Tuesday, May 29, 2012

Sabarlah, jangan bersedih.

Kenapa saya diuji sebegini rupanya?


Kenapa ya Allah?

Kenapa orang lain takde pun kena ujian ni?

Why me?

Why?

T__T

I got confused.

I feel very sad. Very sad. Very down.

The sadness that I can't explain to anyone.

I decided to read the Qoran and suddenly I cried.

A very heavy cry. er. Like heavy rain.

I don't know to whom should I share this problem.

Suddenly I feel lonely.

And it was a very sweet moment.

 I was like talking to Allah, I told Him everything I want.

I asked everything I want.

I shared everything.

My loneliness.

My sadness.

My happiness.

My problems.

And how I feel very down at the moment.

Then I continue reading the Qoran again.

He said:

3:139 
       " Dan janganlah kamu lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu yang paling tinggi darjatnya kalau kamu beriman."

Woah! This ayah is very sweet!

Then I continue with another ayah:

3:142
       "Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang bersabar.

Woah!!>.<. Ayat lain yang benar-benar memujuk hati saya. T_T

Apakah saya sudah betul-betul berjihad di jalan ini? Berjihad hawa nafsu??? T_T

3:146-147
            "Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak lemah dengan bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah diri kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.

Dan tidak lain ucapan mereka (nabi dan pengikut bertakwa): "Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami (melampau) dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."

Seriusly, rasa sangat terjawab segala pergolakan dalaman. Segala masalah. Ya Allah. Sungguhlah, bila kita rasa macam keseorangan, kita kena selalu rasa Allah bersama kita.

Allah takkan biarkan kita sendirian, walaupun manusia akan tinggalkan kita.

^^
 benar sekali.
Sobs. Sobs.

Thank you Allah, Alhamdulillah. Semoga aku sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.


 

Forgive Me T_T

 I’m about to lose the battle and cross the line
 I’m about to make another mistake
 And even though I try to stay away
 Everything around me keeps dragging me in
 I can’t help thinking to myself
 What if my time would end today, today, today?
 Can I guarantee that I will get another chance
 Before it’s too late, too late, too late

 Forgive me… My heart is so full of regret
 Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..
Am I out of my mind?
 What did I do? Oh, I feel so bad!
 And every time I try to start all over again
 My shame comes back to haunt me
 I’m trying hard to walk away
 But temptation is surrounding me, surrounding me
 I wish that I could find the strength to change my life
 Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
 And that You’ve promised to
 Always be there when I call upon You
 So now I’m standing here
 Ashamed of all the mistakes I’ve committed
 Please don’t turn me away
 And hear my prayer when I ask You to

Muhasabah diri dengan syair

Manusia wajib bertaubat...

namun meninggalkan dosa itu lebih wajib baginya..


Sabar dalam menghadapi musibah itu sulit..

namun hilangnya pahala sabar itu lebih sulit lagi..


Perubahan zaman itu memang sesuatu yang aneh..

namun kelalaian manusia itu lebih aneh lagi..


Peristiwa yang akan datang terkadang terasa dekat..

namun kematian itu lebih dekat lagi..


Syair seorang penyair - GenQ edisi 9.

Monday, May 28, 2012

Today someone gave me Cadbury Black Forest.

Ooo. So sweet junior ni.^^.

Today also my roomate gave a goodie bag from her cousin's wedding.

Seriously so cute and simple.

Alhamdulillah.

I'm happy happy.

I wonder why anytime I'm craving for chocolate, someone will come and give me one.
It was like, the person can read my mind. heheh.

Ukhuwah is as sweet as chocolate, even sweeter than that!

Chocolate can make me happy,
and my mood will recover after eating chocolate. heh

Thank you Allah for all the gifts. :)

Saturday, May 26, 2012

Rancang


Saya sedang merangka sesuatu dalam fikiran.

Sesuatu yang dahsyat, lebih besar, lebih serius, lebih matang (mungkin).

Tapi untuk saya sorang jela..Tak mau heboh kat sini.

Itu je.

Kita cuma mampu merancang, tapi Allah menentukan segalanya.

^^"
Video Mak Cik Napisah

Baru tengok video ni.

Mak Cik Napisah, pernah saya kenali semasa semester pertama asasi dulu masa mukhayyam kat Negeri Sembilan. Mak cik ni bagi kata-kata, cerita tentang tarbiyah dan dakwahnya di UTM.

Beliau ceritakan betapa pentingnya dakwah dan tarbiyah tu buat kita sebagai seorang muslim. Dia juga cerita bagaimana cara dia berdakwah dalam kelasnya sebagai seorang pensyarah. Bagaimana dia menyentuh hati pelajar-pelajarnya, sentiasa memberikan tazkirah dalam lecturenya.

Mak cik yang kecil molek, tapi suaranya tegas. Saya sudah ingat-ingat lupa tentang itu masa tu.

Cuti midsem lepas kami dikejutkan dengan penyakit mak cik yang dah makin kronik. Kanser paru-paru. Mak cik dah terlantar di hospital sebab strok.

Saya dan akhawat pun berkonvoi ke Johor dan melawat mak cik di hospital. Melihat keadaan mak cik yang sangat lemah, saya rasa hiba sangat. Sama macam ummi masa terlantar di hospital dulu, di saat-saat terakhir hayatnya.

Sempat kusalam dan cium dahinya. Dan mententeramkan hati kak Amal, supaya Allah memberi jalan keluar yang terbaik buat mak cik.

10 hari kemudian saya mendapat tahu mak cik telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Akhirnya mak cik dapat berehat di alam sana untuk selamanya. Sama macam ummi. InsyaAllah!

Apa yang cukup terkesan buat saya, mak cik ni dan ummi, sama-sama seorang murobbiah, seorang guru, seorang ibu, yang sama-sama memperjuangkan islam dan berdakwah untuk menyampaikan islam kepada orang-orang di luar sana.

Ummi sentiasa sibuk dengan program-program awam, program islami, program tarbiah, program dakwah, usrah. Sentiasa sibuk sampaikan kadang-kadang takde masa untuk bersama anak-anak di hari minggu. Tapi bila ada masa terluang bersama anak-anak, pasti akan diisi dengan sebaiknya. Supaya dapat menggembirakan hati anak-anak. Masak yang terbaik buat anak-anak, disebabkan tak larat memasak di hari kerja.

Bab ibadah juga selalu dijaga. Tatkala anak-anaknya bangun lambat Subuh, dimarahnya berkali-kali, berhari-hari, tanpa serik walaupun di mulutnya ada kata "ummi dah penat la kejut korang pagi-pagi ni, tak boleh ke kunci jam bangun sendiri?", tapi saya pasti ummi tak penat pun kejutkan kami pagi-pagi. Sebab ummi takkan rela melihat kami bangun lewat, dan terlajak Subuh.

Yang comelnya, kami selalu marah-marah ummi lepas ummi kejut, sebab ummi biasa kejut pukul 6 pagi, tapi dia sebut "bangun,bangun, pukul 6.30 dah ni!!". Tapi bila tengok jam baru pukul 6, kami pun cakap, ala ummi tipu, baru pukul 6 kot. Awal lagi... Ummi pun balas :"kalau tak wat camtu alamat tak bangunla korang ni". hmm,haha.

Sekarang pun kat kolej saya gunakan teknik ni dengan roomate. Dia akan terus terjaga dan solat Subuh. Lepas tu dia tengok jam, aik, ko tipu aku ke Qah?? hehe. Manade, kadang-kadang kita kena kreatif nak gesa orang buat apa Allah suruh. Lagi-lagi Subuh ni singkat je masanya, kalau tak guna cara ni alamat Subuh gajahlah.

Kalau kami terleka pagi-pagi tengok tv cerita kartun, ummi akan tanya kami dah solat dhuha ke? Kami akan senyum-senyum, dan kadang-kadang beralasan. Ummi pun bagi nasihat, free-free muda-muda ni solatlah dhuha.

Lepas ummi meninggal, ada sorang mak cik cakap kat adik saya. Benda yang mak cik tak boleh lupa ialah ummi awak tak pernah tinggal solat dhuha. Mak cik pun ikut dan sampai sekarang mak cik akan solat dhuha tiap-tiap hari. Rindunya nak solat dhuha dengan ummi awak..

Itulah antara kenangan bersamanya. Ummi sangat, sangat, tegas dengan kami bila bab ibadah. Sampai rotan-rotan bila kamu mula culas. Masa kecil bencilah kan kena rotan bagai, sebab kita nampak benda tu macam suatu penderaan kepada kita.hohow

Tapi sebenarnya, dengan rotanan itu jugalah kita terdidik, supaya kita ingat sampai bila-bila. Bila tinggal solat, kita akan dihukum. Mungkin dah tak kena rotan di dunia, tapi akan ada hukuman yang menanti di sana. o_O

Wargh. Dan mereka yang telah pergi, mereka telah melaksanakan tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi, sebagai abid, dan tanggungjawab mereka telah selesai. Kita, saya, kamu yang masih hidup ni, kita masih ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Kalau tak buat nanti kena soal kat akhirat.

Fewh.

Berdoalah dari sekarang semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik; husnul khatimah.

Semoga mereka yang telah pergi ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Monday, May 21, 2012

Malaslah untuk malas




Baru dengar ucapan daripada Sheikh Jumaah Amin.
Beliau cakap jangan malas untuk belajar.
Sebab seorang daie tu kena sentiasa bertambah ilmunya.
Sebab nak berdakwah kena ada ilmu.
Dan jangan jadi pelajar terkebelakang.
Sebab bisa jadi fitnah.
Ouch.
InsyaALlah, saya harap saya dah kurang malas.

Bak kata kakak kandowng saye: Malaslah untuk malas.
wahah.

Doakan saya ya kawan-kawan sekalian.
Saya cuma perlukan suntikan semangat dan kerajinan je.
Dan juga kena jaga hubungan dengan Allah tu.
^^

Onegai

Kawan..

Onegai (please)!

Jangan ingatkan, jangan laporkan, jangan soal, jangan cakap, jangan mesej saya.
Kalau apa yang you nak cakap tu mengingatkanku tentang jahiliyahku.

Onegai!

Saya harap you dah tak ungkit-ungkit dah benda tu.
Sebab saya tak suka.
Saya dah tinggalkan jahiliyah itu.

Jadi, onegai!

Saya tak nak dengar, tak nak tengok, tak nak tahu pun pasal jahiliyah tu.
Jangan share2, jangan post2 pun.
Maafkan saya kalau tak layan, sebab saya tak suka.

Onegai!

Ingatkanlah kepada Allah, bukan kepada jahiliyah tu.
Kerana dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Tapi kalau ingat jahiliyah tu hati saya tak tenang, malah tak keruan.

Maafkan saya, tapi sememangnya saya dah cukup bermujahadah untuk meninggalkan jahiliyah itu.

Onegai, tomodachi. Ano jahiria wa daikirai!

Sunday, May 20, 2012

"boleh jadi apa yang kita suka tu tak baik untuk kita, dan apa yang kita tak suka tu baik untuk kita."

Banyak je perkara yang berlaku dalam hidup saya terasa camni.

huhuk.

Fuh.

Saya harap itulah yang terbaik.

Sebab tu kita tak boleh terlalu sayang kat manusia, sebab takut kita terlalu bergantung dengannya.

Bila berpisah mulalah sedih tak lalu makan, takde semangat nak hidup.

Tapi kalau kita bergantung sepenuhnya kat Allah, kita sayang Allah sangat-sangat

Tanpa manusia lain di sisi kita pun kita tak kisahkan.

Sebab kita tahu Allah sentiasa ada untuk kita, sebab kita yang perlukan Allah.

Bukan Allah yang perlukan kita.

Longkang.

Kenangan silamku.
Mungkin juga jahiliyahku.
Sila jangan muncul tiba-tiba kembali.
Ataupun muncul dengan sengaja.

Kita semua kena berubah dan mara ke hadapan.
Bukannya kembali ke belakang semula.
Masuk ke dalam lubuk jahiliyah tu balik.
Bila kita dah dapat cahaya tu, dalam keadaan kita tengah bergelap sebelum ni, kenapa perlu masuk dalam kegelapan tu balik.

Macam nila..
Kita baru terjatuh dalam longkang besar, busuk sangat, ada banyak sampah.
For sure busuk kan?
Pastu kita balik rumah, bersihkan badan semua.
Dah mandi bersih-bersih pakai Dettol, pakai penyembur wangi, deodorant, baju baru.
Baju tu siap bergosok 10 minit plus tudung bergosok.
Nak duk depan cermin pakai tudung tu molek-molek.
Kalau tak jadi repair balik.
Dah lengkaplah.
Tiba-tiba keluar rumah je, tiba-tiba kita terjatuh dalam longkang lagi.
Mungkin longkang yang sama, boleh jadi gak longkang yang lain plak.
Tapi masih longkang.
Yang busuk, kotor.

Lepas jatuh dalam longkang tu, mestila kita nak mandi balik kan.
Tukar baju, mandi balik.
Ke nak biar diri dalam kotor tu sampai esok, bulan depan, tahun depan?

yeww. err, tak geli ke?

Kita kena positif.
Sekali kita dah tekad nak tinggalkan semua tu,
 kita dan tekad tak nak kembali ke dalam tu balik kan.
Ingat mudah ke begitu?
Tak semudah tula.

Sebab tula kita kena sangat menjaga hubungan dengan Allah.
Sebab Allahlah yang mencipta kita, manusia.
Allahlah yang menciptakan ujian, betul?
Milik Allah jugalah hidayah dan taufik tu, betul?

Tak mau masuk longkang lagi.
Geli taw tak?

Something to ponder monder~ ^_^

Jari yang menaip ni kelak akan dipersoalkan di sana. Silalah buat apa awak tulis ya Atiqah!

Thursday, May 17, 2012

Toink

Dosa-dosa itu,
hanya bisa dipadamkan dengan taubat
dan banyakkan membuat kebaikan


Kini aku juga bisa kembali tersenyum
Terima kasih Allah atas kesakitan dan kepayahan itu
Dan ujian yang buat diriku tak keruan
Juga atas segala nikmat islam & iman
Nikmat tarbiyah & segalanya

Terima kasih kawan, sebab buat hati dan minda saya terketuk.
toink.

Tak mengapalah, semua itu tarbiyah daripada Allah.
Supaya kita sedar atas kesilapan kita.

Yosh!
Saya pun nak mulakan hidup baru.
Saya rasa nak tukar kulit baru macam udang.
Tapi saya bukan udang,
kerana saya adalah manusia.

Manusia diberi peluang untuk sentiasa memperbaharui imannya.
Setiap masa, bila-bila masa.
Cuma nak ke tak nak je nak tukar iman baru.

Woh~

Baiklah.
Semoga persalinan ini lebih baik daripada persalinan yang lepas-lepas.

Ima wa watashi no kimochi wa iiiiiiii yo~
(^___________^)

Henshin!


Tuesday, May 15, 2012

Never lose hope cause Allah is always by your side! ^^

Monday, May 14, 2012


........

Sharing pictures that will motivate me. :(

InsyaAllah :,)

So true. :')

Thursday, May 10, 2012


あの魚は寂しいよ。
でも、魚はとってもかわいいね。

スマイル、魚‐ちゃん!

Gosip

Mungkin kita sibuk gosip sana sini.

Kutuk orang tu macam tu macam ni.

Sampai kadang-kadang tak sedar kita ni jauh lebih teruk daripada itu.

Sebelum tengok orang lain, nak komen orang lain, nak ngate orang lain..

Baik kita tengok diri sendiri.

Yang serba kekurangan.

Sampai bila pun kita takkan dapat baiki orang lain kalau sekadar gosip.

Malah diri kita pun jadi makin teruk sebab gosip orang lain, dalam kata lain, mengumpat orang lain.

Dapat makin banyak dosa, orang tu dapat pahala.

Kadang-kadang kita tahu, tapi tak sedar.

Nauzubillah, Astaghfirullah.

Semoga kita semua dijauhkan dari sikap suka menggosip dan mengumpat orang lain.

Nak jaga kain orang lain, sampai lupakan kain sendiri?

Hmm. Unless ada niat nak perbetulkan orang tu. Fuh.

Mencabar ya hidup sekarang.

Kalau bukan kita yang ubah, siapa lagi?
The more you cry, the more you will be relieved.

I'm not perfect.

I'm glad that someone or sometwo told me the truth.

Thank you very muchy.

Tuesday, May 8, 2012

Blank


Blank in the air.

Nak penuh dengan ayat-ayat Allah je boleh tak?

kanashimi

Monday, May 7, 2012

私の気持ち

トラブルがある場合には方法はありません
ちょっと悲しみです。あのテストはちょっと難しい。
インシャーアッラー。明日のテストはがんばれ!!!!
ファイトーーオン!
アッラー、助けてください。