* Lapang sebelum sempit*
Perbualan antara 2 orang budak lelaki di dalam bas:
"Ei, ko biasa buat apa hari cuti Sabtu ngan Ahad?"
"Aku biasa ah, hari Sabtu tido je siang tu. Dah petang-petang baru bangun. Hari Ahad plak aku gi jalan, baru nak bukak buku."
"Aku pun sama la bai. Kadang-kadang aku keluar ngan awek aku."
Fuh, sedapnya cuti mereka. Asal cuti je tidur. Penat sangat ye belajar dari Isnin sampai Jumaat, bisik hatiku.
Di laman sosial pula, ku terbaca status kawanku:
"aku benci cuti hujung minggu, x tau nk wat pape, yg aku tau hbiskan duit.. akakakakaka mcD dulu!"
Fuh, dahsyatnya. Sebab tak tahu nak buat apa dah, status begini ditulisnya.
"Aku nak marathon movie ah weekend ni."
Dengkinya pada mereka, kerana masa yang mereka ada, tidak digunakan dengan sebaiknya!
Tapi, kita patut rasa bangga, kalau kita telah manfaatkan cuti dan masa terluang kita dengan perkara-perkara berfaedah.
Itulah lumrah manusia: Bila masa free, tak tahu nak buat apa. Tapi bila takde masa, takde cuti, mulalah merindukan masa itu.
Cuti=masa! Jangan sia-siakan! Ayuh manfaatkan cuti dengan perkara-perkara berfaedah.
Pesanan buat diri dan sesiapa sahaja.
Wassalam.
1 comment:
salam....cuti bagi pendokong dan penyambung lidah Rasulullah adalah dengan hadir program2 agama untuk gerakkan dakwah...insyaALLAH...kita akan terus travelling ....HAR
Post a Comment