Friday, August 31, 2012

Hari ini Merdeka day?

Hari ini alhamdulillah aku lebih ceria. Dia mengejutkan aku. hewhew

Hari ini Merdeka ya? owh. Aku tak berasa mahu ke Dataran Merdeka hari ini untuk menyambutnya.

Aku turun saja aku terus bawa adik-adik lelakiku (Iqbal & Qays) ke taman permainan. Uwah, udah berbulan-bulan aku ngak jejakkan kaki ke sana. Aku rancang sama dik Iqbal mo main badminton. Aku udah lama ngak bermain badminton, berjoging. Aku segan kok mo bermain di taman itu. Rumah-rumah ada 360 darjah. Aku rasa kurang manis cewek seperti berlari-larian sambil berjilbab di hadapan orang ramai.

Pagi ini ngak ramei orang. Aku mulakan memanas badan dengan bermain buai dan jongkang-jongket sama Qays & Iqbal. Jangan salah faham, aku ngak main semua itu. Aku cuma tolong pegang si anak kecil, Qays. Masak aku main permainan itu semua, habis hancur kesemuanya nanti.

Selepas itu aku mendudukkan Qays di atas simen sambil dia memerhatikan aku bermain badminton bersama Iqbal.

Ewah, Iqbal ternyata udah semakin pandai bermain badminton! Aku pada mulanya asyik terlepas bola yng diservisnya, akhirnya aku menang juga.hahaha. Oh ya, masa aku usia 18-20 tahun, seringkali aku, ufairah & Iqbal bermain badminton di hadapan rumah di Kemaman. Main di pagar rumah, di mana pagar itu menjadi net nya.

Seperti biasa, setiap hari kami akan bermain sampi berpeluh, berset2. Aku selalunya menjadi juara kerana aku lebih tua! hoho

Tapi hari ini Iqbal sudah semakin pandai. Tapi masih belum sepandai dan sehandalku. Dia cakap mo jadi persis Chong Wei. haha. Akhirnya bila udah panas gitu, kami pulang ke rumah.

Aku lagi sarapan, nyidai baju. Lepas itu aku bercucuk tanam pula. Aku tanam apa cuba teka?haha

Aku tanam 2 biji bawang! 2 biji bawang yang bertunas. Haha. Mulalah episodku menggerudi tanah dalm pasu. Alih pasu. Aku terpaksa memakai sarung tangan yang aku biasa guna bedah itu bangkai-bangkai di lab kerana tanah mula menjalar masuk ke celah-celh kukuku.huhu.yew.Bukan geli eah, nanti dah jadi myt nanti pun duduk dalam tanah.

Aktiviti ni pun aku biasa buat bersama ummi di Kemaman. Ummi cukup suka bercucuk tanam. Suka bunga. Suka potong pokok agar kelihatan kemas. Ah. Aku rindu saat itu. Saat aku kena arah angkat pasu ke sana ke mari. Dalam rela atau tidak. Kena baja pokok. heek. Masa asasi pun selalu aja aku bercangkul, cabut rumpai semua.huhu

Aku mau menanam itu kerana apa tahu?

Malam tadi aku lagi baca novel Rembulan Tenggelam di Wajahmu. Seriusly, benda kecil yang kita buat, mau jahat/baik bisa memberi kesan kepada orang lain. Mungkin kita ngak sedar. Mungkin kita sengaja/tidak sengaja. Hewh. Sungguh, aku tersentuh dengan ini. Ada satu kebiasaan yang aku buat setiap hari, tapi beberapa hari lepas aku dah tak buat sebab aku merajuk. Tapi sebenarnya aku tak sedar, aku buat benda tu besar manfaatnya.

Aku coba kaitkan semuanya. Oh. T_T. Aku ngak mau tulis apa-apa lagi.

Aku harap bawang yang aku tanam itu bisa bermanfaat buat orang lain juga :)

Lepas ni aku mo pergi kenduri. Oh, pagi jumaat yang indah. Alhamdulillah :)

No comments: