Saturday, October 16, 2010
Friday, October 15, 2010
Kuching baharu
Wednesday, October 13, 2010
OKTOBER & SYAWAL
Bismillahirrahmanirrahim.
Terasa sayu mengenangkan pemergian 2 insan dalam keluargaku pada Oktober@Syawal tahun ini dan tahun lepas.
1 OKTOBER 2009@ 12 SYAWAL: Ummiku Hasmah Osman telah pergi meninggalkan kami buat selamanya kerana menghidap "breast cancer". Walaupun sudah setahun pemergiannya, namun masih terasa kehilangannya. Ummilah yang selalu menyuntikkan motivasi untukku. Beliaulah juga yang sentiasa cuba memahami diriku dan tahu setiap tabiatku. Cukuplah segala kenangan bersamanya menjadi pengubat rinduku kini.

5 OKTOBER 2010 @2x SYAWAL: Mak Longku Fatimah Mohamad, kakak abahku kembali ke rahmatullah akibat "lymphoma cancer". Saya masih ingat di masa kecilku, mak long selalu menciumku,memeluk dan bergurau senda denganku. Dan apabila ku sudah membesar, masih kuingati mak longku menangis kerana saya tidak bersalam dengannya bila dia datang ke rumahku. Dan semoga segala kenangan itulah yang akan mengingatkanku pada mak long di saat kumerinduinya.

Kematian, sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Ia pasti akan menjemput sesiapa saja. Orang yang kita sayang, orang yang kita benci, orang yang kita kenali dan orang yang tidak kita kenali. Itulah qada' dan qadar Allah, Atiqah. Bersabarlah. Saya cuma mungkin rasa agak terkilan, kerana pemergian Ummi dan Mak Long pada bulan Oktober, pada bulan kelahiranku dan masing-masing menghidap penyakit yang sama, "CANCER".
Ahh, tak perlu difikirkan sejauh itu. Tidak perlu. Tidak perlu. Hamba yang bersyukur, sentiasa redha dengan takdir dan ketentuan Allah, bukan? May Allah bless both of you, UMMI dan MAK LONG.

Reblogging.
Bismillahirrahmanirrahim.
Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk membuat balik blog.Kenapa ya?Seronok melihat orang berkongsi-kongsi pengalaman, ilmu dan pengajaran. Dan terasa sudah lama tidak menggunakan bahasa melayu dalam penulisan dan terasa mahu berkongsi-kongsi. Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan blog baru saya ini, dengan nama baru dan imej baru insyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)