Monday, November 30, 2015
Tambah nilai
Tuesday, November 24, 2015
The lost fingers
Monday, November 23, 2015
Kuasa Gambar
Saturday, October 31, 2015
Thank you :)
Thursday, October 29, 2015
Bila ada masalah, carilah Allah!
Kemudian baginda melarikan diri dari negeri itu dalam ketakutan yang amat. Lari dalam ketakutan kesalahan yang telah dilakukannya. Lari tanpa arah ke satu tempat yang amat jauh.
Tapi dia berserah diri kepada Allah.
Dan sampailah baginda ke satu tempat yang ada perigi, yang ramai orang sedang mengambil air di situ, ketika itu dia kehausan dan kelaparan dan kusut memikirkan masalah:
1- Telah terbunuh orang
2- Melarikan diri daripada kesalahan membunuh
Sampai situ baginda ternampak 2 orang gadis yang sedang tunggu turn nak ambil air untuk ternakan mereka. Tapi ramai orang kan, so macam kena tunggu jela.
Nabi Musa pun bantu la gegadis tu ambil air, tatkala dia tengah stress tu.
Dan lepas tu salah seorang gadis tu memalu jumpa dia kata ayahnya nak jumpa Nabi Musa. Ayah gadis tu adalah Nabi Syuib.
Dan dinikahi anak gadis Nabi Syuib.
..............................................................................................................
Secara ringkas cerita Nabi Musa ni.
Seorang manusia mungkin akan ada satu fasa di mana dia amat sangat stress, dengan masalah.
Masalah peribadi ke, masalah tempat kerja je, tempat belajar ke.
Memang kita takkan boleh lari daripada masalah.
Tapi, bila kita diberikan tugasan lain, maybe kita cuba buat sebab orang lain pun buat, kadang-kadang dengan alasan buat ini akan dapat melupakan masalah lain.
Tidak. Masalah tidak akan pernah selesai selagi kita tidak menyelesaikannya.
Sebab pengakhirannya, kita takut-takut sebab masalah awal tak diselesaikan, kita terus shut off in the end memberi kesan kepada D.
Kita tend untuk peram masalah sampai lama-lama kita dah tak tahan dan BOOM!!
Macam mana Nabi Musa buat bila ada masalah?
Nabi Musa berdoa kepada Allah, macam dalam surah Al-Qasas, 28:24. Doanya semoga Allah memberikan yang terbaik.
Apapun, bila ada masalah, kesusahan, banyakkan berdoa, bermunajat kepada Allah.
Pokoknya, Allah lah yang menciptakan itu semua, dan Dia lah yang memberi jalan keluar. Tawakkal kepada Allah. Back to Allah.
Amalkan doa Nabi Musa ni.
Lepas tu Nabi Musa pun dah bebas daripada masalah dia, dan berkahwin pula.
Keberkatan itu datang daripada kebergantungan diri kepada Allah
#bukulapislapiskeberkatan
Wednesday, October 28, 2015
Post
Kat Instagram pun tak kurang lebihnya.
Kekadang semua benda dalam hidup nak share.
Benda baru beli, dapat.
Anugerah dan nikmat yg indah.
Hari dan detik bahagia. Risik, tunang, kawen. Gday. Birthday.
Eh salah ke sis?
Tak salah pun.
Tapi sebelum post apa-apa make sure kita post tu ikhlas kerana Allah.
Sebab kan.. Apa2 perbuatan yg kita buat seharian, kalau tak diniatkan kerana Allah, cuma sia-sia saja.
Penat je snap gambar bagai, taip dan hashtag bagai, tapi kalau buat sebab nak ramai orang like, orang puji, orang kagum dengan kita, semua tu hanya membatalkan keikhlasan kita.
T.T
Hati-hati la buat post apa-apa ya.
Kadang-kadang kita tak sedar, post kita tu mungkin ada menyinggung hati 2% orang yang melihat post kita, menambahkan iri hati pada 41.6% orang, walaupun anda dan lagi 50% lebih tumpang gembira dengan nikmat yang anda kecapi.
Bukan nak bash sesiapa.
Mungkin saya terlalu aware dengan perasaan orang lain ke, mungkin.
Manusia memang ada yang jenis nak share semua benda, ada nak rahsiakan semua benda.
Ya, semua ada hak masking-masing.
Semoga hak kita itu memberi manfaat kepada orang lain ya.
Semoga dijauhkan daripada sifat menunjuk-nunjuk.
Kalau rasa lebih baik simpan belakang, simpanlah. Kadang-kadang tak semua benda kita nak bagitahu semua orang, as tak semua orang perlu tahu pasal kita. Eh.
Wassalam.
Sunday, October 11, 2015
Privilege comes with responsibility
Ada orang berkelebihan dalam bercakap.
Ada orang berkelebihan dalam menulis.
Ada orang berkelebihan dalam melukis.
Ada orang berkelebihan dalam berpantun.
Ada orang berkelebihan dalam memasak.
Ada orang berkelebihan dalam mejahit.
Ada orang berkelebihan dalam bersukan.
Ada orang berkelebihan dalam membaca.
Ada orang berkelebihan dalam blabla.
Tapi setiap kelebihan yang orang ada itu, bukan untuk suka-suka.
Untuk orang puji kelebihan mereka.
"Wah pandai la awak cakap kat pentas tadi. Serius terpukau penonton weh.''
"Wah sedapnya awak masak, untungla sape dapat awak.''
''Wah tangkas awak menepis bola tangkis tadi, wah!"
"Wah mata lebam ni hebat ni membaca siang malam!"
Bukan.
Sebenarnya kelebihan yang ada, ada tanggungjawab disebaliknya.
Anda berkebolehan itu, untuk apa sebenarnya?
Kita diciptakan Allah untuk beribadah dan menjadi khalifah kepadanya.
So manfaatkanlah setiap kelebihan yang ada, untuk tujuan hidup kita.
Kelebihan tu cumalah alat.
Tapi bukan alat permainan, tapi alat pertanggungjawaban.
Sebab kelak kita akan dipertanggungjawabkan, ke arah manakah kita menggunakan kelebihan yang ada?
Huwaa.
Kalau anda bergaji besar, berpangkat besar, berpengaruh besar, berjawatan, lagi lah besar tanggungjawab anda, kalau anda mengerti.
Pastu, gunakanlah kelebihan yang ada untuk bermanfaat kepada orang lain sambil mengumpulkan pahala di dunia.
Kalau pandai masak, masaklah sarapan pagi untuk keluarga/ housemate/ roomate. Bila dia makan pagi, dia dapat tenaga untuk beribadah (baca: ibadah khusus & umum) sepanjang hari. Setiap kali dia beribadah, setiap kali itu juga kita beroleh pahala.
Kalau tak pandai masak, boleh gunakan kelebihan lain yang memberi manfaat kepada orang.
Ok?
Sementara masih berpeluang untuk bernafas secara normal di dunia ini, ayuhlah kita menggalas tanggungjawab ini dengan sebaiknya, Lantas bermanfaat kepada orang lain.
Wallahu a'lam.
Monday, October 5, 2015
Selamat menulis kembali
Beberapa hari lepas saya ada la join bengkel penulisan, tak sempat join keseluruhan, namun dapatlah beberapa point.
''Sebenarnya dalam diri setiap orang ada suara menulis yang masih belum diketuk."
Cumanya nak kena banyak membaca dan belajar juga la bagaimana nak jadikan tulisan kita itu penulisan yang berkesan.
Dan kalau apa yang kita tulis itu memberikan kesan kepada orang yang membacanya, dan mungkin juga mengamalkannya, insyaAllah ada saham2nya buat kita.
Otak untuk berfikir
Monday, June 1, 2015
I dont wanna miss even 1 memory
Nothing much to write on.
Just wanna tell you.
I dont wanna miss anymore moments in my life.
So that I can create a memory in my life.
As a student.
As a person in this.
They are sweet. They are bitter.
But they will gather and become one!
One memory. Also one history.
Thank Allah.
I think I was given a chance to have this feeling.
Arigatou Arra-.
I'll do my best insyaAllah.
I will.
No matter what will happen.
Donna hi mo. Donna hito mo. Donna donna.
Few days to go, and I'll face my BIG EXAM.
And before that too I'll have to release something.
Hihu.
Eventhough I;m a bit sad yesterday, coz I lost my nanny and I couldnt meet her for the last time.
It's ok.
Life must go on.
Because our life will end soon.
Atashi, dou?
I love doing what I;m doing right now.
I love knowing what I know right now.
Enjoy them.
Have faith in Allah.
Go!
#CEiscoming #wewillnotgodown #pleasebestrongandsteady #takmostressstress
Monday, February 2, 2015
ALL IN, ALL OUT
Saya belajar kat kelas la, kalau nak elakkan penyakit haiwan berjangkit daripada group lama ke baru, kita kena all in, all out.
Maksudnya, apa yang masuk, semua akan keluar.
Kalau ada group baru masuk, bila nak jual, semua kena keluar sebelum masukkan group baru. Takleh tinggalkan yang lama bercampur dengan yang baru.
Barulah penyakit tu takde, maksudnya risikonya dikurangkan.
Saya bukanlah nak ceritakan pasal haiwan pun.
Cumanya, terasa diri ini macam dah banyak sangat IN, tapi kurangnya OUT nya,
Semoga ALL IN, akan jadi ALL OUT gak.
InsyaAllah.
1 semester terakhir.
Semoga berharga dan bermakna.
Ameen.
Sunday, January 25, 2015
Manusia dan ujian
Manusia dan ujian tak dapat dipisahkan.
Manusia adalah satu ciptaan tuhan yang diciptakan untuk diuji dengan kematian dan kehidupan, menurut al Mulk ayat 2.
Untuk diuji siapakah yg terbaik amalannya.
Ujian hidup diberikan untuk uji kita, dan lepas tu nak tengok siapa antara kita yang terbaik amalannya, selepas diuji.
Nanges kering.
I don't know how to explain this.
Saya rasa, saya sedang sangat struggle dalam hidup.
Tapi siapa sangka, ada orang yang lagi lebih struggle daripada saya.
Kita sangka kita dah cukup susah diuji, actually there are more people in their hardship phase.
I don't know how to express my thought right now. I hope this in not my diary for me to express everything.
Just a thought. Muhasabah mungkin.
Saya sedih dapat bersama ummi 19 tahun je. Tapi adik bongsu saya lagi sedih, sebab dia bersamanya 7 tahun hidup dia je.
Alhamdulillah.
Saya rasa sedih result macam hampeh je kadang2. Tapi ada orang yang lagi sedih daripada saya.
Alhamdulillah.
Saya sedih sebab tak dapat apa saya nak. Tapi ada orang yang lebih sedih tak mampu nak buat apa-apa pun untuk dapatkan apa mereka nak.
Alhamdulillah.
Saya sedih sebab kos ni macam makin susah gila, tapi ada yang lagi sedih nak sangat kos ni tapi tak dapat.
Sob.
Tak bersyukurkah aku?
Muhasabah diri banyak2.
Satu sem je lagi. Satu je. Satu.
Monday, January 5, 2015
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Salam.
Dah lama berhabuk blog ni.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
Sihat sebelum sakit.
Ingat ya.
Kbai

