Iqbal, adik bongsu saya yang bakal tidak bongsu lagi selepas ini. Darjah 3. Pagi ini dia membuat lagi satu sejarah yang amat membuatkan mata-mata yang melihatnya merasa geram, bengang, yang penting tiada siapa yang akan gembira tersenyum melihatnya.
Entah kenapa, sejak kecil dia begitu liat hendak ke sekolah. Masa tadika. Abah terpaksa ambil cuti nak suruh dia ke tadika. Betapa bersabarnya orang di sekeliling Iqbal mahukannya ke sekolah.
Masa ummi masih ada, saya pernah terdengar Iqbal mengadu pada ummi:
"Iqbal tak nak pergi sekolah dah lepas ni. Ibal tak suka pergi sekolah. Ibal nak duduk rumah je."
Betapa terkejutnya ummi dengan lontaran kata-kata itu, lantas ditegurnya kata-kata anak bongsunya. Hei, awak kecil lagi dah pandai berniat-niat nak ponteng sekolah ke?* bisik hatiku.
Tapi di sekolah dia nampak seronok saja bersahabat dengan kawan-kawan sekelasnya. Balik-balik rumah bukan main pekat loghat Ganu dia, membuatkan kami yang tidak arif berloghat Ganu terasa tidak selesa. Namun, biasalah tu. Budak-budak, mudah je nak ikut apa kawan buat, kawan cakap.
Tahun ini, sejak kami berpindah ke Bangi, Iqbal pun terpaksa berpindah sekolah ke SRI Al-Amin Bangi. Di sekolah barunya, dia kelihatan kekok sekali. Kerja rumah malas nak buat. Bila disuruh, katanya tiada, ataupun tertinggal bawah meja.
Bulan pertama dia sudah menyatakan hasrat tidak suka ke sekolah itu. Alasan-alasannya:
- Dia malu sebab dia cakap Ganu, kawan-kawan tak faham. Nak cakap "kan", asyik "kang". Pernah sekali tu, dia cakap dengan kawan sekelasnya.
"Ana kabo doh"
Tapi kawan-kawan dia sudah tersilap tafsir, Iqbal cakap "bodoh". Lantas diadunya kawan Iqbal pada guru di dalam kelas. Iqbal merasa sangat terasing kot?
- Mata dia kena gigit pirah, maka membengkak dan nampak tidak handsome. Dia malu kerana itu. Pernah mengunci diri dalam bilik selepas dipaksa untuk ke sekolah juga.
Kisah pagi tadi. Dia tak habis-habis kata dia demam dan berharap sangat-sangat untuk tidak ke sekolah. Tapi tengok dia ok je, panas pun tak mana. Dari malam semalam dia beria-ria cakap dia tak ke sekolah hari ini.
Bangun saja dari tidur pagi tadi, saya suruh dia mandi seperti biasa. Terkejut dia sebab dia terpaksa pergi ke sekolah juga, walaupun ibu dah cakap dia tak demam pun. Dia berkurung di dalam tandas, tak buat apa-apa. Sengaja melengahkan masa.
Ibu sudah tidak larat melayan Iqbal yang setiap hari berkelakuan aneh begitu, disuruhnya saya untuk memaksa Iqbal.
Lepas itu, berbagai alasan diberi untuk lebih melengahkan masa. Menangis macam apa, nak membuktikan dia demam. Bila bas sudah datang, mulalah dia berpaut ke sana sini. Meraung :"Ibal demamlah! Ibal demamlah!. Kami terpaksa bergelut dengan dia untuk memaksa dia ke sekolah.
Akhirnya, selepas lama makcik bas tunggu, kami dah penat nak bergelut, Ibal makin ganas bertindak, kami terpaksa akur saja. Dia ternyata telah merancang akan hari ini; hari tidak bersekolah sebab demam. Kesabaran benar-benar teruji. Fuh.
Akhirnya, Iqbal dipaksa menyiapkan kerja sekolah sepanjang hari ini. Walaupun dia ada juga terpesong bermain dengan kucing, tidur.
Aduhai Iqbal...
Kalaulah dia tahu, dia sekarang sedang dalam proses tarbiyyah..
Yang membentuk dia supaya menjadi seorang manusia yang manusia..
Supaya kelak dia juga akan memuslehkan orang lain..
Kalaulah dia tahu kenapa abah hantar dia ke Al-Amin dan bukan sekolah biasa..
Tanpa ambil kisah berapa jumlah kos perlu dibayar supaya penerusan tarbiyyah dari kecil itu ada..
Kalaulah dia tahu tahu, kami sangat sayangkan dia..
Mahu dia jadi insan berguna kepada masyarakat kelak..

Anak-anak sekarang bakal mencerminkan masyarakat di masa depan..Woo
Merekalah yang bakal membela ummah di masa depan, insyaAllah!
Wassalam.

5 comments:
comel iqbal...hehe..dl xsamer ngn skrg..kier tkt wat gitu..zaman lening xtkt lgsg..hehe..kiter pon jeles ngn adk kiter dpt jer ct taw..kter nh?ct biler dh btl2 thp skt jer br dpt ct..huhu..time2 nih die xphm..tp..biler besau nanti pasti jd insan yang berguner..bkn senang tuh..hehe.insyaAllah...
:)
alasan senang diberi.jangan mudah terpedaya.kena lebih tegas ke?
SALAM..didiklah dia dngan baik..insyaALLAH..budak nakal la yang akan menggegarkan medan ini dengan tarbiyyah..fahami perasaan si kecil bukan hanya kita sahaja yang nak difahami..
takes time kot dia nak addapt dengan situasi baru..dan mungkin ada sesuatu yang buat dia tak mau p sekolah..tanya dengan baik dan nasihati dan motivasikan dia...put ur self in his shoues dear...
insyaAllah.
sebenarnya dah cuba memahami dia,kadang2 dia buat fiil balik, i just consider tentang ibu yg tengah pregnant nak layan karenah dia.sabar itu sangat2 diperlukan sekarang..
insyaALLAH...semoga dipermudahkan~
Post a Comment