Friday, February 25, 2011

Bersemangat Berlumba-lumba.

Muallimah (guru perempuan) mengeluarkan pen marker dari pencil case nya. Lalu beliau menuju ke papan putih di hadapan kelas. Menulis sesuatu dengan bersemangat sekali. Telah disuruhnya anak-anak muridnya yang sedang memerhatikan gerak gerinya untuk menyalin ke dalam buku tulis apa yang sedang ditulisnya.

Anak-anak murid itu akur, masing-masing mengeluarkan buku tulis berwarna coklat dari beg, terhegeh-hegeh membuka bekas pensil yang beraneka macam untuk mengeluarkan sebatang pensel kayu (*zaman ini pensel picit masih belum famous, muallimah larang anak-anak murid pakai pensel picit, mahal pun mahal juga). Terus mereka menyalin dengan tekun apa yang tertulis di papan putih.

Amiena menyalin dengan begitu bersemangat. Sambil menyalin dia tertoleh ke kanan, kiri, belakang dan depannya. Semua kawan-kawannya masih tekun menyalin. Disambung dengan ayat-ayat berikutnya. "Cepat, cepat! Salin cepat-cepat!". Lagi beberapa ayat lagi untuk ke penghujungnya.

"SIAP!". Akhirnya Amiena bersuara dengan nada menjerit di dalam kelas itu.

Mualimah sekadar melihat Amiena dengan tersenyum. Amiena merasa bangga kerana dia dapat menyiapkan sesi menyalin nota itu dengan pantas sekali, orang pertama di dalam kelas. Bangga sekali dalam dirinya, seumpama sudah memenangi satu larian pecut 100x meter. Dijelingnya pada kawan-kawan disekeliling. Masing-masing dengan mimik muka yang bermacam-macam nak menyalin nota itu. Haha. Ana(saya) siap dulu!

Tak lama lepas itu barulah kedengaran beberapa suara yang mejerit siap kerana telah berjaya menyalin nota yang banyak itu. Tetapi tidaklah sekuat suara Amiena, kerana mereka bukan yang pertama siap. Subjek Bahasa Melayu rasanya. Muallimah suka tulis panjang-panjang kat depan sampailah anak-anak muridnya mengadu kepenatan.

Bersemangat kan Amiena dan kawan-kawannya berlumba-lumba untuk siapkan kerja menyalin itu? Mereka itu masih 9 tahun. Dan Amiena juga pantang sangat kalau ada sesiapa yang mendahuluinya. Lagi-lagi seorang lelaki anak muallimah tu. Mereka suka sangat berlumba siapa siap dulu. Memang dahsyatlah kalau tengok semangat mereka. Mungkin pada sesuatu yang remeh, kan? Tapi mereka tetap bersemangat berkobar-kobar, bahkan berlumba-lumba lagi.

Amiena kini sudah belia. Namun, dia tidaklah bersemangat seperti dahulu di zaman kanak-kanaknya. Sentiasa beralasan dan susah untuk mencari semangat itu. Tak patut betullah. Itulah yang dipelikkannya. Mungkin persekitarannya tidak memangkin kepada "pensistezan"(perembesan) semangat dalam dirinya? Bahaya. Bahaya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa isi yang best untuk diselongkar:

1- Dalam meniti arus perdana ini, manusia yang kecil sudah membesar. Apa salahnya semangat daripada dulu kita serap menjadi semangat di zaman dewasa ini kan? Mungkin susah, tapi cuba bayangkan balik apa-apa yang membuatkan kita jadi begitu bersemangat dulu-dulu. Semoga ia akan membakar semangat kita di dalam apa saja yang kita akan lakukan di masa-masa mendatang.

2- Zaman kanak-kanak memanglah zaman yang indah. Mereka bebas melakukan apa saja, sebab masih tidak dikira dosanya oleh Allah. Mungkin bagi sesetengah orang, kanak-kanak macam annoying. Tapi cuba amati apa yang mereka lakukan. Sebenarnya ada ibrah daripada itu. Orang dewasa yang berhadapan dengan kanak-kanak pun boleh tersentap. Sebagai contoh:

Aini bercakap-cakap dengan adiknya yang masih di usia kanak-kanak.

"Adik, akak gemuk tak?"
Adik: "Hmm..(ditenung kakak itu sambil dia terdiam seketika. Membuat muka seperti berfikir)"."Akak tak gemuk, tak kurus. Tapi akak sederhana. Tapi kena kuruskan sikit badan tu."
"Apa?Adik memang kata kakak gemuklah ni??'' Aini sudah mula melenting.
"Mana ade. Aaaaaaaaaaaaa..." Adiknya dikejar satu rumah.

Aini mungkin sedikit overweight, tapi cuba lihat bagaimana adiknya men"cover" kata-katanya supaya kakaknya tidak marah padanya. Si adik sudah tahu bagaimana untuk menjaga hati kakakknya supaya tidak membuatkan kakakknya marah kepadanya. Orang dewasa pun kadang-kadang sudah tidak pandai menjaga hati orang lain.

3- Berlumba-lumbalah untuk berbuat kebaikan. Takde guna juga kalau asyik berlumba-lumba, tapi untuk sesuatu keburukan dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri khasnya dan masyarakat umunya.

Berlumba-lumbalah untuk menderma, bukannya berlumba-lumba untuk mengumpul duit siapa yang paling menggunung.

Berlumba-lumbalah untuk ke majlis-majlis ilmu yang menambah ilmu, bukannya berlumba-lumba untuk ke konsert rock, konsert artis kesayangan yang menambahkan kelalaian.


Wassalam.
muslim number 1!





Saturday, February 19, 2011

Masuk Universiti (2)

Sambung.

Istikharah pertama.

Saya tak pernah buat istikharah pun sebelum ni. Apa jadi eh? Ada orang cakap kita tidur lepas istikharah nanti dapat petunjuk. Petunjuk dalam bentuk apa? Mimpi? Ke tiba-tiba ada cahaya? Buntu.

Akhirnya ku tidurkan diri. Tapi serius tak lena! Rasa macam dibuat-buat. Rotate macam myosin dah banyak kali pun takde apa petunjuk dapat. Lepas isya' tu saya solat lagi istikharah banyak kali. Sebab tak dapat apa-apa jawapan. Ya Allah, tolonglah aku dalam membuat keputusan ini. Mana satu betul. Kalau nak senang aku pilih matrik ni je. Tak payah susah-susah nak fikir.

Malam itu ummi telefon lagi. Memberitahu saya macam-macam tentang asasi tu. Untuk memenangi hatiku.

"Iqah nak apa? Iqah nak biotech, kan?" tanya ummi bersungguh-sungguh.
"Hmmm..yela."
" Kalau masuk asasi ni macam-macam boleh ambik. Nak jadi doktor haiwan, ambik pasal teknologi makanan............................ Ummi dah tanya kawan-kawan ummi. U.P.M ni bagus.......................bla............................... So, macam mana? Dah istikharah?"

Saya dalam mood sedih masa ummi cakap semua tu. Dalam otak masih fikir, saya nak stay matriklah. Ummi semacam mengatakan ku tiada harapan di matrik. I'm ok! Tapi dia tahu sesuatu yang ku tak dapat di matrik tu, tapi bakal kudapatkan di asasi.

"Dah. Tapi tak nampak apa-apa pun ummi."
Ummi:" Ummi nak Iqah gi asasi. Along ada."

Buat kali ke berapa alasan along diberikan. Saya memang tak rapat sangat dengan along sebab di sepanjang saya membesar di zaman remaja, dia jarang ada di rumah. Ke asrama, masuk PLKN, masuk U.

"Abah dah tahu ke ummi? Dia cakap apa?" Kumasih perlukan sebab kenapa kuperlu ke asasi.
"Abah dah tahu. Tapi dia tengah mabuk durian tu. Dia cakap pergi jela."

Huh? Boleh pulak kita tengah duk pening pikir, ummi duk sibuk menelefonku, abah tidur kekenyangan makan durian. Semacam tidak bersungguh plak.

Saya: "Nanti Iqah bagi jawapan. Istikharah lagi."

Ah, musim orang nak test nila nak kena uruskan semua mende ni. Kalau tak jadi macam mana? Terus ku pergi ke bilik kawanku, Nik di tingkat atas. Dia sibuk study untuk test 1. Kuluahkan segala kekusutanku. Perlu ke tak. Ada la juga yang menyampuk kata bagus. Ada tempat kat U. Wajah Nik juga kelihatan agak sedih. Warghh, Nik! Janganlah buat muka macam tu! Tak sampai hati.

Ku turun ke bilik. Masuk bilik dengan mata bengkak. Duduk kat meja nak sambung study untuk ujian. Tapi hati tak tenang. Semua roomateku sudah tidur, kecuali Mai. Kudekati Mai dan cakap tentang tawaran yang kudapat. Mungkin kuterima, mungkin ku tolak. Keliru. Mintak lagi pendapat. Kemudian dia menangis di depanku. Dia ceritakan semua kisah hidupnya padaku. Dan dia kata selagi ada peluang ni, ambillah. Pergi je. Ok. Ada yang bagi jawapan positif.

Ku sambung lenaku. Tapi tak dapat. Hanya berkelubung bawah selimut. Masih terfikir apa yang akan berlaku esok. Ku sedar roomateku lagi sorang terjaga untuk stay up study, Reha. Tiba-tiba keterdengar Mai cakap dengan Reha.

Mai:" Reha, ko tau tak tiqa dapat asasi pertanian kat U.P.M?
Reha:"Yeke? Dah tu dia nak gi tak?"
Mai: "Kita tak tau. Dia pun baru je tahu. Tak decide lagi tu."
Reha:"Apa yang dia belajar nanti? Dia memang minat pertanian ke? Ish, kalau aku dapat, aku tak nak. Aku tak minat pertanian."

Haha. Negative feedback! Apakah? Waa, susahnya nak buat keputusan. Sorang cakap ni, sorang cakap tu. Lama-lama ku mati...

Ku bermimpi. Dalam mimpi itu, ku berjalan sendirian ke arah satu pintu U. Tiba-tiba muncul di pintu itu kakak-kakak yang berseri-seri wajahnya dan tersenyum ke arahku. Atiqah, selamat datang! Aneh sekali. Mana dia tahu namaku. Ku menuju ke arah mereka. Ku disambut dengan best. Lebih kurang begitulah mimpiku.

Bangun-bangun ku sudah bertekad untuk ke asasi. Fullstop. Ku telefon ummi tentang keputusanku. Ummi gembira nadanya. Anakku bakal ada masa depan, kufikir begitu. Pagi itu ku ke kelas sekejap kemudian pejabat, uruskan semua untuk berhenti. Isi borang semua, jumpa felo untuk dapatkan pengesahan. Dalam fikiranku, apa kawan-kawanku belajar harini? Harini ada kuiz bio. Nak jawab kuiz! Dalam borang tu kena ada 3 pengesahan. 2 dah dapat, lagi 1. Kaunselor? Huih, nak keluar pun kena jumpa kaunselor ke? Tak pernah-pernah macam ni. Dan saya tak pernah jumpa kaunselor. Cuak. Datang-datang takde orang. Adala 2 orang kaunselor tiba-tiba. Saya tunjukkan borang tawaran yang baru ku print tadi. Banyak juga soalan mereka. Macam tak pernah dengar asasi tu. Tapi mereka tak nak sahkan apa-apa. Mereka cakap lepas lunch hour datang balik jumpa. Pulang ke bilik. Penat sangat-sangat-sangat terkejar sana sini. Roomatku semua diam je hari tu. Reha tanya padaku, jadi ke gi asasi tu? Jadi, jadi. Tengah uruskan proses nak berhenti je. Pastu semua diam. Rasa kelainan di situ.

Masa tu juga tiba-tiba along call dengan nafas tercungap-cungap. Sedang memanjat tangga ke rumah katanya. Dia tanya macam mana keadaan saya masa tu. Dia bagi saya reasons untuk pergi ke asasi. Yang pasti, dia janji nak jaga saya. Dia kata nanti saya akan lebih terjaga di situ. Yang paling best, dia kata memang Iqah sayang nak tinggalkan apa yang Iqah dah ada kat matrik ni. Tapi masih ada something missing. Jom ke Upm. Sebab dia janji nak jaga saya, part tu saya suka. Hehe.

Tepat jam 2 ku sudah berada di pejabat nak jumpa kunselor. Jam 2 jugalah, ada kuiz bio! Waa, nak jawab kuiz. Apa soalan yang cikgu bagi eh? Mesti senang je kan. Bestnya kawan-kawanku dapat jawab kuiz tu.

Takde sorang kaunselor pun. Mak ai, lamanya rehat. 2.30: Sorang gadis datang. Ku tegur dia. Dia juga sepertiku, nak berhenti sebab dapat diploma x-ray kat UDM. Kami berpakat untuk msuk bersama-sama. Punya lama tunggu. Rasanya sampai pukul 3. Ada lagi sorang gadis datang. Dia juga dapat tawaran sama sepertiku. Yes, ada geng!

Kami masuk ke dalam bilik kaunselor tu. Dia tanya macam-macam soalan yang membuatkanku jadi 50:50 untuk tinggalkan matrik dan pergi ke asasi. yang paling haru, dia mentah-mentah halang saya pergi asasi. Dia kata pertanian? Sanggup ke nak naik kontraktor? Main-main tanah? Sanggup!! Dah penat nak layan semua tu. Last-last dia suruh mak ayah kami call dia juga. Dah jam 5, saya balik je bilik. Rasa macam takde harapan nak keluar dah. Kenapalah dia cakap ayat psiko camtu? Lemah semangatku. Ummi call tak lama lepas tu. Katanya kaunselor dah approve. Tu pun sebab abah call dia. Apa yang mereka bincangkan, biarlah. Lega, alhamdulillah. Segalanya selesai kini. Cuma nak ambil borang, hantar ke pejabat. Kemudian kemas barang.

Malam tu, Nik bawak kawan-kawan sekolah ke bilik saya. Dia buat muka sedih. Nik! Huu. Kami bermaafan dan ku sambung berehat habis-habisan sebab dah penat siang tadi.

Pagi itu, semua gigih study. Saya je yang duduk bersahaja di meja study. Merenung meja yang menjadi temanku 2 bulan ini. Saya merancang nak ke kelas sebentar untuk mengucapkan selamat tinggal buat teman-teman karibku di matrik. Mai tiba-tiba datang ke tempatku. Dia menghulurkan sekeping gambar kesayangannya serta kad nama dan email. Muka dia nampak sedih. Dia bertanya bila saya akan balik. Ku nyatakan jam 11. Dia pinta saya tunggu dulu sebelum balik memandangkan dia ada gap masa tu. Ku hanya nyatakan ya. Dalam kelas bio yang ku paling sukai itu, ku rasa hiba lagi. Melihat cikgu, kawan-kawan sekuliah. Selamat tinggal semua. 2 bulan itu sudah cukup membuatkanku sayang pada matrik ini. Ku ucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawanku. Yang paling rapat denganku sudah berair matanya. Maafkan saya teman, inilah pilihan yang saya telah buat. Semoga inilah yang terbaik buatku.

Jam 10, along dah sampai. Nik yang kebetulan ada gap masa tu menemaniku menghantar kunci bilik ke pejabat blok. Dia juga membantuku mengangkat barang ke dalam kereta. Akhirnya ku ucapkan selamat tinggal kepada Nik. Dia menangis sambil memelukku. Nik! Janganlah macam ni. Berat. Berat hati nak tinggalkan Nik. Saya selalu juga lepak bilik dia hari minggu, sebab dia ada masalah dengan roomate dia. Share masalah. Saat itu, saya lupa janjiku pada Mai untuk berjumpa pukul 11. Jam 10.45 kami bertolak ke Kemaman. Ku mesej pada Mai, maafkanku. Saya dah letak hadiah atas meja dia. Surat comel pun ada sekali. Selamat tinggal matrik. Saya akan mengenang kenangan di situ.

Esoknya 17.7.2008, hari Khamis, terus kami bertolak ke asasi. Daftar. Pastu pergi kolej. Mak ai, tingkat 4 tu. Tingginya! Kat matrik tingkat 1 je kot. Angkatlah barang sorang-sorang sebab ummi tak larat, Ibal plak tak nak tolong. Penat travel dan dekat matrik haritu tak hilang lagi. Pastu hantar ummi ke airport nak balik Kemaman. Sampai kolej, saya kemas sikit-sikit. Berborak dengan roomate baru, yang jumpa sekali masa kat matrik tu. Pergi pusat asasi uruskan semua. Habis satu minggu. Tak sangka universiti ni sangatttt besar. Nak ke kelas kena naik bas! Kat matrik boleh jalan kaki je kot! Nak cari SS pun boleh tersesat kat kandang kuda. Masa tu mula membanding-bandingkan hidup di matrik dan di universiti. Oh. Dan seminggu itu jugalah saya demam sebab perubahan suasana.

Apa yang berlaku seterusnya? Hidupku di asasi? Mampukah saya survive?


Blok saya di matrik. Dekat je tepi surau.

...............................................................................................................

Sambung lagi nanti-nanti.

Friday, February 18, 2011

Masuk Universiti (1)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar mahu berkongsikan pengalaman saya masuk ke universiti. Mungkin ada yang merasakan saya dapat masuk ke universiti senang je kan. Dapat asasi, pastu degree. Ish, jangan kata senanglah. Kalau senang, tak mencabarlah hidup. Perlu juga diselitkan dengan ujian-ujian yang akhirnya akan melatih @ mentarbiyah diri kita.

Ok, first sekali. Lepas SPM, saya tak rancang nak ke mana-mana. Mungkin dah aim nak ke matrik sebab abang saya dulu pun masuk matrik. Memang tak jelaslah tentang masa depan. Tapi dalam diri ada minat nak ambil biotech. Kat sekolah minat kumpul akhbar Utusan punya ruangan tu, yang ada bahagian reka-reka cipta macam-macam. Memang rasa terujalah. Jadinya mind dah set: saya nak biotech! Orang tanya je, saya jawab saya nak ambil biotech.

Abang saya pun tanya saya suatu hari, saya minat apa. Saya jawab je biotech. Kemudian dia ajak saya masuk asasi kat U.P.M. Ada biotech. Dan dia janji nak jaga saya. Masa tu musim kami isi borang UPU sebelum dapat result. Tapi saya tak yakin saya dapat walaupun saya dah letak asasi tu first choice. Yang lain-lain saya mohon apa yang memang mustahil untuk saya dapat. Haha. Ok. Serius tak yakin, sebab saya tak rasa saya dah buat yang terbaik dalam SPM. Takutlah masa tu kan nak tunggu result.

Tup tup, tak lama lepas tu saya dah dapat result SPM! Oklah, separuh daripada penuh. Separuh A, separuh B. Perasaan masa tu? Entahlah. Saya redha je sebab saya tahu banyak mana saya dah usaha. Saya pun rasa tak layak nak dapat lebih banyak daripada tu. Tapi pada masa yang sama, saya telah mengecewakan hati seorang ibu. Saya lihat ummi saya diam je sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Saya ok je dengan keputusan tu, ummi. Tapi, saya tahu ummi mahu saya dapat lebih daripada itu. Mungkin kerana resultku tak sehebat result abang dan kakakku. Ada sekali dia bersuara: "Iqah belajar tak ni sebenarnya?". Saya jawab sambil tersengih kelat: "Mestilah belajar ummi". Namun dalam hatiku berbisik. Saya tak ikhlas belajar di sekolah. Sejak pindah sekolah tu jugalah saya seperti orang yang kematian hati. Kosong. Belajar tak paham. Kawan tak ramai, sebab tak pandai cakap slang ganu. Namun semua masalah itu kupendam sendirian saja hingga akhirnya kusendirian merana.

Dengan berbekalkan result SPM itu, saya macam putus harapan. Memang takde harapan dah kot nak masuk asasi dekat dengan along. Huu. Rasa macam-macam. Ke mana akan ku dicampak? Tapi satu je yang saya elakkan masa isi borang UPU tu. Jangan isi apa yang tak diminati dan jangan isi diploma. Kalau tak memang dapatlah. Itu berdasarkan pengalaman-pengalaman senior. Back to the story. Walaupun dengan result saya tu, ummi tetap berusaha dengan tanya kawan-kawannya tentang kos apa yang bagus untuk saya. Elok tak ini, itu. Terharunya. Yela, mak mana yang nak lihat anak terbuang tanpa ilmu. Dia nak saya berjaya juga macam mana pun. Dia tak nak lihat anaknya hidup tanpa ilmu.

