Saturday, March 24, 2012

Lambat

Naqibah baru saya baru balik dari Jepun tahun lepas. Pada hari pertama usrah, atas keterlewatan kami, dia cakap kami kena datang on time. Sebab kat Jepun begitulah caranya. Kalau mula 8.30, 8.30 lah start.

Hehe. Baiklah akak. Takut gak ni. Seram-seram panas da..

Saya terlewat hari itu pun sebab saya naik KTM dari rumah. Masa abah hantar, KTM baru sampai. Tak sempatlah saya yang berbaju kurung nak berlari sakan masuk ke dalam train. Itu train jan 8.02 pm. Saya terpaksa tunggu train seterusnya jam 8.32 pm. Tapi train tak kunjung tiba juga mengikut masanya. Dah lambat! Saya stress kalau lambat. Saya lambat kerna KTM. Arghh. Dan di situ juga saya menangis.

Saya menangis sebab saya takut menzalimi masa orang. Dahla dah janji nak datang 8.30. Lambat. Terketar-ketar saya taip mesej kat naqibah yang saya lambat. huks.

Bila train sampai, ianya train baru 6 koc. Wow. Terasa seronok dan terubat sikit perasaan sakit hati kat KTM ni. Teruja sorang-sorang sambil dengar lagu.

Next usrah, saya pergi dengan seorang ukht berkereta. Dia ambil saya di kolej agak lewat. Dan kami masih terlewat beberapa puluh minit. Huk. Saya rasa serba salah gila. Takut sangat naqibah tegur lagi tentang masa. Hmm. Tapi semua orang macam relax je, takde minta maaf lewat?

Usrah seterusnya, saya pergi ke sana menaiki KTM bersama seorang ukht. Saya cuba datang seawal mungkin ke stesen Serdang, supaya tak terlambat lagi dan solat maghrib di stesen itu. Sebab target saya kali ini, saya mahu datang awal! Ya.

Selesai solat maghrib, ukht yang mahu pergi bersama masih tidak muncul. Katanya selepas maghrib akan sampai. Hmm. Saya terus menunggu. Train seterusnya pukul 7.50 pm. Tapi ukht masih belum sampai. Udah beberapa mesej dihantar. Kalau terlepas yang ni, lagi 30 minitla tunggu. Pasti akan lambat lagi.

Akhirnya train sampai dan saya hanya memandangnya dengan perasaan hampa. Saya patut naik train ni.. Tapi saya kena tunggu ukht. Kenalah sampai sama-sama, senang akak tu nak amek. Tak payah berulang kali pusing.

Dah terlepas train tu, saya termenangis lagi. Saya tak suka orang menunggu saya. Saya akan rasa bersalah kalau lambat. Kalau awal saya tak kisah, tapi kalau lambat saya akan rasa sangat-sangat bersalah. Mesti orang yang menunggu tu dah ada perancangannya. Mestilah dia ada mende lagi nak buat lepas tu. hish

Dalam menangis sambil dengar lagu dan memegang nota (esok ada test nyer), saya mesej ukht itu. Dan alhamdulillah dia dah sampai. Dia terlewat kerana habis kelas lambat.

Dan train seterusnya lambat pula tibanya. Penuh pula tu. Tapi alhamdulillah kami dapat masuk.

Tapi dalam hati saya tak habis-habis rasa tak enak sehinggalah kami tiba ke destinasi dan diambil naqibah.

Awal-awal lagi saya dah minta maaf. Maafkan saya! Saya dah usaha untuk awal, tapi.. itulah yang terjadinya.

............................................................................................

Beberapa perkara yang dapat dikupas:

1) Bila kita dah janji dengan orang nak berjumpa di waktu sekian-sekian, adalah baiknya kita penuhi janji itu. Kerana ianya adalah janji. Kita dah setuju masing-masing nak berjumpa di waktu sekian, kita kenalah memenuhinya.

2) Walaupun orang yang kita janji tu seorang yang baik amat, orang yang kita kenal, tapi kita tak boleh sewenang-wenangnya menzaliminya dengan memungkiri janji. Orang tu mesti dah ada target dia, mula pukul 8.30 hingga 10.30 je. Tapi bila kita dah lewat, benda tu akan drag...... sampai masa habisnya pun lambat. Mesti dia pun dah penat sangat dah lepas tu. Nak rehat. Kesian kan.

3) Kalau janji pukul 8, janganlah pukul 7.55 baru nak gerak ke tempat tu kalau dah tau jauh.

4) Kadang-kadang, apa yang kita rancang tak semuanya akan smooth dan lancar. Mungkin akan ada cabarannya. Macam dalam cerita saya, saya dah usaha untuk awal, tapi mungkin KTM, orang lain menjadi faktor untuk saya lebih lambat. heh

5) Masa - menunggu. Itu juga menuntut suatu kesabaran. Saya tak sabar ya, sebab tu saya menangis? Saya cuma rasa tertekan sebab saya bakal membuatkan orang menunggu saya. Saya tak suka itu. Tapi mungkin Allah nak uji saya kan? Nak uji tahap kesabaran saya. Nak uji tahap keikhlasan saya, betulkah saya ikhlas nak pergi? huwa

6) Nak menuntut ilmu, memang pasti ada ujiannya. Nak ikutkan, bila kita nak buat benda baik je, pasti akan ada ujian dan cabaranlah. Tak bestlah hidup tanpa ujian, tak meningkatlah diri tu kan.

Baiklah, take it positively. Yang penting sentiasa "usaha" untuk awal. Semoga Allah permudahkan.

Allahua'lam..

Wednesday, March 21, 2012

"Ingatlah muda sebelum tua"

"Ingat lapang sebelum sempit"

Apa aku sudah lupa 5 perkara yang disebut-sebut dan dinyanyi-masa masa kecik dulu?

Dah makin tua. Banyak benda dah rasa susah nak buat.

Dah kesempitan masa, baru teringatkan masa lapang dulu.

Nape tak buat ni dulu?
Nape tak baca ni minggu lepas?

Heiya.

Jangan ulangi kesilapan yang sama.

Sekian.

ps: alhamdulillah sem ini rasa aman, tiada perasaan aneh lagi. buat masa ini. ya

Saturday, March 17, 2012

Senyum

Semalam saya baru dengar lagu baru Maher Zain pasal mak. Saya mula-mula dengar fokus kat muzik je dulu, itu cara saya suka sebuah lagu. Bila dah sedap baru saya fokus pada liriknya. err,, mungkin saya mudah hilang fokus mungkin?hmm

Saya dengar dan cuba hayati. Seriusly, sangat sedih dan touching. Sebab, dia ada cerita kisah dia masa kecil dan apa dia nak buat kat mak dia.

Dia nak senyum kat mak dia hari-hari.

Senyum. Warau. Ibtisam. Smile. Sumairu.

Auch. Bila tengok video clip tu dia senyum kat mak dia, dan mak dia balas balik senyuman tu, satu perasaan sayu muncul dalam diri saya. Betapa comelnya anak beranak ni. ee

Sebab..sebab..sebab..

Saya tahu saya dah tak dapat nak buat camtu kat ummi saya. Ia sudah terlambat, err sebab dalam lirik dia ada kata masih belum terlambat untuk dia senyum kat mak dia. wo

Saya bukan mahu meratap.

Saya cuma sedikit kesal kerana senyuman saya cukup mahal dahulu. Mahal buat semua orang. Mahal buat ummi saya. Mahal untuk abah saya. Mahal untuk kawan-kawan, untuk semualah kalau nak diikutkan. Kecuali di masa-masa tertentu saja saya akan tersenyum.

Mungkin sebab ada seorang lelaki menegur saya masa darjah 2/3:" Eh, awak senyum comellah!"

Sejak itu kot saya jadi tak nak senyum, susah sangat, saya tak nak orang puji saya comel. =.='' (entah ya entah tidak laki tu, dia buat saya takut nak senyum, takut bisa menjadi fitnah bagi yang melihat. eh. mengarut habis). Kadang-kadang saya menggunakannya untuk perlindungan, dengan harapan tiada orang menegur saya pada masa itu. weh

Lagi-lagi dalam kelas, saya harap dengan membuat muka ketat cikgu tidak akan memilih saya untuk menjawab sebarang soalan. haha

Sejak saya jadi susah senyum itu jugalah saya dicop sebagai budak-yang-paling-susah-nak senyum. Dan tak dinafikan begitu banyak feedback yang saya dapat. Daripada cikgu, kawan-kawan baru dan lama. Ada kata saya garangla, musangla, masam gebang. Dan ramai yang takut untuk mendekati saya. heh

Teringat pula masa kem tingkatan 5. Ada seorang budak lelaki dari sekolah lain cuba berborak dengan kawan di sebelah saya. Saya begitu geram dan memandangnya dengan begitu masam sekali. Dia tak berani cakap dengan saya. Dan yang lawaknya, kawan dia melukis sesuatu di kertas dan dia lukis muka saya yang masam dan tulis :budak musang. hek

Ummi saya pun pernah tegur saya kenapa saya masam sangat. Selalu suruh saya senyum. Selalu sangat. Kadang-kadang memaksa juga diri untuk tersenyum kambing. Muka saya begitu ketat dan susah nak senyum.

Ada motivator ni cakap, orang yang masam ni sebab dia ada masalah dalaman. Ada masalah yang tak settle lagi. Dia tak merasai kebahagian dalam dirinya. Mungkin juga kerana hubungan dia dengan Allah tak bagus. Allah tak bagi dia rasa kebahagiaan di dalam dirinya.Sebab, orang akan ekspresikan apa yang dia rasa dengan riak mukanya.

Melihatkan akan itu, tak mustahil saya bisa kembali tersenyum kembali. Saya kena merasakan kebahagian itu, kebahagiaan dari dalam diri. Kena jaga hubungan dengan Allah sebaik mungkin.

Sekarang, saya cuba memaniskan muka bila berjumpa orang. Cuba tersenyum dengan ikhlas, bukan senyum kambing. Walaupun pada awalnya agak kekok, tapi tak mustahil bukan untuk mengubah kebiasaan itu.

Cuma bila penat yang amat saya tak mampu bersenyum dengan ikhlas dan indah. Kerana dalaman saya juga tidak gembira dan memerlukan rehat.

Dan bila kita masam, camne nak mengajak orang ke arah kebaikan. Orang tengok pun takut. Macam nak makan telan orang. Yeah, for the reason too I start to change. Tapi bila hanya tersenyum, orang pun pelik kenapa tersenyum je?? =.=''. Apakah itu maksudnya saya tersalah mengawal otot muka? Tapi percayalah, saya tersenyum kalau saya suka, gembira dan bahagia. :)

Saya dengan ini meminta maaflah kepada sesiapa yang melihat saya masam nak makan orang selama ini samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. InsyaAllah saya sudah cuba menyenyumkan diri. Tapi senyuman ikhlas kat perempuan je kot, kat laki masih senyum sumbing >.<. Yang lepas tu lepaslah.

Senyuman itu kan sedekah, kalau sedekah dapat pahala. Adoi, kenapa boleh lupa pasal ni dulu?

Senyumlah pada yang berhak disenyumi, espesielly parents, beradik-beradik, kawan sejenis, guru-guru. Bermanis wajah kan menenangkan orang yang melihatnya. :)


ni smile galok ni


smile
wassalam.

Tuesday, March 13, 2012

Izzatul Islam - Jejak

Mai layan lagu semangat dan best ni.
Pertama kali mendengarnya,
 cukup meniupkan satu semangat pelik dalam diri ini.

Apatah lagi bila menyanyikannya hari itu.

Akhirnya hari ini berjaya mendownloadnya. yeay
Hei diri yang nak lemah je kan,
bertahanlah!
Selagi belum mati syahid, selagi itulah bertahan.
Woo.
InsyaAllah.
Jejak hidup ini siapa kata mudah?
Ingat senang ke nak masuk syurga?
Aiwa.
Layan~ sambil motivasi diri~

Jejak


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
smua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah, siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

* The Poems

gunung tinggi menjulang
samudra luas membentang
adalah lahan peneguhan

hutan rimba
padang gersang
jadi ajang pembuktian

hujan badai
terik panas kerontang
pasti kan hiasi perjalanan
saat langkah tlah diayunkan
pantang surut ke belakang hingga sampai ke tujuan
bertahanlah dan bersiap siagalah

credit to: lirik nasyid ini