Anak-anak murid itu akur, masing-masing mengeluarkan buku tulis berwarna coklat dari beg, terhegeh-hegeh membuka bekas pensil yang beraneka macam untuk mengeluarkan sebatang pensel kayu (*zaman ini pensel picit masih belum famous, muallimah larang anak-anak murid pakai pensel picit, mahal pun mahal juga). Terus mereka menyalin dengan tekun apa yang tertulis di papan putih.
Amiena menyalin dengan begitu bersemangat. Sambil menyalin dia tertoleh ke kanan, kiri, belakang dan depannya. Semua kawan-kawannya masih tekun menyalin. Disambung dengan ayat-ayat berikutnya. "Cepat, cepat! Salin cepat-cepat!". Lagi beberapa ayat lagi untuk ke penghujungnya.
"SIAP!". Akhirnya Amiena bersuara dengan nada menjerit di dalam kelas itu.
Mualimah sekadar melihat Amiena dengan tersenyum. Amiena merasa bangga kerana dia dapat menyiapkan sesi menyalin nota itu dengan pantas sekali, orang pertama di dalam kelas. Bangga sekali dalam dirinya, seumpama sudah memenangi satu larian pecut 100x meter. Dijelingnya pada kawan-kawan disekeliling. Masing-masing dengan mimik muka yang bermacam-macam nak menyalin nota itu. Haha. Ana(saya) siap dulu!
Tak lama lepas itu barulah kedengaran beberapa suara yang mejerit siap kerana telah berjaya menyalin nota yang banyak itu. Tetapi tidaklah sekuat suara Amiena, kerana mereka bukan yang pertama siap. Subjek Bahasa Melayu rasanya. Muallimah suka tulis panjang-panjang kat depan sampailah anak-anak muridnya mengadu kepenatan.
Bersemangat kan Amiena dan kawan-kawannya berlumba-lumba untuk siapkan kerja menyalin itu? Mereka itu masih 9 tahun. Dan Amiena juga pantang sangat kalau ada sesiapa yang mendahuluinya. Lagi-lagi seorang lelaki anak muallimah tu. Mereka suka sangat berlumba siapa siap dulu. Memang dahsyatlah kalau tengok semangat mereka. Mungkin pada sesuatu yang remeh, kan? Tapi mereka tetap bersemangat berkobar-kobar, bahkan berlumba-lumba lagi.
Amiena kini sudah belia. Namun, dia tidaklah bersemangat seperti dahulu di zaman kanak-kanaknya. Sentiasa beralasan dan susah untuk mencari semangat itu. Tak patut betullah. Itulah yang dipelikkannya. Mungkin persekitarannya tidak memangkin kepada "pensistezan"(perembesan) semangat dalam dirinya? Bahaya. Bahaya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beberapa isi yang best untuk diselongkar:
1- Dalam meniti arus perdana ini, manusia yang kecil sudah membesar. Apa salahnya semangat daripada dulu kita serap menjadi semangat di zaman dewasa ini kan? Mungkin susah, tapi cuba bayangkan balik apa-apa yang membuatkan kita jadi begitu bersemangat dulu-dulu. Semoga ia akan membakar semangat kita di dalam apa saja yang kita akan lakukan di masa-masa mendatang.
2- Zaman kanak-kanak memanglah zaman yang indah. Mereka bebas melakukan apa saja, sebab masih tidak dikira dosanya oleh Allah. Mungkin bagi sesetengah orang, kanak-kanak macam annoying. Tapi cuba amati apa yang mereka lakukan. Sebenarnya ada ibrah daripada itu. Orang dewasa yang berhadapan dengan kanak-kanak pun boleh tersentap. Sebagai contoh:
Aini bercakap-cakap dengan adiknya yang masih di usia kanak-kanak.
"Adik, akak gemuk tak?"
Adik: "Hmm..(ditenung kakak itu sambil dia terdiam seketika. Membuat muka seperti berfikir)"."Akak tak gemuk, tak kurus. Tapi akak sederhana. Tapi kena kuruskan sikit badan tu."
"Apa?Adik memang kata kakak gemuklah ni??'' Aini sudah mula melenting.
"Mana ade. Aaaaaaaaaaaaa..." Adiknya dikejar satu rumah.
Aini mungkin sedikit overweight, tapi cuba lihat bagaimana adiknya men"cover" kata-katanya supaya kakaknya tidak marah padanya. Si adik sudah tahu bagaimana untuk menjaga hati kakakknya supaya tidak membuatkan kakakknya marah kepadanya. Orang dewasa pun kadang-kadang sudah tidak pandai menjaga hati orang lain.
3- Berlumba-lumbalah untuk berbuat kebaikan. Takde guna juga kalau asyik berlumba-lumba, tapi untuk sesuatu keburukan dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri khasnya dan masyarakat umunya.
Berlumba-lumbalah untuk menderma, bukannya berlumba-lumba untuk mengumpul duit siapa yang paling menggunung.
Berlumba-lumbalah untuk ke majlis-majlis ilmu yang menambah ilmu, bukannya berlumba-lumba untuk ke konsert rock, konsert artis kesayangan yang menambahkan kelalaian.
Wassalam.
muslim number 1!
No comments:
Post a Comment