Tadi kan saya dan adik-adik dan ayah ke surau taman untuk solat tarawikh. Biasalah perjalanan ke surau tu kena lalu satu lorong gelap sikit.
Hari ini sengaja saya bergerak lambat ke surau lepas azan sebab nak duduk barisan belakang sikit, senang nak mengaji dan bergerak duk saf belakang.eh.Sebab saf depan ramai mak cik-mak cik, saya dahulukan la dulu mak cik-mak cik tu.
Lepas isyak je,tiba-tiba saya dengar ada satu suara pelik yang separa menjerit di saf belakang saya.haiya,what happen?
Saya pun toleh belakang dan nampak ada sorang remaja perempuan tiba-tiba mata besar dan menjerit aku benci kau. Macam apa entah, saya masih kalut dan tak mengerti apa yang terjadi. Tiba-tiba adik saya ufairah tolak saya keluar dari ruang solat. Manakala adik saya si najihah tu ada di sebelah budak tu, dia solat di sebelahnya.
Menjerit ruang solat wanita tu. Ada mak cik menangis, budak menangis. Saya pertama kali menghadapi situasi begitu cuba memahami situasi tu.
Rupanya adik tu kena rasuk dengan 'something', 'katanya' adik tu terlanggar dia masa jalan ke surau. Mende tu menjerit-jerit tak nak keluar. Ustaz-ustaz pun berusaha untuk keluarkan mende tu. Tapi mende tu degil.
Ramai lelaki dan perempuan terpana melihat situasi itu. Saya dan adik-adik masih melihat apa yang terjadi.
Tiba-tiba saya terpikir, bukan ke bulan Ramdhan ni syaitan dah dibelenggu? Dah tu amende yang budak tu kena? Aik?
Syaitan tu bukan ke gelaran untuk yang menghasut ke arah kejahatan? Boleh tergolong dari jin or manusia.
So yang tadi tu apa??hmm.
Kejadian tadi membuatkan solat tarawikh tergendala selama sejam. Dan sungguh, saya rasa seram masa nak balik rumah tadi.
At the same time, saya dapat pengajaran kat situ. kita kena jaga dalaman kita. Jaga iman. Sebab budak tadi menurut 'benda' tu lemah semangat orangnya. huu
Si iqbal plak takut nak tido sorang-sorang lepas kejadian tadi. Dahla semalam merajuk sangat keluar rumah masa orang berbuka. Kejadian tadi buat dia jadi takut nak larikan diri dari rumah dah.haha
Ok,tu je. Banyak pengajaran dan ibrah yang perlu diambil, kejadian tadi bukan sekadar untuk tontonan je kan.hmm
No comments:
Post a Comment