Wednesday, August 8, 2012

Kesiannyew

Susahnya kerja dengan orang, nak dapat duit, nak dapat populariti, nak dapat nama, nak dapat pujian, nak dapat gelaran.

Tapi kemahuan, kehendak dan benda yang lumrah manusia memerlukannya tak dapat nak buat selagi terikat dengan syarikat tu.

Kesian.

Dah makin tua tapi takleh nak kawen.

Takleh nak ada facebook, twitter sendiri. Sebab ada polisi yang mengharamkan berbuat demikian.

Ke mana-mana kena kawal. Siap dapat hadiah henpon ada GPS supaya syarikat tu dapat tau katne mereka selama 24 jam pengawasan.

Kesiannya.

Mereka nak bercinta pun kalau dah terbongkar dan jadi gosip hangat kena putuskan hubungan tu dengan cara paksa.

Huuh, perasaan manusia boleh dibeli guna duit je ya.

Semuanya sebab kontrak. Semua sebab duit.

Aih.

Kesiannya. Sedih pun ada.

Lihat hidup mereka yang tujuannya satu, nak berhibur, nak capai kekayaan hidup, kejayaan yang akhirnya tak tahu ke mana.

Hidup dari kecil menghiburkan orang, nyanyi sana, gelek sana, goyang sini, kalau lebih sikit berlakon, jadi pembaca berita, tapi semuanya untuk orang.

Dah makin tua tapi takde anak.

Nama makin femes seantero dunia, tapi sayang.

Adakah aku pun cam mereka? Taknak! Ok2, muhasabah wat diri gak. Check balik pe tujuan hidup ni, walaupun dah tahu 2 tujuan tu.

jangan tanya sape mereka, saya rasa kesian dan sedih. cuma bisa doakan supaya mereka dapat hidayah suatu hari nanti. banyak logam mereka kalau di guna ke jalan yang betul.....

終わり。

No comments: