Thursday, August 29, 2013

Tarikan iman dan maksiat

Tak kesah sehebat mana pun kita..

Daie ke, hafiz ke, imam ke, ustaz ustazah ke, cikgu agama ke, naqib naqibah ke, dak usrah dak masjid ke, dak baik tak pernah ponteng sekolah ke, dak baik tak pernah buat jahat ke..

Kita pasti akan rasai 2 tarikan ini..

2 force yang sentiasa menarik kita..

Lagi-lagi bila iman lemah, memang tarikan ke arah maksiat tu terlebih kuat la.

Sampaikan macam-macam perasaan akan muncul. Macam-macam, yang mana bila terasa iman kuat, kita benci gila akan benda tu.

Tapi bila penggera maksiat (iman) pun dah lemah, tak terasa maksiat itu adalah maksiat.

Kata kak maziah, kalau kita tak tarik ke arah iman, kita seumpamanya memenangkan maksiat tu, or jahiliah itu. Lukisan yang dia lukis kat whiteboard itu hari pun masih bermain di minda ku sampai sekarang.

........

Refleksi, koreksi diri diperlukan untuk itu.

Tak perlu tuding jari kepada sesiapa. Cukuplah tengok diri sendiri.

Pergolakan hati terlalu cepat berlaku.

Di situlah pentingnya menjaga iman, jaga hati, jaga hubungan dengan manusia dan Allah.

Benda ni walaupun diulang beribu ribu kali, manusia ini tetap berpeluang untuk terlupa.

Kerana itu perlunya ada yang menasihati sesama mereka.


Wednesday, August 28, 2013

Don't

Tetiba terbaca satu buku kat almari buku...

Dont let other people change your mood or emotion.

Because we are who we are, don't ever let others emotions change yours.

Kalau kita berubah emosi kerana orang lain, kita tidak proaktif, tetapi reaktif.

Susah juga ya, tapi boleh cuba.

自分は信じて。

Saturday, August 24, 2013

Lari?

Yep.

Lari.

Aku suka lari masa sekolah dulu. Tak dapat top 3 cam adik beradik yang lain, tapi aku tetap dapat saguhati.

Haha.

Mungkin kerana aku tidak lari selaju beradik ku yang lain, aku sangat pandai larikan diri daripada ...... Masalah.

Ini sungguh bermasalah.

Hakikatnya takde sape pun suka masalah.

Sebab tu ada yang cari jalan mudah, dengan berlari daripada masalah.

Dengan harapan, masalah itu akan selesai dengan larian itu.

Namun, bila mana kembalinya ke tempat asal, masalah itu kembali semula.

Tak ke masalah tak selesai lagi?

Seriusly.

Aku kena belajar hadapi masalah sampai selesai. 

Bukan larikan diri lagi.

Sebab aku sudah dewasa, bukan kekanak.


Thursday, August 22, 2013

Saya tak tahu plak IM ada seorang patologi veterinar? Subhanallah. Saya rasa kagum. Dan satu perasaan baru menular ke dalam diri.

If he can, why can't I??

Saya rasa kagum. Kagum. 

Kadang-kadang saya terfikir sengsorang. Apa saya dapat sumbangkan pada Islam dengan ambil kos vet ni, or bila jadi Dr. nanti?

Sekadar merawat haiwan di klinik dari pagi sampai malam je ke?

Sungguh, kalau itu saja ia cukup membosankan. Lagi-lagi kalau kat ladang. Saya mudah bosan dengan rutin yang sama walaupun saya tabah.

Erk jujurnya.

Tapi memang tu luahan hati saya.

Sampai satu masa, I was like someone who losts her mission with what she has.

Bila saya tengok gambar ni, saya cam dapat sesuatu.

Hahahaha. Tak sesia usaha saya selama ni.

Someone had mention to me that I was too pesimist about everything.
I accept that, I did it because I wanna do something perfectly without any fail, eventhough I might have failed most of the time. Haha.

At least I've tried my best. That's good enough to satisfy myself.

Oh, about my mission. I wanna be a good veterinary student, and I wish to be like this man. Maybe I just need a role model, so that I can create my own ambition.

Semoga Allah memelihara mu saudara!




This guy, saya kagum sebab dia sangat tegas dan lantang mempertahankan negara Islam; Palestin & Mesir & Syria bila mana negara tu ada mengalami masalah or orang Islam sendiri ditindas dengan tidak adil.

Dia tak takut untuk bersuara, walaupun banyak kuasa besar lain yang ada. Sungguh, bagi ku pemimpin sepertinya lah yang perlu ada pada pemimpin Islam.

Jangan takut untuk membela saudara seislam ditindas, hanya kerana nak pertahankan harta, darjat, kedudukan. 

Ini bukan isu politik, ini isu ummat.

Semoga Allah memelihara mu juga saudara. Pasti banyak mata-mata di luar sana dengki dengan kelantangannya, membantah dan terang-terangan mengutuk mereka, tapi jangan risau. Allah bersamamu, tegakkanlah keadilan sampai ke hujung nyawa mu. Kebenaran hanya satu, kebatilan sangat banyak.


النور vs الظلمات 
الحق akan menang.


Wednesday, August 21, 2013

Kadang-kadang manusia akan ada habit buat benda yang sama.

Boleh jadi setiap hari, setiap bulan, setiap tahun.

Tapi kadang-kadang tu juga tak sedar, kebiasaan itu sebenarnya tak bagus pun.

Ada kalanya kena tukar sikit kebiasaan tu.

Kena keluar.

Kena cari habit baru yang lebih baik, bermanfaat dan disukai Allah.

Habit kita, kita memang suka buat. Tapi apa Allah suka habit kita tu?..

Friday, August 2, 2013