Tuesday, July 31, 2012

Kejadian rasuk di Surau taman

Tadi kan saya dan adik-adik dan ayah ke surau taman untuk solat tarawikh. Biasalah perjalanan ke surau tu kena lalu satu lorong gelap sikit.

Hari ini sengaja saya bergerak lambat ke surau lepas azan sebab nak duduk barisan belakang sikit, senang nak mengaji dan bergerak duk saf belakang.eh.Sebab saf depan ramai mak cik-mak cik, saya dahulukan la dulu mak cik-mak cik tu.

Lepas isyak je,tiba-tiba saya dengar ada satu suara pelik yang separa menjerit di saf belakang saya.haiya,what happen?

Saya pun toleh belakang dan nampak ada sorang remaja perempuan tiba-tiba mata besar dan menjerit aku benci kau. Macam apa entah, saya masih kalut dan tak mengerti apa yang terjadi. Tiba-tiba adik saya ufairah tolak saya keluar dari ruang solat. Manakala adik saya si najihah tu ada di sebelah budak tu, dia solat di sebelahnya.

Menjerit ruang solat wanita tu. Ada mak cik menangis, budak menangis. Saya pertama kali menghadapi situasi begitu cuba memahami situasi tu.

Rupanya adik tu kena rasuk dengan 'something', 'katanya' adik tu terlanggar dia masa jalan ke surau. Mende tu menjerit-jerit tak nak keluar. Ustaz-ustaz pun berusaha untuk keluarkan mende tu. Tapi mende tu degil.

Ramai lelaki dan perempuan terpana melihat situasi itu. Saya dan adik-adik masih melihat apa yang terjadi.

Tiba-tiba saya terpikir, bukan ke bulan Ramdhan ni syaitan dah dibelenggu? Dah tu amende yang budak tu kena? Aik?

Syaitan tu bukan ke gelaran untuk yang menghasut ke arah kejahatan? Boleh tergolong dari jin or manusia.

So yang tadi tu apa??hmm.

Kejadian tadi membuatkan solat tarawikh tergendala selama sejam. Dan sungguh, saya rasa seram masa nak balik rumah tadi.

At the same time, saya dapat pengajaran kat situ. kita kena jaga dalaman kita. Jaga iman. Sebab budak tadi menurut 'benda' tu lemah semangat orangnya. huu

Si iqbal plak takut nak tido sorang-sorang lepas kejadian tadi. Dahla semalam merajuk sangat keluar rumah masa orang berbuka. Kejadian tadi buat dia jadi takut nak larikan diri dari rumah dah.haha

Ok,tu je. Banyak pengajaran dan ibrah yang perlu diambil, kejadian tadi bukan sekadar untuk tontonan je kan.hmm

Kebetulan

Menulis sebentar sebelum ke surau~

Just terlintas di minda.

Sejak dua menjak ni kan, ramai orang saya dapat kenali adalah orang-orang yang sebelum ni saya cuma dapat lihat dari jauh. Adakah kebetulan?

Saya perhatikan orang ni, alangkah baiknya, alangkah comelnya, alangkah hebatnya berkata-kata, alangkah bagusnya. Orang yang saya kagumi dalam diam. 

Tapi kan lepas tu tak sangka orang tu menjadi semakin hampir dan dah jadi jalan cerita dalam hidup saya.

Contohnya adalah kakak naqibah saya sekarang. Saya selalu tengok dia dari tepi. Masa iftar ke, dia dan anaknya. Suaminya tidak bersama. Saya perhatikan je, kadang-kadang terbit rasa kagum, berdikarinya akak ni. haha. Last-last tengok jadi naqibah i you!

Lagi satu contoh adalah abang ipar saya sendiri. Saya pernah join ISK & IPK kat Kolej Mara Seremban, dan kebetulan abang ipar saya jadi pengisi IPK. Masa tu saya kagum gakla dia cerita sal jalan cerita dia diketuk dengan tarbiyah kat surau tak silap. Tak sangka jadi abang ipar pula ya. hewhew

Ramai lagi yang selama ni tengok sebelah mata je, last-last jadi kawan baik, jadi teman.

Sungguhlah dunia ni kecil je yek?

Okla, yuk jemaah di surau yuk! Salam!

Monday, July 30, 2012

Masuk Universiti 3

Kisah ini adalah kebersambungan daripada post saya tahun lepas (padahal ni cerita 2008): Masuk universiti 1 & Masuk universiti 2. Ambil masa yang lama nak update, sebab apa yeah? Sebab kena recall balik kot. Lamenyer mengrecall. Aish.

Oklah. Sambung balik ya, kat mana ntah stopnya....

Oleh kerana saya antara 9 orang budak asasi second intake, perasaan yang takut sangatlah menebal. Malam daftar tu kami kena berjumpa di dewan apa ntah yang ada pejabat tu (ketahuilah kisah ni dah 4 tahun berlalu), berkumpul dalam satu circle dengan budak-budak 2nd intake yang lain. Masa tu ada saya, Rai dan 3 orang budak lelaki.

Betapa tak selesanya saya berada dalam circle tu, sebab saya memang tak pernah berbulatan dengan lelaki camtu. Saya hanya menunduk dengan berbaju kurung waktu tu, sebab dengar arahan dia cakap turun dewan berpakaian semi-formal. Mende semi-formal pun tak tahu. Pakai jela baju kurung, kan selamat. Padahal nak berkenal dengan mtm kolej je. Diorang kenal-kenal, pastu cerita-cerita pastu dorang kata nak bawakkan kami ke pusat asasi kami yang langsung tak tahu di mana terletaknya walaupun ada peta diberikan.

Esok paginya seperti yang dijanjikan, saya bangun awal dan bersama-sama Rai ke bustop dan tunggu abang senior untuk ke pusat asasi. Kami naik bas sambil pakai kad matrik kertas (budak baru masuk upm la katakan.huhuw), ramai mata memandang kami pagi itu. Ah, saya hanya menunduk. Saya tak tahu kenapa, saya rasa takut dengan suasana baru tu. Ramai orang besar-besar, sebab saya masih 18 tahun dah masuk u. woot

Tengah berdiri dalam bas tu, tiba-tiba hp bergegar.

"Selamat datang ke upm. Selamat memulakan pelajaran :) -k. alifah"

Senyum. Ada pun akak ni mesej. Semalam masa daftar kat kolej along cakap, nanti ada kak ein atau kak alifah akan contact iqah, nanti join je tau. Angguk-angguk. Saya jadi adik yang sangat taat, sebab masa tu saya rasa sangat takut. Takut berada di dunia baru. Tapi nasib baiklah ada along.

Saya pun balas :"Terima kasih kak :)". Buat smiley comel sikit. Terasa lebih selamat di situ sebab akak tu dah contact saya. Yippee.

Bas pun stop kat depan library dan abang yang tunjukkan kami jalan pun tunjukkan kami arah ke asasi. Lepas tu kami berdikarila berjalan ke sana sendiri.

Sampai je kat pusat asasi tu, kami terus ke pejabat. Jumpa dengan orang pejabat, ambil buku apa-apa, fail dan kami dibahagikan kepada kumpulan. Saya masuk kumpulan 2 bersama Rai, dan 3 lelaki tu masuk kumpulan 1. Fuh, nasib baik tak sama. Tak mo la sama, tak suka.

Jadualnya sepatutnya pagi tu je kami dah ada kelas English, tapi saya dan Rai tak larat sangat dan akhirnya kami pun merancang untuk balik ke bilik saja masa itu. Kami pun pulang dan saya mengalami demam panas weekend tu. Hanya terlantar di atas katil. Masa tu saya sangat rindukan matrik dan kawan-kawan kat sana. Separa rela kot datang asasi.

Dahla nak beli makanan jauh kena jalan 8 minit ke food court. Itulah pertama kalinya kami berjalan ke sana. Saya dan Rai memakai payung. Tiba-tiba kami bertembung dengan sekumpulan budak lelaki asasi yang ramai baru balik dari food court. Saya pun tundukkan payung dan berjalan laju. huh. Takut sangat, kat matrik nak gi makan takde eh kena tembung ngan laki, sebab cafe memang tepi blok.

Lepas tu saya banyak contact lagi kawan-kawan matrik. Salah seorangnya Ain Mat Zin. Dia sanggup call saya dengan lama dan nangis-nangis. Dis rindukan saya katanya. Dia jugalah classmate kat matrik yang sebulan sebelum saya keluar matrik, kami selalu lepak surau sama-sama waktu malam. Alahai, saya ada titipkan surat kat dia suruh dia rajin-rajin pergi surau lepas ni. Akhirnya dia pun dapat tawaran masuk maktab.

Kat asasi ada 3 sem.

Sem 1, saya boleh dikira sangat baik. Saya akan datang kelas awal. Kalau kelas pukul 8, sebelum 7.15 saya dah tunggu bas. Kadang-kadang berteman, kadang-kadang sendiri je sebab Rai jenis suka pergi lambat. Saya tak nak ambil risiko sebab lepas 7.30 je mesti bas penuh amat. Saya tak suka crowd, lebih rela bangun awal siap awal dan naik bas yang kosong dengan tenang. hehe

Selalu jadi antara orang terawal dalam kelas. Suka duduk kat barisan ketiga, dekat je jarak dengan lecturer. Saya duduk dengan Rai & Cta pada meja yang sama. Dan yang paling lawaknya bila kelas je Rai & Cta selalu tidur. Saya rasa tak selesa, kadang-kadang kejut dorang tapi tak nak pula bangunnya. Pastu saya cari idea baru: saya tarik tangan mereka yang tengah tidur tu, dan angkat (macam gaya orang nak tanya soalan kat lecturerla). Pastu menggelupur diorang terus bangun. hahah. Apakah. Tapi itu untuk kebaikan mereka juga. Saya pun banyak apply kat kawan-kawan sekarang bila mereka mengantuk je dalam lecture.howhow

Setiap petang kami ada fertigasi kat atas bukit. Kena jalan dari kolej adalah 20 minit. Mau tak kurus sem tu. haha.Tanam rock melon dalam bekas ada batu, ada air. Seronok jugalah awal-awal tu banyak kerja. Kena basuh batu berlumut.

Pastu kena alih bekas yang dah diisi batu ke dalam rumah putih. Masa tula saya terkejut sangat bila ada budak lelaki ni tengking saya. Saya angkat pot tu 2 sekali gus. Takdela berat sangat pun. Tiba-tiba Anas cakap: Ei Atiqah! Mu toksoh angkat banyok gitula. Bahaya perempuan angkat banyak camtu! Erk? Terkejut ambe. Cakapla baik-baik, tak payah tengking kuat-kuat camtu sampai orang lain dengar. Rasa nak nangis, tapi dia concern kan sebenarnya? Entahla, sekumpulan dengan lelaki buat pertama kali menakutkan saya sangat. Takut. Saya pun angkat satu pot je lepas tu.

Nak cerita juga, masa birthday saya 2008, jatuh pada 18 Oktober, 18 Ramadhan, umur 18. Sangat cantik nombor tu. Saya sangat suka :)

Dan pada masa yang sama ada beberapa lelaki dalam kelas wish birthday saya. First time in my life ada orang lelaki wish birthday kot. Saya tak sukakan perhatian, just cakap terima kasih ya.

Ada satu masa tu kan, malam tu ada test paper last. Malam tu saya dan kawan-kawan bergembira hinggakan keesokan paginya kami bangun lambat! Oh! Kelas pukul 8 tapi pukul 7.45 baru saya terjaga balik. Terus bersiap dan naik bas. Sesampainya di asasi, dah 8.30 masa tu. Kelas matematik. Saya takut dan malu sangat. Ya. Sebab saya tak pernah pun datang lambat. First time la ni lambat ni. huih

Masuk kelas wat muka tebal. Malu gilak. Pastu duduk kat depan jela, dah malu nak ke belakang. Masa tu prof ajar apa tak ingat. Tapi saya dah pernah belajar kat matrik la dulu. Tiba-tiba prof suruh baris meja saya jawab soalan kat depan. Saya pun toleh ke belakang, tengok budak perempuan dan lelaki yang ada kat belakang. Semua tunduk dan geleng-geleng. EH? Sape nak jawab ni??

Last-last saya bangun dan jawab soalan tu, sama macam soalan yang saya biasa buat masa matrik. Terketar-ketar aku menulisnya. Akhirnya siap. Saya pun kembali ke tempat duduk. Prof cakap betul. Budak-budak lain semua bunyi waaa. Aku malu sorang-sorang. Dahla datang lambat, tapi dapat jawab soalan plak tu. hehe

Usrah plak, saya bersama akak-akak yang lebih tua, setahun, dua tahun, tiga tahun. Membuatkan perangai keanak-anakan saya bersama mereka menebal sampai sekarang.haha. Bulatan kami di mana-mana sahaja yang tercapai. Dan saya rasa macam ada keluarga di situ. Bila saya rasa nak tidur bilik akak ni saya pergi la lari ke kolej dia. Kalau nak pergi bilik akak lain saya pergi kolej dia. Saya rasa lebih banyak connection dan kenal ramai orang begitu, takdela kenal budak asasi je.

Kalau ada program mingguan, saya akan kosongkan masa saya yang memang kosong dan pergi je program ISK,IPK,SH masa tu. Takde alasan nak bagi. Dan saya seronok dengan semua tu. Cuma yang tak seronoknya, mungkin sebab saya sorang je asasi. Bila ajak kawan, ada yang menolak. Ada yang nak pergi, tapi esoknya tak jadi. Okla, takkan nak paksa kan. Sejak tula saya dah malas nak ajak orang, biarlah saya pergi sorang-sorang.

Itu menjadikan saya lebih independant dan lebih berhati-hati untuk mengajak orang. Menyusun strategi supaya ajakan itu jadi manis umpama madu, bukanlah sepahit hempedu!

Alhmdulillah sem tu berlalu dengan result yang agak memberansangkan, walaupun saya expect saya dapat sikit dari tu. Tapi ummi nak saya dapat lebih dari tu. Err. huhu

Bersambung...

Sunday, July 29, 2012

Just make it clear & simple

Saya suka melancong2 baca blog juga selain daripada mengupdate blog. Lagi-lagi masa malas nak update blog, saya lebih suka bersiar-siar ke blog-blog orang. Mungkin ramai ada habit camtu jugak.

Melancong ke blog-blog orang lain, selain dapat baca input baru, info baru, kita dapat mengetahui buah fikiran seseorang.

Dan tak dinafikan banyak blog mantap-mantap, hebat-hebat penulisannya, berbunga-bunga, dapat menyerap ke dada manusia. Berbagai teknik penulisan, gambar dan gayanya.

Perbezaan tu pun menarik bukan?

Howhow.

Saya malu nak bandingkan dengan blog sendiri yang kadang-kadang lebih ke arah emosi dan personal. Saya cuba untuk menulis semantap itu, namun tidak kena. Saya rasa bukan itu kot kemampuan saya. Saya lebih sukakan penulisan yang agak kenakal-nakal comel bunyinya. Sebab saya tahu pembaca blog ni pun sape je. Kawan-kawan terdekat yang kenali saya. Adik-adik bulat pun mungkin ada. Takkanlah orang qowiy baca blog aneh begini. erk

So haruslah bagi saya untuk menggunakan ayat mudah ya di sini. Saya lebih suka selitkan cerita tentang saya or orang sekeliling. Nanti bila saya baca balik kan post yang lepas, saya dapat sedarkan diri saya yang saya pernah tulis benda tu.

Mungkin tidak berfikrah mana. Tapi inilah gaya yang lebih saya rasa dekat dan mudah. :)

Bukan apa ya,kadang-kadang terasa kerdil je blog ni nak dibandingkan dengan blog akak-akak abang-abang yang qowiy. pergh. Tapi saya tak mampu menulis sebegitu, biarlah saya sekadar menjadi pembaca yang hebat boleh? :]

Masing-masing ada gaya dan cara tersendiri. Just accept the differences :]

Melankolinya aku 1

You pernah buat personality test? Yang ada jawab beberapa soalan untuk kenal personaliti diri kita tu.

Saya ada buat haritu. Dan saya dapat yang macam yang tajuk tu.

Haih. Melankoli? Taw dok melankoli tu maksud apa? Melankoli tu sendiri bermaksud sedih, muram. wowo.hehem

Lepas tau kita ni masuk kategori apa, pastu dia ada cerita la personaliti-personaliti setiap jenis tu.

Seorang melankoli, selalu berfikiran negatif, perfectionist, beremosi, nak orang faham dia, cerewet, mudah ingat benda-benda yang kecil *birthdate orang lain, no telefon,dll.

Bila saya baca buku tu saya akui, saya sangat melankoli.

Post kali ni saya nak cerita kisah kat bilik kolej saya, masa saya dengan roomate.

Selama ni saya sangat stress balik bilik tengok bilik tidak terurus. Kadang-kadang bila saya dah kemas tempat saya, tapi tengok tempat roomate saya tidak kemas saya jadi stress. Penat dari kelas macam tu lagila arghh. Lagi-lagi bila masa exam, kalau boleh saya akan clearkan meja saya untuk nota yang nak dibaca je. Tak nak serabutkan dengan barang lain.

Tapi roomate saya lain, dia jenis yang kalau exam lagi berkubang meja dia. Kadang-kadang saya rasa nak marah je dia suruh kemas meja dan cakap saya tak boleh tengok keadaan macam ni. Tapi saya mana pernah marah kawan. Adik marahla.haha. Saya lebih banyak memendam kot.

Bila roomate saya buat apa yang saya tak suka, saya diam. Dengan harapan dia faham diamnya saya tu sebab saya tak suka dengan keadaan meja dia yang berserabut tu. Tapi takde perubahan pun, sebab meja yang lebih berserabut tu jadi inspirasi buat dia untuk study. Ya Allah.TwT

Lepas tu saya lagi stress. Stress nak exam + stress dengan suasana yang tidak memberansangkan. Sebab itu kadang-kadang time final saya balik rumah. Saya mencari satu suasana yang menyenangkan bagi saya. Kalau tak lepas tu pendam lagi dan stress sendiri.

Kadang-kadang saya tegur juga tapi kejap jela, lepas tu jadi balik. Sampaikan satu masa saya pelik yang amat. Kenapa dia macam ni? Tak fikir ke perasaan orang?huih

Bila baca buku personaliti ni, dan bila saya suruh roomate saya ni buat test ni masa praktikal haritu, saya dapat tahu dia adalah sanguine person. Ow. Patutla dia tak kisah pun mejanya begitu, sebab bagi dia takde guna pun kemas meja cantik-cantik sebab nanti bersepah balik. Dan dia lebih selesa begitu. Namun dia tak sedar roomate dia yang melankoli ni tak sukakan keadaan begitu. Akhirnya kawan yang melankoli ni sabar je dan melarikan diri.wahaha

Dan mengikut pembacaan saya juga, melankoli dan sanguine ni serasi, mereka sesuai bersama. hmm. Memang betul pun.

Bila roomate saya ada masalah, dia selalu lepaskan perasaan kat saya. Saya sekadar menjadi pendengar dan kadang-kadang bagi nasihat. Baginya satu kepuasan untuk luahkan perasaan pada orang. Tapi saya lagi puas luahkan perasaan kat sini atau simpan saja di hati.heh

Kadang-kadang roomate saya macam kalut or careless, saya bagi dia idea or options yang membantu dia. Dia selalu tergelak bila dia rasa dia pun tak terfikirkan benda macam tu, benda simple dan remeh.

Melankoli ni pulak kalau nak dekat presentation, dia gabra habis. Selalu resah gelisah gulana. Praktis banyak kali depan cermin. Siap buat teks. Tapi si sanguine ni tak prepare apa-apa pun, sebab dia confident dan tak kisah apa orang cakap. Melankoli sangat kisah dengan setiap tutur kata yang dia akan keluarkan nanti. Takut orang gelak ke kalau salah. Pesimis sokmo melankoli.

Tapi bila ada sanguine kan, dia akan bagi semangat kat melankoli. Relax, bertenang, jangan takut, jangan gubra. Sanguine siap tolong melankoli praktis bercakap omputih dalam bilik sampai ke pagi buta. Alahai melankoli gugup rupanya.

Tapi bila present, melankoli rasa lega. Dan balik bilik je sanguine cakap you cakap tadi ok je la! You je fikir lebih-lebih semalam. Yes, melankoli takut buat silap kerana kesilapan itu bisa menghantui hidupnya. Cara cakap tanpa sedar begitu membuatkan melankoli rasa lebih termotivasi.

Sanguine pula sukakan pujian. Lepas present je dia tanya macam mana tadi? Macam mana? Melankoli pun cakap ok, best je. Berbunga dan kembanglah sanguine itu. heheh.

Pelik. Patutlah kawan saya si sanguine ni selalu je bangga bila dipuji. Sebab sanguine makan dengan pujian. Melankoli plak bila dipuji, dia was-was. Betol ke dok orang ni puji aku?haha. Yes I did it. Sebab kadang-kadang tak rasa pun macam orang puji. Pujilah Allah sebanyak-banyaknya ya. Puji manusia lebih-lebih nanti riak plak.

Waa. Patutla selama ni saya rasa manusia ni complicated sangat. Macam-macam jenis ada. Apapun lepas ni kena lebih terbuka la kot kan. Kadang-kadang seseorang tu buat macam tu takde niat pun nak sakitkan hati kita, just dia tak tahu itu menyakitkan hati kita. Memahami lebih baik daripada terus-terusan menghukum mereka.

Mengenali manusia ada perbezaan personaliti ni buat saya rasa manusia ni memang pelbagai ya. Saya pun sedang menilik manusia sekarang, mengagak-agak which personality are they? Dengan tahu benda ni je kita boleh agak kriteria orang tu macam mana, walaupun tak 100% betul. Tapi saya cukup teruja mengetahui perkara ini.

Habis kisah 1. Nanti saya taip kisah lain pula :P

Wassalam.

3 tahun

Haey! Saya dah tamat 4 tahun belajar di UpM! ^^

Alhamdulillah dah lama sangat kat uPm ropenya. Dah macam-macam perkara dah belajar. Kiranya saya mematang dengan lebih matang di sini.

Selain daripada ilmu duniawi, dunia ukhrawi pun saya belajar. Seronok, seronok. Ada sape-sape nak masuk u saya lagi? keh

4 tahun berlalu. Rasa gumbira ke? Tak sebenarnya. Saya tak rasa gembira mana. Gembira syukur alhamdulillah kerna diberi peluang untuk berada di tanah uPm, medan Upm ni. Tapi saya rasa saya perlu banyak muhasabah diri kot. Banyak-banyak-banyak.

Dalam 4 tahun kat u ni, berapa banyak saya dah buat kebaikan? Dah menjalankan amanah Allah sebagai abid dan khalifah? Ajak orang buat baik, tinggalkan kejahatan? TwT

Mungkin terlalu banyak masa diambil untuk memperbaiki diri yang sememangnya hina dina ini di mata Allah. Terlalu fokus apa yang tidak pasti dulu. Terlalu banyak permainan kanak-kanak dan badak-badak. Usah disoal maksud ayat ni,saya pun pakai taip. hmm

Melihatkan hal ini. Saya rasa macam saya masih ada peluang untuk membalas dendam atas apa-apa yang saya tak capaikan selama 4 tahun ini. Kerana saya masih ada peluang 3 tahun lagi di u ni. Sape bagi peluang keemasan ni??

Mestilah Allah! :)

Saya tahu. Dari zaman saya anti usrah lagi, saya rasa saya asyik didorong ke jalan-jalan yang membuka hati saya ke jalan DnT. Bukan nak kata apa, sejauh mana saya cuba mengelat pun, sepandai-pandai saya cuba lari pun, akhirnya tersungkur juga ke jalan ini. huk huk.

InsyaAllah kali ini lebih ikhlas dan lebih faham kepentingannya.

Ok, berbalik kepada 3 tahun ni. Saya berniat untuk menjalankan amanah itu sebaik mungkin, selagi saya masih bernyawa, selagi lagi mampu insyaAllah.

Tadi dalam kereta otw balik rumah, kepala dah pening sebab sahur durian sebiji ( bukan seulas) sebab abah paksa habiskan, takut buruk katanya. Dan2 tadi saya kurang bercakap sebab asyik sendawa durian =.=''. Sambil air cond waja yang tiba2 kurang berfungsi. Hangat seluruh tubuh bermandikan peluh di petang hari. fuh.

Tatkala melalui jalan bangi lama yang bersimpang siur, tiba-tiba terfikir sorang-sorang.

Kadang-kadang saya takut sendiri, apakah saya mampu lagi berada bersama mereka yang comel-comel tu, saya panggil saya adik manis untuk 3 tahun akan datang? Bersama-sama mendokong risalah islam. wargh.

Adakah saya masih bersama mereka, atau mereka akan bersama saya lagi kelak? Untuk 3 tahun akan datang?

Rasa macam sekejap je berkenalan. Tiba-tiba dah terfikirkan akan sebuah perpisahan. Aku cuba setia, kalau ku suka ku sayang. eh?

Entah apa yang saya karutkan. Tapi ketahuilah tak semua benda boleh saya tulis di sini. Kadang-kadang hanya mampu tulis di hati je. hehe

Ok tu je. Update ni sebab ada akhawat request lagi. Eh tak, ikhlas menulis sebab ini yang terlintas di fikiran.

Selamat berpesta ibadah :) Salam

Tuesday, July 24, 2012

一人で

Saya start balik blog lepas hibernate. Harini saya rasa seronok sangat. Saya dapat jumpa ramai orang selain daripada di duduk kat rumah je. Pagi-pagi hantar abah kat KTM. Pergi ceramah bye Prof Ali kat fudtek. Pastu lepak masjid u. Sendirian. Pastu pergi Pinggiran Putra nak edit2 gambar. Dapat jumpa ustazah & dengar ustazah bercerita sambil ngomel lukisan saya.huhu. Pastu drive sorang2 balik masjid balik.Rasa nyaman, tenang dapat beriktikaf kat masjid ni. Sebab apa tak balik rumah lagi? Malam ni ada bulatan gumbira, dengan mereka :-) Dalam bersendirian ni saya rasa lebih banyak masa untuk muhasabah diri. Ada waktu untuk diri. Ya. Saya sedang merindui ketenangan ini. Tajuk post ni hitoride : keseorangan. Sometimes we need time alone. Jaa. Itu saja. Semoga dapat mantapkan iman di hari ke4 ramadhan ni.Hibernate balik. Salam.

Friday, July 20, 2012

Hibernate

Huey huey.

Nak hibernate dah ni. Satu sebab dah nak ramadhan. Kurang beronlining. Lebihkan beribadah insyaAllah. Disamping kuota broadband pun dah penuh dengan sengaja.

Yosh!

Lately takde apa nak share pun. Sumanakatta.

Harap dapat maintain iman di bulan Ramadhan ni. Lebih-lebih lagi di waktu wanita cuti. wargh.

Yabai yabai yabai.

InsyaAllah. Oklah, itu saja buat kali ini.

Baibai.

Ramadhan kareem semuanya! Jumpa lagi insyaAllah.



Tuesday, July 17, 2012

Update

Salam kak Ainnaa yang setia singgah blog kami.heheh

What to update?heheh

Praktikal dah habis untuk sem ni. Alhamdulillah. Banyak pengalaman baru yang dapat. Antara yang tak boleh lupa adalah part di mana kami semua kena marah dengan puan besar.oh. (saya mudah ingat kenangan pahit, melankoli katakan,hehe)

Kena marah sebab apa entah. Kami datang ke sana just nak tahu macam mana pengurusan lembu dan kambing. Tapi puan tu expect kami sangat tinggi. Sangat.

First day dengan puan tu, kami dah kena buat tag dan tatu dekat telinga anak lembu. Saya takut itu tahu? Masa kat praktikal kelas ada je buat menda tu, tapi saya ngelat sebab saya takut benda tu akan menyakitkan anak lembu tu. Sakit tahu, dengan anak lembu struggle. aduh

Tapi kat tempat tu, puan tu tunjuk sekali dan suruh kami buat! Oh! Saya dah menggeletar. Puan tanya sape nak buat dulu, semua diam.aa. Saya nampak paling kalut kot. Nice je puan panggil nama saya: Ha Atiqah, awak buat dulu! Wa,saya nak menangis dah masa tu. Dengan kawan-kawan semua moody haritu sebab emosi kami terganggu. Memang nice.

Pastu saya pun buatla tatu, ah! Anak lembu tu menggelepar kesakitan. Saya mulakan dengan bismillah sambil lepas siap tu saya terloncat-loncat sebab kasihan :(. Pastu kena buat tag, macam subang kat telinga yang ada ID tu. Masa saya tekan tiba-tiba puan cakap kejap! Tapi saya dah tekan. Rupanya saya dah buat terketepi sangat. Puan cakap, saya tolak 50 markah. ERK???!! Chotto! Saya baru belajar tadi, kan puan cuma cakap kena elakkan kena salur darah. Tak cakap pun jangan tepi sangat.

Lepas tu saya sangat down tiba-tiba. Apa pasal kena tolak markah? =.=''

Lepas tu kena angkat anak lembu yang berat. Dan pulang.

Keesokannya saya kena basuh kandang mak bapak lembu yang penuh dengan najis. Air sembur tu sangat kuat hingga saya sembur air ke najis, najis tu percik balik kat saya. Nice. haha =.=''. Baru nak jaga coverall (baju +seluar) yang basuh tiap-tiap hari. Pastu hujan lebat, basah kuyup. Dapat ngelat bersihkan kandang tu. haha

Pastu kami pergi kat satu tempat yang doktor suruh, tapi dr. tak datang-datang. Tiba-tiba puan lalu. Tapi dia tak cakap apa-apa. Pastu dr, bagitau kami puan nak jumpa kami. ayok

Puan tunggu kami berjalan ke arah dia dan puan tengking kami habis-habis.aaa. Saya tak tahan. Saya rasakan itu adalah sesuatu yang SHOCK! Kenapa macam ni. Kami tunggu dr, bukan duk saja. hesh. Lepas tu puan suruh kami timbang anak lembu, bagi minum susu.

Petang tu buat debanding, buang tunas tanduk anak lembu. Kena cukur bagai. Pastu letak paste untuk matikan tunas dia. Kesian tengok si anak lembu menggelepur lepas tu. Tapi takpela , itu untuk kebaikan dia jugak.

Hmm.

Overall best je praktikal kat sini. Macam-macam benda berlaku. Awal-awal tu best gila, tapi dah nak akhir tu ada adegan kena tengking tu yang tak best tu. Pak cik-pak cik dan abang-abang kat sini semua baik-baik dan ramah-ramah. Setakat ni perempuan yang handle kami dengan baik cuma 10%. Hoh.

Betul, selama saya praktikal ni saya perasan yang perempuan lebih beremosi melayan kami. Kalau dr perempuan lagilah, semua masam je, walaupun ada je yang ok. Dr. lelaki je yang baik dengan kami. Ke memang macam tu?

Pastu ada sehari takde air seluruh Kluang, kami pun dapat kenal dengan student kat situ. Borak-borak, pastu dorang bawak gi jalan-jalan kat sekitar kawasan tu. hey~

Alhamdulillah. Bilik besar, selesa, dapat duduk seminggu free je. Pastu makanan murah, sedap. Dapat bawa balik susu segar free, hehe. Tq uncle Raja! Walaupun baju kotor setiap hari kena basuh, sesungguhnya praktikal kali ni best!

Tapi, argggh, 2 report kena siapkan! >.<.

Monday, July 9, 2012

Kono kimochi

Jujur sekali...

Sekarang ni saya ada kat Kluang. Baru sampai pagi tadi lepas bertolak dari rumah pukul 4 pagi.

Kono kimochi? Apa tu? Maksudnya perasaan ini.

Perasaan ini.. bercampur baur.

Saya rasa tidak tenang sekali. Saya rasa kacau. Dan saya rasa keserabutan melanda diri tiba-tiba.

Mungkin kerana kepenatan yang melampau dicampur dengan emosi yang bercampur baur.

Setulusnya semasa dan selepas jaulah saya banyak menangis. Mungkin saya perlukan masa untuk berfikir dan terus berfikir apakah ibrah disebalik semua yang berlaku ni.

Saya perlu tenangkan perasaan. Aduh, penat masih belum hilang ya. Tadi sampai-sampai terus masuk kandang lembu. Ada pregnancy test kat lembu, nice-nice je taik dia jatuh atas kencing dia dan splash! Kena kat coverall kami. haha. Nice one lah.

Balik-balik bilik je terus pengsan. Penat semalam semalam dan bangun 4 pagi dan drive sampai ke Kluang sorang-sorang. wooh. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas pengalaman-pengalaman baru ini. Saya tahu saya sedang belajar sesuatu. Belajar sesuatu tanpa tak sedar. Belajar sesuatu yang tak pernah lagi saya dapat sebelum ni.

Ok itu saja update terkini. Doakan saya dapat berpijak di bumi nyata. Tempat ni sangat cantik dan best! Macam sedang bercuti di tempat peranginan. :) Sejuk, damai, sentosa.

Wassalam.

*kakak-kakak yang comel sentiasa menggembirakan hati saya.terima kasih kerana sabar dengan karenah saya.haha.semoga kita terus tabah dan sabar menjalani hari-hari yang mendatang! :*

Friday, July 6, 2012

Dalam diri saya ada ummi & abah :)

Salam

Semalam saya dan adik lelaki saya telah bersama-sama pergi ke Alam anda selepas pergi AZIM. Saya dah lama mencari-cari sebiji buku berwarna biru ni. Entah kenapa saya nak sangat miliki buku ni. Saya dah google blog-blog yang komen pasal buku ni. Not bad, ada sesuatu yang menarik.

Nak dipanjangkan cerita, saya dah pernah cari kat Popular haritu tapi orang kat kedai tu tak tahu apa pun pasal buku ni. Saya malu la nak tanya nama penulis dia, kan sedang musim dia ni kawen. Tak pasal-pasal cakap saya ni fanatik gila dengan dia ni. Oh tidak!

Kat MPH pun mula-mula saya cari tak jumpa pun. Tapi tiba-tiba masa nak balik tu adik saya ternampak buku ni kat kaca depan. Woo. Terus dia gi belikan. haha

Saya bawa balik, tiba-tiba si baby gelak sorang-sorang. Saya pun pelik. Rupanya dia nampak cover buku ni, ada orang senyum. haha. lawakla qays nih!

Okla. Nila buku yang saya maksudkan. Tak nak tulis, nanti orang google jumpa. RM13 saya beli.



Sebenarnya dari masa dia ni belum berhijrah saya suka dia sebab dia senyum comel. Nampak manis. Tapi lepas dia berhijrah lagilah saya suka. Melihatkan perubahan dia, hijrah dia. :)

Dia dah jumpa sesuatu yang boleh buat dia berubah. Dan sekarang, menggunakan logam yang dia ada masa sebelum hijrah ke arah yang lebih baik.

Apa pun, don't expect too much untuk orang yang berhijrah. Ada kata dia mewah sangat ke, dia gelak besar sangat, solek-solek. Mungkin dia ambil masa untuk berubah sepenuhnya. Bukan mudah nak buang karat-karat jahiliyah. Kan? wuwuwu.

Alhamdulillah dia nak kebaikan tu. InsyaAllah semoga diberikan kekuatan untuk menjadi muslimah yang lebih baik :)

Berbalik pada buku dia. Ada satu bab tu pasal dalam diri kita ada mak, ayah kita.

Pernah tak orang cakap: "eh, awak ni pandai cakap macam mak awaklah!" atau : "patutla lari laju, ayah dia pun pemenang lumba lari je masa kecil dulu". Dan pelbagai lagi.

Kan? Nak tergelak gak sebab selalu je gitu.

Dia suruh senaraikan apa ciri-ciri mak ayah kita.

Then, highlightkan apa yang kita rasa ada pada diri kita.

Lihat, walaupun tak semua, ada gak yang sama bukan?

Sebab kita dibesarkan oleh mereka, secara tak sedar kita dah tertiru ciri-ciri tu. Faktor genetik pun boleh jadi gak.

Saya ada buat gak


Yang pink tu apa yang saya rasa ada pada diri saya. Bukan nak perasan, tapi saya rasa saya ada ciri-ciri tu dalam sedar. Tak 100% pun, mungkin 20% pun jadilah. heh

Itu saja, cubalah try buat camni. Menarik gak. Sambil-sambil tu kita fikir balik, betul ke kita dah kenal mak ayah kita? hihi

Ok, semoga bermanfaat! 

Wassalam.

Thursday, July 5, 2012

Ini cerita itik

Bismillahirrahmanirrahim.

Here is the story of itik. The truth is, saya rasa saya minat dengan bidang per"itik"an. Sebelum ni nak sangat ke small animals sebab minat kucing. Tapi saya lihat itik ni macam menarik je. hehei. Ke nak jadi lecturer?....... impian boleh di simpan.....

Kembali kepada kisah itik. :P

Itik, saya pasti anda kenal itik tu apa kan? Ala yang bunyi quack, quack tu. Apa yang membezakan itik dengan ayam? Yang paling ketara adalah paruh dan kaki mereka, itu antara yang dapat dibezakan dari luaran la.

Yang saya jumpa kat tempat praktikal tu adalah itik Muscovy & Khaki Campbell. Senang je nak bezakan mereka berdua, Muscovy warna putih, manakala Khaki Campbell warna khaki la, coklat-coklat gitu.

Muscovy duck

Khaki Campbell 

Apa lagi ya..

Macam-macam yang kami buat. Daripada telur sampailah ke mak bapak itik kami kerjakan. eh, kami main la lembut sikit ayat ye dak?

Ok sekarang saya fokus kat telur ya, dari proses telur dikutip dari reban sampailah ke penetasan anak itik untuk jualan.



Telur Muscovy & Khaki Campbell dikutip dari reban setiap pagi dan dihantar ke rumah haceri, rumah penetasan.

Dalam banyak-banyak telur tu, akan ada telur yang sedia bersih, ada yang sangat kotor terkena tanah, ada yang terlebih kotor kena tahi ibu mereka atau kawan-kawan ibu mereka.

Kemudian telur-telur ini akan diasingkan. Pengasingan itu mengikut kriteria-kriteria seperti saiz, bersih/ kotor, retak atau tak retak.

Telur yang bersih akan ditapis mengikut saiz-saiznya. Yang kecil sangat akan diasingkan keluar. Hanya yang besar dan bersih akan dikekalkan untuk ditetaskan.

Manakala telur yang besar, tetapi terlalu kotor akan diasingkan juga, tetapi ia tetap akan digunakan untuk penetasan, cuma ia perlu dibersihkan dalam formalin selama 5 minit sebelum ia bisa bercampur dengan telur yang sedia bersih.

 Saiz terlalu besar dan terlalu kecil

Telur kotor akan dibasuh di sini

Telur yang retak akan diasingkan keluar juga. Telur yang retak & kecil akan dijual kepada pembeli-pembeli yang ingin membeli dengan harga 10-20 sen sebiji.

Telur yang berkualiti ini akan dimasukkan ke dalam cooling room untuk seminggu.

Lepas tu baru la dia ditransfer ke bilik incubator untuk pengeraman.

Itik Muscovy akan menetas dalam tempoh 35 hari, manakala Khaki Campbell plak menetas dalam masa 28 hari. Unik bukan?

Dalam proses pengeraman tu plak, suhu, kelembapan, pengudaraan adalah penting untuk menjamin kemenetasan telur itu nanti.

Dalan tempoh ini juga, telur-telur ini akan disemburkan dengan satu bahan kimia untuk menipiskan sikit lapisan kulit telur, supaya nanti lebih mudah untuk anak itik nak menetas, sebab telur itik ni kulitnya tebal.

 Proses sembur

Lepas tu, pada hari ke 32 bagi muscovy duck, hari ke 26 bagi Khaki Campbell, telur akan ditransfer ke bakul penetasan. Sebab lagi 2 hari anak itik ditarget untuk menetas.

Telur yang ada warna hitam, telur tembelang akan dibuang dan diasingkan daripada telur-telur yang sihat. Dan yang memang kosong di dalamnya juga dibuang.

Ni lah bakul penetasan

Wah, excitednya nak tunggu mereka keluar! Tapi sebelum tu mereka masuk peti lain plak, peti penetasan. Dalam peti ni, suhu dilaraskan lebih tinggi, kena jaga kelembapan dan pengudaraan jugakla. Ini crucial.

Jeng. Jeng. Jeng.

Hari yang dinantikan. Bila buka peti je dengar bunyi macam anak burung bising-bising. Dan kelihatanlah anak-anak itik yang comel! Ada warna kuning dan coklat, bergantung kepada baka masing-masingla. Seriusly kami excited sangat-sangat-sangat tengok anak itik tu. ^^

Tapi masa ni tak semua anak itik menetas sepenuhnya lagi. Yang dah menetas tu, comel je. Nampak segar. Cantik. Yang cantik-cantik ni akan dikutip dan dimasukkan ke dalam kotak khas untuk dijual.

Dalam masa memilih anak itik yang comel, adalah kami nampak telur-telur yang belum menetas bergerak-gerak. Telur dah retak, kami tolong pecahkan dan keluarkan anak itik tu. Encik tu suruh kami tolong, jadi kami tolonglah. Tapi dalam hati rasa kasihan, sebab bila kita tolong mereka, mereka tak sehebat dan sekuat anak itik yang berusaha keluar sendiri dari telur tu. Ianya berbeza dari segi independece dan survivability. eh? betullah.

Anak Khaki Campbell

Kemudian yang masih menunggu untuk menetas dimasukkan balik ke dalam peti hatching dan esok harinya adalah hari terakhir peluang untuk mereka hidup.

Anak Khaki Campbell kena buat sexing; kena check cloaca dia untuk tentukan jantina mereka. Yang jantan ada something warna putih, manakala yang betina ada 2 lubang. Seriusly, susah sangat saya nak buat benda ni. Saya buat beberapa kali dah give up. Sebab 1) bila buka cloaca tu mesti najis mereka terpancut, 2) saya buat tak nampak-nampak beza jantan betina, 3) dah ada 2 ekor anak itik mati lepas kami buat sexing, 4) orang nak jual anak itik tu, kalau salah nanti bahaya. anak itik jantan makan lagi banyak. dan orang lebih mahukan itik betina for egg production, 5) masa buat sexing ayam pun saya give up. =.=''. I'll do my best! later.. :P



Dan yang dah lemah masa sexing pun akan diasingkan for cull.

Esoknya, lagi banyak anak itik yang menetas. Tapi bagi anak muscovy duck, tak semuanya menetas. Banyak juga yang tak keluar-keluar, disahkan mati dalam telur, mati sebelum sempat keluar.

Yang survive pun ada yang lemah, ada yang kami tolong keluarkan tu sakit, lemah-lemah. Memang dah tak larat, dah nazak.

Yang terpilih untuk jualan adalah anak itik yang cantik-cantik, yang bermata bulat (plum eyes), yang boleh berdiri tegak, tiada sakit apa. Yang tidak terpilih untuk jualan akan di"cull": maksudnya akan dihapuskan.

Anak muscovy duck

Begitulah riwayat hidup telur itik.

Apa ibrah yang dapat eh?

Lihatlah, untuk menjadi seekor itik yang cantik yang layak untuk dijual, adalah tidak mudah sama sekali. Apa yang jelas, akan ada banyak tapisan-tapisan yang perlu itik-itik ini lalui terlebih dahulu sebelum mereka layak dijual kepada penternak itik.

Dan hanya itik yang cantik! Itik yang cantik yang terpilih untuk dijual. fuh.

Diibaratkan beginilah. Kita yang berada di dalam jalan ini (anda faham bukan maksudnya saya?), semuanya juga ditapis.

Tapisan-tapisan yang membuatkan kita tertapis tanpa disedari.

Macam telur itik ni, tapisan berlaku bila telur dari reban sampai. Yang bersih, putih lepas tapisan pertama. Tapi yang kotor dibersih, dibasuh sampai jadi putih. Dibuang tahi-tahi dan tanah yang melekat ibarat lumpur yang menepek di kulit.eh. Tapi akhirnya mereka bisa bersama dengan telur yang putih itu.

Malangnya yang tidak menepati saiz dan retak diasingkan terus dan boleh dijual untuk buat kuih dan masakan.

