Nabi Musa ada kisahnya di sebuah negeri telah terbunuh seseorang yang sebelumnya mahu ditolong.
Kemudian baginda melarikan diri dari negeri itu dalam ketakutan yang amat. Lari dalam ketakutan kesalahan yang telah dilakukannya. Lari tanpa arah ke satu tempat yang amat jauh.
Tapi dia berserah diri kepada Allah.
Dan sampailah baginda ke satu tempat yang ada perigi, yang ramai orang sedang mengambil air di situ, ketika itu dia kehausan dan kelaparan dan kusut memikirkan masalah:
1- Telah terbunuh orang
2- Melarikan diri daripada kesalahan membunuh
Sampai situ baginda ternampak 2 orang gadis yang sedang tunggu turn nak ambil air untuk ternakan mereka. Tapi ramai orang kan, so macam kena tunggu jela.
Nabi Musa pun bantu la gegadis tu ambil air, tatkala dia tengah stress tu.
Dan lepas tu salah seorang gadis tu memalu jumpa dia kata ayahnya nak jumpa Nabi Musa. Ayah gadis tu adalah Nabi Syuib.
Dan dinikahi anak gadis Nabi Syuib.
..............................................................................................................
Secara ringkas cerita Nabi Musa ni.
Seorang manusia mungkin akan ada satu fasa di mana dia amat sangat stress, dengan masalah.
Masalah peribadi ke, masalah tempat kerja je, tempat belajar ke.
Memang kita takkan boleh lari daripada masalah.
Tapi, bila kita diberikan tugasan lain, maybe kita cuba buat sebab orang lain pun buat, kadang-kadang dengan alasan buat ini akan dapat melupakan masalah lain.
Tidak. Masalah tidak akan pernah selesai selagi kita tidak menyelesaikannya.
Sebab pengakhirannya, kita takut-takut sebab masalah awal tak diselesaikan, kita terus shut off in the end memberi kesan kepada D.
Kita tend untuk peram masalah sampai lama-lama kita dah tak tahan dan BOOM!!
Macam mana Nabi Musa buat bila ada masalah?
Nabi Musa berdoa kepada Allah, macam dalam surah Al-Qasas, 28:24. Doanya semoga Allah memberikan yang terbaik.
Apapun, bila ada masalah, kesusahan, banyakkan berdoa, bermunajat kepada Allah.
Pokoknya, Allah lah yang menciptakan itu semua, dan Dia lah yang memberi jalan keluar. Tawakkal kepada Allah. Back to Allah.
Amalkan doa Nabi Musa ni.
Lepas tu Nabi Musa pun dah bebas daripada masalah dia, dan berkahwin pula.
Keberkatan itu datang daripada kebergantungan diri kepada Allah
#bukulapislapiskeberkatan
No comments:
Post a Comment