Malam hari lahir saya itu, Momo dan adik beradiknya, Puff tidur di atas kereta di rumah. Dan malam itu juga ayah saya pergi ke UKM menaiki kereta itu. Dan alkisahnya ayah saya bergerak ke UKM sambil 2 ekor kucing itu masih berada di atas kereta. Tak tahu ke mana mereka pergi. Tak tahu ke mana mereka melompat. Tak tahu.
Dan berita itu benar-benar membuatkan emosi saya tidak keruan. Kerana saya teramat rindukannya. Rindu. Macam rindu seorang kekasih kepada kekasihnya. Err, sebab saya sayang Momo sangat kot.
Sampai sekarang mereka tidak pulang ke rumah. Saya sedang bercuti seminggu ini pun masih menunggu dan berharap Momo dan Puff akan pulang ke rumah.
Saya tak sanggup mereka menjadi kucing terbiar, ataupun mungkin diambil orang lain, mungkin menjadi kucing parasit, menjadi hidangan anjing, ataupun sudah menjadi hidupan dalam hutan.
Saya..Momo.. Hmm, macam apa je kan sayang pada haiwan melebih-lebih. Tapi itulah kuasa sayang. Saya tidak mahu menulis panjang yang hanya akan didorong oleh emosi.
Saya redha je kalau Momo tidak akan pulang kembali, kerana mungkin setakat itu saja jodohnya bersama saya. Mungkin dia dijodohkan dengan orang lain pula. Mungkin bakal ada sesuatu yang miracle akan terjadi?
Hmm.. Saya rindu dan sayang Momo. Momo, kalau terbaca post ini pulanglah ya. *rindu*
15 Oktober 2010 - 18 Oktober 2011 tssk
Wassalam.

No comments:
Post a Comment