Dalam tarbiyah juga, Allah akan pilih orang-orang yang betul-betul mahu dan ikhlas untuk melalui jalan ini, dan tapisan pertama dah lepas. Mungkin yang terlepas itu, tidak bersama di jalan ini. Tapi mereka tetap masih berguna untuk masyarakat. Saya pun beli juga 10 biji. haha

Kemudian dimasukkan mereka ke dalam peti sejuk selama seminggu. Mungkin peti ni boleh dianggapkan sebagai pusat pentarbiyahan? Usrah? Mungkin. Dalam peti ini telur-telur ini dijaga dengan rapi. Masa ni juga telur-telur ini dalam keadaan yang tenang. Tidak tahu mana telur yang akan menetas, mana yang tidak akan menetas. Sebab semua nampak sama, dari luaran. Semua putih.

Selepas seminggu, telur-telur ni pula akan berpindah ke bilik baru, bilik pengeraman. Dalam bilik ni lama juga mereka duduk kat dalam ni. Mereka diberi haba yang mencukupi, diberi kelembapan, diberi pengudaraan. Ya selesa buat mereka yang bergelar telur. Keperluan mereka diberi sebaik mungkin.

Ini juga proses tarbiyah. haa. tolong saya bagi idea. saya ada idea tu tapi tak tertulis, anda nampak?

Lepas beberapa hari, telur-telur ni akan keluar kejap dari peti pengeraman untuk disembur bahan chemical. Yang mana membantu mereka untuk menetas nanti. Sebab kulit mereka cukup tebal. Nanti susah nak keluar.

Chemical tu ibaratnya bahan-bahan tarbiyah, ilmu yang didapati dalam usrah. Dapat lebih banyak pengalaman dalam tarbiyah ni. Mungkin dengan pergi mukhayyam, masuk air semua, pastu keluar je jadi semangat. Jadi lebih berkobar-kobar dan lebih cintakan tarbiyah ini.

Tapi masa nak sembur ni juga, ada beberapa telur yang tak tahan dengan suasana dalam peti hatching. Ada yang tak minat dah ngan usrah. Mereka jadi telur tembelang, yang akhirnya terpaksa disingkirkan daripada kawan-kawan mereka yang masih mahukan usrah. Dah tak tahan dengan tarbiyah. Tapisan kedua telah berlaku.

Telur-telur ni pun dimasukkan kembali ke dalam peti sampailah satu tempoh yang ditetapkan.

Bila dah sampai masa, telur-telur yang dieramkan akan dikeluarkan dari peti tu dan akan dipindahkan ke dalam bakul hatching: bakul dia nak menetas nanti.

Masa ni pun ada beberapa biji telur yang rosak, tembelang, dan kosong. Yang gelap. Yang mana embryo itik dah mati dalam telur semasa dalam peti. Telur-telur ini akan diasingkan dan tidak terpilih untuk masuk dalam bakul penetasan. Masa ni juga telur-telur akan ada "pip": kesan retak yang anak itik buat menandakan dia dah nak menetas dah!

Tapisan berlaku lagi.

Ada anak itik dah tak tahan dengan inkubasi itu, ditapis lagi.

Berlakulah pemindahan telur ke dalam bakul.

Lepas tu telur-telur tu akan dimasukkan ke dalam peti penetasan. Di mana dalam bilik ni suhu, kelembapan dan pengudaraan turut diberi sebab tu kan keperluan untuk mereka nak menetas.

Suhu kena betul, sebab kalau panas sangat nanti telur cepat sangat menetas, dan boleh jadi cengkerang telur dan anak itik tu melekat bila dah menetas. Kalau menetas cepat sangat, nanti anak itik duduk dalam peti tu lama-lama boleh dehydrated dan stress.

Tapi kalau suhu rendah sangat plak nanti anak itik akan menetas lambat sangat, which is not good. Nanti masa keluar mereka akan jadi basah sangat.

Lepas 2-3 hari dalam peti penetasan. Akhirnya, anak-anak itik mula menetas!

Ada yang sihat!
Ada yang macam blur-blur.
Ada yang lemah.
Ada yang sakit.




Ada yang mati separuh jalan masa nak keluar dari telur.
Ada yang memang tak keluar langsung dari telur. Jadi sebiji telur yang sangat cantik.

Ada yang sihat dan cantik masa keluar, tapi lepas sexing tiba-tiba mati.

Mungkin terkejut dengan sexing tu, kesian pun ada saya nengoknya.

Tapi, itulah tapisan.

Tapisan-tapisan akan sentiasa berlaku dalam hidup kita. Mungkin ada yang pada awalnya cantik je pada tapisan awal, tapi di tapisan seterusnya dia gagal.

Ini baru tapisan manusia, tapis anak itik yang cantik. Yang terbaik untuk digunakan sebagai itik penelur.

Itik cantekkk

Untuk menjadi seekor itik itu, akan ada banyak halangan. Ada cabaran-cabaran yang dihadapi. Kalau dia tahan cabaran tu, maka jadilah dia itik. Tapi kalau dia tak tahan dengan cabaran itu, maka terasinglah dia dari kawanan itik yang tahan dengan cabaran itu.

Hebat bukan itik yang dah menjadi seekor itik? Memang kuatlah mereka ni. Kagum melihat tapisan-tapisan mereka.

Tapi manusia lagi hebat, manusia lagi istimewa daripada itik,bukan? Sebab kita memang makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Jauh lebih baik daripada haiwan.


Makanya, jom jadi macam itik! Eh, maksud saya jom ambil ibrah daripada itik ni. Demi menjadi seekor itik, berbagai cabaran mereka terpaksa tempuhi dan mereka berjaya akhirnya! Mereka berjaya melepasi berbagai-bagai tapisan yang tercipta buat mereka. Asalkan mereka ikhlas menjadi seekor itik. eh??

Kita sebagai manusia, sebagai muslim, sebagai budak yang join usrah, sebagai daie, mungkin boleh jadikan itik sebagai bahan untuk berfikir. Berfikir tentang ciptaan Allah, sebab benda yang sama juga belaku dalam hidup kita. Allah menapis kita. Menapis dan terus menapis. Siapakah diantara kita yang terbaik amalannya? Yang paling beriman?

Cabaran dan dugaan pasti menunggu kita, cuma kuat ke dok kita nak hadapi mereka.

InsyaAllah, peringatan buat diri saya juga. Maaflah kalau post terlalu panjang. Dan saya mabil masa nak tulis post ni kerana cuba mengaitkan post ni dengan sebaik mungkin. Apapun segala kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri, yang baik tu daripada Allah.

Wallahua'lam. Semoga beroleh manfaat. Wassalam.