Friday, August 3, 2012

Baju raya

Yeay! Baju raya, baju raya! Raya dah nak dekat! pehh

Bukan isu itu yang mahu dibangkitkan ya. hmm

Sayangnya. Sekarang dah Ramdhan ke 14. Lagi 15 hari je lagi tinggal. Terasa besar kesejapannya. Masa kecil bukan main rasa lama benar Ramadhan sebab nak sangat raya. Mungkin itulah pemikiran yang bermain di minda kanak-kanak kan?

Tapi dewasa ini (wargh dah dewasa dah kot!), hari-hari terasa berlalu pantas. Rasa macam baru 2 3 hari. haih. Semoga dapat menghayati dan keberkatannya.

Haritu saya tulis saya nak hibernate kan. Saya tak mampula pula. Sebab saya rasa bila tak online banyak benda miss. InsyaAllah saya dah usaha kurangkan berbanding masa biasa. Aiman Azlan pun wat video dia cakap dia nak spend masa Ramadhan ni untuk menulis dan membaca. I guess benda ni pun bagus juga sebenarnya.xoxo

Post kali ni berkisarkan baju raya. Kisah hidup saya dengan baju raya. Apa saya penjual baju rayakah?

Oh tidak sama sekali. Mungkin bukan kali ini. Malahan baju raya saya pun tak beli lagi, tunggu durian runtuh jatuh ke riba, tunggu harga runtuh ataupun peluang yang ada.

Satu kisah menarik ke ntah saya nak share ni.

Menjadi kebiasaannya sang ummi la yang belikan kain baju raya anak-anaknya. Sampaikan ke baju melayu suami, anak lelaki, anak perempuan semuanya disettlekan oleh si ummi. Besar pengorbanan seorang ummi ya.

Diikutkan cerita, tahun itu keluarga kami mahu membuat tema baju raya warna hijau. Eksaitedla nak sama warna kan ikut sedara Gombak buat tema baju keluarga.

Pastu, ummi gi kedai beli kain dan balik-balik bawa kain yang nak ditempah untuk buat baju kurung.

Saya pun eksaited habisla nak tengok apa kain ummi beli.

Ummi pun keluarkan kain dari plastik. Pastu ummi keluarkan satu kain yang berlipat tebal. Ummi pun cakap, "kain ni ummi beli untuk 3 orang je, angah, iqah & ferah. Nak buat untuk hah tak cukup. Jadi ummi beli kain untuk hah yang lain, tapi hijau jugak."

Saya terkejut dengan kain yang ummi tunjuk. Pastu saya mencebik dan saya menangis. Sebab:1) warna hijau dia hijau terang yang amat, ada bunga pink yang besar lagi, 2) kena pakai baju sepesen dengan adik-beradik? hello. boria ke apa?? memang masa kecik kami kumpulan boria pun, baju semua kain sama, tapi dah besar benda tu memalukan sangat bagi saya. 3) sebab baju hah yang lain daripada kitaorang tu lagi cantik. saya lebih suka yang tu.

Sejak belajar kemahiran hidup bersepadu aliran rumahtangga, banyak benda yang saya buat saya macam lebih cakna. Lagi-lagi warna baju dan saiz bunga kain tu sangatlah bertentangan dengan teori yang saya pelajari.

Warna terang dan bunga besar : kelihatan gempal.haha

Sejak belajar tu saya cuba elakkan berpakaian terang, dan bunga besar. Saya expect ummi pun tahu menda tu.

Masa saya menangis tu ummi membebel la tak bersyukur ke, penat ummi cari kain semua. Last-last saya redha je tapi hati masih tak puas.

Lepas tu ummi tanya saya nak baju warna apa untuk baju raya yang lain. Saya mention nak warna gelap je. Pastu ummi pun belilah baju warna ungu gelap yang saya suka pakai.

Masa raya tu pun saya rasa malu gila jalan dengan kakak dan adik yang berbaju sama, dan rasa dengki dengan najihah yang ada baju cantikkk daripada saya.huh.haih.

Tahun depannya ummi suruh saya pilih sendiri kain sebab ummi malas nak layan saya menangis-nangis lagi. Menangis kerana baju raya. adeh. Sian ummi layan karenah saya.

Tapi masa kat asrama form 4 & 5 saya suka pula baju hijau tu, dan selalu pakai masa prep.

Kisah lain, ummi belikan jubah seluar. Baju terakhir yang ummi belikan untuk saya sebelum dia terbang ke dunia sana.

Ummi telefon saya nak jubah apa, saya cakap beli jela warna yang ummi suka, namun dalam hati saya tekad saya nak warna gelap. Saya tak sabar ni nak tunggu jubah seluar saya sampai. nyehehe

Ummi sampai je rumah dari KL, ummi bagi jubah tu. Warna biru muda ada stripe merah maroon camtu. Unik warnanya.

Kali ni mata saya berkaca, saya pelik ummi tak tahu ke saya tak suka warna cerah? Ummi cakap nila warna paling cantik ummi tengok. Saya tersenyum je, sebab saya nampak muka ummi keletihan travel masa tu. Terima kasih ummi, tapi iqah tak sedia lagi nak pakai baju ni.

Lepas tu masa raya ummi terlantar di hospital, memang tak sempat pun pakai jubah tu. Lama saya simpan dalam almari tak terpakai.

Masa degree barula saya buka almari dan terjumpa jubah tu.:'(

Saya menggayakannya depan cermin, cantik je jubah ni. Nape aku tak puas hati sangat dulu :'(

Lepas tu saya tekad nak pakai jubah tu terus. Pergi kelas. Pergi program. Gi jalan-jalan :)

Selesa pakai jubah seluar tu :) Saya match kan dengan tudung merah corak-corak kegemaran ummi.:) Dan sekarang jubah yang saya tak suka awalnya saya sangat suka dan sayanginya. Sebab ia adalah baju terakhir yang ummi belikan untuk saya.:')

Tadi kan saya pergi kedai bakery nak cari bahan buat kueh, ada chef kat situ tanya saya ni baju uniform ke? Ehh? Saya pun sengih je cakap, eh takla. Ni jubah seluar saya beli. Pastu chef tu gelak sorang-sorang dan kata yaka? Ramai kata comey, tapi nape iqah tak rasa comey ya jubah ni dulu? kuku

:) I can feel you ummi in this baju (: Thank you!

Sekarang ni baju nak beli pun pilih sendiri. Jadi rambang mata nak pilih warna apa. First raya tanpa ummi, baru saya sedar, saya tak pandai beli baju raya sendiri :'(

Tapi nasib baik ada ibu yang tolong kami adik beradik belikan baju. Terima kasih ya buk! Kalau nak harap abah belikan baju untuk kami, entah corak apa la dibelinya? :P

Bersyukurlah dengan apa yang ada, kita tak suka baju tak tepati cita rasalah konon-kononnya, tapi pernah fikir tak orang yang takde peluang pun nak beli dan ada baju baru? pheww!

Renung-renungkan dan selamat beramal. (entah apa nak amalkan yek)



No comments: