Sunday, October 30, 2011

Buat jahat ke buat baik?

Bila Jamilah rasa macam nak sentiasa buat baik, dan melakukan sifar kejahatan, tiba-tiba muncul sang syaitan membisikkan "buatlah kejap je, nanti boleh buat balik", "it's ok, ko kan dah buat banyak pahala, buat dosa hilang sikit je pahala tu", "relaks la, sekali ni je. pasni takyah buat dah.".

Akhirnya kejahatan itu terbuatlah.

Lepas dah buat, Jamilah terasa sungguh tidak tenteram. Rasa bersalah gila. Kenapakah terlalu mengikut kata-kata syaitan itu?

Kejap je lepas tu, dia tengok tv yang memancarkan satu hadis:

"Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Susulilah kejahatan dengan melakukan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik”

Jamilah rasa tertembak di situ. Dush!

Kemudian dia pergi ke rumah kawannya. Di rumah kawannya tu pula ada halaqah hadis lepas solat. Hadis yang sama juga dikupas. Dush. Memang Jamilah terasa terkena pada batang hidungnya.

Akhirnya Jamilah menyesal dan rasa bersalah gila kat Allah. Sebab walaupun Allah dah bagi amaran jangan buat, tapi dek mengikut hawa nafsunya, dia tewas.

Astaghfirullah. Begitu caranya Allah menegurnya. Semoga dia terus melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

The only solution is, bertaubat dan berjanji seseungguhnya sudah tidak mahu kembali kepada kejahatan itu. Kemudian buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya. Itulah lumrahnya manusia, lupa dan akan membuat kesilapan.

Wassalam.

Tuesday, October 25, 2011

Kes tudung.

Assalamualaikum pembuka bicara.

Saya tiba-tiba teringatkan satu insiden di semester pertama, tahun 1. Semua pelajar tahun 1 diwajibkan untuk menghadiri sesi "Starting School". Apa yang ada pada program ini?

Semua pelajar akan didedahkan kepada hidup sebagai seorang pelajar universiti dan kami akan diberikan sedikit ceramah dan kemudian banyak aktiviti berkumpulan.

Saya dan kawan-kawan sekumpulan banyak berbincang dan membuat lakonan serta pembentangan. Haih. Saya sekadar bercakap ayat skema waktu itu.

Ada dalam pembentangan tentang cara hidup di universiti. Saya bercakap tentang pengaruh kawan. Saya cakaplah, pilihlah kawan-kawan yang baik-baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh luar yang tidak baik.

Kemudian fasi akan komen apa yang kita bentangkan. Dia cakap, kalau pilih kawan yang baik je pun tak boleh juga. Yang penting kita kena pandai bawa dirila. Haha. Ok. Saya cakap ikut ayat buku je kot fasi. Aih. Rasa dah tak best sebab fasi macam suka cari salah saya, atau mungkin saya je yang berasa sebegitu.

Kemudian kami belajar tentang etika berpakaian. Fasi @ pensyarah perempuan itu pun bercakaplah tentang cara memilih pakaian yang sesuai dengan majlis. Pakaian ke kelas pun kena kemas. Kemudian tiba-tiba disentuhnya tentang tudung.

Katanya, kawan dia cakap sekarang ni ramai orang pakai tudung gaya "butterfly" yang pin tudung ke kanan dan kiri. Itu antara teknik pakai tudung yang tak kemas dan tak habis/ tak siap touch up. Oh.

Kemudian dia panggil saya ke depan sebagai contoh model orang pakai tudung gaya butterfly. Betapa malunya saya saat itu. Saya rasa macam dihina pun ada. Tapi saya bukanlah jenis yang pandai untuk bangun mempertahankan diri. Tapi dalam hati saya dah menggelegak. Apakah masalahnya kalau cara saya bertudung tidak berstyle dan simple sangat?

~~~

Bagi saya, asalkan saya bertudung menepati apa yang telah digariskan syarak, itu sudah cukup. Saya tidak rasa selesa untuk mengenakan tudung dengan gaya yang vogue yang apabila orang tengok akan terpegun. Bukankah itu akan menarik perhatian orang? Dan dikhuatiri akan tabarruj.

Nak bergaya itu pun tidak salah, tapi jangan berlebih-lebih. Lihatlah pada niat kita, untuk siapa dan apa kita bergaya sedemikian.

Bukanlah saya bertujuan untuk memaki hamun fasi itu. Tapi mungkin juga sebab orang yang memperkatakannya sendiri pun tidak bertudung membuatkan saya sedikit tergugat di situ. Astaghfirullah.

Apapun, apa gaya dan betapa labuhnya tudung seseorang muslimah itu, janganlah disindiri. Kerana dibimbangi kita akan menghina Islam. Bukankah orang yang bertudung itu sudah sedaya upaya untuk melaksanakan kewajipannya yang disuruh oleh Allah? Kalau diikutkan, orang yang tidak bertudunglah patut disindir, kerana mereka tidak mengikut perintah Allah.

Yang penting, tutuplah dadamu wahai muslimah. Bertudunglah dan tutuplah dadamu. Nyorokkanlah auratmu. Semoga kita menjadi hamba Allah yang taat dan bersyukur.

Di bawah ini saya tampilkan beberapa cara bertudung:

Inilah gaya "butterfly" yang saya maksudkan.

      
Ini mungkin boleh bagi nama gaya
"fish".  Kadang-kadang saya suka gaya ini :)
 Ini antara gaya yang famous di masa kini. Cantik kan?
Lagi cantik kalau ianya dilabuhkan dan menutup dada,
dan juga warnanya tidaklah terlalu terang hingga menarik perhatian. :)



                                                                                                                                     Wassalam

Rindu itu membawa kepada pertemuan terakhir rupanya.

Hari yang saya sangat rindukan Momo, kucing kesayangan saya itu rupanya merupakan antara alert2 yang mengatakan yang Momo bakal meninggalkan saya.

Malam hari lahir saya itu, Momo dan adik beradiknya, Puff tidur di atas kereta di rumah. Dan malam itu juga ayah saya pergi ke UKM menaiki kereta itu. Dan alkisahnya ayah saya bergerak ke UKM sambil 2 ekor kucing itu masih berada di atas kereta. Tak tahu ke mana mereka pergi. Tak tahu ke mana mereka melompat. Tak tahu.

Dan berita itu benar-benar membuatkan emosi saya tidak keruan. Kerana saya teramat rindukannya. Rindu. Macam rindu seorang kekasih kepada kekasihnya. Err, sebab saya sayang Momo sangat kot.

Sampai sekarang mereka tidak pulang ke rumah. Saya sedang bercuti seminggu ini pun masih menunggu dan berharap Momo dan Puff akan pulang ke rumah.

Saya tak sanggup mereka menjadi kucing terbiar, ataupun mungkin diambil orang lain, mungkin menjadi kucing parasit, menjadi hidangan anjing, ataupun sudah menjadi hidupan dalam hutan.

Saya..Momo.. Hmm, macam apa je kan sayang pada haiwan melebih-lebih. Tapi itulah kuasa sayang. Saya tidak mahu menulis panjang yang hanya akan didorong oleh emosi.

Saya redha je kalau Momo tidak akan pulang kembali, kerana mungkin setakat itu saja jodohnya bersama saya. Mungkin dia dijodohkan dengan orang lain pula. Mungkin bakal ada sesuatu yang miracle akan terjadi?

Hmm.. Saya rindu dan sayang Momo. Momo, kalau terbaca post ini pulanglah ya. *rindu*

15 Oktober 2010 - 18 Oktober 2011 tssk
Wassalam.

Thursday, October 20, 2011

Bila menyukai seseorang, sukalah berpada-pada. Kerana mungkin suatu hari nanti kita akan membencinya. Begitu juga sebaliknya. Bila membenci seseorang, bencilah dengan berpada-pada. Kerana mungkin suatu hari nanti kita akan membenci orang itu.

Tapi layakkah kita untuk membenci orang lain?




Lupakan perkara yang lalu dan silam. Banyakkan bertaubat. Semoga di masa akan datang akan lebih matang berfikir dan membuat perkiraan.

Wassalam.

Wednesday, October 19, 2011

Di sebalik kesedihan, pasti akan ada kegembiraan.

18 Oktober 2011. Ulangtahun kelahiran saya ke 21.

Pagi itu saya bangun awal, sebab ada paper terakhir iaitu pengurusan babi. Bangun-bangun sambil membaca mesej-mesej daripada teman-teman mengucapkan selamat hari lahir. Kemudian, study! Study!

Saya datang awal ke kelas. Berseorangan lagi di dalam bas sebab kawan saya semua tidur lambat malam tadi dan bangun lewat.

Masuk kelas. Kelas pertama ialah genetik. Prof mengajar, saya mendengar. Tapi rasa macam tak masuk je, sebab dalam hati berdebar-debar sangat untuk test petang itu. Saya pun macam tak fokus masa itu.

Tiba-tiba di penghujung masa kelas. Prof tunjuk slide terakhir. Ada nombor-nombor matrik pelajar yang gagal dalam ujian pertama.

Saya berharap tiadalah nama saya. Tapi ada rasa gak nama saya mesti ada, sebab saya yakin sangat saya jawab sangat sambil lewa + study last minit + tak faham + tak cukup masa. Ahh.

Tup. 1****7 ada dalam senarai kuning. Haha. Saya tundukkan kepala. Perasaan gembira yang patut saya rasa pada hari itu, hilang ditiup angin. Saya rasa macam-macam. Malu sebab nama saya paling atas, dan prof biarkan slide tu terpampang lama di dalam kelas. Saya malu.....Orang sekeliling saya semua cakap lega sebab tak gagal. Mana saya tak sedih kan?

Nanti siapa-siapa yang tersenarai nombor matrik kena jumpa prof, nak bincang masalah. Ok, saya takut untuk itu.

Saya keluar dari kelas. Kawan rapat saya tanya saya, nombor awak ada kan tadi?

Saya dah tak tahan menahan perasaan. Saya terus menangis di bahunya, sekadar mahu melepaskan perasaan yang menghimpit diri ini. Datang pula lagi seorang datang memujuk. Waa.

Dalam kelas, sambil baca nota pun saya masih macam tak percaya dengan apa yang saya dapat. Perasaan bercampur baur, nak gembira tak boleh sebab dapat berita sedih. Ish. Apa ni, Atiqah!

Ok, saya cuba tenangkan diri. Meredhakan apa yang saya dapat. Dan saya sama sekali tidak akan menyalahkan program yang saya ikut. Semuanya adalah kesilapan saya sendiri. Siapa suruh malas. Kan? haha

Ok, saya sudah kembali normal dan menyambut hari lahir dengan kawan-kawan. Pertama kali kot sambut. Begitu rupanya cara mereka menyambut hari lahir. Saya sangat menghargainya.

~*~

19 Oktober 2011. Hari ini sedikit sibuk menyiapkan assignment.

Dan hari ini juga saya kena berjumpa dengan prof berkaitan dengan test genetik tu. Saya cuba menghubungi prof beberapa kali dan akhirnya prof angkat dan kami berjanji untuk berjumpa jam 12.30 tengahari.

Saya begitu berdebar-debar. Apa nak buat? Nak cakap apa? Ahh.

Saya mengetuk pintunya. Dan masuk dan duduk. Beliau mula bertanyakan saya kenapa saya dapat result macam tu? Hehe. Saya pun menjawablah dengan begitu ikhlas.

Kemudian beliau menunjukkan kertas ujian saya. Wow. Sangat teruk markahnya! Saya sekadar tersengih malu. Kenapalah teruk sangat. Adeh. Banyak careless walaupun saya tahu jawapannya.

Mula-mula prof tanya saya, apa itu gene? Woo. Saya tergagap menjawabnya. Inilah hasil didikan menghafal untuk exam. Prof pun melukis di kertas itu dan menerangkan saya benda-benda basic. Kemudian prof buka soalan-soalan yang saya salah. Dan beliau tanya saya tentang kesilapan saya. Boleh pula saya jawab soalannya sambil dibantu oleh prof.

Best pula, rasa lebih faham. Saya rasa saya banyak memalukan diri saya di depan prof. Waa. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu apa yang saya tak tahu, kan?

Akhir sekali, prof tanya saya ,"Nak buat macam mana? Nak tambah markah ke? Saya rasa awak tahu je apa yang saya tanya, tapi dalam kertas ni awak tak jawab betul-betul." Heh? Betul ke?

Saya pun jawablah dengan baik : Saya tak kisah je prof. Kalau prof bagi saya terima je, kalau prof tak bagi pun saya terima." Eh? Kenapalah saya jawab macam tu?

Prof tanya pula kalau saya tak nak bagi? Fuh. Ok la prof. Saya pasrah je. Nak buat macam mana.

Kemudian saya lihat prof menambah markah saya dengan markah yang saya tak terbayangkan. Jauh sangat beza markah itu dengan markah sebenar saya. Saya ingatkan beliau sekadar mahu tambah 2, 3 markah je. Saya diluluskan oleh prof! Alhamdulillah, syukur ya Allah. Saya nampak prof tulis di kertas itu; oral test 19/10/2011. Ok, saya kena oral test rupanya tadi. My first oral test, and it was great!

Saya disuruh "aku janji" oleh prof, untuk buat yang terbaik test 2 nanti. Ya Allah, betapa baiknya Prof. Arif. Saya cukup terharu dan dah tak tahu nak cakap apa. Mungkin ada hikmahnya semalam saya berasa sedih, dan hari ini diberikan berita gembira. Walaupun cukup makan je, tapi bernilai tu.

Syukur ya Allah. Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dengan segala nikmat dan ujianMu. Aku diuji rupanya semalam. Terima kasih ya Allah! :)


Ayuh mara ke hadapan!

Wassalam.

Monday, October 17, 2011

Rindu itu pasti akan terubat juga.

Pernah tak rasa macam nak sangat jumpa seseorang atau sesuatu?

Yang mana bila anda rasa sangat nak jumpanya, sampaikan anda rasa macam melampaui rindu dan tersangatlah nak berjumpa dengannya?

Tapi pada masa yang sama anda merasakan mustahil sekali untuk bertemu dengannya?

Tapi, dengan takdir Allah..akhirnya anda dipertemukan dengan yang anda rindui itu?

Mungkinkah inilah yang dinamakan doa kita yang diperkenankan Allah on the spot?

Hmm. Beginilah ceritanya yang berlaku pada saya.

Entah kenapa sejak rumah dah dekat dengan kolej, saya asyik rasa nak balik rumah je. Sampaikan saya rasa sangat-sangat-sangat rindu pada seisi rumah, dan paling saya rindu ialah kucing kesayangan saya : Momo.

Mungkin rasa macam tak logik dan teruknya weh rindukan kucing? Huhu

Itulah bond yang telah saya cipta dengan kucing saya. Saya rindu nak peluk-peluk Momo, nak belai-belai, nak main-main, nak bawak dia tidur dalam bilik sekali, nak kacau-kacau dia. Sebab selama 4 bulan cuti ini hari-hari saya tengok dia, saya amatlah rindu!

Tapi, saya nak balik rumah abah tak nak ambil + ada program. Saya agak rasa down kot masa tu. Saya melampau rindu Momo hinggakan saya berdoa bagilah saya jumpa Momo walaupun sekejap.

Esoknya, ada kawan saya bagi saya pinjam keretanya. Saya sungguh gembira dan pulang ke rumah. Sesampainya saya di rumah, Momo sedang tidur bergolek di depan rumah dengan begitu macho!

Saya lantas memanggil namanya dan memeluk dan menciumnya. Pergh, bau busuk lama tak mandi ni. Saya cakap saya rindukan dia, tapi dia takde respon pun. Cuma melihat saya dan masuk ke rumah.

Saya bersyukur sangat-sangat dapat jumpa dia. Saya mula rasa semangat balik. Adik beradiknya yang lain pun comel je. Tak layan saya macam stranger, mereka masih cam saya. ^_^.

Tapi saya di rumah sekejap saja. Tengahari itu dah kena balik ke Serdang ada program pula. Masa saya nak packing-packing barang, Momo masuk dalam kereta kawan saya tu. OH. Comelnya Momo, tau-tau je saya nak balik. Akhirnya saya memberikan ciuman terakhir dan bagi mereka air bersih. Sebak untuk meninggalkan mereka, rasa nak bawa je ke kolej. Tapi nanti takut menzalimi orang lain pula. Sob2.


betapa handsomenya Momo.haha
~--------------------------------------~

Cerita 2

Saya dapat adik baru, namanya Muhammad Qays Haytham. Saya cuma berpeluang berjumpanya 2 jam selepas kelahirannya di Hospital Serdang, sebelah je dengan kolej saya. Masa tu pun comel,, kecil je.

Kemudian, saya mula rindu nak jumpa dengannya lagi. Saya cuba mengatur masa cuti minggu untuk berjumpa dengannya. Tapi abah taknak datang ambil. Saya rasa betul-betul rindu dan nak balik masa tu. Tapi dah abah tak larat nak ambil, nak buat macam mana. Saya redha jela, tapi pada masa yang sama saya mengharapkan pertemuan itu.

Sama macam cerita di atas, saya pinjam kereta kawan dan sampai di rumah pada saat keluarga saya dah nak keluar dari rumah. Saya hanya sempat mencium pipi Qays je. Pastu mereka bergerak ke Kota Tinggi. Dan saya tak tahu pun yang ibu akan berpantang di Kota Tinggi selama 3 minggu.

Oh, saya baru ingat nak balik lagi minggu depan. Tapi.. Aduh, sakitnya hati ini bila merindui.

Hari Khamis itu ayah saya mengajak saya pulang ke kampung di Kuala Berang. Saya pun teragak-agak nak ikut ke tak. Yela, dahla ada test Isnin dan Selasa. Takut tak sempat pula nak study.

Tapi bila fikir balik, dah lama betul tak jumpa wang dan atuk, pastu fikir weekend study dalam bilik je?? Nanti nak makan apa? Heh. Saya pun setuju untuk pulang ke kampung.

Dalam perjalanan ke Terengganu, ayah saya kata nak buat kejutan buat ibu di Johor. Nak balik Johor esok. Ewah. Saya pun seronok bukan kepalang. Dapatlah jumpa Qays yang saya rindu tu.

Dalam perjalanan yang jauh, saya cuba kuatkan semangat membaca nota, tak tenang hati tak study weh. Dan nota yang saya baca dalam kereta tu jugakla yang keluar test nya. Haha.

Akhirnya saya dapatlah berjumpa dengan si Qays yang botak. Kecik je, sempatla saya dukung-dukung dan kacau dia. :) Rasa sungguh bahagia dan suka sangat balik Kota Tinggi sebab nenek masak sedap~

cam pompuan la awak ni Qays..

Alhamdulillah ya Allah atas semua kurniaan ini. Semoga aku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur.





Wassalam.

Wednesday, October 12, 2011

Di manakah syukurmu Atiqah?

‎"1 Oktober 2009, kami kehilangan seorang ummi.

1 Oktober 2011, kami dah bertambah seorang ibu, seorang abang ipar, seorang kakak ipar dan seorang adik baru. Alhamdulillah.

Ada hikmah di sebalik suatu kehilangan. Allah menghilangkan seorang, malah ditambah lagi 4 orang baru dalam keluarga kami dan bakal bertambah lagi seorang bulan depan insyaAllah.

Positiflah dalam setiap ujian yang diberi. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya :)"


Ini adalah status saya kat FB 1 Oktober lepas. Saya tulis status ini kerana saya baru tersedar, ya Allah, banyaknya nikmat yang Allah bagi kat saya, tapi saya tidak menyedarinya!

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Alhamdulillah ya Allah.

Aku tidak mahu tergolong dalam golongan mereka yang kufur dengan nikmatmu.

Mungkin ramai yang tidak perasan, ramai yang tidak tahu. Saya sangat-sangat berubah selepas pemergian ummi.

Saya rasa sunyi. Saya rasa terkejut pun ada. Saya rasa macam menyalahkan diri sendiri pun ada. Dan saya mula menjadi seorang yang negatif.

Dan makin mula jauh dari Allah. Entah mungkin kerana saya tidak dapat berfikir dengan matang lagi bahawa pasti ada hikmahnya Allah mengujiku begitu. Malangnya ku tersalah tafsir dan makin menjauhiNya. Astaghfirullah.

Usrah pun dah mula on off. Mungkin naqibah saya perasan kot.

Semua perubahan yang berlaku dalam keluarga saya selepas itu juga saya memandangnya dengan negatif, tidak berfikiran terbuka. Saya asyik mengomen dalam diri. Ya Allah, kenapalah tak bersyukur ni?

Alhamdulillah masa berlalu dan saya sudah mula melihat semua ini sebagai suatu yang positif. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, tiada apa yang sia-sia.

Layan "Erti Syukur"- UNIC, walaupun ada rap dan gitar, tapi liriknya penuh makna :)


"Sentiasalah menjadi orang yang bersyukur ya."

Wassalam.

Wednesday, October 5, 2011

Terus positif. Ayuh, ayuh.

Aduh.

Kenapa mahu positif saja muncul perkara negatif?


Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.

Daku yang merindui keluarga, kucing-kucing, akhwat, sahabat seperjuangan.

Wassalam.