Wednesday, April 20, 2011

Aduhai Iqbal

Bismillahirrahmanirrahim.

Iqbal, adik bongsu saya yang bakal tidak bongsu lagi selepas ini. Darjah 3. Pagi ini dia membuat lagi satu sejarah yang amat membuatkan mata-mata yang melihatnya merasa geram, bengang, yang penting tiada siapa yang akan gembira tersenyum melihatnya.

Entah kenapa, sejak kecil dia begitu liat hendak ke sekolah. Masa tadika. Abah terpaksa ambil cuti nak suruh dia ke tadika. Betapa bersabarnya orang di sekeliling Iqbal mahukannya ke sekolah.

Masa ummi masih ada, saya pernah terdengar Iqbal mengadu pada ummi:

"Iqbal tak nak pergi sekolah dah lepas ni. Ibal tak suka pergi sekolah. Ibal nak duduk rumah je."

Betapa terkejutnya ummi dengan lontaran kata-kata itu, lantas ditegurnya kata-kata anak bongsunya. Hei, awak kecil lagi dah pandai berniat-niat nak ponteng sekolah ke?* bisik hatiku.

Tapi di sekolah dia nampak seronok saja bersahabat dengan kawan-kawan sekelasnya. Balik-balik rumah bukan main pekat loghat Ganu dia, membuatkan kami yang tidak arif berloghat Ganu terasa tidak selesa. Namun, biasalah tu. Budak-budak, mudah je nak ikut apa kawan buat, kawan cakap.

Tahun ini, sejak kami berpindah ke Bangi, Iqbal pun terpaksa berpindah sekolah ke SRI Al-Amin Bangi. Di sekolah barunya, dia kelihatan kekok sekali. Kerja rumah malas nak buat. Bila disuruh, katanya tiada, ataupun tertinggal bawah meja.

Bulan pertama dia sudah menyatakan hasrat tidak suka ke sekolah itu. Alasan-alasannya:

- Dia malu sebab dia cakap Ganu, kawan-kawan tak faham. Nak cakap "kan", asyik "kang". Pernah sekali tu, dia cakap dengan kawan sekelasnya.

"Ana kabo doh"

Tapi kawan-kawan dia sudah tersilap tafsir, Iqbal cakap "bodoh". Lantas diadunya kawan Iqbal pada guru di dalam kelas. Iqbal merasa sangat terasing kot?

- Mata dia kena gigit pirah, maka membengkak dan nampak tidak handsome. Dia malu kerana itu. Pernah mengunci diri dalam bilik selepas dipaksa untuk ke sekolah juga.

Kisah pagi tadi. Dia tak habis-habis kata dia demam dan berharap sangat-sangat untuk tidak ke sekolah. Tapi tengok dia ok je, panas pun tak mana. Dari malam semalam dia beria-ria cakap dia tak ke sekolah hari ini.

Bangun saja dari tidur pagi tadi, saya suruh dia mandi seperti biasa. Terkejut dia sebab dia terpaksa pergi ke sekolah juga, walaupun ibu dah cakap dia tak demam pun. Dia berkurung di dalam tandas, tak buat apa-apa. Sengaja melengahkan masa.

Ibu sudah tidak larat melayan Iqbal yang setiap hari berkelakuan aneh begitu, disuruhnya saya untuk memaksa Iqbal.

Lepas itu, berbagai alasan diberi untuk lebih melengahkan masa. Menangis macam apa, nak membuktikan dia demam. Bila bas sudah datang, mulalah dia berpaut ke sana sini. Meraung :"Ibal demamlah! Ibal demamlah!. Kami terpaksa bergelut dengan dia untuk memaksa dia ke sekolah.

Akhirnya, selepas lama makcik bas tunggu, kami dah penat nak bergelut, Ibal makin ganas bertindak, kami terpaksa akur saja. Dia ternyata telah merancang akan hari ini; hari tidak bersekolah sebab demam. Kesabaran benar-benar teruji. Fuh.

Akhirnya, Iqbal dipaksa menyiapkan kerja sekolah sepanjang hari ini. Walaupun dia ada juga terpesong bermain dengan kucing, tidur.

Aduhai Iqbal...

Kalaulah dia tahu, dia sekarang sedang dalam proses tarbiyyah..
Yang membentuk dia supaya menjadi seorang manusia yang manusia..
Supaya kelak dia juga akan memuslehkan orang lain..

Kalaulah dia tahu kenapa abah hantar dia ke Al-Amin dan bukan sekolah biasa..
Tanpa ambil kisah berapa jumlah kos perlu dibayar supaya penerusan tarbiyyah dari kecil itu ada..

Kalaulah dia tahu tahu, kami sangat sayangkan dia..
Mahu dia jadi insan berguna kepada masyarakat kelak..






Anak-anak sekarang bakal mencerminkan masyarakat di masa depan..Woo
Merekalah yang bakal membela ummah di masa depan, insyaAllah!

Wassalam.



Tuesday, April 19, 2011

Novel

Bismillahirrahmanirrahim.

~~~ Mood Study Week?~~~

Ah, itu tidak menjadi masalah untuk saya membaca bacaan lain. Tak perlulah menghadap buku physiology, anatomy, nutrition, IT, bahasa arab 24 jam kan? Kena ada life juga, mencari bahan bacaan untuk mengisi jiwa, membuka minda.

Dalam 2 hari ini, saya sempat membedah 2 buah novel:
Hafalan Solat Delisa & Maria.

Bagi saya, 2 novel ini memang best, ada unsur pengajaran yang banyak.



Hafalan Solat Delisa (PTS), menceritakan kisah seorang anak kecil bernama Delisa yang pintar. Hidup bersama kakak-kakak dan uminya di Lhok Nga, Acheh. Hidupnya berubah setelah tsunami melanda kawasannya. Cerita ini memaparkan kesungguhan Delisa untuk menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Anak kecil yang begitu bersungguh untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat, bukan lagi mengharapkan rantai leher atau coklat. Ketabahannya setelah peristiwa tsunami itu selepas kehilangan banyak orang disekelilingnya, memberikan suatu inspirasi buat pembaca. Ada unsur damai, sedih, haru, lawak.

Tiada gambar untuk dipaparkan

Maria(PTS), novel ini sedikit complicated, mengisahkan seorang wanita Kristian Katholik berkonflik dalam diri hinggalah akhirnya dia memeluk agama Islam. Ada juga diceritakan tentang perubahan-perubahan yang berlaku di Turki. Membacanya menimbulkan pelbagai mode perasaan.

Bacalah sendiri, dan nilailah sendiri. Bagi saya, buku-buku ni OK. Ada pengajaran dan input.
Selamat membaca!

Proses Penghadaman

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila belek-belek balik buku usrah (dah 4 kali bertukar), nota-nota daurah dan artikel yang naqibah bagi sejak sem 1 asasi, tak sangka banyak yang dah diteroka. Namun banyak yang terjeruk bersama nota-nota akademik yang lain. Kenapa ya malas itu datang bila nak buka buku-buku dan nota ni semua dulu? No wonderlah bila ditanya, disoal tak boleh nak luahkan apa-apa, sebab tak pernah eh belek-belek bila free-free.

Sekarang baru gelabah nak buka balik, korek-korek fail, kumpul-kumpul nota, buat rujukan untuk ehem2. Fuh-fuh. Cuti ni memang betul-betul kena hadamkan semua.

Sorry naqibah, sorry Atiqah.

Moral of the story: Jangan biarkan ilmu hanya di atas kertas, letakkanlah ilmu di dalam hati.

Wassalam.

Wednesday, April 13, 2011

IT: Fotoshop

Bismillahirrahmanirrahim.

Sem ni, saya ambil subjek elektif: IT. Subjek ni saya sangka senang je, sebab pasal komputer je pun. Tapi, err. Not that easy. Test 1 dah terkejut beruk dengan soalan dia. Test 2 dah tak terkejut sangat dah. Subjek ni ada lab, setiap 2 minggu ada je assignment diberi. Kena buat slideshow la, main words tu, main Excel, Publisher. Alhamdulillah, dengan subjek ni dapat ilmu baru tentang komputer. Tak semua saya tahu sebelum ni. Kiranya, bertambahlah ilmu komputer bila ambil kos ni.

Minggu lepas, kami diberi tugas untuk meng'edit' poster apa-apa movie, mengikut kekreatifan masing-masing- guna photoshop. Woh, tak pernah guna fotoshop sebelum ni. Kira macam tertatih-tatihlah nak guna. Berguru dengan kawan-kawan, laman webs, akhirnya selesailah kerja meng'edit' poster. Sebenarnya, tak susah pun kalau kita betul-betul nak belajar. Cuma memerlukan kesabaran untuk menguasainya.

Alhamdulillah poster sudah dihantar kepada lecturer tadi. Tak cantik pun, tapi rasa puaslah sebab ni hasil kerja pertama, pertama kali guna photoshop.

Nak sangat tengok filem terbaru dari novel Habiburrahman, tak keluar lagi kat Malaysia walaupun dah on air kat Indon last December.


Poster asal.

Poster lepas edit 「(゚ペ)
Ada kesan blur di muka tu edit sendiri.
7 layers.

Wassalam.






Sunday, April 10, 2011

Kagum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hati ini tiba-tiba terketuk lagi, rasa malu, rasa kagum, sedikit tercabar bila melihat:

Adik-adik junior Al-Amin dah buat macam-macam untuk sekolah.
(Kagum sangat sama mereka, semoga thabat ya adik-adik)

Kawan-kawan sebaya, dah banyak mula bergerak, sedang bergerak dan menggerakkan.
(Sungguh memberikan semangat)

Sahabat-sahabat lain tetap bergerak, melakukan segala usaha yang mereka termampu demi agama ini.
(Moga Allah memberkati segala usaha itu)

Yang sesama Islam juga, mencuba pelbagai alternatif untuk menyampaikan Islam itu sendiri, mengikut cara dan teknik pendekatan yang berbeza-beza.

.......

Mereka yang berada di luar sana, menggunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing : berkata-kata, berpuisi, ber"video", berkartunis, menulis, berkarya yang membawa orang kepada Islam.
(seriously kagum, bukan mudah untuk melakukan itu semua, perlukan pengorbanan masa, semoga Allah memberkati segala keikhlasan kalian)

Tak sangka, orang Islam juga kreatif untuk menyampaikan dakwah.

Di mana saja, laman sosial, youtube, blog. Kreatif, kreatif!

Yang masih belum buat apa-apa, atau pun masih slow-slow, semua itu tidak mustahil.
Cuma perlu digilap lagi, supaya logam itu lebih menyerlah dan terserlah.

Maka, apa lagi? Jadikan mereka yang sudah bergerak sebagai batu loncatan untuk mula bergerak. InsyaAllah, biiznillah.
Wassalam

Versi Kucing 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita tidak mahu..

Sekadar berehat sambil terlentang

Mahupun sekadar terlelap sambil berpangku tangan

Maka, bukalah MATA kita sebulat-bulat mungkin

Bangunlah, walaupun ada di sekeliling kita yang masih bermalas-malasan

Kerana masih ada tugas, kerja dan tanggungjawab yang menunggu kita.

BERSABAR & BERSABARLAH!


models: Alice's kittens (Puff, Bobo, Nyet) + stray cat
Wassalam.


Friday, April 8, 2011

Alice Beranak Lagi!


Bismillahirrahmanirrahim.

Salah seekor anak Alice pada kelahiran pertama (ASTRO)

Alhamdulillah, hari ini Alice, kucing peliharaan kami sejak tahun lepas melahirkan lagi anak buat kali kedua. Kali ini 5 ekor anak lagi lahir. Tahniah Alice! Tapi, oleh kerana tempat dan kos penyelenggaraan kucing adalah mahal, maka ayah saya berkemungkinan besar akan memberikan kucing-kucing itu kepada orang lain. Oh, sayangnya. Ini membuatkan saya amat berkehendak untuk membuat sebuah rumah kucing, khas buat kucing-kucing yang tidak cukup tempat tinggal. Tak perlulah bagi kat orang lain kucing yang kita sayang.

Kucing comel dan manja. Mereka juga makhluk Allah.:)
Wassalam

Thursday, April 7, 2011

Duit JPA Dah Masuk!

Bismillahirrahmanirrahim.

Apabila dapat tahu duit JPA sudah masuk, maka para penerima biasiswa bukan main gembira, terloncat-loncat, tersenyum dan jelas kelihatan kebahagiaan di wajah mereka. Yalah, dapat RM 5 800 sekali masuk. Rasa macam jutawan pun ada.

Sejak itu, mulalah dirancang apa yang dimahukan, entah itu satu keperluan ataupun hanyalah sekadar kemahuan dan mengikut nafsu. Disoalnya semua teman-teman yang sama-sama mendapat duit itu tentang apa yang mahu dibeli.

Selepas membelanjakannya untuk apa yang dimahu-mahukan; hp baru, pakaian, shopping, books ,makanan mewah, jalan-jalan ke sana ke mari, fun fair, bayar yuran semester.. akhirnya duit yang mencurah seperti air itu sudah mulai habis sedikit demi sedikit.

Akibatnya, duit biasiswa itu habis begitu saja. Tiada sebarang back up, simpanan untuk masa depan. Maka terpaksalah meminjam duit orang lain, dari kawan-kawan, parents, tak makan, makan maggi je. Muka dah moody je sebab asyik fikirkan duit, duit, duit. Terpaksalah tunggu duit untuk next sem pula.




..................................................................................................

Semua ini pasti dihadapi oleh sesiapa yang pernah mendapat biasiswa. Mungkin ini juga boleh dijadikan suatu pengalaman dan pengajaran buat kami dan kamu:

1) Duit. Kerana duit, manusia bisa jadi buta seketika. Jangan jadikan duit tujuan utama untuk hidup. Kerana jika tiada duit, maka tiadalah tujuan mahu hidup lagi. Mungkin itu yang ramai orang membunuh diri sebab muflis(takde duit).

2) Jangan boros untuk terus membelanjakan duit, meskipun ada banyak duit di tangan. Boros itu kawan syaitan (membazir). Berserdahana sajalah dalam semua perkara. Berbelanjalah dengan bijaksana gitu.

3) Duit itu adalah rezeki daripada Allah. Juga satu jenis ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatnya. Jarang sekali dapat dengar orang yang dapat duit yang banyak mengucapkan syukur, alhamdulillah. Yang biasa terucap dahulu, yes, yeay, wah, etc. Jangan dilupa ya, Allah bisa aja menarik balik rezeki itu bila-bila masa yang Dia mahu.

4) Ramai yang lupakan point ini. Banyak mana duit yang kita ada, ia bukan sekadar untuk kita gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Kenapa tidak didermakan, disumbangkan kepada mereka yang dalam kesusahan, di dalam negara atau saudara-saudara seIslam kita di Palestin? InsyaAllah, dengan bersedekah, kita boleh membersihkan harta kita, supaya kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang BAKHIL. Lagi pula, semoga kita sentiasa beroleh keberkatan dalam hidup.

5) Buatlah simpanan untuk masa hadapan. Semoga kita tidak merasa menyesal kelak.

Duit itu bukanlah segala-galanya. Tapi kita masih memerlukan duit. Semoga kita tidak menjadi hamba duit.

Wassalam.

Wednesday, April 6, 2011

Dissection Pertama: Anjing

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, lab anatomy. 5 ekor bangkai anjing disediakan untuk kami kerjakan. Sekali lagi saya bertemu dengan anjing. Baunya.. Ya ampun, hapak betollah! Seekor anjing akan dibedah oleh 18 orang pelajar.

Sebenarnya, kami belajar tentang lymphtic system pada haiwan. Dan sebab itu anjing digunakan sebagai bahan ujikaji kami. Lebih mudah didapati dan lebih kecil nak dibandingkan dengan lembu, kerbau atau gajah,.

Mula-mula kami memakai sarung tangan, kemudian kami kena merasa @ "palpate" lymph node yang ada pada bahagian kepala, leher, ketiak dan bawak kaki anjing itu. Basah-basah pula bulu anjing ni. Mungkin sudah terkencing semasa mahu mati tadi. Baunya? Jangan cakap apa-apalah. Saya memaksa diri untuk menerima juga bau itu seadanya.

Selesai merasa, kami mula menoreh kulit dan menanggalkan kulit anjing itu. Kami menjumpai lymph node tersebut, lantas kami belah dan membelek-belek lymph node itu. Selesai itu, kami teruskan operasi membuang kulit anjing, yang hanya mempamerkan otot-ototnya berwarna merah itu.

Tiba-tiba, sedang kami melapah anjing tersebut, kawan saya tercucuk pisau bedah yang tajam pada jari saya. Aduh, terasa sakit dicucuk benda tajam. Namun ku anggap tiada apa-apa. Terus saja kusambung operasiku. Namun tiba-tiba kurasa jariku itu pedih, dan rasa basah-basah. Sarung tangan dah berlubang, darah bertakung. Fuh. Lantasku cabut sarung tangan dan berlari ke sinki. Kubasuh habis-habis jariku. Risau, sebab pisau kawanku itu penuh dengan darah anjing itu telah melukakan tanganku. Makanya darah anjing sudah bercampur dengan darahku? Apakah kesannya? Apakah akan ada implikasinya?

Doakanku baik-baik aja. Itu anjing yang didapati dari pusat perlindungan haiwan. Moga dia sudah pernah divaksin. = ='

*Sungguh unik ciptaan Allah. Setiap set organ yang pelbagai fungsi itu telah dipadatkan dalam satu jasad haiwan, tak kira besar atau kecil. MasyaAllah.. Allah maha Hebat.




Wassalam.

Sunday, April 3, 2011

Sahabat Itu Penting : Memaksa

Bismillahirrahmanirrahim.

Perasan tak? Kadang-kadang, sahabat itu penting untuk memaksa kita. Paksa untuk apa? Untuk tujuan kebaikan, untuk kita melakukan suatu improvement pada diri kita sendiri.

Bercakap tentang paksa, saya pasti tidak semua orang sukakan paksaan. Lagi-lagi kalau kena paksa buat sesuatu yang kita tak pernah buat, jarang-jarang buat, malas nak buat, tak rela nak buat, benci nak buat, tak ikhlas nak buat, tak bersemangat nak buat, dan lain-lain.

Tapi, sikap memaksa ni sebenarnya ada baiknya, ada manfaatnya. Betul tak?
Mari kita lihat beberapa adegan.

Adegan 1

Di surau asrama Amiena, setiap malam Rabu akan ada majlis tazkirah di mana setiap wakil tingkatan akan dipilih. Bab bagi tazkirah ni Amiena lemah sikit. Yalah, takut nak cakap kat depan, malas nak fikir nak cakap apa. Selalu Amiena mengelat daripada terpilih untuk memberikan tazkirah. Namun, 2 kali dia terkena! Cis, dah habis ngelat pun dia pilih gak. Bercakaplah Amiena dengan penuh tergagap-gagap di hadapan khalayak pelajar perempuan.

Akhirnya Amiena menyampaikan juga sesuatu, walaupun seayat.

Adegan 2

Munirah Mazlan suka paksa Amiena join program masa lepas SPM. Tapi Amiena tak suka sangat. Dia segan, mungkin rasa diri serba kekurangan. Dah lama tinggalkan semua program ni. Namun Munirah tidak serik untuk terus mengajak dan memaksa. Akhirnya, Amiena pergi juga ke program yang best tu. Dapat jumpa ramai sahabat baru, lama pun ada. Pelik juga Amiena, kenapalah si Munirah ni suka sangat paksa-paksa.

Adegan 3

Di zaman universiti, Kak Dayah pernah paksa Amiena untuk bagi tazkirah dalam satu majlis di surau. Cara paksaan adalah dengan cara SMS. Amiena terpana membaca SMS itu, sambil memikirkan apakah perlu dicakap. Mesti ramai. Ahh.. Ketakutan, debaran, kerisauan melebih-lebih. Tapi, bila dah cakap tak terasa sangat debar yang sebelum ini macam gempa bumi tu. Dah lepas, rasa lega.Fuh.

Tak lama lepas tu, Kak Dayah paksa lagi buat tugasan bercakap. Waa. Amiena selalu pikir, kenapa saya? Kenapa saya? Tahukah kamu betapa takutnya saya? Betapa cuaknya saya? Never mind, I just do it, walaupun ada gak pikir cara nak escape >.<. Dah lepas, rasa lega. Wah, entah kenapa Amiena dapat rasakan keyakinan dirinya dah bertambah bila berada di depan orang ramai.

Dan dia terharu sebab Kak Dayah ada cakap, akak suruh Amiena amanah tu sebab akak tahu Amiena boleh buat.

Mungkin sekarang Amiena sudah semakin hilang fobia bercakap di hadapan selepas beberapa siri paksaan (insyaALlah ikhlas) oleh sahabat-sahabatnya. Andai tiada paksaan itu, mungkin dia masih berada di takuk lama, gadis yang berat mulut, pemalu sangat.

Sentiasalah terima sebarang paksaan yang membawa kepada kebaikan itu suatu yang positif, untuk membina diri kita. (ikhlas,ikhlas,ikhlas)

InsyaAllah, semoga dia terus diberikan kekuatan, keikhlasan, istiqamah dan thabat di sepanjang jalan ini. Dia juga butuhkan support daripada sahabat-sahabatnya, supaya dia tidak rasa dia sendirian. :)

Wassalam.