Saya dengar dan cuba hayati. Seriusly, sangat sedih dan touching. Sebab, dia ada cerita kisah dia masa kecil dan apa dia nak buat kat mak dia.
Dia nak senyum kat mak dia hari-hari.
Senyum. Warau. Ibtisam. Smile. Sumairu.
Auch. Bila tengok video clip tu dia senyum kat mak dia, dan mak dia balas balik senyuman tu, satu perasaan sayu muncul dalam diri saya. Betapa comelnya anak beranak ni. ee
Sebab..sebab..sebab..
Saya tahu saya dah tak dapat nak buat camtu kat ummi saya. Ia sudah terlambat, err sebab dalam lirik dia ada kata masih belum terlambat untuk dia senyum kat mak dia. wo
Saya bukan mahu meratap.
Saya cuma sedikit kesal kerana senyuman saya cukup mahal dahulu. Mahal buat semua orang. Mahal buat ummi saya. Mahal untuk abah saya. Mahal untuk kawan-kawan, untuk semualah kalau nak diikutkan. Kecuali di masa-masa tertentu saja saya akan tersenyum.
Mungkin sebab ada seorang lelaki menegur saya masa darjah 2/3:" Eh, awak senyum comellah!"
Sejak itu kot saya jadi tak nak senyum, susah sangat, saya tak nak orang puji saya comel. =.='' (entah ya entah tidak laki tu, dia buat saya takut nak senyum, takut bisa menjadi fitnah bagi yang melihat. eh. mengarut habis). Kadang-kadang saya menggunakannya untuk perlindungan, dengan harapan tiada orang menegur saya pada masa itu. weh
Lagi-lagi dalam kelas, saya harap dengan membuat muka ketat cikgu tidak akan memilih saya untuk menjawab sebarang soalan. haha
Sejak saya jadi susah senyum itu jugalah saya dicop sebagai budak-yang-paling-susah-nak senyum. Dan tak dinafikan begitu banyak feedback yang saya dapat. Daripada cikgu, kawan-kawan baru dan lama. Ada kata saya garangla, musangla, masam gebang. Dan ramai yang takut untuk mendekati saya. heh
Teringat pula masa kem tingkatan 5. Ada seorang budak lelaki dari sekolah lain cuba berborak dengan kawan di sebelah saya. Saya begitu geram dan memandangnya dengan begitu masam sekali. Dia tak berani cakap dengan saya. Dan yang lawaknya, kawan dia melukis sesuatu di kertas dan dia lukis muka saya yang masam dan tulis :budak musang. hek
Ummi saya pun pernah tegur saya kenapa saya masam sangat. Selalu suruh saya senyum. Selalu sangat. Kadang-kadang memaksa juga diri untuk tersenyum kambing. Muka saya begitu ketat dan susah nak senyum.
Ada motivator ni cakap, orang yang masam ni sebab dia ada masalah dalaman. Ada masalah yang tak settle lagi. Dia tak merasai kebahagian dalam dirinya. Mungkin juga kerana hubungan dia dengan Allah tak bagus. Allah tak bagi dia rasa kebahagiaan di dalam dirinya.Sebab, orang akan ekspresikan apa yang dia rasa dengan riak mukanya.
Melihatkan akan itu, tak mustahil saya bisa kembali tersenyum kembali. Saya kena merasakan kebahagian itu, kebahagiaan dari dalam diri. Kena jaga hubungan dengan Allah sebaik mungkin.
Sekarang, saya cuba memaniskan muka bila berjumpa orang. Cuba tersenyum dengan ikhlas, bukan senyum kambing. Walaupun pada awalnya agak kekok, tapi tak mustahil bukan untuk mengubah kebiasaan itu.
Cuma bila penat yang amat saya tak mampu bersenyum dengan ikhlas dan indah. Kerana dalaman saya juga tidak gembira dan memerlukan rehat.
Dan bila kita masam, camne nak mengajak orang ke arah kebaikan. Orang tengok pun takut. Macam nak makan telan orang. Yeah, for the reason too I start to change. Tapi bila hanya tersenyum, orang pun pelik kenapa tersenyum je?? =.=''. Apakah itu maksudnya saya tersalah mengawal otot muka? Tapi percayalah, saya tersenyum kalau saya suka, gembira dan bahagia. :)
Saya dengan ini meminta maaflah kepada sesiapa yang melihat saya masam nak makan orang selama ini samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. InsyaAllah saya sudah cuba menyenyumkan diri. Tapi senyuman ikhlas kat perempuan je kot, kat laki masih senyum sumbing >.<. Yang lepas tu lepaslah.
Senyuman itu kan sedekah, kalau sedekah dapat pahala. Adoi, kenapa boleh lupa pasal ni dulu?
Senyumlah pada yang berhak disenyumi, espesielly parents, beradik-beradik, kawan sejenis, guru-guru. Bermanis wajah kan menenangkan orang yang melihatnya. :)
ni smile galok ni
smile
wassalam.


No comments:
Post a Comment