Saya tiba-tiba teringatkan satu insiden di semester pertama, tahun 1. Semua pelajar tahun 1 diwajibkan untuk menghadiri sesi "Starting School". Apa yang ada pada program ini?
Semua pelajar akan didedahkan kepada hidup sebagai seorang pelajar universiti dan kami akan diberikan sedikit ceramah dan kemudian banyak aktiviti berkumpulan.
Saya dan kawan-kawan sekumpulan banyak berbincang dan membuat lakonan serta pembentangan. Haih. Saya sekadar bercakap ayat skema waktu itu.
Ada dalam pembentangan tentang cara hidup di universiti. Saya bercakap tentang pengaruh kawan. Saya cakaplah, pilihlah kawan-kawan yang baik-baik supaya tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh luar yang tidak baik.
Kemudian fasi akan komen apa yang kita bentangkan. Dia cakap, kalau pilih kawan yang baik je pun tak boleh juga. Yang penting kita kena pandai bawa dirila. Haha. Ok. Saya cakap ikut ayat buku je kot fasi. Aih. Rasa dah tak best sebab fasi macam suka cari salah saya, atau mungkin saya je yang berasa sebegitu.
Kemudian kami belajar tentang etika berpakaian. Fasi @ pensyarah perempuan itu pun bercakaplah tentang cara memilih pakaian yang sesuai dengan majlis. Pakaian ke kelas pun kena kemas. Kemudian tiba-tiba disentuhnya tentang tudung.
Katanya, kawan dia cakap sekarang ni ramai orang pakai tudung gaya "butterfly" yang pin tudung ke kanan dan kiri. Itu antara teknik pakai tudung yang tak kemas dan tak habis/ tak siap touch up. Oh.
Kemudian dia panggil saya ke depan sebagai contoh model orang pakai tudung gaya butterfly. Betapa malunya saya saat itu. Saya rasa macam dihina pun ada. Tapi saya bukanlah jenis yang pandai untuk bangun mempertahankan diri. Tapi dalam hati saya dah menggelegak. Apakah masalahnya kalau cara saya bertudung tidak berstyle dan simple sangat?
~~~
Bagi saya, asalkan saya bertudung menepati apa yang telah digariskan syarak, itu sudah cukup. Saya tidak rasa selesa untuk mengenakan tudung dengan gaya yang vogue yang apabila orang tengok akan terpegun. Bukankah itu akan menarik perhatian orang? Dan dikhuatiri akan tabarruj.
Nak bergaya itu pun tidak salah, tapi jangan berlebih-lebih. Lihatlah pada niat kita, untuk siapa dan apa kita bergaya sedemikian.
Bukanlah saya bertujuan untuk memaki hamun fasi itu. Tapi mungkin juga sebab orang yang memperkatakannya sendiri pun tidak bertudung membuatkan saya sedikit tergugat di situ. Astaghfirullah.
Apapun, apa gaya dan betapa labuhnya tudung seseorang muslimah itu, janganlah disindiri. Kerana dibimbangi kita akan menghina Islam. Bukankah orang yang bertudung itu sudah sedaya upaya untuk melaksanakan kewajipannya yang disuruh oleh Allah? Kalau diikutkan, orang yang tidak bertudunglah patut disindir, kerana mereka tidak mengikut perintah Allah.
Yang penting, tutuplah dadamu wahai muslimah. Bertudunglah dan tutuplah dadamu. Nyorokkanlah auratmu. Semoga kita menjadi hamba Allah yang taat dan bersyukur.
Di bawah ini saya tampilkan beberapa cara bertudung:
Inilah gaya "butterfly" yang saya maksudkan.
Ini mungkin boleh bagi nama gaya
"fish". Kadang-kadang saya suka gaya ini :)
Ini antara gaya yang famous di masa kini. Cantik kan?
Lagi cantik kalau ianya dilabuhkan dan menutup dada,
dan juga warnanya tidaklah terlalu terang hingga menarik perhatian. :)
Wassalam



1 comment:
sabar ye.
saya rasa fasi tak patut buat camtu.
fasi sepatutnya kena ada etika.
Post a Comment