Monday, August 13, 2012

Tahfizthon

ps: saya tak tulis sebab kak NAMZ paksa ok :P

Tahfizthon, (dorg eja tahfizton, but suppose to be tahfiz-thon, macam marathon), adalah pertandingan hafazan antara kumpulan-kumpulan bulatan gembira yang julung-julung kalinya di adakan di Ikram Sepang, or spesifik sikit kat Selangor kot ea? Berdasarkan hasil google saya (anda cari je tahfizthon), event ini kerap diadakan di Jepun by AMIR pada bulan Ramadhan. Ni mesti ada importer event ni dari Jepun, heheh.

Kali ni pertandingan julung kalinya diadakan merangkumi 2 peringkat, peringkat 1: An-Nas sampai Ad-Dhuha manakala peringkat 2: Al-Lail sampai An-Naba'.

.........................................................................

Pagi itu saya terlajak tidur sebab kepenatan malam semalam di ex-kolej. Tahfizthon mula pukul 10.30 pagi, so saya bajet2 nak gerak pukul 9.45 dari rumah.

Masa nak keluar tu sang ayah marah saya sebab tak pergi bengkel baiki kebocoran minyak kereta. Aiseh, di dalam kekalutan dan kedebaran yang nyata, saya pun terpaksa pergi bengkel dekat rumah. Check2 oil filter bocor. Aiseh.. Pak cik cine tu cakap kejap je baiki, so saya tunggula. Sangat takut tak sempat sampai. Tapi dah bagi excuse kat kak yus.

Dah bayar rm15, pastu terus saya pecut ke PI. Aaa. Pecut biasa je, tak lebih halaju kot.

Alhamdulillah sampai almost 10.35, lewat kejap. Tapi mama dah dimaklumin, so it's ok la.heheh. Masa tu dah ramai orang duk atas lantai sambil menghafal. I cannot hold anymore. Suddenly my stomachache like butterfly in my stomach.heh

Lepas mama explain terma dan syarat pertandingan, kami pun duduk ikut kumpulan. Ada 2 kumpulan campur 2 kategori tadi.

Bermulalah pertandingan di mana setiap kumpulan kena pilih soalan apa dorang nak, iaitu satu kumpulan 7 soalan. Ada soalan-soalan berbentuk baca keseluruhan surah berkumpulan, ada soalan teka nama surah, ada juga beberapa soalan bonus. Walaubagaimana pun kumpulan saya tidak menang dalam pusingan ini.huhu

Next round, kumpulan yang menang akan hantar 3 orang wakil bagi kategori 1 & 2, manakala kumpulan yang kalah (kumpulan saya) kena hantar 2 orang wakil setiap kategori.

Bagi kumpulan saya, ada 5 orang peserta kategori 2. Tapi dalam 5 tu semua macam tak nak ke final. Kami terpaksa decide sape nak jadi wakil. Mulalah ojus-ojus. Pilih-pilih. Saya memang takut gak, tapi saya rasa saya nak cuba jadi wakil. Sebab ada yang kata tak hafal lagi, saya rasa nak cabar diri gak untuk ke final. Lastly dorang pun pilih saya & K Syafiqah.

Sebelum final, kami diberi masa dalam 2 jam untuk prepare surah hafazan dan baca sedikit sebanyak tentang surah-surah tu sebab nanti akan ada soalan special untuk disoal. aiseh.

Masa tula saya dan kak NAMZ sama-sama tasmik ngan kak NAA. Masing-masing cuak melampau bila tahu nanti dia nak soal soalan pelik sikit.huu.

Tibalah masa final. Aaaa, entah betapa berdebarnya saya bila tau-tau hakim2 dia adalah mak cik2 sepang yang comel-comel.aaaa. Ada mak cik Midah, mak cik Maznah, mak cik Ani. pergh. Sungguh, saya rasa cuak sangat-sangat.>.<

Pastu final start ngan peserta kategori 1 dulu. Dengar dorang hafal dan cerita pasal surah tu (kena huraikan ayat yang dibaca), wow.o.O. Saya takutt sebab saya bukanlah begitu pandai mengexplain dalam keadaan cuak, ditambah dengan on the spot. Ini memang belajar berfikiran kritis nih. =.=''

Tibalah plak giliran kategori 2. Saya turn no 2. Erk. Peserta 1 kena baca surah al-Insyiqaq & surah al-Infitor. wow. Saya takut sikit dengan surah al-Insyiqaq sebab ada 2 ayat dia lebih kurang macam surah lain, senang confuse. Boleh plak pilih-pilih surah eh?huhu

Saya minta kak NAA pilihkan nombor untuk saya pilih sampul kat depan. Dia suruh pilih nombor 4.

Bila nama saya dipanggil, saya sungguh berdebar. Saya takut part kena hurai tu >.<. Sebab saya jenis hafal ayat, bukan hafal sekali ngan maknanya.gugu

Saya duduk di meja depan, menghadap juri dan penonton. Boleh plak tersengih-sengih kan, saje nak hilangkan cuak. ya Allah.

Saya pilih nombor 4.

Mak cik Midah pun bacakan sepotong ayat, pastu saya kena sambung dan ulang. Pada masa yang sama saya cuba intai muka surat kanan ke kiri yang mak cik buka, supaya senang sikit saya nak teka surah apa. Oh, surah at-Thoriq.

Tapi bila saya sambung tu rasa pelik pulak ayatnya. Eh? Ni surah apa? Tapi saya sambung je ikut hafalan. Muka dan berkerut sebab rasa aneh. Surah apa ni? Mak cik pun angguk je bila saya baca. Tak salah. Saya pun sambung jela dengan confidentnya. Last-last baru sedar, owh surah al-Fajr! =.=''.

Pastu mak cik suruh huraikan pasal ayat yang saya baca. Heheh. Saya dah mula sengih gelisah sorang-sorang. Mendape nak cakap dalam masa 2 minit?? Muthmainnah! ya, ketenangan! Cakaplah sikit pasal jiwa yang tenang. Pastu bebel sikit entah apa yang saya hentam.aaaa. Saya blank!

Pastu soalan kedua. Saya tengok mak cik buka surah an-Naziat. Ok, insyaAllah saya target surah ni gak sebelum ni. Bila mak cik baca, saya blur. Rasa terganggu dengan bunyi orang bercakap di belakang, sambil otak cuba recall ayat mana belah kiri tu.

Alhamdulillah dapat baca sampai habis. Tapi erk huraian? Saya pun hentam lagi, yang saya tahu mostly surah depan-depan tu cerita pasal qiamat. Saya pun tambah lagi ada 2 golongan. Muka berseri-seri, dan muka ketakutan. Pastu diam sengih-sengih dah takde idea. Lagi 5 saat, saya tiba-tiba teringat pasal tugas-tugas malaikat di permulaan surah.

Done.

Ya Allah leganya! Saya terus jalan ke tempat duduk dan rasa macam sangat lega. Malu plak mama aa kat belakang, mesti gelak dengar aku membebel sorang-sorang kat depan yang entah macam apa entah.>.<

Habis pertandingan. Saya takde letak harapan yang tinggi pun, sebab dah kantoi kat part huraian tu. Sebab pembahagian markah ikut hafalan, tajwid dan huraian.

Penyampaian hadiah. Kak yus saye dapat tempat pertama bagi kategori 1. Tahniah kakak! :D Kan dah cakap sebelum tu. Akak pun menghuraikan dengan baik di samping menghafaz dengan lancar.

Bagi kategori 2 plak, kak Syafiqah dapat no 3. Kak yang pandai menghurai cuma sedikit kantoi masa hafazan. Akak yang peramah, belajar kat jepun dulu, tua 2 tahun dari saya, baik orangnya. Bila panggil pemenang no 2, dia panggil nama saya. Waduh. Saya rasa cam tak layak sangat sebab huraian saya tu kantoi. kyaa. Malu-malu. Saya pun berjalanlah ke depan ambil hadiah dan senyum depan kamera. hewhew. No 1 dimenangi adik yang muda setahun dari saya, hafazan dia lancar, huraian pun ok.

Lepas tu semua buka hadiah, saya dapat buku Komitmen Dai Sejati oleh Muhammad Abduh. :) Ni memang buku yang tepat untuk saya, dan saya tak pernah lagi baca buku ni. Syukran jazilan penganjur! :)

 buku baru hey! 

MC bagi kata2 penutupan

Lepas tu ada yang balik, ada yang stay untuk iftar bersama. Dapat makan dalam dulang dengan akhawatachi! >u<. Makannya terasa sangat lazat dan nikmat. MasyaAllah, alhamdulillah!

Kemudian, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Saya terasa begitu penat, bila pulang terus pengsan.zzzzz

Something yang saya dapat ibrah daripada tahfizthon ni kan:

1- Hafal pun hafal jugak, tapi jangan jadi cam robot boleh ikut apa-apa arahan diberi tapi tak faham. er? Maksud saya jangan sekadar hafal, ingat, but at the same time intipati surah tu, ayat tu tak tahu. Tak ke tak memberi kesan langsung pada diri, hati orang itu? dush!

2- Rasa semangat nak menghafal lagi lepas beberapa ketika saya tersungkur.

3- Patutnya muda-muda lagi kena hafal al-Quran dah. Dah makin tua makin susah nak hafal, sebab makin banyak silapnya. xpaham? xpe.

4- Saya belajar untuk berfikiran kritis, berfikir dalam keadaan debor sangat nye. Kena duduk depan audience. Saya tak sukakan perhatian, tapi kena buat gak. InsyaAllah untuk pengalaman dan kebaikan jugak. o.O.

Tu je. Salam.

No comments: