Terjumpa gambar ini di laman sosial.
Haha. Mampu tersenyum je.
Sungguh, benarlah kata orang nak kecapi kejayaan itu tidak mudah.
Aku sangkakan semuanya akan mudah dan sangat lancar selama ni. Tapi sebenarnya banyak benda yang dilalui yang sangat mencabar minda, emosi, tenaga dan macam-macam lagi.
Sesal sebab kena lalui semua kesusahan itu?
Haruslah tak!
Benarlah kata orang, semua kesusahan yang kita dah hadapi tu suatu hari nanti akan menjadi satu kenangan yang cukupppp bermakna dalam hidup kita.
Betul! Tak tipu.
Sekarang boleh tersenyum sendiri, terasa diri sangat kuat menempuhi segala ujian sepanjang 7 tahun belajar ni.
Sebab tahu betapa fragile nya diri ini sebelum ni, bila Allah uji akhirnya jadi makin kuat. InsyaAllah.
Allah sentiasa menguji kita dengan apa yang kita mampu hadapinya, walaupun mungkin di awalnya sangat..sangat...sangat...sukar.
Terima kasih Allah atas pelajaran dan pengajaran yang aku kecapi dalam hidupku di universiti.
Dan tak lupa untuk diucapkan terima kasih kepada..
Ummi, yang sentiasa mendoakan, menyokongku dan memberikanku kata-kata semangat tatkala aku begitu down menghadapi kegagalan dalam hidup. Dia sentiasa memberikan aku semangat dan tidak pernah membenarkan aku putus asa, walaupun seringkali aje aku bilang untuk berputus asa. Dan kata-kata terakhirnya di malam raya 2009 itu sentiasa aku sematkan dalam diriku bila aku down.
"Ummi doakan Iqah jadi doktor haiwan" T_T. Doa ummi 6 tahun dulu kini jadi nyata. Terima kasih Allah.
Abah, yang membelikan Iqah set cadar & selimut gambar harimau & gajah masa asasi, dengan harapan aku untuk menjadi doktor haiwan, walaupun aku kepingin set cadar corak bunga. Sampai sekarang aku gunakan sarung bantal & selimut itu. Dia tak banyak cakap dan berikan kata-kata semangat pun. Tapi aku tahu dalam tindak tanduknya, dia memaksudkan untuk aku terus maju jaya meneruskan liku-liku kehidupan. Tatkala aku rasa nak give up pun, aku akan fikir, aku tak nak hampakan abah.
Ibu yang selalu bagi sokongan moralisasi.
Adik beradiks yang mewarnai dan memaknai hidupku.
Kawan-kawan.
Yang mungkin dah lama lost contact.
Yang sentiasa dihubungi.
Kelasmates.
Teman seperjuangan.
Naqibatachi.
BUtachi.
Rayyantachi.
My twin.
Kakhue.
#@n!m.
Abam Gee.
Akhawatachi.
Mutarabbiatachi.
Aiesyupiemtachi14/15.
Mungkin ramai lagi.
Aku berterima kasih tak terhingga, mungkin tidak secara direct menyokongku. Tapi indirectly menjadi idolaku, inspirasiku, sumber kekuatanku, teman sebantal, teman tazkirah, teman luahan perasaan, teman bergurau, teman renang, teman shopping, teman gi bank, temani hari-hariku..
Terima kasih.
You guys mean everything to me, eventhough I wouldn't say it directly cause I'm a hazukashii person.
Terima kasih atas memori bersama.
Semoga Allah merahmati kalian.
Lastly, semoga nikmat yang aku kecapi ini tidak melalaikan aku daripada terus mengingati Allah dan tidak menghalang aku untuk terus menerus menjalankan taggungjawab aku sebagai hambaNya.
*just call me by my name, it's awkward when anyone is calling me D. seriously just call my name. put sis is rather ok than D.

No comments:
Post a Comment