Sunday, May 20, 2012

Longkang.

Kenangan silamku.
Mungkin juga jahiliyahku.
Sila jangan muncul tiba-tiba kembali.
Ataupun muncul dengan sengaja.

Kita semua kena berubah dan mara ke hadapan.
Bukannya kembali ke belakang semula.
Masuk ke dalam lubuk jahiliyah tu balik.
Bila kita dah dapat cahaya tu, dalam keadaan kita tengah bergelap sebelum ni, kenapa perlu masuk dalam kegelapan tu balik.

Macam nila..
Kita baru terjatuh dalam longkang besar, busuk sangat, ada banyak sampah.
For sure busuk kan?
Pastu kita balik rumah, bersihkan badan semua.
Dah mandi bersih-bersih pakai Dettol, pakai penyembur wangi, deodorant, baju baru.
Baju tu siap bergosok 10 minit plus tudung bergosok.
Nak duk depan cermin pakai tudung tu molek-molek.
Kalau tak jadi repair balik.
Dah lengkaplah.
Tiba-tiba keluar rumah je, tiba-tiba kita terjatuh dalam longkang lagi.
Mungkin longkang yang sama, boleh jadi gak longkang yang lain plak.
Tapi masih longkang.
Yang busuk, kotor.

Lepas jatuh dalam longkang tu, mestila kita nak mandi balik kan.
Tukar baju, mandi balik.
Ke nak biar diri dalam kotor tu sampai esok, bulan depan, tahun depan?

yeww. err, tak geli ke?

Kita kena positif.
Sekali kita dah tekad nak tinggalkan semua tu,
 kita dan tekad tak nak kembali ke dalam tu balik kan.
Ingat mudah ke begitu?
Tak semudah tula.

Sebab tula kita kena sangat menjaga hubungan dengan Allah.
Sebab Allahlah yang mencipta kita, manusia.
Allahlah yang menciptakan ujian, betul?
Milik Allah jugalah hidayah dan taufik tu, betul?

Tak mau masuk longkang lagi.
Geli taw tak?

Something to ponder monder~ ^_^

Jari yang menaip ni kelak akan dipersoalkan di sana. Silalah buat apa awak tulis ya Atiqah!

3 comments:

hambaNya said...

huu..susahnya nak istiqamah

AK said...

haah kan?sebab tu syurga itu mahal harganya, nak kena istiqamah selalu.>.<

AK said...
This comment has been removed by the author.