Wednesday, October 19, 2011

Di sebalik kesedihan, pasti akan ada kegembiraan.

18 Oktober 2011. Ulangtahun kelahiran saya ke 21.

Pagi itu saya bangun awal, sebab ada paper terakhir iaitu pengurusan babi. Bangun-bangun sambil membaca mesej-mesej daripada teman-teman mengucapkan selamat hari lahir. Kemudian, study! Study!

Saya datang awal ke kelas. Berseorangan lagi di dalam bas sebab kawan saya semua tidur lambat malam tadi dan bangun lewat.

Masuk kelas. Kelas pertama ialah genetik. Prof mengajar, saya mendengar. Tapi rasa macam tak masuk je, sebab dalam hati berdebar-debar sangat untuk test petang itu. Saya pun macam tak fokus masa itu.

Tiba-tiba di penghujung masa kelas. Prof tunjuk slide terakhir. Ada nombor-nombor matrik pelajar yang gagal dalam ujian pertama.

Saya berharap tiadalah nama saya. Tapi ada rasa gak nama saya mesti ada, sebab saya yakin sangat saya jawab sangat sambil lewa + study last minit + tak faham + tak cukup masa. Ahh.

Tup. 1****7 ada dalam senarai kuning. Haha. Saya tundukkan kepala. Perasaan gembira yang patut saya rasa pada hari itu, hilang ditiup angin. Saya rasa macam-macam. Malu sebab nama saya paling atas, dan prof biarkan slide tu terpampang lama di dalam kelas. Saya malu.....Orang sekeliling saya semua cakap lega sebab tak gagal. Mana saya tak sedih kan?

Nanti siapa-siapa yang tersenarai nombor matrik kena jumpa prof, nak bincang masalah. Ok, saya takut untuk itu.

Saya keluar dari kelas. Kawan rapat saya tanya saya, nombor awak ada kan tadi?

Saya dah tak tahan menahan perasaan. Saya terus menangis di bahunya, sekadar mahu melepaskan perasaan yang menghimpit diri ini. Datang pula lagi seorang datang memujuk. Waa.

Dalam kelas, sambil baca nota pun saya masih macam tak percaya dengan apa yang saya dapat. Perasaan bercampur baur, nak gembira tak boleh sebab dapat berita sedih. Ish. Apa ni, Atiqah!

Ok, saya cuba tenangkan diri. Meredhakan apa yang saya dapat. Dan saya sama sekali tidak akan menyalahkan program yang saya ikut. Semuanya adalah kesilapan saya sendiri. Siapa suruh malas. Kan? haha

Ok, saya sudah kembali normal dan menyambut hari lahir dengan kawan-kawan. Pertama kali kot sambut. Begitu rupanya cara mereka menyambut hari lahir. Saya sangat menghargainya.

~*~

19 Oktober 2011. Hari ini sedikit sibuk menyiapkan assignment.

Dan hari ini juga saya kena berjumpa dengan prof berkaitan dengan test genetik tu. Saya cuba menghubungi prof beberapa kali dan akhirnya prof angkat dan kami berjanji untuk berjumpa jam 12.30 tengahari.

Saya begitu berdebar-debar. Apa nak buat? Nak cakap apa? Ahh.

Saya mengetuk pintunya. Dan masuk dan duduk. Beliau mula bertanyakan saya kenapa saya dapat result macam tu? Hehe. Saya pun menjawablah dengan begitu ikhlas.

Kemudian beliau menunjukkan kertas ujian saya. Wow. Sangat teruk markahnya! Saya sekadar tersengih malu. Kenapalah teruk sangat. Adeh. Banyak careless walaupun saya tahu jawapannya.

Mula-mula prof tanya saya, apa itu gene? Woo. Saya tergagap menjawabnya. Inilah hasil didikan menghafal untuk exam. Prof pun melukis di kertas itu dan menerangkan saya benda-benda basic. Kemudian prof buka soalan-soalan yang saya salah. Dan beliau tanya saya tentang kesilapan saya. Boleh pula saya jawab soalannya sambil dibantu oleh prof.

Best pula, rasa lebih faham. Saya rasa saya banyak memalukan diri saya di depan prof. Waa. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu apa yang saya tak tahu, kan?

Akhir sekali, prof tanya saya ,"Nak buat macam mana? Nak tambah markah ke? Saya rasa awak tahu je apa yang saya tanya, tapi dalam kertas ni awak tak jawab betul-betul." Heh? Betul ke?

Saya pun jawablah dengan baik : Saya tak kisah je prof. Kalau prof bagi saya terima je, kalau prof tak bagi pun saya terima." Eh? Kenapalah saya jawab macam tu?

Prof tanya pula kalau saya tak nak bagi? Fuh. Ok la prof. Saya pasrah je. Nak buat macam mana.

Kemudian saya lihat prof menambah markah saya dengan markah yang saya tak terbayangkan. Jauh sangat beza markah itu dengan markah sebenar saya. Saya ingatkan beliau sekadar mahu tambah 2, 3 markah je. Saya diluluskan oleh prof! Alhamdulillah, syukur ya Allah. Saya nampak prof tulis di kertas itu; oral test 19/10/2011. Ok, saya kena oral test rupanya tadi. My first oral test, and it was great!

Saya disuruh "aku janji" oleh prof, untuk buat yang terbaik test 2 nanti. Ya Allah, betapa baiknya Prof. Arif. Saya cukup terharu dan dah tak tahu nak cakap apa. Mungkin ada hikmahnya semalam saya berasa sedih, dan hari ini diberikan berita gembira. Walaupun cukup makan je, tapi bernilai tu.

Syukur ya Allah. Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dengan segala nikmat dan ujianMu. Aku diuji rupanya semalam. Terima kasih ya Allah! :)


Ayuh mara ke hadapan!

Wassalam.

No comments: