Lari.
Aku suka lari masa sekolah dulu. Tak dapat top 3 cam adik beradik yang lain, tapi aku tetap dapat saguhati.
Haha.
Mungkin kerana aku tidak lari selaju beradik ku yang lain, aku sangat pandai larikan diri daripada ...... Masalah.
Ini sungguh bermasalah.
Hakikatnya takde sape pun suka masalah.
Sebab tu ada yang cari jalan mudah, dengan berlari daripada masalah.
Dengan harapan, masalah itu akan selesai dengan larian itu.
Namun, bila mana kembalinya ke tempat asal, masalah itu kembali semula.
Tak ke masalah tak selesai lagi?
Seriusly.
Aku kena belajar hadapi masalah sampai selesai.
Bukan larikan diri lagi.
Sebab aku sudah dewasa, bukan kekanak.
No comments:
Post a Comment