Yang dah pergi, yang bakal pergi..biarkanlah mereka pergi..
Mungkin pemergian mereka itu sudah menandakan yang kita sudah bersedia..
Bersedia untuk berdikari, berdiri di atas kaki sendiri..
Mungkin jika mereka masih ada, kita akan berlemah-lemahan, bermalas-malasan..
Kita mengurangkan usaha, mengurangkan pengorbanan tenaga, masa dan tenaga..
Kita akan masih berada dalam zon selesa..
Jangan ditangisi pemergian mereka..
Yang penting kita yang masih berada di sini, teruskanlah perjuangan..
Mereka yang telah dan akan pergi, mungkin sudah menyelesaikan tanggungjawab mereka di sini..
Sekarang giliran kita pula..
+ menggapai syurga Allah itu tak semudah yang disangka. apakah usaha yang telah dilakukan? +
Wassalam.
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Andai takut, buat sajalah.
Kata-kata ini dicakap oleh PA saya, sebagai satu kata-kata motivasi saya kira. PA saya sangatlah sibuk, dan kami perlu berjumpa dengannya 2 kali setiap sem untuk mendapatkan tandatangannya. Okla, bukan itu point nya."If you afraid of something, just do it."
Mari kita pergi ke point sebenar.
Kalau kita takut nak buat sesuatu, kita buat je. Sebab bila kita buat apa yang kita takut, kita cabar diri kita untuk melawan ketakutan itu dan insyaAllah suatu masa kelak kita akan hilang rasa ketakutan itu.
Bagi saya, saya takut dengan orang yang lebih tua (senior) dan takut untuk bercakap di depan mahupun dengan orang yang tidak dikenali.
Tapi, kat sini, saya kena berhadapan dengan semua itu. Dengan senior2, dengan pembentangan dan kena bercakap dengan orang. Kena menyampaikan.
Takut, grr. Kalau takut, hati ni mesti je berbolak-balik dan dentuman jantung yang amat dahsyatnya. Dush, dush.
Tapi kan, bila fikir-fikir balik bila dari awal masuk sini saya asyik memaksa diri saya untuk membuat apa yang saya takut itu, akhirnya saya tak rasa mana takutnya. Cuma debar tu adalah, tak dapat nak dinafikan. Jantung ini masih lagi speerti dulu, suka sangat goyang laju-laju bila berdebar. Heh.
Apa ya, saya cuma nak sarankanlah kalian yang membaca ini. Kalau kalian berminat untuk mengatasi ketakutan yang kalian rasa ianya sangatlah menakutkan, cubalah buat selalu. Nanti tak debar-debar dah kot, insyaAllah :)
Wassalam.
Sunday, November 20, 2011
Penat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Wah. Penatnya.
Penat.
Penat. Wah.
Penat, siapa yang tak pernah rasa penat kan? Semua orang pasti akan merasakan perasaan penat. Begitu juga mati. Eh, dah lari tajuk pula.
Semua orang pasti rasa penat. Tapi, punca kepenatan itu pasti berbeza-beza kan?
Kadang-kadang..... Orang penat sebab banyak bergerak ke sana sini, banyak siapkan assignment, penat berlari-lari, penat memandu jauh, penat berfikir jawapan kepada soalan yang amat susah, penat fikirkan apa nak buat, penat makan, penat tidur, penat marathon movie, penat bercakap, penat menyampaikan, penat mengajar, penat sebab lama mendengar, penat sebab kelas dari awal pagi sampai malam. Macam-macam sebabnya, yalah, manusia pun berbagai-bagai jenis Allah ciptakan bukan?
Bila penat, mesti orang nak rehat. Bila rasa penat sikit pun, mesti fikir nak REHAT! Wah, wah.
Saya pun bila rasa penat fikir nak rehat. Normallah itu sebagai manusia yang Allah ciptakan. Kalau tak rasa penat tu memang melampaulah. Itulah sebabnya Allah ciptakan malam untuk rehat.
Tapi kadang-kadang bila penat sangat, dan banyak lagi kerja yang belum settle, nak berehat pun tak terasa nikmatnya kan? Huu.
Tapi nak rehat tu pun jangan berlebihan. Rehatlah sekadar untuk menghilangkan penat itu.
Dan, kalau kita berpenat untuk sesuatu yang berfaedah dan membuahkan hasil, dengan lebih mendalamnya ialah apa yang kita buat itu ada sahamnya untuk kita masuk syurga, insyaAllah semoga ianya sesuatu yang tinggi nilainya di sisi Allah.
Tapi tak best la pulak kalau kita penat-penat sekadar sebab tengok movie sepanjang malam, penat borak kosong, tak best kan? Dan tak rasa ianya bernilai pun di sisi Allah. Macam sia-sia je.
Fuh,fuh. Buat sesiapa yang rasa sedang penat sekarang. Mari kita muhasabahkan diri, kenapa kita boleh rasa penat tu? Adakah apa yang kita buat tu kerana Allah atau tak?
Yosh! Ayuh berimpikan syurga Allah. Buat apa Allah suruh, dan tinggalkan apa yang dilarangnya. :)

Wednesday, November 16, 2011
Megane.
Satu nikmat pancainderaku sudah mula menunjukkan aksi tidak menarik.
Saya sudah mula pening yang panjang.
Saya rasa bila saya memandu malam-malam, cahaya sangat mengganggu penglihatan saya.
Dan saya pun cubalah membuat pemeriksaan mata.
Ternyata saya rabun silau.
Hoo.
Dan saya mungkin bakal memakai cermin mata. Yaw. Bukan mungkin, tapi memang pun. Dah order pun.
Takpela. Untuk kemaslihatan mata juga. Kang makin rosak lagi teruk.
Secara genetik pun memang mak dan ayah saya pakai cermin mata di usia-usia saya ni la juga kerana silau.
Yosh! Memakai cermin mata adalah salah satu impian saya semasa kecil, tapi err.. Sedih kot mata dah tak sihat sangat. Nikmat dah ditarik sikit-sikit. Apapun, semoga ini yang terbaik.
p/s: megane=cermin mata...kenapa saya order cermin mata berbingkai??? (o-o)''

Tuesday, November 15, 2011
Memotivasikan diri.
Semester semakin hampir ke penghujungnya. Lagi beberapa minggu je lagi akan habis semester ini.
Makin lama, makin banyak kerja.
Assignment yang bertangguh (eh, ada ke?haha), ujian-ujian, kerja-kerja yang diamanahkan dari Allah.
Tapi semester ini saya kurang sikit merasakan ketegangan dan kestressan, walaupun peratusnya ada, namun tidak banyak.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Andai ada ujian ke arah itu, permudahkanlah diri ini. Jangan bagi ku cepat sangat menyerah kalah. Jadikan diri ini lebih gagah dan perkasa :)
Setiap ujian tu pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Sebab nak bagi diri ini lebih perkasalah kan?yaw
Yosh! Kalau kita bantu agama Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita balik. Jangan risau, ok?
Kembalilah semangatku, kembalilah (ni bukan nak menyembah semangat apa-apa ya).
Wassalam.
Monday, November 14, 2011
Rindu sama dia.
"Ummi, Iqah ada test Biologi malam ni. Doakan ya >.<"
"Ummi, malam ni ada test paper Fizik yang Iqah paling takut. Mohon doanya ya >.<. Takutnya"
Balasan ummi,
"InsyaAllah Iqah boleh buat punya, doa banyak-banyak, jawab betul-betul. Ummi doakan."
Tula yang berlaku bila tiba musim test zaman asasi dulu. Saya cepat kalut bila tiba test, tapi saya selalu cuba cover. Dan saya selalu mesej ummi atau telefon ummi minta doakan. Yela, orang cakap doa ibu pasti termakbul, insyaAllah. Dan saya pasti, ummi akan selalu mendoakan kami di dalam setiap doanya.
Bila dapat keputusan yang memuaskan, saya sangat gembira untuk berkongsi dengan ummi. Dan ummi ternyata menyambutnya dengan senyuman. Saya rasa berbunga sebab dapat gembirakan hati ummi serta mendapat pujian daripada ummi. Siapa tak suka mak dia puji dia? Mestilah suka kan? hmm
Selepas itu saya semakin bersemangat untuk terus memburu pointer yang tinggi sehinggalah saya berjaya merangkul anugerah dekan buat pertama kalinya. Saya begitu gembira untuk memberitahu ummi yang ketika sedang ada trip ke Cameron Highlands bersama anak muridnya. Ucapan tahniah yang kudengari itu membungakan diri ini.
Dan saya mendapat hadiah hp baru, namun kini hp itu sudah rosak kerana silap saya sendiri menarik simkad tanpa mematikan dahulu hp tersebut. Sedihnya.
Kenapa saya cerita semua benda kat atas ni?
Sebab saya rasa dah tiada siapa yang mendoakan saya untuk test-test saya. Kalau saya mesej ibu, ibu doakan je. Tapi kalau mesej abah, selalu takde respon. Saya rasa bila saya dekat kolej, tiada pun orang dari rumah menghubungi saya melainkan bertanya, nak balik kampung ke tak?
Selain tu, saya rasa sangat rindu. Sangat rindu. Sangat rindu.
Saya akan terimbau kenangan masa saya kecil-kecil, kena marah, kena rotan, kena bebel, kena nasihat ,kena ajar, kena urut, kena peluk, kena cium, kena gelak, kena puji, kena sindir, kena paksa...
Semua yang dahulunya saya rasa sangat pahit, kini saya merinduinya seumpama sesuatu yang teramat manis, dan mahu dirasai lagi.
Bila saya rindu, saya akan tengok gambar, dan teringat-ingat. Bila rasa macam dah terlalu rindu, saya baca al-Quran. Saya tak nak melayan sangat rasa sedih ni. Kadang-kadang takut menjadi suatu ratapan pula.
Dan saya terbacalah satu ayat ni:
"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah. Maka masa mengandung sampai menyusukannya selama tiga puluh bulan, sehingga anak itu dewasa dan mencapai umurnya 40 tahun,..." surah al-Ahqaf ayat 15.
Sayangi ibu anda, hargai ibu anda selagi dia masih ada. Berbuat baiklah kepadanya. Jangan sakiti hatinya, jagalah hatinya, jika tidak kamu akan menyesal kelak.

Tuesday, November 8, 2011
Sekali lagi hikmah yang tersorok dariMu ya Allah :)
Aidil Adha kali ini adalah kali pertamaku di Kota Tinggi, kampung belah ibu. Suatu kelainan, suatu pengalaman baru.
Saya ingatkan raya di sini pun lebih kurang sama seperti di Kuala Berang, kampung abah. Tapi tak. Kat sini sangatlah meriah dan pelbaai makanan terhidang dan ada merewang semua. Fuh.
Alhamdulillah. Saya rasa seronok dan best. Mungkin masa awal-awal datang sini, kami sedikit canggung. Yalah, kampung baru. Kena kenal dengan pak cik mak cik baru, nenek dan atuk baru. Dan yang paling saya malu, adik-adik ibu lebih kurang sebaya saya je pun. Haih. Segannya.
Mula dulu saya tak banyak cakap dan borak pun. Tapi kali ni dah ok la. Dah borak-borak, walaupun kadang-kadang blur tak faham bahasa Jawa.
Sebagai antara cucu yang dewasa, terpaksalah kami menolong bantu di dapur. Menyiang sana, memotong sini, mengemas sana, membersih sini. Macam tula. Penat.
Tu sebelum raya, masa dah raya lagi penat sebab nak buat aqiqah untuk adik saya sekali. Fuh.
Antara lauk-lauk best yang buat saya jatuh hati sama Jawa adalah sambal kicap, serunding kelapa dan lepat pulut. Yummy. Banyak guna tempe, tauhu, kicap. Apa pun saya suka.
Tapi yang tak best masa pagi raya ialah tak dapat pergi masjid untuk solat raya. Lelaki je yang pergi. Orang perempuan duduk rumah, solat kat rumah jela. Dan menunggu daging lembu sampai selepas disembelih.

Thursday, November 3, 2011
Sungguhlah, nak berubah ke arah kebaikan itu tidak semudah yang disangka.
Saya seorang yang fanatik dengan Jepun. Setiap kali saya terdengar lagu jepun, tengok drama Jepun, tengok orang Jepun dan nampak produk-produk dalam tulisan jepun dan ada cap "Made in Japan", saya akan begitu teruja. Sungguh teruja yang amat.
Saya suka gila dengar lagu Jepun dan tengok drama Jepun dan anime. Tak tahu kenapa, kerana pertama kali berkenalan dengan drama Jepun, saya sudah mula jatuh cinta dengannya.
Mulalah saya mendengar lagu-lagu Jepun, mengutip lagu-lagu best dan terkini. Menghafal dan cuba feeling dengannya. Kalau tak puas, saya akan tengok video klip, ada penyanyi lagi feel. Fuh.
Saya juga mengutip drama-drama Jepun daripada kawan-kawan yang turut sama meminati drama-drama ini. Senang je kan zaman sekarang? Dah ada pendrive, boleh main sedut je transfer ke komputer. Fuh.
Saya siap boleh faham cakap Jepun dan boleh tulis dan cakap sikit-sikit. Perghh, fanatik amat ni.
Dan yang pastinya saya mendengar dan menonton semua ini tanpa pengetahuan sesiapa kecuali adik-adik. Sebab saya tahu ummi, abah , along dan angah saya pasti akan marah saya. Tapi, saya dah suka gila kot benda-benda ni. So, why should I leave it? It's my own preference!
Bermulalah episod hipokrit saya, menyorokkan lagu-lagu dan drama di dalam folder tersorok. Nice. Saya perasan abang dan kakak saya suka selongkar laptop saya, tapi saya buat-buat cool je macam tiada salah apa. Haha. Ops, sorry bro and sis.
Ada je kakak saya kata :" Kita ni nak buat baik, tapi bila campur dengan benda-benda tak elok ni tak jadilah campurannya. Tinggal-tinggalkanlah mende jepung tu."
Tapi saya anggap ia sebagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya tersedar dan buang semua lagu yang ada, kecuali lagu yang saya paling suka. Tapi saya sedar hanya buat sementara. Akhirnya saya mengutip kembali pasir-pasir jahiliyyah yang dibuang, malah lebih banyak.
Lama saya terleka dengan itu. Apa yang best sangat ek? Hmm, mungkin sebab saya akan terleka dan tenggelam dengan lagu-lagu tu. Bila sedih layan je. Pastu, minat kat sorang artis laki ni. Handsome kah? Arghh, cukup. Lupakan, lupakan.
Begitulah kisahnya. Selalu akan ada konflik. Berlaku tolak, tarik. Bila saya nak berubah dan buang semua tu, akan rasa balik nak tengok or dengar balik. Arghh..
Dan akhirnya, bila ku perlu menjadi seorang penggerak. Saya rasa macam tidak eloklah saya nak memberikan kebaikan kepada orang, tapi kita sendiri kotor. Kita seperti sekotak susu putih. Nak tuang ke dalam cawan-cawan yang kosong dan menadah menerima ilmu dari kita. Tapi kalau susu tu dah ditumpahi dakwat hitam beberapa titik pun, akan berubah warna kan? Nanti susu dalam cawan pun akan sama-sama hitam. Yaww.
Akhirnya, saya membuat keputusan yang bulat untuk meninggalkan JEPUN. Membuang lagu-lagu dan drama-drama. Kesemuanya. Terasa berat weh, sebab benda tu dah sebati kot sejak lepas SPM. Dah jadi mother language plak. Sesiapa yang pernah nak berubah, perasaan ni mesti ada rasa kan?
Hmm. Memandangkan saya bertudung labuh, saya tak pernah pun terfikir saya perlu melakukan apa-apa perubahan pada diri. Dah rasa cukuplah kan, tak payah nak berubah. Tapi, benda dalam pula Allah nak uji. Berat, berat terasa untuk meninggalkannya. Manakan tidak, bangun tidur dengar lagu jepun, nak tidur dengar lagu jepun. Saat sedih, gembira, lagu-lagu itu jugalah yang menemaniku.
Tapi, bak kata ustaz Salam dalam daurahnya (tak ingat siri berapa) yang diambil dari kakakku, [lebih kurang camnila] :"kalau kita nak buang karat-karat dosa tu, kena buang terus. jangan bagi ada sikit pun kesan dia. kalau buang kat laptop tu, kasi buang terus, jangan simpan dalam recycle bin je.jangan rasa sayang untuk membuang kejahilan itu. buanglah ia, buang. dan jangan niat pun untuk kembali ke lembah kejahilan itu kembali."
Ok. Selamat tinggal JEPUN, sayounara NIHON. Tapi ilmu bahasa Jepun tu saya simpan lagi la sampai sekarang. Mungkin ada gunanya kelak, supaya tidak mudah ditipu mungkin?
Hmm. Itu jela kot. Susah juga nak menulisnya, sebab bila saya tulis saya kena buat. Tak buat nanti Allah akan soal kembali di sana kelak. Fuh.

Beginilah rupanya bila seseorang
jatuh cinta yek?
Nak berubah itu tak semudah yang disangka,
kena ada mujahadah yang tinggi dan keazaman yang kuat, kan?
Membuang karat-karat jahiliyyah!!!!!>.<
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)