Thursday, August 29, 2013

Tarikan iman dan maksiat

Tak kesah sehebat mana pun kita..

Daie ke, hafiz ke, imam ke, ustaz ustazah ke, cikgu agama ke, naqib naqibah ke, dak usrah dak masjid ke, dak baik tak pernah ponteng sekolah ke, dak baik tak pernah buat jahat ke..

Kita pasti akan rasai 2 tarikan ini..

2 force yang sentiasa menarik kita..

Lagi-lagi bila iman lemah, memang tarikan ke arah maksiat tu terlebih kuat la.

Sampaikan macam-macam perasaan akan muncul. Macam-macam, yang mana bila terasa iman kuat, kita benci gila akan benda tu.

Tapi bila penggera maksiat (iman) pun dah lemah, tak terasa maksiat itu adalah maksiat.

Kata kak maziah, kalau kita tak tarik ke arah iman, kita seumpamanya memenangkan maksiat tu, or jahiliah itu. Lukisan yang dia lukis kat whiteboard itu hari pun masih bermain di minda ku sampai sekarang.

........

Refleksi, koreksi diri diperlukan untuk itu.

Tak perlu tuding jari kepada sesiapa. Cukuplah tengok diri sendiri.

Pergolakan hati terlalu cepat berlaku.

Di situlah pentingnya menjaga iman, jaga hati, jaga hubungan dengan manusia dan Allah.

Benda ni walaupun diulang beribu ribu kali, manusia ini tetap berpeluang untuk terlupa.

Kerana itu perlunya ada yang menasihati sesama mereka.


No comments: