Here is the story of itik. The truth is, saya rasa saya minat dengan bidang per"itik"an. Sebelum ni nak sangat ke small animals sebab minat kucing. Tapi saya lihat itik ni macam menarik je. hehei. Ke nak jadi lecturer?....... impian boleh di simpan.....
Kembali kepada kisah itik. :P
Itik, saya pasti anda kenal itik tu apa kan? Ala yang bunyi quack, quack tu. Apa yang membezakan itik dengan ayam? Yang paling ketara adalah paruh dan kaki mereka, itu antara yang dapat dibezakan dari luaran la.
Yang saya jumpa kat tempat praktikal tu adalah itik Muscovy & Khaki Campbell. Senang je nak bezakan mereka berdua, Muscovy warna putih, manakala Khaki Campbell warna khaki la, coklat-coklat gitu.
Muscovy duck
Khaki Campbell
Macam-macam yang kami buat. Daripada telur sampailah ke mak bapak itik kami kerjakan. eh, kami main la lembut sikit ayat ye dak?
Ok sekarang saya fokus kat telur ya, dari proses telur dikutip dari reban sampailah ke penetasan anak itik untuk jualan.
Telur Muscovy & Khaki Campbell dikutip dari reban setiap pagi dan dihantar ke rumah haceri, rumah penetasan.
Dalam banyak-banyak telur tu, akan ada telur yang sedia bersih, ada yang sangat kotor terkena tanah, ada yang terlebih kotor kena tahi ibu mereka atau kawan-kawan ibu mereka.
Kemudian telur-telur ini akan diasingkan. Pengasingan itu mengikut kriteria-kriteria seperti saiz, bersih/ kotor, retak atau tak retak.
Telur yang bersih akan ditapis mengikut saiz-saiznya. Yang kecil sangat akan diasingkan keluar. Hanya yang besar dan bersih akan dikekalkan untuk ditetaskan.
Manakala telur yang besar, tetapi terlalu kotor akan diasingkan juga, tetapi ia tetap akan digunakan untuk penetasan, cuma ia perlu dibersihkan dalam formalin selama 5 minit sebelum ia bisa bercampur dengan telur yang sedia bersih.
Saiz terlalu besar dan terlalu kecil
Telur kotor akan dibasuh di sini
Telur yang berkualiti ini akan dimasukkan ke dalam cooling room untuk seminggu.
Lepas tu baru la dia ditransfer ke bilik incubator untuk pengeraman.
Itik Muscovy akan menetas dalam tempoh 35 hari, manakala Khaki Campbell plak menetas dalam masa 28 hari. Unik bukan?
Dalam proses pengeraman tu plak, suhu, kelembapan, pengudaraan adalah penting untuk menjamin kemenetasan telur itu nanti.
Dalan tempoh ini juga, telur-telur ini akan disemburkan dengan satu bahan kimia untuk menipiskan sikit lapisan kulit telur, supaya nanti lebih mudah untuk anak itik nak menetas, sebab telur itik ni kulitnya tebal.
Proses sembur
Telur yang ada warna hitam, telur tembelang akan dibuang dan diasingkan daripada telur-telur yang sihat. Dan yang memang kosong di dalamnya juga dibuang.
Ni lah bakul penetasan
Wah, excitednya nak tunggu mereka keluar! Tapi sebelum tu mereka masuk peti lain plak, peti penetasan. Dalam peti ni, suhu dilaraskan lebih tinggi, kena jaga kelembapan dan pengudaraan jugakla. Ini crucial.
Jeng. Jeng. Jeng.
Hari yang dinantikan. Bila buka peti je dengar bunyi macam anak burung bising-bising. Dan kelihatanlah anak-anak itik yang comel! Ada warna kuning dan coklat, bergantung kepada baka masing-masingla. Seriusly kami excited sangat-sangat-sangat tengok anak itik tu. ^^
Tapi masa ni tak semua anak itik menetas sepenuhnya lagi. Yang dah menetas tu, comel je. Nampak segar. Cantik. Yang cantik-cantik ni akan dikutip dan dimasukkan ke dalam kotak khas untuk dijual.
Dalam masa memilih anak itik yang comel, adalah kami nampak telur-telur yang belum menetas bergerak-gerak. Telur dah retak, kami tolong pecahkan dan keluarkan anak itik tu. Encik tu suruh kami tolong, jadi kami tolonglah. Tapi dalam hati rasa kasihan, sebab bila kita tolong mereka, mereka tak sehebat dan sekuat anak itik yang berusaha keluar sendiri dari telur tu. Ianya berbeza dari segi independece dan survivability. eh? betullah.
Anak Khaki Campbell
Kemudian yang masih menunggu untuk menetas dimasukkan balik ke dalam peti hatching dan esok harinya adalah hari terakhir peluang untuk mereka hidup.
Anak Khaki Campbell kena buat sexing; kena check cloaca dia untuk tentukan jantina mereka. Yang jantan ada something warna putih, manakala yang betina ada 2 lubang. Seriusly, susah sangat saya nak buat benda ni. Saya buat beberapa kali dah give up. Sebab 1) bila buka cloaca tu mesti najis mereka terpancut, 2) saya buat tak nampak-nampak beza jantan betina, 3) dah ada 2 ekor anak itik mati lepas kami buat sexing, 4) orang nak jual anak itik tu, kalau salah nanti bahaya. anak itik jantan makan lagi banyak. dan orang lebih mahukan itik betina for egg production, 5) masa buat sexing ayam pun saya give up. =.=''. I'll do my best! later.. :P
Dan yang dah lemah masa sexing pun akan diasingkan for cull.
Esoknya, lagi banyak anak itik yang menetas. Tapi bagi anak muscovy duck, tak semuanya menetas. Banyak juga yang tak keluar-keluar, disahkan mati dalam telur, mati sebelum sempat keluar.
Yang survive pun ada yang lemah, ada yang kami tolong keluarkan tu sakit, lemah-lemah. Memang dah tak larat, dah nazak.
Yang terpilih untuk jualan adalah anak itik yang cantik-cantik, yang bermata bulat (plum eyes), yang boleh berdiri tegak, tiada sakit apa. Yang tidak terpilih untuk jualan akan di"cull": maksudnya akan dihapuskan.
Anak muscovy duck
Apa ibrah yang dapat eh?
Lihatlah, untuk menjadi seekor itik yang cantik yang layak untuk dijual, adalah tidak mudah sama sekali. Apa yang jelas, akan ada banyak tapisan-tapisan yang perlu itik-itik ini lalui terlebih dahulu sebelum mereka layak dijual kepada penternak itik.
Dan hanya itik yang cantik! Itik yang cantik yang terpilih untuk dijual. fuh.
Diibaratkan beginilah. Kita yang berada di dalam jalan ini (anda faham bukan maksudnya saya?), semuanya juga ditapis.
Tapisan-tapisan yang membuatkan kita tertapis tanpa disedari.
Macam telur itik ni, tapisan berlaku bila telur dari reban sampai. Yang bersih, putih lepas tapisan pertama. Tapi yang kotor dibersih, dibasuh sampai jadi putih. Dibuang tahi-tahi dan tanah yang melekat ibarat lumpur yang menepek di kulit.eh. Tapi akhirnya mereka bisa bersama dengan telur yang putih itu.
Malangnya yang tidak menepati saiz dan retak diasingkan terus dan boleh dijual untuk buat kuih dan masakan.
Dalam tarbiyah juga, Allah akan pilih orang-orang yang betul-betul mahu dan ikhlas untuk melalui jalan ini, dan tapisan pertama dah lepas. Mungkin yang terlepas itu, tidak bersama di jalan ini. Tapi mereka tetap masih berguna untuk masyarakat. Saya pun beli juga 10 biji. haha
Kemudian dimasukkan mereka ke dalam peti sejuk selama seminggu. Mungkin peti ni boleh dianggapkan sebagai pusat pentarbiyahan? Usrah? Mungkin. Dalam peti ini telur-telur ini dijaga dengan rapi. Masa ni juga telur-telur ini dalam keadaan yang tenang. Tidak tahu mana telur yang akan menetas, mana yang tidak akan menetas. Sebab semua nampak sama, dari luaran. Semua putih.
Selepas seminggu, telur-telur ni pula akan berpindah ke bilik baru, bilik pengeraman. Dalam bilik ni lama juga mereka duduk kat dalam ni. Mereka diberi haba yang mencukupi, diberi kelembapan, diberi pengudaraan. Ya selesa buat mereka yang bergelar telur. Keperluan mereka diberi sebaik mungkin.
Ini juga proses tarbiyah. haa. tolong saya bagi idea. saya ada idea tu tapi tak tertulis, anda nampak?
Lepas beberapa hari, telur-telur ni akan keluar kejap dari peti pengeraman untuk disembur bahan chemical. Yang mana membantu mereka untuk menetas nanti. Sebab kulit mereka cukup tebal. Nanti susah nak keluar.
Chemical tu ibaratnya bahan-bahan tarbiyah, ilmu yang didapati dalam usrah. Dapat lebih banyak pengalaman dalam tarbiyah ni. Mungkin dengan pergi mukhayyam, masuk air semua, pastu keluar je jadi semangat. Jadi lebih berkobar-kobar dan lebih cintakan tarbiyah ini.
Tapi masa nak sembur ni juga, ada beberapa telur yang tak tahan dengan suasana dalam peti hatching. Ada yang tak minat dah ngan usrah. Mereka jadi telur tembelang, yang akhirnya terpaksa disingkirkan daripada kawan-kawan mereka yang masih mahukan usrah. Dah tak tahan dengan tarbiyah. Tapisan kedua telah berlaku.
Telur-telur ni pun dimasukkan kembali ke dalam peti sampailah satu tempoh yang ditetapkan.
Bila dah sampai masa, telur-telur yang dieramkan akan dikeluarkan dari peti tu dan akan dipindahkan ke dalam bakul hatching: bakul dia nak menetas nanti.
Masa ni pun ada beberapa biji telur yang rosak, tembelang, dan kosong. Yang gelap. Yang mana embryo itik dah mati dalam telur semasa dalam peti. Telur-telur ini akan diasingkan dan tidak terpilih untuk masuk dalam bakul penetasan. Masa ni juga telur-telur akan ada "pip": kesan retak yang anak itik buat menandakan dia dah nak menetas dah!
Tapisan berlaku lagi.
Ada anak itik dah tak tahan dengan inkubasi itu, ditapis lagi.
Berlakulah pemindahan telur ke dalam bakul.
Lepas tu telur-telur tu akan dimasukkan ke dalam peti penetasan. Di mana dalam bilik ni suhu, kelembapan dan pengudaraan turut diberi sebab tu kan keperluan untuk mereka nak menetas.
Suhu kena betul, sebab kalau panas sangat nanti telur cepat sangat menetas, dan boleh jadi cengkerang telur dan anak itik tu melekat bila dah menetas. Kalau menetas cepat sangat, nanti anak itik duduk dalam peti tu lama-lama boleh dehydrated dan stress.
Tapi kalau suhu rendah sangat plak nanti anak itik akan menetas lambat sangat, which is not good. Nanti masa keluar mereka akan jadi basah sangat.
Lepas 2-3 hari dalam peti penetasan. Akhirnya, anak-anak itik mula menetas!
Ada yang sihat!
Ada yang macam blur-blur.
Ada yang lemah.
Ada yang sakit.
Ada yang memang tak keluar langsung dari telur. Jadi sebiji telur yang sangat cantik.
Ada yang sihat dan cantik masa keluar, tapi lepas sexing tiba-tiba mati.
Mungkin terkejut dengan sexing tu, kesian pun ada saya nengoknya.
Tapi, itulah tapisan.
Tapisan-tapisan akan sentiasa berlaku dalam hidup kita. Mungkin ada yang pada awalnya cantik je pada tapisan awal, tapi di tapisan seterusnya dia gagal.
Ini baru tapisan manusia, tapis anak itik yang cantik. Yang terbaik untuk digunakan sebagai itik penelur.
Itik cantekkk
Untuk menjadi seekor itik itu, akan ada banyak halangan. Ada cabaran-cabaran yang dihadapi. Kalau dia tahan cabaran tu, maka jadilah dia itik. Tapi kalau dia tak tahan dengan cabaran itu, maka terasinglah dia dari kawanan itik yang tahan dengan cabaran itu.
Hebat bukan itik yang dah menjadi seekor itik? Memang kuatlah mereka ni. Kagum melihat tapisan-tapisan mereka.
Tapi manusia lagi hebat, manusia lagi istimewa daripada itik,bukan? Sebab kita memang makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Jauh lebih baik daripada haiwan.
Kita sebagai manusia, sebagai muslim, sebagai budak yang join usrah, sebagai daie, mungkin boleh jadikan itik sebagai bahan untuk berfikir. Berfikir tentang ciptaan Allah, sebab benda yang sama juga belaku dalam hidup kita. Allah menapis kita. Menapis dan terus menapis. Siapakah diantara kita yang terbaik amalannya? Yang paling beriman?
Cabaran dan dugaan pasti menunggu kita, cuma kuat ke dok kita nak hadapi mereka.
InsyaAllah, peringatan buat diri saya juga. Maaflah kalau post terlalu panjang. Dan saya mabil masa nak tulis post ni kerana cuba mengaitkan post ni dengan sebaik mungkin. Apapun segala kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri, yang baik tu daripada Allah.
Wallahua'lam. Semoga beroleh manfaat. Wassalam.















1 comment:
post yg sgt menarik. lg2 dpt relate dgn DnT..
Post a Comment