"Tahniah, anda dapat tawaran ke Matrikulasi Pahang jurusan Sains."

Huh. Saya tak nak matrik. Saya nak asasi. Tawaran itu ku pandang sebelah mata saja. Ku tetap berharapkan asasi itulah tempat untukku belajar kelak. Sudah terbayang bagaimana keadaan asasi pertanian tu. Ada pokok, ada bangunan tu bangunan ni. Imaginasi terlintas di minda. Tak sabar tau.

Hari keputusan UPU keluar tiba. Online. Key in apa yang patut. Bismillah. Gulp! Hmmmm...

"Anda tidak mendapat sebarang tawaran."

Hampa. Sedih. Sebak. Sampai hati UPM tak nak ambik saya jadi student. Ok, fine. Dengan itu, dengan rasminya saya setuju untuk pergi ke matrik. Full stop.

Debaran nak masuk matrik. Apa nak pakai nanti? Perlu bawak ni tak? Sape kawan nanti? Ada gang tak? Belajar apa nanti? Boleh skor tak nanti? Malunya. Seramnya. Takutnya. Macam-macam konflik dan monolog dalaman kureka.

Hari pendaftaran. Ummi dan along hantar. Ramainya orang mak aii. Isi borang tu, ambik pakej, ambil nombor bilik dan bergambar. Sebelum ummi meninggalkanku sendirian di situ, dia ada cakap sesuatu yang membakar semangatku. " Belajar elok-elok. Jangan malas. Kalau result biasa-biasa je, nanti kena lelong." Mukanya sayu je. Sepertinya dia sangat runsing dengan anaknya ini tak cemerlang mungkin. Kata-kata itulah kutulis balik dan tampalkan di lokerku. Setiap pagi saya akan baca ayat itu untuk membakar semangatku.

Seminggu orientasi. Penat. Berat badan dah susut. Takde masa nak makan. Air pun susah nak dapat. Rasa macam hidup di matrik sangat mencabar. Beberapa hari selepas tu, result untuk dapat sains hayat atau fizik keluar. Saya dapat sains fizik. Oh! Saya tak suka fiziklah! Rasa macam takde harapan je kat situ. Terus hantar surat kat pejabat nak tukar ke hayat. Lagilah rasa macam takde harapan sebab kat matrik tu kelas untuk sains hayat sangatlah sikit berbanding sains fizik. Perlu bersaing nampaknya. Serius rasa tak bersemangat sangat masa tu. Beritahu ummi tentang tu. Ummi suruh balik juga minggu tu. Mohon balik borang UPU since saya tak dapat apa-apa tawaran lagi sebelum ni. Ummi masih suruh apply asasi tu. Tapi serius rasa kecik hati dengan asasi tu. Tak sudi terima saya pun. Huh. Balik-balik pukul 12 malam tu juga lah tarikh terakhir untuk isi borang tu. Mula-mula saya tak nak isi. Rasa nak stay je kat matrik. Tapi memandangkan ummi mengharap, dan mungkin ada peluang? Ku isi dan hantar 10 minit sebelum pukul 12.

Pulang ke matrik. Dapat sains hayat. Belajar dan jumpa kawan-kawan baru. Best. Belajar dalam kelas semua faham. Senang je rasa. Mungkin sebab kebergantunganku pada Allah ketika itu sangat tinggi. Setiap hari bangun pukul 5, mandi, qiam, study. Malam-malam turun surau. Dah jadi habit. Kuiz pun alhamdulillah skor. Petang selasa main hoki. Setiap malam bila sampai turn, baca al-Mulk guna mikrofon untuk satu blok sampai roomate sendiri pun tak sedar. Memang rasa macam sudah sebati. Beli makan pun murah. Tapi jarang-jarang juga saya makan. Masa berlalu. Sudah 2 bulan belajar di matrik. Penat dan packed sangat kelas. Petang-petang akan lembik.

Lagi seminggu ujian 1. Hari itu ku berpuasa. Berbuka ikan keli dan tomyam. Penat sangat. Terus pengsan lepas solat, walaupun roomates semua study pulun untuk ujian. Tiba-tiba dapat call daripada ummi.

Saya: "Hello, assalamualaikum ummi".
Ummi: '' Waalaikumussalam iqah. Ni, tadi U.P.M baru call ummi."
Saya: "Huh? Kenapanya?" Kupikir ianya berkaitan abangku. Tapi kenapa nak beritahu saya? Pening.
Ummi: "Iqah dapat tawaran asasi lah! So nak pergi ke tak nak?"
Saya: "HAAAAAAAAAAAAAH? Biar betul?"
Ummi:"Yela, betullah. Takkan nak tipu. Nak ke tak nak? Kena buat keputusan by malam ni. Esok dia nak jawapan."

Huu..Haru. Fikiran jadi celaru. What to do? What to do? Tiba-tiba teringat masa mula-mula dulu asasi tolak permohonan saya. Dulu jual mahal sangat. Huh. Dah tawar hati nak ke sana.

Saya:" Hm.. Tak naklah. Iqah nak stay kat matrik jela."
Ummi:" Biar betul ni Iqah?"

Suara ummi sungguh bersungguh-sungguh menyuruhku ke asasi juga. Dulu pun ummi jugalah yang bersungguh-sungguh nak saya masuk asasi. Mungkin dia tak percaya ku tolak mentah-mentah je tawaran untuk pengambilan kedua tu.

Saya: "Iqah sayangkan matrik....." Seayat kubalas.

Benar. 2 bulan ku di sini. Macam-macam dah kuhadapi. Kawan-kawan dah kamcing. Dalam melayari kebahagiaan, tiba-tiba dapat berita camni. Wargh. Trauma. Trauma.

Ummi:" Hm.. Iqah istikharah dulu. Nanti ummi call balik."
Saya: "Ok."

Tamat perbualan.

Fikiranku buntu. Kulihat ke sekeliling. Biar betul apa ku dengar tadi? Wargh. Mataku dah berair. Ku tenung roomate kesayanganku. Hari-hari belajar dengan dia. tak faham apa-apa tanya dia. Dahlah budak genius. Selalu pergi surau dan bangun awal pagi dengan dia. Dah minat menda sama. Sayangnya kalau tinggalkan. Ish, takkan nak tinggal kot. Tak, tak. Tak mungkin punyalah.

Akhirnya ku gagahkan diri untuk solat istikharah.

Malam itu saja masa untuk ku berfikir dan buat pilihan! Antara kawan-kawanku dan apa yang kusayangi di matrik, atau harapan seorang ibu? Mana satu perlu kupilih?



Katil, meja dan loker di matrik
........................................................................................................................

To be continued.

Thursday, February 17, 2011

Minggu Test 1

Assalamualaikum.

Masih sempat menaip walaupun esok ada paper terakhir. Rasa agak cuak. Sebab tak jangka apa yang bakal keluar. Kadang-kadang rasa takut. Budak-budak Cina selalu skor apa-apa subjek. Agak rasa tergugat.

Sebagai orang islam. Ya. InsyaAllah, kita berusaha segalanya. Hasilnya mungkin bagus, mungkin tidak. Apapun jua, terimalah dengan hati terbuka. Redha. Usaha jangan lupa. Allah tak tengok result test kita pun. Takde pun. Lihat pada usaha. Oh, semoga usaha ku ini akan dikira oleh Allah. Ikhlas! Ikhlas! Ikhlas! Hidup kita untuk cari keredhaan Allah, kan?

Kadang-kadang time nak test ni la rasa nak menjauhkan diri dari sesiapa je. Diamkan diri. Kembali ke bawah tempurung. Tapi, no good, no good. Perlu dekat dengan Allah. Saya mahu berubah mulai semester ini. Cubalah ganggu saya minggu test. Lihat apa reaksi. kuikuikui.

Wish me all the best. Got to go. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
(esok paper nutrition!!!>.<")

Monday, February 7, 2011

Sayounara Kiko, Sayounara Bulat!

Salam.

Kisahku kali ini bukanlah pasal manusia. Ini kisah haiwan. Mereka berdua sudah mati, Kiko petang tadi, Bulat ku kurang pasti lagi.

Kiko.

Abahku baru saja beli dari teman sepejabatnya, untuk dijadikan suami si Alice. Lebih kurang tahun umurnya; 24 tahun manusia. Badannya besar, hitam, montel, garang dan matanya cantik. Pertama kali dibawa ke rumah dia sangat garang, semua takutkannya. Dibawa berpindah ke Bangi, dia masih kelihatan biasa. Lama kelamaan dia sudah tidak seagresif dulu. Mungkin dia sudah mula rasa selesa dengan kami, fikir kami. Namun, semalam kulihat Kiko seperti sangat malas. Asyik terbaring. Gemuk sungguhla. Jarang kulihat dia makan atau minum. Apatah lagi melakar di litter box. Ada keanehan di situ. Mulutnya juga terbau busuk, umpama bangkai. Ada cecair meleleh di situ. Ku bawa Kiko masuk ke dalam rumah dan kami memaksa dia berjalan, walaupun dia berbunyi..wooo...wooo.. Kami sekadar tergelak. Mungkinkah kaki dia sakit? Pelbagai tafsiran kami buat. Namun tiada siapa yang arif di situ. Kami terus bermain sehinggalah kami simpan dia ke kandang. Ku lihat Alice mencium-cium badan Kiko. Macam ada tidak kena, sebab Alice tak pernah berani dekat dengan Kiko. Macam ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Pagi tadi juga kulihat Kiko terbaring saja. mungkin tidur. Sempat kutarik-tarik ekornya lagi..


Bulat, kucing betina yang ku sering jumpa di BU. Comel. Suka gigit orang. Lama kemudian jarang kujumpa dia. Hari itu kulihat dia sudah ada satu ketulan di hidungnya. Kelihatannya ia telah menutup lubang hidung Bulat. Dengan darah yang keluar setiap kali dia bersin. Bau yang keluar juga membuatkanku tidak berapa lalu untuk bermain dengannya. Kusyaki itu adalah ketumbuhan, sebab ia membesar. Tak lama selepas itu, Bulat terus berubah wajah. Hidungnya makin meninggi. Akhirnya oleh kerana keadaan dia yang semakin teruk kerana sudah tidak lalu makan, dia dibawa ke klinik. Penantian 1 jam suku Bulat di dalam kotak, akhirnya giliran bulat masuk ke bilik rawatan di klinik tiba. Kakak-kakak seniorku check kondisi Bulat. Sample darah di ketumbuhan hidungnya diambil. Doktor mengesyaki itu adalah sapo...... Itu saja yang ku dapat tangkap. Tidak jelas. Tidak berani kubertanya lebih lanjut. Akhirnya Bulat disahkan positif sapo........ Dan doktor hanya memberikan kami masa 5 minit untuk membuat pilihan, sama ada nak bawa Bulat balik rumah atau put down the cat. Serius, saat itu kami seperti hilang arah. Jika bawa balik rumah, berisiko tinggi. Jika terkena cakaran kucing tu, nanti lymph node manusia akan affected dan pecah. Dapat jangkitan tu. Ubat manusia pun tak dapat nak pulihkan penyakit tu. Ok. Dalam situasi itu, mungkin ada rasa sedih kerana terpaksa menentukan sendiri masib kucing tu, tapi memikirkan kesannya nanti, dan tidak mahu Bulat menderita dengan lebih jauh, kami membuat keputusan untuk put down je Bulat. Doktor itu kelihatan biasa saja memberikan nasihat kepada kami. Oh, mampukah ku bersikap demikian kelak. Menghadapi situasi genting sebegitu. Pihak hospital akan dispose Bulat dengan menanam dia. Semoga kau tenang di sana Bulat.

Pulang dari hospital, ku search google tentang penyakit Bulat. sapo.... sapo.... Rupa-rupanya penyakit Sarcoma, ataupun juga dikenali sebagai kanser. Ketumbuhan itu adalah kanser. Simptom-simptom seperti bersin berdarah, tak lalu makan, susut berat badan tu telah tertonjol pada Bulat sejak awal. Sakit ya apa yang dirasainy selama ini.

Kemudian ku terima panggilan tentang kematian Kiko. Adikku dalam perjalanan ke tong sampah, untuk membuang Kiko. Kiko paralysed before mati. Ada bau busuk di mulutnya. Tidak diketahui puncanya. Mungkin masalah neuro system. Belajar nanti.

Dari Allah mereka datang, kepada Allah mereka kembali.

Wassalam.