Sunday, April 3, 2011

Sahabat Itu Penting : Memaksa

Bismillahirrahmanirrahim.

Perasan tak? Kadang-kadang, sahabat itu penting untuk memaksa kita. Paksa untuk apa? Untuk tujuan kebaikan, untuk kita melakukan suatu improvement pada diri kita sendiri.

Bercakap tentang paksa, saya pasti tidak semua orang sukakan paksaan. Lagi-lagi kalau kena paksa buat sesuatu yang kita tak pernah buat, jarang-jarang buat, malas nak buat, tak rela nak buat, benci nak buat, tak ikhlas nak buat, tak bersemangat nak buat, dan lain-lain.

Tapi, sikap memaksa ni sebenarnya ada baiknya, ada manfaatnya. Betul tak?
Mari kita lihat beberapa adegan.

Adegan 1

Di surau asrama Amiena, setiap malam Rabu akan ada majlis tazkirah di mana setiap wakil tingkatan akan dipilih. Bab bagi tazkirah ni Amiena lemah sikit. Yalah, takut nak cakap kat depan, malas nak fikir nak cakap apa. Selalu Amiena mengelat daripada terpilih untuk memberikan tazkirah. Namun, 2 kali dia terkena! Cis, dah habis ngelat pun dia pilih gak. Bercakaplah Amiena dengan penuh tergagap-gagap di hadapan khalayak pelajar perempuan.

Akhirnya Amiena menyampaikan juga sesuatu, walaupun seayat.

Adegan 2

Munirah Mazlan suka paksa Amiena join program masa lepas SPM. Tapi Amiena tak suka sangat. Dia segan, mungkin rasa diri serba kekurangan. Dah lama tinggalkan semua program ni. Namun Munirah tidak serik untuk terus mengajak dan memaksa. Akhirnya, Amiena pergi juga ke program yang best tu. Dapat jumpa ramai sahabat baru, lama pun ada. Pelik juga Amiena, kenapalah si Munirah ni suka sangat paksa-paksa.

Adegan 3

Di zaman universiti, Kak Dayah pernah paksa Amiena untuk bagi tazkirah dalam satu majlis di surau. Cara paksaan adalah dengan cara SMS. Amiena terpana membaca SMS itu, sambil memikirkan apakah perlu dicakap. Mesti ramai. Ahh.. Ketakutan, debaran, kerisauan melebih-lebih. Tapi, bila dah cakap tak terasa sangat debar yang sebelum ini macam gempa bumi tu. Dah lepas, rasa lega.Fuh.

Tak lama lepas tu, Kak Dayah paksa lagi buat tugasan bercakap. Waa. Amiena selalu pikir, kenapa saya? Kenapa saya? Tahukah kamu betapa takutnya saya? Betapa cuaknya saya? Never mind, I just do it, walaupun ada gak pikir cara nak escape >.<. Dah lepas, rasa lega. Wah, entah kenapa Amiena dapat rasakan keyakinan dirinya dah bertambah bila berada di depan orang ramai.

Dan dia terharu sebab Kak Dayah ada cakap, akak suruh Amiena amanah tu sebab akak tahu Amiena boleh buat.

Mungkin sekarang Amiena sudah semakin hilang fobia bercakap di hadapan selepas beberapa siri paksaan (insyaALlah ikhlas) oleh sahabat-sahabatnya. Andai tiada paksaan itu, mungkin dia masih berada di takuk lama, gadis yang berat mulut, pemalu sangat.

Sentiasalah terima sebarang paksaan yang membawa kepada kebaikan itu suatu yang positif, untuk membina diri kita. (ikhlas,ikhlas,ikhlas)

InsyaAllah, semoga dia terus diberikan kekuatan, keikhlasan, istiqamah dan thabat di sepanjang jalan ini. Dia juga butuhkan support daripada sahabat-sahabatnya, supaya dia tidak rasa dia sendirian. :)

Wassalam.

4 comments:

kak ipah comel said...

yes! you can do it! just need a courage ^ ^ Amiena buleh !

Amiena juga buleh menjadi seorang murobbi yang success !

AK said...

Insyaallah, Amiena cakap terima kasih kepad kak ipah comel ^^.

Anonymous said...

ALLAH know u can do it..which is not my job to choose u to share lovely tazkirah but ALLAH...He choose u dear~

AK said...

:I speechless.