Sunday, July 29, 2012

3 tahun

Haey! Saya dah tamat 4 tahun belajar di UpM! ^^

Alhamdulillah dah lama sangat kat uPm ropenya. Dah macam-macam perkara dah belajar. Kiranya saya mematang dengan lebih matang di sini.

Selain daripada ilmu duniawi, dunia ukhrawi pun saya belajar. Seronok, seronok. Ada sape-sape nak masuk u saya lagi? keh

4 tahun berlalu. Rasa gumbira ke? Tak sebenarnya. Saya tak rasa gembira mana. Gembira syukur alhamdulillah kerna diberi peluang untuk berada di tanah uPm, medan Upm ni. Tapi saya rasa saya perlu banyak muhasabah diri kot. Banyak-banyak-banyak.

Dalam 4 tahun kat u ni, berapa banyak saya dah buat kebaikan? Dah menjalankan amanah Allah sebagai abid dan khalifah? Ajak orang buat baik, tinggalkan kejahatan? TwT

Mungkin terlalu banyak masa diambil untuk memperbaiki diri yang sememangnya hina dina ini di mata Allah. Terlalu fokus apa yang tidak pasti dulu. Terlalu banyak permainan kanak-kanak dan badak-badak. Usah disoal maksud ayat ni,saya pun pakai taip. hmm

Melihatkan hal ini. Saya rasa macam saya masih ada peluang untuk membalas dendam atas apa-apa yang saya tak capaikan selama 4 tahun ini. Kerana saya masih ada peluang 3 tahun lagi di u ni. Sape bagi peluang keemasan ni??

Mestilah Allah! :)

Saya tahu. Dari zaman saya anti usrah lagi, saya rasa saya asyik didorong ke jalan-jalan yang membuka hati saya ke jalan DnT. Bukan nak kata apa, sejauh mana saya cuba mengelat pun, sepandai-pandai saya cuba lari pun, akhirnya tersungkur juga ke jalan ini. huk huk.

InsyaAllah kali ini lebih ikhlas dan lebih faham kepentingannya.

Ok, berbalik kepada 3 tahun ni. Saya berniat untuk menjalankan amanah itu sebaik mungkin, selagi saya masih bernyawa, selagi lagi mampu insyaAllah.

Tadi dalam kereta otw balik rumah, kepala dah pening sebab sahur durian sebiji ( bukan seulas) sebab abah paksa habiskan, takut buruk katanya. Dan2 tadi saya kurang bercakap sebab asyik sendawa durian =.=''. Sambil air cond waja yang tiba2 kurang berfungsi. Hangat seluruh tubuh bermandikan peluh di petang hari. fuh.

Tatkala melalui jalan bangi lama yang bersimpang siur, tiba-tiba terfikir sorang-sorang.

Kadang-kadang saya takut sendiri, apakah saya mampu lagi berada bersama mereka yang comel-comel tu, saya panggil saya adik manis untuk 3 tahun akan datang? Bersama-sama mendokong risalah islam. wargh.

Adakah saya masih bersama mereka, atau mereka akan bersama saya lagi kelak? Untuk 3 tahun akan datang?

Rasa macam sekejap je berkenalan. Tiba-tiba dah terfikirkan akan sebuah perpisahan. Aku cuba setia, kalau ku suka ku sayang. eh?

Entah apa yang saya karutkan. Tapi ketahuilah tak semua benda boleh saya tulis di sini. Kadang-kadang hanya mampu tulis di hati je. hehe

Ok tu je. Update ni sebab ada akhawat request lagi. Eh tak, ikhlas menulis sebab ini yang terlintas di fikiran.

Selamat berpesta ibadah :) Salam

No comments: