Malam itu sekali lagi kecewa kerna ceramah yang sepetutnya disampaikan oleh Dr Hafidzi bertukar kepada penceramah lain. jeng jeng jeng
'Ala kulli hal, ada tazkirah ringkas selepas solat isya' by Ustaz Farid. Tazkirahnya ringkas, tapi padat. InsyaAllah ada manfaatnya.
Mula-mula ustaz cakap pasal penyakit kronik macam kencing manis, penyakit jantung, kanser. Semua penyakit kronik ni memang macam dahsyat kan? Tapi kalau kita lihat kesan jangka panjang, orang yang sakit kronik ni mungkin deritanya hanya di dunia, tapi mati nanti dah tak menderita penyakit tu. Kiranya endpoint penyakit kronik tu adalah MATI.
Tapi, penyakit yang lebih dahsyat daripada tu, penyakit HATI sepatutnya lebih ditakuti oleah manusia. Sebab apa? Sebab, penyakit hati ni kat dunia pun ada, dan dia akan effect, memberi kesan kepada kehidupan di akhirat kelak.
Fuh. Fuh. Fuh. Kenapa pulak camtu ustaz? Kurang faham.
Maka ustaz pun terangkan surah asy-Syams. Dari ayat 1-7 Allah bersumpah demi ....macam-macam tu..
Di ayat 8 pula: Allah bagi ilham kejahatan dan ketaqwaan. Kat sini ustaz ulas sikit, sebenarnya orang yang menghisap dadah, membunuh dan yang buat bermacam jenis kejahatan tu tahu je semua benda tu adalah kejahatan. Sama juga dengan kebaikan, manusia dapat bezakan dan tahu mana satu jahat, mana satu baik. Diilhamkan ke hati manusia semua itu.
Namun, di ayat 9 : untunglah bagi yang menyucikannya. Beruntunglah siapa yang menjaga hati mereka, yakni tidak berbuat kejahatan itu dan berbuat kebaikan. Allah mention, untunglah! Untung itu di mana? Di dunia yang fana inikah? Pastinya keuntungan di akhirat kelak!
Oh, OSEM!
Manakala di ayat 10 : rugilah bagi yang mengotorinya. Ayat ni terbalik dari ayat 9 tadi. Siapa buat jahat, sudah pastilah dia akan rugi di akhirat kelak. Banyak buat dosa. woo. Hati yang kotor itulah yang mendorong manusia buat jahat. tssk
Lagi, kita kena cuci jiwa, cuci hati setiap masa, setiap hari!
Kata nak jadi orang yang beruntung kan? Ke tak nak? Tepuk dada, tanya iman. gulp
Nak sucikan hati macam biasa semua tahu, buat apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan larangannya, di samping tambahan amalan-amalan sunat.
Apa ujian kita ek? Kata ustaz, ujian kita adalah benda-benda haram. Betapa kita terpaksa menahan nafsu, iman nak menghadapi benda haram tu. Kalau takde iman, maka akan terjadilah perkara haram tu.
Syaitan (rujuk surah an-Nas juga antara musuh utama).
Jaga hati, dengan sentiasa berada dalam majlis ilmu. Usrah, khatibah tu jangan pernah miss.
Renungan terakhir, nabi Adam dulu kena buang dari syurga hanya kerana melanggar 1 larangan Allah. Tapi kita? Mustahil 1 je dosa kita pernah buat kan?
wuu
Renungan bersama. Semoga beroleh manfaat insyaAllah.
Tangan yang menaip ini akan lebih dipertanggungjawabkan atas apa yang ditulis.
No comments:
Post a Comment