Monday, July 30, 2012

Masuk Universiti 3

Kisah ini adalah kebersambungan daripada post saya tahun lepas (padahal ni cerita 2008): Masuk universiti 1 & Masuk universiti 2. Ambil masa yang lama nak update, sebab apa yeah? Sebab kena recall balik kot. Lamenyer mengrecall. Aish.

Oklah. Sambung balik ya, kat mana ntah stopnya....

Oleh kerana saya antara 9 orang budak asasi second intake, perasaan yang takut sangatlah menebal. Malam daftar tu kami kena berjumpa di dewan apa ntah yang ada pejabat tu (ketahuilah kisah ni dah 4 tahun berlalu), berkumpul dalam satu circle dengan budak-budak 2nd intake yang lain. Masa tu ada saya, Rai dan 3 orang budak lelaki.

Betapa tak selesanya saya berada dalam circle tu, sebab saya memang tak pernah berbulatan dengan lelaki camtu. Saya hanya menunduk dengan berbaju kurung waktu tu, sebab dengar arahan dia cakap turun dewan berpakaian semi-formal. Mende semi-formal pun tak tahu. Pakai jela baju kurung, kan selamat. Padahal nak berkenal dengan mtm kolej je. Diorang kenal-kenal, pastu cerita-cerita pastu dorang kata nak bawakkan kami ke pusat asasi kami yang langsung tak tahu di mana terletaknya walaupun ada peta diberikan.

Esok paginya seperti yang dijanjikan, saya bangun awal dan bersama-sama Rai ke bustop dan tunggu abang senior untuk ke pusat asasi. Kami naik bas sambil pakai kad matrik kertas (budak baru masuk upm la katakan.huhuw), ramai mata memandang kami pagi itu. Ah, saya hanya menunduk. Saya tak tahu kenapa, saya rasa takut dengan suasana baru tu. Ramai orang besar-besar, sebab saya masih 18 tahun dah masuk u. woot

Tengah berdiri dalam bas tu, tiba-tiba hp bergegar.

"Selamat datang ke upm. Selamat memulakan pelajaran :) -k. alifah"

Senyum. Ada pun akak ni mesej. Semalam masa daftar kat kolej along cakap, nanti ada kak ein atau kak alifah akan contact iqah, nanti join je tau. Angguk-angguk. Saya jadi adik yang sangat taat, sebab masa tu saya rasa sangat takut. Takut berada di dunia baru. Tapi nasib baiklah ada along.

Saya pun balas :"Terima kasih kak :)". Buat smiley comel sikit. Terasa lebih selamat di situ sebab akak tu dah contact saya. Yippee.

Bas pun stop kat depan library dan abang yang tunjukkan kami jalan pun tunjukkan kami arah ke asasi. Lepas tu kami berdikarila berjalan ke sana sendiri.

Sampai je kat pusat asasi tu, kami terus ke pejabat. Jumpa dengan orang pejabat, ambil buku apa-apa, fail dan kami dibahagikan kepada kumpulan. Saya masuk kumpulan 2 bersama Rai, dan 3 lelaki tu masuk kumpulan 1. Fuh, nasib baik tak sama. Tak mo la sama, tak suka.

Jadualnya sepatutnya pagi tu je kami dah ada kelas English, tapi saya dan Rai tak larat sangat dan akhirnya kami pun merancang untuk balik ke bilik saja masa itu. Kami pun pulang dan saya mengalami demam panas weekend tu. Hanya terlantar di atas katil. Masa tu saya sangat rindukan matrik dan kawan-kawan kat sana. Separa rela kot datang asasi.

Dahla nak beli makanan jauh kena jalan 8 minit ke food court. Itulah pertama kalinya kami berjalan ke sana. Saya dan Rai memakai payung. Tiba-tiba kami bertembung dengan sekumpulan budak lelaki asasi yang ramai baru balik dari food court. Saya pun tundukkan payung dan berjalan laju. huh. Takut sangat, kat matrik nak gi makan takde eh kena tembung ngan laki, sebab cafe memang tepi blok.

Lepas tu saya banyak contact lagi kawan-kawan matrik. Salah seorangnya Ain Mat Zin. Dia sanggup call saya dengan lama dan nangis-nangis. Dis rindukan saya katanya. Dia jugalah classmate kat matrik yang sebulan sebelum saya keluar matrik, kami selalu lepak surau sama-sama waktu malam. Alahai, saya ada titipkan surat kat dia suruh dia rajin-rajin pergi surau lepas ni. Akhirnya dia pun dapat tawaran masuk maktab.

Kat asasi ada 3 sem.

Sem 1, saya boleh dikira sangat baik. Saya akan datang kelas awal. Kalau kelas pukul 8, sebelum 7.15 saya dah tunggu bas. Kadang-kadang berteman, kadang-kadang sendiri je sebab Rai jenis suka pergi lambat. Saya tak nak ambil risiko sebab lepas 7.30 je mesti bas penuh amat. Saya tak suka crowd, lebih rela bangun awal siap awal dan naik bas yang kosong dengan tenang. hehe

Selalu jadi antara orang terawal dalam kelas. Suka duduk kat barisan ketiga, dekat je jarak dengan lecturer. Saya duduk dengan Rai & Cta pada meja yang sama. Dan yang paling lawaknya bila kelas je Rai & Cta selalu tidur. Saya rasa tak selesa, kadang-kadang kejut dorang tapi tak nak pula bangunnya. Pastu saya cari idea baru: saya tarik tangan mereka yang tengah tidur tu, dan angkat (macam gaya orang nak tanya soalan kat lecturerla). Pastu menggelupur diorang terus bangun. hahah. Apakah. Tapi itu untuk kebaikan mereka juga. Saya pun banyak apply kat kawan-kawan sekarang bila mereka mengantuk je dalam lecture.howhow

Setiap petang kami ada fertigasi kat atas bukit. Kena jalan dari kolej adalah 20 minit. Mau tak kurus sem tu. haha.Tanam rock melon dalam bekas ada batu, ada air. Seronok jugalah awal-awal tu banyak kerja. Kena basuh batu berlumut.

Pastu kena alih bekas yang dah diisi batu ke dalam rumah putih. Masa tula saya terkejut sangat bila ada budak lelaki ni tengking saya. Saya angkat pot tu 2 sekali gus. Takdela berat sangat pun. Tiba-tiba Anas cakap: Ei Atiqah! Mu toksoh angkat banyok gitula. Bahaya perempuan angkat banyak camtu! Erk? Terkejut ambe. Cakapla baik-baik, tak payah tengking kuat-kuat camtu sampai orang lain dengar. Rasa nak nangis, tapi dia concern kan sebenarnya? Entahla, sekumpulan dengan lelaki buat pertama kali menakutkan saya sangat. Takut. Saya pun angkat satu pot je lepas tu.

Nak cerita juga, masa birthday saya 2008, jatuh pada 18 Oktober, 18 Ramadhan, umur 18. Sangat cantik nombor tu. Saya sangat suka :)

Dan pada masa yang sama ada beberapa lelaki dalam kelas wish birthday saya. First time in my life ada orang lelaki wish birthday kot. Saya tak sukakan perhatian, just cakap terima kasih ya.

Ada satu masa tu kan, malam tu ada test paper last. Malam tu saya dan kawan-kawan bergembira hinggakan keesokan paginya kami bangun lambat! Oh! Kelas pukul 8 tapi pukul 7.45 baru saya terjaga balik. Terus bersiap dan naik bas. Sesampainya di asasi, dah 8.30 masa tu. Kelas matematik. Saya takut dan malu sangat. Ya. Sebab saya tak pernah pun datang lambat. First time la ni lambat ni. huih

Masuk kelas wat muka tebal. Malu gilak. Pastu duduk kat depan jela, dah malu nak ke belakang. Masa tu prof ajar apa tak ingat. Tapi saya dah pernah belajar kat matrik la dulu. Tiba-tiba prof suruh baris meja saya jawab soalan kat depan. Saya pun toleh ke belakang, tengok budak perempuan dan lelaki yang ada kat belakang. Semua tunduk dan geleng-geleng. EH? Sape nak jawab ni??

Last-last saya bangun dan jawab soalan tu, sama macam soalan yang saya biasa buat masa matrik. Terketar-ketar aku menulisnya. Akhirnya siap. Saya pun kembali ke tempat duduk. Prof cakap betul. Budak-budak lain semua bunyi waaa. Aku malu sorang-sorang. Dahla datang lambat, tapi dapat jawab soalan plak tu. hehe

Usrah plak, saya bersama akak-akak yang lebih tua, setahun, dua tahun, tiga tahun. Membuatkan perangai keanak-anakan saya bersama mereka menebal sampai sekarang.haha. Bulatan kami di mana-mana sahaja yang tercapai. Dan saya rasa macam ada keluarga di situ. Bila saya rasa nak tidur bilik akak ni saya pergi la lari ke kolej dia. Kalau nak pergi bilik akak lain saya pergi kolej dia. Saya rasa lebih banyak connection dan kenal ramai orang begitu, takdela kenal budak asasi je.

Kalau ada program mingguan, saya akan kosongkan masa saya yang memang kosong dan pergi je program ISK,IPK,SH masa tu. Takde alasan nak bagi. Dan saya seronok dengan semua tu. Cuma yang tak seronoknya, mungkin sebab saya sorang je asasi. Bila ajak kawan, ada yang menolak. Ada yang nak pergi, tapi esoknya tak jadi. Okla, takkan nak paksa kan. Sejak tula saya dah malas nak ajak orang, biarlah saya pergi sorang-sorang.

Itu menjadikan saya lebih independant dan lebih berhati-hati untuk mengajak orang. Menyusun strategi supaya ajakan itu jadi manis umpama madu, bukanlah sepahit hempedu!

Alhmdulillah sem tu berlalu dengan result yang agak memberansangkan, walaupun saya expect saya dapat sikit dari tu. Tapi ummi nak saya dapat lebih dari tu. Err. huhu

Bersambung...

No comments: