
Gambar darjah 6 lepas main lari-lari.Kita ambik gambar je.
(wani's)
Namun apa yang kupelajari dari Al-Amin itu jugalah sebenarnya lah yang telah membentuk peribadiku sekarang. Di sekolah itu jugalah, kita diajarkan tentang Sirah perjalanan Rasulullah, Akhlak Rasulullah, Aqidah yang mengenalkan kita kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah, Tajwid yang mana kami tahu setiap hukum-hakam dalam bacaan al-Quran, Fiqah di mana kita pelajari hukum fiqh dalam sepanjang kehidupan, terutamanya dalam bab bersuci dan macam-macam lagi. Kini baru saya mengerti mengapa dulu kita didedahkan kepada semua itu.
Kita juga tidak terlepas daripada aktiviti mukhayyam tahunan, qiamullail bulanan, ada minggu pemantapan ibadah, ihya' Ramadhan dan macam-macam lagi. Mukhayyam tu ada kita masak-masak guna bekas besi yang petak tu atas api yang kita pasang sendiri. Kita bawa sendiri bahan-bahan nak masak. Ada Berahim's la, ada sardin, makanan dalam tin. Best kan masak ramai-ramai? Seronoknya dalam bi'ah sebegitu, suasana begitu. Ingat tak lagi kawan-kawan? Kalau ada pertandingan, semangat betul senior-senior dan junior kita join. Ada persembahan nasyidlah. Huu, rindunya saat-saat itu!
Bila kita dah masuk sekolah menengah, kita belajar dalam kabin je. Tapi ada air cond! Tu yang best tu. Yang tak best tu asyik berebut dengan banin sebab nak dapat air-cond lagi-lagi lepas syabab fatayat dengan permainan. Makan dalam dulang ramai-ramai. Sampai macam-macam adegan ada kat dalam dulang tu. Malulah nak cerita kat sini! Kita solat sama-sama kat tempat solat kat ruang antara 2 kabin tu. Ingat tak? Ingat tak? Kalau kemahiran hidup kita memasak dan bertukang kat dalam bengkel kayu warna silver kat tepi pagar yang banyak berok petang-petang. Kalau sains pula kita belajar kat makmal sains yang kecil kat tepi bilik muallimah tu.
Bila nak form 3, kita dah pindah bangunan. Ingat tak rumah banglo tu kita bergotong-royong ramai-ramai bersihkan rumah tu. Kita dapat merasa banglo yang lama tu tapi baru digunakan sebagai sekolah masa form3. Kelas kita kat master bedroom. Lawak jugalah. Kelas tu macam sempit je. Tapi kita masih dapat belajar bersama-sama kan? Masa form 3 tu jugalah macam-macam perkara yang dah berlaku. Dekat asramanya, budak baru, banin?, dah nak PMR, ada kelas tambahan petang dan malam. Penat kan kita dulu? Tapi sibuk-sibuk kita dulu pun masih ada usrah, masih ada mukhayyam, masih ada qiamullail seperti biasa. Hari dan masa terus berlalu. Kita nak tulis semua pun belum tentu cukup page ni. Masa dah PMR, muallimah dan muallim tak habis-habis sibuk tanya kita semua nak sambung sekolah mana, kan? Yela, sekolah kita pun sampai form 3 je. Perasan tak, mereka tak habis-habis paksa kita semua pergi sekolah MGB gak? Perasan tak? Tapi tak ramai pun yang nak pergi. Kita pun tak nak pergi.
Lepas PMR, masing-masing dah pergi ke halatuju masing-masing. Banin semua pergi MGB. Banat pergi ke sekolah pilihan masing-masing. Ada ke MGB, ada yang ke sekolah agama biasa, ada yang ke sekolah kebangsaan biasa. Takpe, asalkan kalian pandai menjaga diri. InsyaAllah boleh survive.
Lepas SPM. Dah lama tak dengar khabar korang. Kita hanya contact dengan yang dekat-dekat je. Yang duduk jauh-jauh, dah lost contact. Hmm.. Apa khabar agaknya masing-masing ya.
Masa berlalu.
Kita mendengar, melihat dan memerhatikan sahabat-sahabatku. Uiks? Heh? Ya Allah. Astaghfirullah.
Kita terkejut. Kenapa semua dah berubah? Kenapa semua nampak lain daripada dulu yang kukenali?
Yang dulu menjadi harapan muallim muallimah, bercakap dan berhujah tentang agama bukan tak kurang hebatnya kini sudah berkapel-kapel.
Yang dulunya seorang yang bertudung labuh, labuh daripadaku dan sentiasa berstokin ke mana sahaja. Kini sudah semakin singkat tudungnya dan sudah tidak kelihatan alas kaki untuk menutup auratnya. Pakaian juga sudah mula menampakkan bentuk badan dan singkat.
Yang dulunya hebat berhujah, matang percakapannya,cukup kukagumi, kini sudah cakap perkataan yang kukira kesat, tidak seperti yang disarankan oleh Islam sendiri.
Yang dulu kukaguminya kerana sangat menjaga ikhtilat hubungan antara lelaki dan perempuan, kini sudah bebas bergaul.
Ya Allah. Kita rasa terkejut dengan semua itu. Kenapa ya? Tidak cukupkah tarbiyah yang telah diberikan di sekolah dulu? Rasanya dulu kita sudah cukup pakar dan faham dengan semua itu. Patutnya bila dah keluar dalam masyarakat baru, kita dapat pertahankan pendirian hidup kita.
Kita tak salahkan sesiapa pun. Cuma hati ini terdetik apabila semalam kita ada dengar seorang mak cik ni timbulkan satu persoalan.
"Di manakah sahabat-sahabat kita yang dulu sama satu sekolah dengan kita, yang kini masih berada di jalan dakwah ini? Yang masih berada di dalam tarbiyah? Berapa ramai?"
Kita terus terbayangkan korang semua. Korang. Korang. Korang tak rasa rindu ke? Korang rasa tanpa tarbiyah, mampukah kita terus hidup di dalam keredhaanNya? Memang kita boleh terus hidup. Namun apakah hidup kita itu akan diberkati dan diredhai Allah? Tahukah korang untuk apa kita hidup di dunia ini? Untuk mencari keredhaan Allah! Mungkin sekarang kita menuntut ilmu untuk mencari ilmu, dan mencari pointer-pointer yang tinggi untuk mencapai cita-cita masing-masing. Namun, jangan lupa tujuan kita dihidupkan di dunia ini; menjadi hambaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tak rasa sayang ke pada tarbiyah yang kita pernah dapat dulu? Dan tak rasa ke semua itu adalah nikmat hidayah daripada Allah? Jika Allah nak tarik, Allah akan tarik je.
Dalam rabitah itu ku membayangkan wajah-wajah kalian. Sungguh, kita rindu korang. Kita rindu kita semua di dalam tarbiyah dan fikrah yang sama. Marilah sahabat-sahabatku, kite merenung dan bermuhasabah sejenak. Apakah yang telah kita lakukan di dunia ini selama ini? Apa sebenarnya ibubapa kita susah-susah hantar kita semua ke Al-Amin selama ini? Mahal bukan yurannya? Kenapa ya? Apa yang lebihnya kita daripada mereka yang lain? Apakah sekarang kita masih lagi memiliki suatu kelebihan berbanding mereka yang di sekolah biasa? Ataukah kita telah menjadi sama seperti mereka?
Ya Allah, Kau satukanlah hati kami ini ya Allah. Hanya Kaulah yang berhak memberi dan menarik hidayah yang telah kau berikan. Teguhkanlah kami di jalan ini. Teguhkanlah hati ini ya Allah dalam meraih keredhaanMU. Kekalkanlah hidayah yang telah Kau berikan kami hingga ke hari kematian kami ya Allah. Aku begitu rindukan sahabat-sahabatku, kau berikanlah perasaan rindu yang sama kepada mereka. Jauhkanlah kami daripada kelalaian dunia, semoga kami bisa sentiasa mengingatiMu ya Allah.
Buat teman-teman Al-Aminku; Shy, Dila, Wani, Asma, Tihah, Nirah, Meerah, Ida, Qotu dan sape-sape lagi ya.

Ini gambar darjah 2,kat bangunan lama. Bersama Ustaz Zailani, Muallimah Yong dan Muallim Mustaza (ihsan orang lain)
Wassalam.
Atiqah yang sentiasa merindui kalian.(^^,)

7 comments:
salam.tiqah.
thanks sgt2.i've been waiting for someone to tell me this.and i really,honestly glad that you did.
nak cerita panjang.tp.eloklah kite beremel je.send emel kat kite eh.
syazwani.ms@gmail.com.
m waiting for ya. :)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
rindu kamoo dan juga sahabat2 semua..
Allah...tiada tuhan selain-Mu,
kerana Allah sayangkan kita..maka dicampakkan rasa risau,rindu,sayang...diantara kita...lantaran sayangnya Allah pada kita,terlalu banyak ni'mat yang dilimpahkan kepada kita...balasannya?Adakah aku mensyukuri ni'mat-Mu ini ya Rabb...
Ya Rabbi,ampuni dosa2 kami..yang lalai dan leka dari mengingatiMu.Ya muqallibal qulub...thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik...Ameen.
Atiqah,terima kasih sangat2 atas sharing..kerana rindu,risau,dan kasihMu sahabat kepada kami ini...kau titipkan ia di sini..
>>tolong kite..
Salam alaykum,
waaaaaaaa,saya rindu gak.Rindu rindu rindu.Saya rindu Al-Amin.Waaaaaaaa,nak Al-amin nak Al-Amin..
okay,ini komen yang x matured.Tapi post ini sangat matang.I like it :)
Kalaula saya mampu menulis post sebegini untuk diri dan batch saya sendiri.
Yang merindu Al-Amin sejak terpaksa keluar :'(
Assalamualaikum..
Wah, I miss you too Tiqah.. Sama mcm Wanie, I've also been waiting for someone to tell me to get straight.
Kalau awak nak cakap ape2 je kat kite, boleh je tau, sbb kite kan OBF. ^^,
Kalau ada ape2 yg awak rase kite silap, tegur je. I'll do the same for u tp awk mmg dah elok pun..
nak leave komen jua...ehem2...rase mcm xbermakna kot kater2 nih...tp..tgg shai hbs praktikal...ok?ok?
hehe
salam...kak atiqah....even though is not really meant to me...thz 4 reminding indirectly....syukran ya ukhti.........
InsyaAllah sahabat-sahabatku.Kita sebenarnya dah lama berfikir, cuma mencari idea dan kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku selama ini. Sesungguhnya segala hidayah itu datang dari Allah. Terpulanglah kepadaNya nak beri atau tarik hidayah tu. Kita pun pernah ditarik dulu, namun ada yang membawaku kembali.
Jangan risau, pintu rahmat dan taubat itu masih luas. Selagi kita bernyawa, selagi kita berpeluang melakukan apa2, ambillah peluang ni untuk sama2 kembali kepada fitrah.
Doalah semoga Allah tetapkan iman kita selama-lamanya. Takut kan mati jika bukan di dalam iman?
Lagi satu, nak share satu hadith;
"Jika Allah ingin berikan kebaikan kebaikan kepada seseorang, Allah akan berikannya kefahaman kepada agama."
Apakah bila kita sudah hilang dan ilmu agama kita, maknanya Allah sudah tidak mahukan kebaikan kepada kita? Kita yang kena cari sendiri, bukan melarikan diri dan membuat2 tak tahu. Jom amalkan apa yang kita pernah belajar dulu!
Manusia itu tak lepas dari sifat lupa.Semoga diberi kekuatan oleh Allah.
wassalam.
Post a Comment