Thursday, November 3, 2011

Sungguhlah, nak berubah ke arah kebaikan itu tidak semudah yang disangka.

Saya seorang yang fanatik dengan Jepun. Setiap kali saya terdengar lagu jepun, tengok drama Jepun, tengok orang Jepun dan nampak produk-produk dalam tulisan jepun dan ada cap "Made in Japan", saya akan begitu teruja. Sungguh teruja yang amat.

Saya suka gila dengar lagu Jepun dan tengok drama Jepun dan anime. Tak tahu kenapa, kerana pertama kali berkenalan dengan drama Jepun, saya sudah mula jatuh cinta dengannya.

Mulalah saya mendengar lagu-lagu Jepun, mengutip lagu-lagu best dan terkini. Menghafal dan cuba feeling dengannya. Kalau tak puas, saya akan tengok video klip, ada penyanyi lagi feel. Fuh.

Saya juga mengutip drama-drama Jepun daripada kawan-kawan yang turut sama meminati drama-drama ini. Senang je kan zaman sekarang? Dah ada pendrive, boleh main sedut je transfer ke komputer. Fuh.

Saya siap boleh faham cakap Jepun dan boleh tulis dan cakap sikit-sikit. Perghh, fanatik amat ni.

Dan yang pastinya saya mendengar dan menonton semua ini tanpa pengetahuan sesiapa kecuali adik-adik. Sebab saya tahu ummi, abah , along dan angah saya pasti akan marah saya. Tapi, saya dah suka gila kot benda-benda ni. So, why should I leave it? It's my own preference!

Bermulalah episod hipokrit saya, menyorokkan lagu-lagu dan drama di dalam folder tersorok. Nice. Saya perasan abang dan kakak saya suka selongkar laptop saya, tapi saya buat-buat cool je macam tiada salah apa. Haha. Ops, sorry bro and sis.

Ada je kakak saya kata :" Kita ni nak buat baik, tapi bila campur dengan benda-benda tak elok ni tak jadilah campurannya. Tinggal-tinggalkanlah mende jepung tu."

Tapi saya anggap ia sebagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya tersedar dan buang semua lagu yang ada, kecuali lagu yang saya paling suka. Tapi saya sedar hanya buat sementara. Akhirnya saya mengutip kembali pasir-pasir jahiliyyah yang dibuang, malah lebih banyak.

Lama saya terleka dengan itu. Apa yang best sangat ek? Hmm, mungkin sebab saya akan terleka dan tenggelam dengan lagu-lagu tu. Bila sedih layan je. Pastu, minat kat sorang artis laki ni. Handsome kah? Arghh, cukup. Lupakan, lupakan.

Begitulah kisahnya. Selalu akan ada konflik. Berlaku tolak, tarik. Bila saya nak berubah dan buang semua tu, akan rasa balik nak tengok or dengar balik. Arghh..

Dan akhirnya, bila ku perlu menjadi seorang penggerak. Saya rasa macam tidak eloklah saya nak memberikan kebaikan kepada orang, tapi kita sendiri kotor. Kita seperti sekotak susu putih. Nak tuang ke dalam cawan-cawan yang kosong dan menadah menerima ilmu dari kita. Tapi kalau susu tu dah ditumpahi dakwat hitam beberapa titik pun, akan berubah warna kan? Nanti susu dalam cawan pun akan sama-sama hitam. Yaww.

Akhirnya, saya membuat keputusan yang bulat untuk meninggalkan JEPUN. Membuang lagu-lagu dan drama-drama. Kesemuanya. Terasa berat weh, sebab benda tu dah sebati kot sejak lepas SPM. Dah jadi mother language plak. Sesiapa yang pernah nak berubah, perasaan ni mesti ada rasa kan?

Hmm. Memandangkan saya bertudung labuh, saya tak pernah pun terfikir saya perlu melakukan apa-apa perubahan pada diri. Dah rasa cukuplah kan, tak payah nak berubah. Tapi, benda dalam pula Allah nak uji. Berat, berat terasa untuk meninggalkannya. Manakan tidak, bangun tidur dengar lagu jepun, nak tidur dengar lagu jepun. Saat sedih, gembira, lagu-lagu itu jugalah yang menemaniku.

Tapi, bak kata ustaz Salam dalam daurahnya (tak ingat siri berapa) yang diambil dari kakakku, [lebih kurang camnila] :"kalau kita nak buang karat-karat dosa tu, kena buang terus. jangan bagi ada sikit pun kesan dia. kalau buang kat laptop tu, kasi buang terus, jangan simpan dalam recycle bin je.jangan rasa sayang untuk membuang kejahilan itu. buanglah ia, buang. dan jangan niat pun untuk kembali ke lembah kejahilan itu kembali."

Ok. Selamat tinggal JEPUN, sayounara NIHON. Tapi ilmu bahasa Jepun tu saya simpan lagi la sampai sekarang. Mungkin ada gunanya kelak, supaya tidak mudah ditipu mungkin?

Hmm. Itu jela kot. Susah juga nak menulisnya, sebab bila saya tulis saya kena buat. Tak buat nanti Allah akan soal kembali di sana kelak. Fuh.


Beginilah rupanya bila seseorang
jatuh cinta yek?


Nak berubah itu tak semudah yang disangka,
kena ada mujahadah yang tinggi dan keazaman yang kuat, kan?

Membuang karat-karat jahiliyyah!!!!!>.<

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Teruskan niat murni ukhti! Jangan pernah mengalah. InsyaAllah, Dia akan mengganjari dengan kemanisan iman. InsyaAllah, Dia akan menemukan ukhti dengan manis tak terperi dalam jalan kebaikan.

AK said...

InsyaAllah, jazakillah atas kata-kata semangat itu! :)