Friday, February 18, 2011

Masuk Universiti (1)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar mahu berkongsikan pengalaman saya masuk ke universiti. Mungkin ada yang merasakan saya dapat masuk ke universiti senang je kan. Dapat asasi, pastu degree. Ish, jangan kata senanglah. Kalau senang, tak mencabarlah hidup. Perlu juga diselitkan dengan ujian-ujian yang akhirnya akan melatih @ mentarbiyah diri kita.

Ok, first sekali. Lepas SPM, saya tak rancang nak ke mana-mana. Mungkin dah aim nak ke matrik sebab abang saya dulu pun masuk matrik. Memang tak jelaslah tentang masa depan. Tapi dalam diri ada minat nak ambil biotech. Kat sekolah minat kumpul akhbar Utusan punya ruangan tu, yang ada bahagian reka-reka cipta macam-macam. Memang rasa terujalah. Jadinya mind dah set: saya nak biotech! Orang tanya je, saya jawab saya nak ambil biotech.

Abang saya pun tanya saya suatu hari, saya minat apa. Saya jawab je biotech. Kemudian dia ajak saya masuk asasi kat U.P.M. Ada biotech. Dan dia janji nak jaga saya. Masa tu musim kami isi borang UPU sebelum dapat result. Tapi saya tak yakin saya dapat walaupun saya dah letak asasi tu first choice. Yang lain-lain saya mohon apa yang memang mustahil untuk saya dapat. Haha. Ok. Serius tak yakin, sebab saya tak rasa saya dah buat yang terbaik dalam SPM. Takutlah masa tu kan nak tunggu result.

Tup tup, tak lama lepas tu saya dah dapat result SPM! Oklah, separuh daripada penuh. Separuh A, separuh B. Perasaan masa tu? Entahlah. Saya redha je sebab saya tahu banyak mana saya dah usaha. Saya pun rasa tak layak nak dapat lebih banyak daripada tu. Tapi pada masa yang sama, saya telah mengecewakan hati seorang ibu. Saya lihat ummi saya diam je sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Saya ok je dengan keputusan tu, ummi. Tapi, saya tahu ummi mahu saya dapat lebih daripada itu. Mungkin kerana resultku tak sehebat result abang dan kakakku. Ada sekali dia bersuara: "Iqah belajar tak ni sebenarnya?". Saya jawab sambil tersengih kelat: "Mestilah belajar ummi". Namun dalam hatiku berbisik. Saya tak ikhlas belajar di sekolah. Sejak pindah sekolah tu jugalah saya seperti orang yang kematian hati. Kosong. Belajar tak paham. Kawan tak ramai, sebab tak pandai cakap slang ganu. Namun semua masalah itu kupendam sendirian saja hingga akhirnya kusendirian merana.

Dengan berbekalkan result SPM itu, saya macam putus harapan. Memang takde harapan dah kot nak masuk asasi dekat dengan along. Huu. Rasa macam-macam. Ke mana akan ku dicampak? Tapi satu je yang saya elakkan masa isi borang UPU tu. Jangan isi apa yang tak diminati dan jangan isi diploma. Kalau tak memang dapatlah. Itu berdasarkan pengalaman-pengalaman senior. Back to the story. Walaupun dengan result saya tu, ummi tetap berusaha dengan tanya kawan-kawannya tentang kos apa yang bagus untuk saya. Elok tak ini, itu. Terharunya. Yela, mak mana yang nak lihat anak terbuang tanpa ilmu. Dia nak saya berjaya juga macam mana pun. Dia tak nak lihat anaknya hidup tanpa ilmu.

"Tahniah, anda dapat tawaran ke Matrikulasi Pahang jurusan Sains."

Huh. Saya tak nak matrik. Saya nak asasi. Tawaran itu ku pandang sebelah mata saja. Ku tetap berharapkan asasi itulah tempat untukku belajar kelak. Sudah terbayang bagaimana keadaan asasi pertanian tu. Ada pokok, ada bangunan tu bangunan ni. Imaginasi terlintas di minda. Tak sabar tau.

Hari keputusan UPU keluar tiba. Online. Key in apa yang patut. Bismillah. Gulp! Hmmmm...

"Anda tidak mendapat sebarang tawaran."

Hampa. Sedih. Sebak. Sampai hati UPM tak nak ambik saya jadi student. Ok, fine. Dengan itu, dengan rasminya saya setuju untuk pergi ke matrik. Full stop.

Debaran nak masuk matrik. Apa nak pakai nanti? Perlu bawak ni tak? Sape kawan nanti? Ada gang tak? Belajar apa nanti? Boleh skor tak nanti? Malunya. Seramnya. Takutnya. Macam-macam konflik dan monolog dalaman kureka.

Hari pendaftaran. Ummi dan along hantar. Ramainya orang mak aii. Isi borang tu, ambik pakej, ambil nombor bilik dan bergambar. Sebelum ummi meninggalkanku sendirian di situ, dia ada cakap sesuatu yang membakar semangatku. " Belajar elok-elok. Jangan malas. Kalau result biasa-biasa je, nanti kena lelong." Mukanya sayu je. Sepertinya dia sangat runsing dengan anaknya ini tak cemerlang mungkin. Kata-kata itulah kutulis balik dan tampalkan di lokerku. Setiap pagi saya akan baca ayat itu untuk membakar semangatku.

Seminggu orientasi. Penat. Berat badan dah susut. Takde masa nak makan. Air pun susah nak dapat. Rasa macam hidup di matrik sangat mencabar. Beberapa hari selepas tu, result untuk dapat sains hayat atau fizik keluar. Saya dapat sains fizik. Oh! Saya tak suka fiziklah! Rasa macam takde harapan je kat situ. Terus hantar surat kat pejabat nak tukar ke hayat. Lagilah rasa macam takde harapan sebab kat matrik tu kelas untuk sains hayat sangatlah sikit berbanding sains fizik. Perlu bersaing nampaknya. Serius rasa tak bersemangat sangat masa tu. Beritahu ummi tentang tu. Ummi suruh balik juga minggu tu. Mohon balik borang UPU since saya tak dapat apa-apa tawaran lagi sebelum ni. Ummi masih suruh apply asasi tu. Tapi serius rasa kecik hati dengan asasi tu. Tak sudi terima saya pun. Huh. Balik-balik pukul 12 malam tu juga lah tarikh terakhir untuk isi borang tu. Mula-mula saya tak nak isi. Rasa nak stay je kat matrik. Tapi memandangkan ummi mengharap, dan mungkin ada peluang? Ku isi dan hantar 10 minit sebelum pukul 12.

Pulang ke matrik. Dapat sains hayat. Belajar dan jumpa kawan-kawan baru. Best. Belajar dalam kelas semua faham. Senang je rasa. Mungkin sebab kebergantunganku pada Allah ketika itu sangat tinggi. Setiap hari bangun pukul 5, mandi, qiam, study. Malam-malam turun surau. Dah jadi habit. Kuiz pun alhamdulillah skor. Petang selasa main hoki. Setiap malam bila sampai turn, baca al-Mulk guna mikrofon untuk satu blok sampai roomate sendiri pun tak sedar. Memang rasa macam sudah sebati. Beli makan pun murah. Tapi jarang-jarang juga saya makan. Masa berlalu. Sudah 2 bulan belajar di matrik. Penat dan packed sangat kelas. Petang-petang akan lembik.

Lagi seminggu ujian 1. Hari itu ku berpuasa. Berbuka ikan keli dan tomyam. Penat sangat. Terus pengsan lepas solat, walaupun roomates semua study pulun untuk ujian. Tiba-tiba dapat call daripada ummi.

Saya: "Hello, assalamualaikum ummi".
Ummi: '' Waalaikumussalam iqah. Ni, tadi U.P.M baru call ummi."
Saya: "Huh? Kenapanya?" Kupikir ianya berkaitan abangku. Tapi kenapa nak beritahu saya? Pening.
Ummi: "Iqah dapat tawaran asasi lah! So nak pergi ke tak nak?"
Saya: "HAAAAAAAAAAAAAH? Biar betul?"
Ummi:"Yela, betullah. Takkan nak tipu. Nak ke tak nak? Kena buat keputusan by malam ni. Esok dia nak jawapan."

Huu..Haru. Fikiran jadi celaru. What to do? What to do? Tiba-tiba teringat masa mula-mula dulu asasi tolak permohonan saya. Dulu jual mahal sangat. Huh. Dah tawar hati nak ke sana.

Saya:" Hm.. Tak naklah. Iqah nak stay kat matrik jela."
Ummi:" Biar betul ni Iqah?"

Suara ummi sungguh bersungguh-sungguh menyuruhku ke asasi juga. Dulu pun ummi jugalah yang bersungguh-sungguh nak saya masuk asasi. Mungkin dia tak percaya ku tolak mentah-mentah je tawaran untuk pengambilan kedua tu.

Saya: "Iqah sayangkan matrik....." Seayat kubalas.

Benar. 2 bulan ku di sini. Macam-macam dah kuhadapi. Kawan-kawan dah kamcing. Dalam melayari kebahagiaan, tiba-tiba dapat berita camni. Wargh. Trauma. Trauma.

Ummi:" Hm.. Iqah istikharah dulu. Nanti ummi call balik."
Saya: "Ok."

Tamat perbualan.

Fikiranku buntu. Kulihat ke sekeliling. Biar betul apa ku dengar tadi? Wargh. Mataku dah berair. Ku tenung roomate kesayanganku. Hari-hari belajar dengan dia. tak faham apa-apa tanya dia. Dahlah budak genius. Selalu pergi surau dan bangun awal pagi dengan dia. Dah minat menda sama. Sayangnya kalau tinggalkan. Ish, takkan nak tinggal kot. Tak, tak. Tak mungkin punyalah.

Akhirnya ku gagahkan diri untuk solat istikharah.

Malam itu saja masa untuk ku berfikir dan buat pilihan! Antara kawan-kawanku dan apa yang kusayangi di matrik, atau harapan seorang ibu? Mana satu perlu kupilih?



Katil, meja dan loker di matrik
........................................................................................................................

To be continued.

No comments: