Sunday, July 29, 2012

Melankolinya aku 1

You pernah buat personality test? Yang ada jawab beberapa soalan untuk kenal personaliti diri kita tu.

Saya ada buat haritu. Dan saya dapat yang macam yang tajuk tu.

Haih. Melankoli? Taw dok melankoli tu maksud apa? Melankoli tu sendiri bermaksud sedih, muram. wowo.hehem

Lepas tau kita ni masuk kategori apa, pastu dia ada cerita la personaliti-personaliti setiap jenis tu.

Seorang melankoli, selalu berfikiran negatif, perfectionist, beremosi, nak orang faham dia, cerewet, mudah ingat benda-benda yang kecil *birthdate orang lain, no telefon,dll.

Bila saya baca buku tu saya akui, saya sangat melankoli.

Post kali ni saya nak cerita kisah kat bilik kolej saya, masa saya dengan roomate.

Selama ni saya sangat stress balik bilik tengok bilik tidak terurus. Kadang-kadang bila saya dah kemas tempat saya, tapi tengok tempat roomate saya tidak kemas saya jadi stress. Penat dari kelas macam tu lagila arghh. Lagi-lagi bila masa exam, kalau boleh saya akan clearkan meja saya untuk nota yang nak dibaca je. Tak nak serabutkan dengan barang lain.

Tapi roomate saya lain, dia jenis yang kalau exam lagi berkubang meja dia. Kadang-kadang saya rasa nak marah je dia suruh kemas meja dan cakap saya tak boleh tengok keadaan macam ni. Tapi saya mana pernah marah kawan. Adik marahla.haha. Saya lebih banyak memendam kot.

Bila roomate saya buat apa yang saya tak suka, saya diam. Dengan harapan dia faham diamnya saya tu sebab saya tak suka dengan keadaan meja dia yang berserabut tu. Tapi takde perubahan pun, sebab meja yang lebih berserabut tu jadi inspirasi buat dia untuk study. Ya Allah.TwT

Lepas tu saya lagi stress. Stress nak exam + stress dengan suasana yang tidak memberansangkan. Sebab itu kadang-kadang time final saya balik rumah. Saya mencari satu suasana yang menyenangkan bagi saya. Kalau tak lepas tu pendam lagi dan stress sendiri.

Kadang-kadang saya tegur juga tapi kejap jela, lepas tu jadi balik. Sampaikan satu masa saya pelik yang amat. Kenapa dia macam ni? Tak fikir ke perasaan orang?huih

Bila baca buku personaliti ni, dan bila saya suruh roomate saya ni buat test ni masa praktikal haritu, saya dapat tahu dia adalah sanguine person. Ow. Patutla dia tak kisah pun mejanya begitu, sebab bagi dia takde guna pun kemas meja cantik-cantik sebab nanti bersepah balik. Dan dia lebih selesa begitu. Namun dia tak sedar roomate dia yang melankoli ni tak sukakan keadaan begitu. Akhirnya kawan yang melankoli ni sabar je dan melarikan diri.wahaha

Dan mengikut pembacaan saya juga, melankoli dan sanguine ni serasi, mereka sesuai bersama. hmm. Memang betul pun.

Bila roomate saya ada masalah, dia selalu lepaskan perasaan kat saya. Saya sekadar menjadi pendengar dan kadang-kadang bagi nasihat. Baginya satu kepuasan untuk luahkan perasaan pada orang. Tapi saya lagi puas luahkan perasaan kat sini atau simpan saja di hati.heh

Kadang-kadang roomate saya macam kalut or careless, saya bagi dia idea or options yang membantu dia. Dia selalu tergelak bila dia rasa dia pun tak terfikirkan benda macam tu, benda simple dan remeh.

Melankoli ni pulak kalau nak dekat presentation, dia gabra habis. Selalu resah gelisah gulana. Praktis banyak kali depan cermin. Siap buat teks. Tapi si sanguine ni tak prepare apa-apa pun, sebab dia confident dan tak kisah apa orang cakap. Melankoli sangat kisah dengan setiap tutur kata yang dia akan keluarkan nanti. Takut orang gelak ke kalau salah. Pesimis sokmo melankoli.

Tapi bila ada sanguine kan, dia akan bagi semangat kat melankoli. Relax, bertenang, jangan takut, jangan gubra. Sanguine siap tolong melankoli praktis bercakap omputih dalam bilik sampai ke pagi buta. Alahai melankoli gugup rupanya.

Tapi bila present, melankoli rasa lega. Dan balik bilik je sanguine cakap you cakap tadi ok je la! You je fikir lebih-lebih semalam. Yes, melankoli takut buat silap kerana kesilapan itu bisa menghantui hidupnya. Cara cakap tanpa sedar begitu membuatkan melankoli rasa lebih termotivasi.

Sanguine pula sukakan pujian. Lepas present je dia tanya macam mana tadi? Macam mana? Melankoli pun cakap ok, best je. Berbunga dan kembanglah sanguine itu. heheh.

Pelik. Patutlah kawan saya si sanguine ni selalu je bangga bila dipuji. Sebab sanguine makan dengan pujian. Melankoli plak bila dipuji, dia was-was. Betol ke dok orang ni puji aku?haha. Yes I did it. Sebab kadang-kadang tak rasa pun macam orang puji. Pujilah Allah sebanyak-banyaknya ya. Puji manusia lebih-lebih nanti riak plak.

Waa. Patutla selama ni saya rasa manusia ni complicated sangat. Macam-macam jenis ada. Apapun lepas ni kena lebih terbuka la kot kan. Kadang-kadang seseorang tu buat macam tu takde niat pun nak sakitkan hati kita, just dia tak tahu itu menyakitkan hati kita. Memahami lebih baik daripada terus-terusan menghukum mereka.

Mengenali manusia ada perbezaan personaliti ni buat saya rasa manusia ni memang pelbagai ya. Saya pun sedang menilik manusia sekarang, mengagak-agak which personality are they? Dengan tahu benda ni je kita boleh agak kriteria orang tu macam mana, walaupun tak 100% betul. Tapi saya cukup teruja mengetahui perkara ini.

Habis kisah 1. Nanti saya taip kisah lain pula :P

Wassalam.

No comments: