Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Sungguhlah, nak berubah ke arah kebaikan itu tidak semudah yang disangka.

Saya seorang yang fanatik dengan Jepun. Setiap kali saya terdengar lagu jepun, tengok drama Jepun, tengok orang Jepun dan nampak produk-produk dalam tulisan jepun dan ada cap "Made in Japan", saya akan begitu teruja. Sungguh teruja yang amat.

Saya suka gila dengar lagu Jepun dan tengok drama Jepun dan anime. Tak tahu kenapa, kerana pertama kali berkenalan dengan drama Jepun, saya sudah mula jatuh cinta dengannya.

Mulalah saya mendengar lagu-lagu Jepun, mengutip lagu-lagu best dan terkini. Menghafal dan cuba feeling dengannya. Kalau tak puas, saya akan tengok video klip, ada penyanyi lagi feel. Fuh.

Saya juga mengutip drama-drama Jepun daripada kawan-kawan yang turut sama meminati drama-drama ini. Senang je kan zaman sekarang? Dah ada pendrive, boleh main sedut je transfer ke komputer. Fuh.

Saya siap boleh faham cakap Jepun dan boleh tulis dan cakap sikit-sikit. Perghh, fanatik amat ni.

Dan yang pastinya saya mendengar dan menonton semua ini tanpa pengetahuan sesiapa kecuali adik-adik. Sebab saya tahu ummi, abah , along dan angah saya pasti akan marah saya. Tapi, saya dah suka gila kot benda-benda ni. So, why should I leave it? It's my own preference!

Bermulalah episod hipokrit saya, menyorokkan lagu-lagu dan drama di dalam folder tersorok. Nice. Saya perasan abang dan kakak saya suka selongkar laptop saya, tapi saya buat-buat cool je macam tiada salah apa. Haha. Ops, sorry bro and sis.

Ada je kakak saya kata :" Kita ni nak buat baik, tapi bila campur dengan benda-benda tak elok ni tak jadilah campurannya. Tinggal-tinggalkanlah mende jepung tu."

Tapi saya anggap ia sebagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya tersedar dan buang semua lagu yang ada, kecuali lagu yang saya paling suka. Tapi saya sedar hanya buat sementara. Akhirnya saya mengutip kembali pasir-pasir jahiliyyah yang dibuang, malah lebih banyak.

Lama saya terleka dengan itu. Apa yang best sangat ek? Hmm, mungkin sebab saya akan terleka dan tenggelam dengan lagu-lagu tu. Bila sedih layan je. Pastu, minat kat sorang artis laki ni. Handsome kah? Arghh, cukup. Lupakan, lupakan.

Begitulah kisahnya. Selalu akan ada konflik. Berlaku tolak, tarik. Bila saya nak berubah dan buang semua tu, akan rasa balik nak tengok or dengar balik. Arghh..

Dan akhirnya, bila ku perlu menjadi seorang penggerak. Saya rasa macam tidak eloklah saya nak memberikan kebaikan kepada orang, tapi kita sendiri kotor. Kita seperti sekotak susu putih. Nak tuang ke dalam cawan-cawan yang kosong dan menadah menerima ilmu dari kita. Tapi kalau susu tu dah ditumpahi dakwat hitam beberapa titik pun, akan berubah warna kan? Nanti susu dalam cawan pun akan sama-sama hitam. Yaww.

Akhirnya, saya membuat keputusan yang bulat untuk meninggalkan JEPUN. Membuang lagu-lagu dan drama-drama. Kesemuanya. Terasa berat weh, sebab benda tu dah sebati kot sejak lepas SPM. Dah jadi mother language plak. Sesiapa yang pernah nak berubah, perasaan ni mesti ada rasa kan?

Hmm. Memandangkan saya bertudung labuh, saya tak pernah pun terfikir saya perlu melakukan apa-apa perubahan pada diri. Dah rasa cukuplah kan, tak payah nak berubah. Tapi, benda dalam pula Allah nak uji. Berat, berat terasa untuk meninggalkannya. Manakan tidak, bangun tidur dengar lagu jepun, nak tidur dengar lagu jepun. Saat sedih, gembira, lagu-lagu itu jugalah yang menemaniku.

Tapi, bak kata ustaz Salam dalam daurahnya (tak ingat siri berapa) yang diambil dari kakakku, [lebih kurang camnila] :"kalau kita nak buang karat-karat dosa tu, kena buang terus. jangan bagi ada sikit pun kesan dia. kalau buang kat laptop tu, kasi buang terus, jangan simpan dalam recycle bin je.jangan rasa sayang untuk membuang kejahilan itu. buanglah ia, buang. dan jangan niat pun untuk kembali ke lembah kejahilan itu kembali."

Ok. Selamat tinggal JEPUN, sayounara NIHON. Tapi ilmu bahasa Jepun tu saya simpan lagi la sampai sekarang. Mungkin ada gunanya kelak, supaya tidak mudah ditipu mungkin?

Hmm. Itu jela kot. Susah juga nak menulisnya, sebab bila saya tulis saya kena buat. Tak buat nanti Allah akan soal kembali di sana kelak. Fuh.


Beginilah rupanya bila seseorang
jatuh cinta yek?


Nak berubah itu tak semudah yang disangka,
kena ada mujahadah yang tinggi dan keazaman yang kuat, kan?

Membuang karat-karat jahiliyyah!!!!!>.<

Wassalam.

Wednesday, March 16, 2011

Melukis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Melukis. Anda minat melukis? Atau mungkinkah anda berminat pada lukisan?

Saya sukakan lukisan, melukis pun suka. Dari kecil saya suka menconteng buku-buku kosong. Penuhlah dengan macam-macam rupa lukisan. Asal ada kertas dan pensil, pasti saya nak melukis. Masa paling rajin untuk melukis bagi saya adalah masa guru mengajar dalam kelas kalau masa sekolah dulu. Kalau kat universiti ni kalau lecturer duk mengajar lama, rasa nak hilang ngantuk tu pensel dan pen menconteng kiri kanan nota. OoO.

Mana datang minat ni pun tak tahu. Secara semulajadi mungkin. Atuk saya seorang arkitek. Pak cik-pak cik saya ada beberapa orang arkitek. Mak saya pun dulu nak jadi arkitek. Tapi tak berkesampaian, jadilah guru matematik. Sejak saya tahu itu jugalah saya bercita-cita nak jadi arkitek bila dah besar nanti. Tak percaya tanya kawan-kawan sekolah. Dulu siap kena lukis apa yang anda mahu jadi bila besar nanti. Seorang arkitek muslimah. :D

Masa saya kecil juga, mak saya suka lukiskan saya beberapa lukisan bila saya pinta. Saya suka suruh dia lukis sketch wajah saya, dan dia pandai melukis! Sejak itu juga saya jadi mahu menjadi sepertinya, saya nak pandai melukis!

Tapi, saya suka lukis gambar orang, orang yang tak tutup aurat. Suka lukis gambar perempuan yang tak pakai tudung. Pakai skirt. Pakai blouse, yang macam dalam manga tu. Semuanya gara-gara pengaruh manga-manga jepun yang saya gila-gilakan. Tapi, cantik kot lukisan-lukisan manga! Lelaki dia nampak kacak gila, perempuan dia nampak cantik gila. Macam suci tak pernah buat dosa pun! Walaupun jalan ceritanya pasal perjalanan "maksiat" mereka.


"Tapi, sweet kot cerita diaorang! Bukan kita buat pun benda tu, just baca je."


"Cantik kot lukisan dia! Biarlah seksi pun, bukan kita nak pakai camtu pun."


"Argh, comel gila!"



Antara alasan-alasan yang kuberikan bila nak baca atau beli komik-komik cinta ni. Nak belajar teknik melukis lah. Tapi lukis punya lukis, apa faedahnya? Untuk apa lukis gambo dok molek?

Kueng-kueng-kueng.

Tiba-tiba rasa menyesal sebab pernah beli komik-komik ni. Membazir. Takde faedah langsung. Cerita lebih kurang sama je. Orang nerd jatuh cintalah, lelaki pendek ngan perempuan tinggi jatuh hati, lelaki minat perempuan yang menakutkan. Haish, macam-macam jenis cerita cinta rupanya saya dah baca. Lama-lama dah bosan.

Sekarang, saya berkira-kira untuk terus melukis, namun bukan lagi lukisan mengarut, yang ada dalam simpanan saya. Ada kawan-kawan suruh buat islamik manga, boleh tu boleh, insyaAllah, tapi memerlukan idea-idea dan fokus. Ceh. InsyaAllah boleh diusahakan. Mahu juga menggunakan minat yang ada ini ke jalan yang lebih baik, lebih berfaedah, dan lebih bermanfaat.



*Tolong support eh. :)
Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Novelis

Bismillahirrahmanirrahim.

Post kali ini saya sekadar mahu berkongsi tentang novelis-novelis serta karya-karya mereka yang saya gemari. Saya sukakan penulisan yang sempoi dan plot penceritaan yang pelbagai; suspen, happening, islamik, dan sebagainya. Tak pandai nak kupas teknik-teknik ni. Yang penting inti novel tu tak melalok, adegan yang pelik-pelik dengan penggunaan bahasa yang tidak disenangi.

Novelis yang saya minati :

1 Ramlee Awang Murshid
  • Semua buku

2Hlovate
  • Semua buku

3Habiburrahman El-Shirazy
  • Semua buku

4 Noor Suraya
  • Jaja & Din [ Novel yang agak bengong-bengong. Menceritakan Jaja seorang yang free hair, tidak mahu jatuh cinta akhirnya terjatuh hati pada seorang ustaz. Proses mengejar ustaz Din oleh Jaja untuk dijadikan teman hidupnya, merupakan episod-episod yang lawak. Novel ini masih berpaksikan syariat, tak meleret-leret. Best!]
Tak bayak pun. Masih dalam usaha membaca buku-buku dengan banyak. Jom, kita membaca!

Sekian, wassalam.

Sunday, November 21, 2010

Mari melihat ciptaan Allah!


Mari kawan-kawan kita melihat ciptaan Allah ini
Comel
Aktif
Ligat
Liat..err..
Saya sungguh rindukan mereka
Kenapa saya suka kucing?
Sebab kucing senang nak dijaga
Senang nak faham dan baca fikiran dia
Anjing lagi senang, tapi..
Ngak bisa dibela dong melainkan beberapa asbab
Saya juga suka peluk dan cium kucing
Kalau sudah lama tidak ketemu
Rasa nak jumpa sangat
Sudah seperti menjadi ahli keluargaku saja
InsyaAllah..
Haiwan-haiwan bukankah kerja mereka berzikir kepada Allah?
Semoga dengan kehadiran mereka dapat menghidupkan lagi suasana di rumah

Ini anak-anak kucing yang telah dilahirkan pada 15 Oktober lepas.
Baru belajar meloncat-loncat.
Sudah pandai membuang air di "litter box"
Sudah bisa makan makanan kucing
Ya, di sini saya mahu syorkan kepada empunya-empunya kucing
Brand makanan Friskies dan Smart Heart tidak elok diberikan kepada kucing
Kerana boleh mengakibatkan kompilasi buah pinggang pada kucing
Jenama yang disyorkan ialah Whiskas
Pastikan kucing anda diberikan makanan yang diyakini selamat dan berkhasiat
Mereka juga hidupan
Mampu jatuh sakit sepertimana jua manusia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mereka suka berkumpul macam ni

Dah pandai posing.

Ni sudah pandai lepak atas makanan mak dia.

^^

Sungguh comel! Ini "Nyet".

^^.Comel korang posing.

Tak gaduh tak sah mereka ni.


Credit to Jiji@NNK for the photos.

Wednesday, October 13, 2010

Reblogging.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk membuat balik blog.Kenapa ya?Seronok melihat orang berkongsi-kongsi pengalaman, ilmu dan pengajaran. Dan terasa sudah lama tidak menggunakan bahasa melayu dalam penulisan dan terasa mahu berkongsi-kongsi. Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan blog baru saya ini, dengan nama baru dan imej baru insyaAllah.