Sunday, November 20, 2011

Penat.

Bismillahirrahmanirrahim.



Wah. Penatnya.

Penat.

Penat. Wah.

Penat, siapa yang tak pernah rasa penat kan? Semua orang pasti akan merasakan perasaan penat. Begitu juga mati. Eh, dah lari tajuk pula.

Semua orang pasti rasa penat. Tapi, punca kepenatan itu pasti berbeza-beza kan?

Kadang-kadang..... Orang penat sebab banyak bergerak ke sana sini, banyak siapkan assignment, penat berlari-lari, penat memandu jauh, penat berfikir jawapan kepada soalan yang amat susah, penat fikirkan apa nak buat, penat makan, penat tidur, penat marathon movie, penat bercakap, penat menyampaikan, penat mengajar, penat sebab lama mendengar, penat sebab kelas dari awal pagi sampai malam. Macam-macam sebabnya, yalah, manusia pun berbagai-bagai jenis Allah ciptakan bukan?

Bila penat, mesti orang nak rehat. Bila rasa penat sikit pun, mesti fikir nak REHAT! Wah, wah.

Saya pun bila rasa penat fikir nak rehat. Normallah itu sebagai manusia yang Allah ciptakan. Kalau tak rasa penat tu memang melampaulah. Itulah sebabnya Allah ciptakan malam untuk rehat.

Tapi kadang-kadang bila penat sangat, dan banyak lagi kerja yang belum settle, nak berehat pun tak terasa nikmatnya kan? Huu.

Tapi nak rehat tu pun jangan berlebihan. Rehatlah sekadar untuk menghilangkan penat itu.

Dan, kalau kita berpenat untuk sesuatu yang berfaedah dan membuahkan hasil, dengan lebih mendalamnya ialah apa yang kita buat itu ada sahamnya untuk kita masuk syurga, insyaAllah semoga ianya sesuatu yang tinggi nilainya di sisi Allah.

Tapi tak best la pulak kalau kita penat-penat sekadar sebab tengok movie sepanjang malam, penat borak kosong, tak best kan? Dan tak rasa ianya bernilai pun di sisi Allah. Macam sia-sia je.

Fuh,fuh. Buat sesiapa yang rasa sedang penat sekarang. Mari kita muhasabahkan diri, kenapa kita boleh rasa penat tu? Adakah apa yang kita buat tu kerana Allah atau tak?

Yosh! Ayuh berimpikan syurga Allah. Buat apa Allah suruh, dan tinggalkan apa yang dilarangnya. :)

Wassalam.

No comments: