Gambar.
Maksud saya gambar yang ditangkap bersama teman-teman.
Semasa program, semasa apa-apa event, ataupun random punya gambar.
Saya akan simpan dalam laptop saya, buat folder khas.
Saya akan simpan untuk satu tempoh, baru saya akan buka.
Masa tengok balik gambar-gambar lama, kadang-kadang bermacam aura muncul.
Kadang-kadang gambar tu..
Mampu memberikanku motivasi tanpa suara.
Mampu memberikanku satu tazkirah, lebih-lebih lagi jika gambar itu
sangat terkena dengan diri.
Mampu mengimbau kembali kenangan silam,
yang seronok, yang tak seronok pun boleh.
Dan paling best, saya boleh melihat kembali apa yang saya dah buat dulu
yang mungkin sekarang saya dah lupa saya pernah lakukannya.
Natsukashiiii... Mengimbaukan... Rindu...
Ada sorang kakak cakap, sebelum capai usia 30 tahun ni, cuba beramal sebanyak mungkin. Buat sesuatu achievement dalam hidup kita. Supaya masa kita 30 tahun nanti, kita boleh rasa puas, gembira dengan apa yang kita dah pernah buat.
Ada sorang kakak lagi cakap, dia suka simpan gambar-gambar, bila dia rasa lemah dia akan tengok balik gambar-gambar lama itu, untuk mencari kekuatan.
Yes. Saya pun dah buat tu, dan memang. Gambar itu mempunyai satu kuasa luar biasa.
Dan kata-kata mereka ini juga menjadi motivasi dalam hidup saya.
To dare to be different, to dare to do something new, in order to create a better, memorable experiences for me to smile, in my 30.
Which is 5 years to go.
Hehhhh? Baru rasa macam umur 21 tahun.
Tapi dalam banyak-banyak tahun saya kat universiti kan, saya paling suka tahun 2015.
Kenapa?
Sebab tahun 2015 kemuncak segala puncak dalam hidup saya, buat masa sekarang.
I've learnt so many things about life.
Rasai banyak cabaran dalam hidup, yang saya selalu fikir nak berputus asa.
Tapi saya tetap hadapinya dan melepasinya. Alhamdulillah.
Hidup bukan sampai situ saja.
Semakin kita hidup, semakin akan ada banyak ujian menanti.
Have faith, never give up. Hidup mengajarku. :)
Gambar paling suka.
Kenangan paling manis.
Orang yang paling sayang dulu.
Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment