Wednesday, October 12, 2011

Di manakah syukurmu Atiqah?

‎"1 Oktober 2009, kami kehilangan seorang ummi.

1 Oktober 2011, kami dah bertambah seorang ibu, seorang abang ipar, seorang kakak ipar dan seorang adik baru. Alhamdulillah.

Ada hikmah di sebalik suatu kehilangan. Allah menghilangkan seorang, malah ditambah lagi 4 orang baru dalam keluarga kami dan bakal bertambah lagi seorang bulan depan insyaAllah.

Positiflah dalam setiap ujian yang diberi. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya :)"


Ini adalah status saya kat FB 1 Oktober lepas. Saya tulis status ini kerana saya baru tersedar, ya Allah, banyaknya nikmat yang Allah bagi kat saya, tapi saya tidak menyedarinya!

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Alhamdulillah ya Allah.

Aku tidak mahu tergolong dalam golongan mereka yang kufur dengan nikmatmu.

Mungkin ramai yang tidak perasan, ramai yang tidak tahu. Saya sangat-sangat berubah selepas pemergian ummi.

Saya rasa sunyi. Saya rasa terkejut pun ada. Saya rasa macam menyalahkan diri sendiri pun ada. Dan saya mula menjadi seorang yang negatif.

Dan makin mula jauh dari Allah. Entah mungkin kerana saya tidak dapat berfikir dengan matang lagi bahawa pasti ada hikmahnya Allah mengujiku begitu. Malangnya ku tersalah tafsir dan makin menjauhiNya. Astaghfirullah.

Usrah pun dah mula on off. Mungkin naqibah saya perasan kot.

Semua perubahan yang berlaku dalam keluarga saya selepas itu juga saya memandangnya dengan negatif, tidak berfikiran terbuka. Saya asyik mengomen dalam diri. Ya Allah, kenapalah tak bersyukur ni?

Alhamdulillah masa berlalu dan saya sudah mula melihat semua ini sebagai suatu yang positif. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, tiada apa yang sia-sia.

Layan "Erti Syukur"- UNIC, walaupun ada rap dan gitar, tapi liriknya penuh makna :)


"Sentiasalah menjadi orang yang bersyukur ya."

Wassalam.

No comments: