tangguh.

6) Konsep redha dengan apa yang kita dapat (result) itu penting. Bersyukur dengan rezekinya, dan yakin itulah yang terbaik buat kita.

7) Kalau dapat markah top-top, jangan mudah merasa bangga. Sentiasalah bertawadduk. (yosh!)

8) Masa nak ujian, masa itulah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Jangan makin menjauh ya. Kalau kita menjauh, sombongnya kita dengan Yang empunya ilmu, sombongnya kita nak minta tolong dengan Yang menciptakan kita. Nauzubillah.




Renungan bersama di minggu peperiksaan.
"Allah tengok USAHA, bukan HASIL!"

Wassalam.
(esok paper nutrition lagi =.=")


Wednesday, March 16, 2011

Melukis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Melukis. Anda minat melukis? Atau mungkinkah anda berminat pada lukisan?

Saya sukakan lukisan, melukis pun suka. Dari kecil saya suka menconteng buku-buku kosong. Penuhlah dengan macam-macam rupa lukisan. Asal ada kertas dan pensil, pasti saya nak melukis. Masa paling rajin untuk melukis bagi saya adalah masa guru mengajar dalam kelas kalau masa sekolah dulu. Kalau kat universiti ni kalau lecturer duk mengajar lama, rasa nak hilang ngantuk tu pensel dan pen menconteng kiri kanan nota. OoO.

Mana datang minat ni pun tak tahu. Secara semulajadi mungkin. Atuk saya seorang arkitek. Pak cik-pak cik saya ada beberapa orang arkitek. Mak saya pun dulu nak jadi arkitek. Tapi tak berkesampaian, jadilah guru matematik. Sejak saya tahu itu jugalah saya bercita-cita nak jadi arkitek bila dah besar nanti. Tak percaya tanya kawan-kawan sekolah. Dulu siap kena lukis apa yang anda mahu jadi bila besar nanti. Seorang arkitek muslimah. :D

Masa saya kecil juga, mak saya suka lukiskan saya beberapa lukisan bila saya pinta. Saya suka suruh dia lukis sketch wajah saya, dan dia pandai melukis! Sejak itu juga saya jadi mahu menjadi sepertinya, saya nak pandai melukis!

Tapi, saya suka lukis gambar orang, orang yang tak tutup aurat. Suka lukis gambar perempuan yang tak pakai tudung. Pakai skirt. Pakai blouse, yang macam dalam manga tu. Semuanya gara-gara pengaruh manga-manga jepun yang saya gila-gilakan. Tapi, cantik kot lukisan-lukisan manga! Lelaki dia nampak kacak gila, perempuan dia nampak cantik gila. Macam suci tak pernah buat dosa pun! Walaupun jalan ceritanya pasal perjalanan "maksiat" mereka.


"Tapi, sweet kot cerita diaorang! Bukan kita buat pun benda tu, just baca je."


"Cantik kot lukisan dia! Biarlah seksi pun, bukan kita nak pakai camtu pun."


"Argh, comel gila!"



Antara alasan-alasan yang kuberikan bila nak baca atau beli komik-komik cinta ni. Nak belajar teknik melukis lah. Tapi lukis punya lukis, apa faedahnya? Untuk apa lukis gambo dok molek?

Kueng-kueng-kueng.

Tiba-tiba rasa menyesal sebab pernah beli komik-komik ni. Membazir. Takde faedah langsung. Cerita lebih kurang sama je. Orang nerd jatuh cintalah, lelaki pendek ngan perempuan tinggi jatuh hati, lelaki minat perempuan yang menakutkan. Haish, macam-macam jenis cerita cinta rupanya saya dah baca. Lama-lama dah bosan.

Sekarang, saya berkira-kira untuk terus melukis, namun bukan lagi lukisan mengarut, yang ada dalam simpanan saya. Ada kawan-kawan suruh buat islamik manga, boleh tu boleh, insyaAllah, tapi memerlukan idea-idea dan fokus. Ceh. InsyaAllah boleh diusahakan. Mahu juga menggunakan minat yang ada ini ke jalan yang lebih baik, lebih berfaedah, dan lebih bermanfaat.



*Tolong support eh. :)
Wassalam.

Tuesday, March 15, 2011

Remehkah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Banyak ibadah-ibadah yang kita pandang remeh:

1) Dulu kita rajin bangun qiam. Mula-mula memang susahla, tapi dah lama memang tak miss tiap-tiap pagi.

Tapi sejak sibuk dengan macam-macam, penatla pulak. Kurangkan hari buat qiam. Lama-lama tinggal.

Namun, kita tahu. Dengan qiam sebenarnya kita dapat mengadu macam-macam dengan Allah, dekatkan diri denganNya.

Dengan qiam jugalah, kita boleh dapat kekuatan dan tenaga untuk menjalani kehidupan di hari itu.

2) Dulu kita rajin baca baca maathurat pagi-pagi kat sekolah. Memang lepas Subuh, tak pernah miss la maathurat tu. Kira benda wajiblah.

Tapi, sejak kelas kat universiti ni mula awal, nak berkejar naik bas, nak bersiap-siap, sarapan semua, akhirnya dah jarang membaca maathurat. Dah tinggalkan terus.

Namun, kita tahu sebenarnya dengan membaca mathurat tu sebenarnya kita dapat menjauhkan diri kita daripada syaitan di hari itu.

Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati oleh syaitan hingga petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga pagi dan juga tidak akan dilihatkan apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya".

Wah, besar fadhilat membaca maathurat rupa-rupanya ya.

3) Dulu, sebelum solat Subuh, sebelum dan selepas solat Zohor, sebelum solat Asar, selepas solat Maghrib dan Isyak, kita selalu buat solat rawatib.

Tapi sejak asyik terkejar-kejar masa, takde masa sangat nak solat rawatib ni. Takut miss kelas, miss bas, malas pun ada jugak.

Namun, kita lupa, ustaz pernah dulu cakap, kalau kita solat Rawatib, kita dapat tampung sebarang kekurangan pada solat-solat fardhu yang kita dah buat. Kira macam top-up la. Sempurnakah solat fardhu yang kita dah buat?

4) Dulu kita selalu baca doa bila nak buat apa-apa amalan. Yela, dah belajar kat sekolah. Nak makan, nak naik kenderaan, nak keluar masuk rumah, nak belajar, dah habis belajar, nak tidur, bangun tidur, nak masuk tandas, keluar tandas, nak tengok muka kat cermin pun kena baca doa. Dah hafal dah semua doa tu.

Lama-lama kita dah selalu sangat terkejar sana sini, sibuklah, selalu lupa nak baca doa. Lama-lama doa pun dah lupa. Nak tidur pun boleh tersilap baca doa makan! Dahsyatnya. Dahla lupa nak baca doa, baca bismillah pun, hmm. Lupa, lupa.

Namun, kita tahu kalau kita baca doa, kita dapat pahala. Doa basic je pun, tapi banyak fadhilatnya. Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa.

5) Dulu kita selalu solat Dhuha pagi-pagi. Biasanya buat 2 rakaat je. Tapi kalau lagi rajin buat 4 ataupun 8 rakaat.

Tapi sejak dah ada kelas dari pagi sampai petang, tak sempatlah nak solat Dhuha ni. Kalau takde kelas je buat. Tapi dah makin lama, tak buat dah solat Dhuha ni.


Namun, kita tahu kalau kita solat Dhuha sebenarnya, kita akan dimurahkan rezeki.

Ini adalah doa yang dibaca selepas solat Dhuha, penuh bermakna maksudnya:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

Maksudnya

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telahEngkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh



Kalau bukan kita sebagai orang islam yang buat, siapa lagi kan? Kita tak nak jadi hamba yang tak bersyukur, selepas banyak nikmat Allah kita dah gunakan. Takutnya jadi hamba yang kufur nikmat. Mari jadi hamba yang bersyukur! Tak boleh buat banyak pun, sikit sudah cukup baik. Tapi istiqamah. Renung-renungkan, dan mari beramal!

Wassalam.

Buat diri yang sering saja terlupa dan alpa

Monday, March 7, 2011

Manakah kamu wahai sahabat-sababatku?


Gambar darjah 6 lepas main lari-lari.Kita ambik gambar je.
(wani's)

Saya melihat gambar ini. Ini gambar ketika kita masih berumur 12 tahun, kira-kira 8 tahun yang lepas. Teringat pula kenangan-kenangan di usia mudaku. Kita telah sama-sama membesar di dalam tarbiyah dan bi'ah sekolah yang islamik. Bermula darjah 4 kami sudah memiliki halaqah usrah. Setiap minggu, pasti akan ada usrah mengikut jadual kelas kita. Di dalamnya kita berbincang tentang macam-macam. Ayat-ayat quran, buku Maza Yakni. Muallimah akan bincangkan perenggan-perenggan dalam buku supaya kami yang masih mentah dapat menangkap setiap apa yang dicapainya. Kagum sungguh saya pada muallimah-muallimah yang tidak penat mengajarkan kita di setiap detik-detik tarbiyah itu, walaupun pada umur itu, diriku masih belum cukup matang untuk memahami apa yang hendak disampaikan.

Namun apa yang kupelajari dari Al-Amin itu jugalah sebenarnya lah yang telah membentuk peribadiku sekarang. Di sekolah itu jugalah, kita diajarkan tentang Sirah perjalanan Rasulullah, Akhlak Rasulullah, Aqidah yang mengenalkan kita kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah, Tajwid yang mana kami tahu setiap hukum-hakam dalam bacaan al-Quran, Fiqah di mana kita pelajari hukum fiqh dalam sepanjang kehidupan, terutamanya dalam bab bersuci dan macam-macam lagi. Kini baru saya mengerti mengapa dulu kita didedahkan kepada semua itu.

Kita juga tidak terlepas daripada aktiviti mukhayyam tahunan, qiamullail bulanan, ada minggu pemantapan ibadah, ihya' Ramadhan dan macam-macam lagi. Mukhayyam tu ada kita masak-masak guna bekas besi yang petak tu atas api yang kita pasang sendiri. Kita bawa sendiri bahan-bahan nak masak. Ada Berahim's la, ada sardin, makanan dalam tin. Best kan masak ramai-ramai? Seronoknya dalam bi'ah sebegitu, suasana begitu. Ingat tak lagi kawan-kawan? Kalau ada pertandingan, semangat betul senior-senior dan junior kita join. Ada persembahan nasyidlah. Huu, rindunya saat-saat itu!

Bila kita dah masuk sekolah menengah, kita belajar dalam kabin je. Tapi ada air cond! Tu yang best tu. Yang tak best tu asyik berebut dengan banin sebab nak dapat air-cond lagi-lagi lepas syabab fatayat dengan permainan. Makan dalam dulang ramai-ramai. Sampai macam-macam adegan ada kat dalam dulang tu. Malulah nak cerita kat sini! Kita solat sama-sama kat tempat solat kat ruang antara 2 kabin tu. Ingat tak? Ingat tak? Kalau kemahiran hidup kita memasak dan bertukang kat dalam bengkel kayu warna silver kat tepi pagar yang banyak berok petang-petang. Kalau sains pula kita belajar kat makmal sains yang kecil kat tepi bilik muallimah tu.

Bila nak form 3, kita dah pindah bangunan. Ingat tak rumah banglo tu kita bergotong-royong ramai-ramai bersihkan rumah tu. Kita dapat merasa banglo yang lama tu tapi baru digunakan sebagai sekolah masa form3. Kelas kita kat master bedroom. Lawak jugalah. Kelas tu macam sempit je. Tapi kita masih dapat belajar bersama-sama kan? Masa form 3 tu jugalah macam-macam perkara yang dah berlaku. Dekat asramanya, budak baru, banin?, dah nak PMR, ada kelas tambahan petang dan malam. Penat kan kita dulu? Tapi sibuk-sibuk kita dulu pun masih ada usrah, masih ada mukhayyam, masih ada qiamullail seperti biasa. Hari dan masa terus berlalu. Kita nak tulis semua pun belum tentu cukup page ni. Masa dah PMR, muallimah dan muallim tak habis-habis sibuk tanya kita semua nak sambung sekolah mana, kan? Yela, sekolah kita pun sampai form 3 je. Perasan tak, mereka tak habis-habis paksa kita semua pergi sekolah MGB gak? Perasan tak? Tapi tak ramai pun yang nak pergi. Kita pun tak nak pergi.

Lepas PMR, masing-masing dah pergi ke halatuju masing-masing. Banin semua pergi MGB. Banat pergi ke sekolah pilihan masing-masing. Ada ke MGB, ada yang ke sekolah agama biasa, ada yang ke sekolah kebangsaan biasa. Takpe, asalkan kalian pandai menjaga diri. InsyaAllah boleh survive.

Lepas SPM. Dah lama tak dengar khabar korang. Kita hanya contact dengan yang dekat-dekat je. Yang duduk jauh-jauh, dah lost contact. Hmm.. Apa khabar agaknya masing-masing ya.

Masa berlalu.

Kita mendengar, melihat dan memerhatikan sahabat-sahabatku. Uiks? Heh? Ya Allah. Astaghfirullah.

Kita terkejut. Kenapa semua dah berubah? Kenapa semua nampak lain daripada dulu yang kukenali?

Yang dulu menjadi harapan muallim muallimah, bercakap dan berhujah tentang agama bukan tak kurang hebatnya kini sudah berkapel-kapel.

Yang dulunya seorang yang bertudung labuh, labuh daripadaku dan sentiasa berstokin ke mana sahaja. Kini sudah semakin singkat tudungnya dan sudah tidak kelihatan alas kaki untuk menutup auratnya. Pakaian juga sudah mula menampakkan bentuk badan dan singkat.

Yang dulunya hebat berhujah, matang percakapannya,cukup kukagumi, kini sudah cakap perkataan yang kukira kesat, tidak seperti yang disarankan oleh Islam sendiri.

Yang dulu kukaguminya kerana sangat menjaga ikhtilat hubungan antara lelaki dan perempuan, kini sudah bebas bergaul.

Ya Allah. Kita rasa terkejut dengan semua itu. Kenapa ya? Tidak cukupkah tarbiyah yang telah diberikan di sekolah dulu? Rasanya dulu kita sudah cukup pakar dan faham dengan semua itu. Patutnya bila dah keluar dalam masyarakat baru, kita dapat pertahankan pendirian hidup kita.

Kita tak salahkan sesiapa pun. Cuma hati ini terdetik apabila semalam kita ada dengar seorang mak cik ni timbulkan satu persoalan.

"Di manakah sahabat-sahabat kita yang dulu sama satu sekolah dengan kita, yang kini masih berada di jalan dakwah ini? Yang masih berada di dalam tarbiyah? Berapa ramai?"

Kita terus terbayangkan korang semua. Korang. Korang. Korang tak rasa rindu ke? Korang rasa tanpa tarbiyah, mampukah kita terus hidup di dalam keredhaanNya? Memang kita boleh terus hidup. Namun apakah hidup kita itu akan diberkati dan diredhai Allah? Tahukah korang untuk apa kita hidup di dunia ini? Untuk mencari keredhaan Allah! Mungkin sekarang kita menuntut ilmu untuk mencari ilmu, dan mencari pointer-pointer yang tinggi untuk mencapai cita-cita masing-masing. Namun, jangan lupa tujuan kita dihidupkan di dunia ini; menjadi hambaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tak rasa sayang ke pada tarbiyah yang kita pernah dapat dulu? Dan tak rasa ke semua itu adalah nikmat hidayah daripada Allah? Jika Allah nak tarik, Allah akan tarik je.

Dalam rabitah itu ku membayangkan wajah-wajah kalian. Sungguh, kita rindu korang. Kita rindu kita semua di dalam tarbiyah dan fikrah yang sama. Marilah sahabat-sahabatku, kite merenung dan bermuhasabah sejenak. Apakah yang telah kita lakukan di dunia ini selama ini? Apa sebenarnya ibubapa kita susah-susah hantar kita semua ke Al-Amin selama ini? Mahal bukan yurannya? Kenapa ya? Apa yang lebihnya kita daripada mereka yang lain? Apakah sekarang kita masih lagi memiliki suatu kelebihan berbanding mereka yang di sekolah biasa? Ataukah kita telah menjadi sama seperti mereka?


Masa form 3, hari terakhir sekolah.

Ya Allah, Kau satukanlah hati kami ini ya Allah. Hanya Kaulah yang berhak memberi dan menarik hidayah yang telah kau berikan. Teguhkanlah kami di jalan ini. Teguhkanlah hati ini ya Allah dalam meraih keredhaanMU. Kekalkanlah hidayah yang telah Kau berikan kami hingga ke hari kematian kami ya Allah. Aku begitu rindukan sahabat-sahabatku, kau berikanlah perasaan rindu yang sama kepada mereka. Jauhkanlah kami daripada kelalaian dunia, semoga kami bisa sentiasa mengingatiMu ya Allah.


Buat teman-teman Al-Aminku; Shy, Dila, Wani, Asma, Tihah, Nirah, Meerah, Ida, Qotu dan sape-sape lagi ya.

Ini gambar darjah 2,kat bangunan lama. Bersama Ustaz Zailani, Muallimah Yong dan Muallim Mustaza (ihsan orang lain)

Wassalam.
Atiqah yang sentiasa merindui kalian.(^^,)