Hehe. Baiklah akak. Takut gak ni. Seram-seram panas da..
Saya terlewat hari itu pun sebab saya naik KTM dari rumah. Masa abah hantar, KTM baru sampai. Tak sempatlah saya yang berbaju kurung nak berlari sakan masuk ke dalam train. Itu train jan 8.02 pm. Saya terpaksa tunggu train seterusnya jam 8.32 pm. Tapi train tak kunjung tiba juga mengikut masanya. Dah lambat! Saya stress kalau lambat. Saya lambat kerna KTM. Arghh. Dan di situ juga saya menangis.
Saya menangis sebab saya takut menzalimi masa orang. Dahla dah janji nak datang 8.30. Lambat. Terketar-ketar saya taip mesej kat naqibah yang saya lambat. huks.
Bila train sampai, ianya train baru 6 koc. Wow. Terasa seronok dan terubat sikit perasaan sakit hati kat KTM ni. Teruja sorang-sorang sambil dengar lagu.
Next usrah, saya pergi dengan seorang ukht berkereta. Dia ambil saya di kolej agak lewat. Dan kami masih terlewat beberapa puluh minit. Huk. Saya rasa serba salah gila. Takut sangat naqibah tegur lagi tentang masa. Hmm. Tapi semua orang macam relax je, takde minta maaf lewat?
Usrah seterusnya, saya pergi ke sana menaiki KTM bersama seorang ukht. Saya cuba datang seawal mungkin ke stesen Serdang, supaya tak terlambat lagi dan solat maghrib di stesen itu. Sebab target saya kali ini, saya mahu datang awal! Ya.
Selesai solat maghrib, ukht yang mahu pergi bersama masih tidak muncul. Katanya selepas maghrib akan sampai. Hmm. Saya terus menunggu. Train seterusnya pukul 7.50 pm. Tapi ukht masih belum sampai. Udah beberapa mesej dihantar. Kalau terlepas yang ni, lagi 30 minitla tunggu. Pasti akan lambat lagi.
Akhirnya train sampai dan saya hanya memandangnya dengan perasaan hampa. Saya patut naik train ni.. Tapi saya kena tunggu ukht. Kenalah sampai sama-sama, senang akak tu nak amek. Tak payah berulang kali pusing.
Dah terlepas train tu, saya termenangis lagi. Saya tak suka orang menunggu saya. Saya akan rasa bersalah kalau lambat. Kalau awal saya tak kisah, tapi kalau lambat saya akan rasa sangat-sangat bersalah. Mesti orang yang menunggu tu dah ada perancangannya. Mestilah dia ada mende lagi nak buat lepas tu. hish
Dalam menangis sambil dengar lagu dan memegang nota (esok ada test nyer), saya mesej ukht itu. Dan alhamdulillah dia dah sampai. Dia terlewat kerana habis kelas lambat.
Dan train seterusnya lambat pula tibanya. Penuh pula tu. Tapi alhamdulillah kami dapat masuk.
Tapi dalam hati saya tak habis-habis rasa tak enak sehinggalah kami tiba ke destinasi dan diambil naqibah.
Awal-awal lagi saya dah minta maaf. Maafkan saya! Saya dah usaha untuk awal, tapi.. itulah yang terjadinya.
............................................................................................
Beberapa perkara yang dapat dikupas:
1) Bila kita dah janji dengan orang nak berjumpa di waktu sekian-sekian, adalah baiknya kita penuhi janji itu. Kerana ianya adalah janji. Kita dah setuju masing-masing nak berjumpa di waktu sekian, kita kenalah memenuhinya.
2) Walaupun orang yang kita janji tu seorang yang baik amat, orang yang kita kenal, tapi kita tak boleh sewenang-wenangnya menzaliminya dengan memungkiri janji. Orang tu mesti dah ada target dia, mula pukul 8.30 hingga 10.30 je. Tapi bila kita dah lewat, benda tu akan drag...... sampai masa habisnya pun lambat. Mesti dia pun dah penat sangat dah lepas tu. Nak rehat. Kesian kan.
3) Kalau janji pukul 8, janganlah pukul 7.55 baru nak gerak ke tempat tu kalau dah tau jauh.
4) Kadang-kadang, apa yang kita rancang tak semuanya akan smooth dan lancar. Mungkin akan ada cabarannya. Macam dalam cerita saya, saya dah usaha untuk awal, tapi mungkin KTM, orang lain menjadi faktor untuk saya lebih lambat. heh
5) Masa - menunggu. Itu juga menuntut suatu kesabaran. Saya tak sabar ya, sebab tu saya menangis? Saya cuma rasa tertekan sebab saya bakal membuatkan orang menunggu saya. Saya tak suka itu. Tapi mungkin Allah nak uji saya kan? Nak uji tahap kesabaran saya. Nak uji tahap keikhlasan saya, betulkah saya ikhlas nak pergi? huwa
6) Nak menuntut ilmu, memang pasti ada ujiannya. Nak ikutkan, bila kita nak buat benda baik je, pasti akan ada ujian dan cabaranlah. Tak bestlah hidup tanpa ujian, tak meningkatlah diri tu kan.
Baiklah, take it positively. Yang penting sentiasa "usaha" untuk awal. Semoga Allah permudahkan.
Allahua'lam..
No comments:
Post a Comment