Video Mak Cik Napisah
Baru tengok video ni.
Mak Cik Napisah, pernah saya kenali semasa semester pertama asasi dulu masa mukhayyam kat Negeri Sembilan. Mak cik ni bagi kata-kata, cerita tentang tarbiyah dan dakwahnya di UTM.
Beliau ceritakan betapa pentingnya dakwah dan tarbiyah tu buat kita sebagai seorang muslim. Dia juga cerita bagaimana cara dia berdakwah dalam kelasnya sebagai seorang pensyarah. Bagaimana dia menyentuh hati pelajar-pelajarnya, sentiasa memberikan tazkirah dalam lecturenya.
Mak cik yang kecil molek, tapi suaranya tegas. Saya sudah ingat-ingat lupa tentang itu masa tu.
Cuti midsem lepas kami dikejutkan dengan penyakit mak cik yang dah makin kronik. Kanser paru-paru. Mak cik dah terlantar di hospital sebab strok.
Saya dan akhawat pun berkonvoi ke Johor dan melawat mak cik di hospital. Melihat keadaan mak cik yang sangat lemah, saya rasa hiba sangat. Sama macam ummi masa terlantar di hospital dulu, di saat-saat terakhir hayatnya.
Sempat kusalam dan cium dahinya. Dan mententeramkan hati kak Amal, supaya Allah memberi jalan keluar yang terbaik buat mak cik.
10 hari kemudian saya mendapat tahu mak cik telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Akhirnya mak cik dapat berehat di alam sana untuk selamanya. Sama macam ummi. InsyaAllah!
Apa yang cukup terkesan buat saya, mak cik ni dan ummi, sama-sama seorang murobbiah, seorang guru, seorang ibu, yang sama-sama memperjuangkan islam dan berdakwah untuk menyampaikan islam kepada orang-orang di luar sana.
Ummi sentiasa sibuk dengan program-program awam, program islami, program tarbiah, program dakwah, usrah. Sentiasa sibuk sampaikan kadang-kadang takde masa untuk bersama anak-anak di hari minggu. Tapi bila ada masa terluang bersama anak-anak, pasti akan diisi dengan sebaiknya. Supaya dapat menggembirakan hati anak-anak. Masak yang terbaik buat anak-anak, disebabkan tak larat memasak di hari kerja.
Bab ibadah juga selalu dijaga. Tatkala anak-anaknya bangun lambat Subuh, dimarahnya berkali-kali, berhari-hari, tanpa serik walaupun di mulutnya ada kata "ummi dah penat la kejut korang pagi-pagi ni, tak boleh ke kunci jam bangun sendiri?", tapi saya pasti ummi tak penat pun kejutkan kami pagi-pagi. Sebab ummi takkan rela melihat kami bangun lewat, dan terlajak Subuh.
Yang comelnya, kami selalu marah-marah ummi lepas ummi kejut, sebab ummi biasa kejut pukul 6 pagi, tapi dia sebut "bangun,bangun, pukul 6.30 dah ni!!". Tapi bila tengok jam baru pukul 6, kami pun cakap, ala ummi tipu, baru pukul 6 kot. Awal lagi... Ummi pun balas :"kalau tak wat camtu alamat tak bangunla korang ni". hmm,haha.
Sekarang pun kat kolej saya gunakan teknik ni dengan roomate. Dia akan terus terjaga dan solat Subuh. Lepas tu dia tengok jam, aik, ko tipu aku ke Qah?? hehe. Manade, kadang-kadang kita kena kreatif nak gesa orang buat apa Allah suruh. Lagi-lagi Subuh ni singkat je masanya, kalau tak guna cara ni alamat Subuh gajahlah.
Kalau kami terleka pagi-pagi tengok tv cerita kartun, ummi akan tanya kami dah solat dhuha ke? Kami akan senyum-senyum, dan kadang-kadang beralasan. Ummi pun bagi nasihat, free-free muda-muda ni solatlah dhuha.
Lepas ummi meninggal, ada sorang mak cik cakap kat adik saya. Benda yang mak cik tak boleh lupa ialah ummi awak tak pernah tinggal solat dhuha. Mak cik pun ikut dan sampai sekarang mak cik akan solat dhuha tiap-tiap hari. Rindunya nak solat dhuha dengan ummi awak..
Itulah antara kenangan bersamanya. Ummi sangat, sangat, tegas dengan kami bila bab ibadah. Sampai rotan-rotan bila kamu mula culas. Masa kecil bencilah kan kena rotan bagai, sebab kita nampak benda tu macam suatu penderaan kepada kita.hohow
Tapi sebenarnya, dengan rotanan itu jugalah kita terdidik, supaya kita ingat sampai bila-bila. Bila tinggal solat, kita akan dihukum. Mungkin dah tak kena rotan di dunia, tapi akan ada hukuman yang menanti di sana. o_O
Wargh. Dan mereka yang telah pergi, mereka telah melaksanakan tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi, sebagai abid, dan tanggungjawab mereka telah selesai. Kita, saya, kamu yang masih hidup ni, kita masih ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Kalau tak buat nanti kena soal kat akhirat.
Fewh.
Berdoalah dari sekarang semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik; husnul khatimah.
Semoga mereka yang telah pergi ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment