Sunday, April 15, 2012

Sedang seronok berjalan-jalan di blog-blog dan laman-laman, sambil nak baca kisah Sa'ad bin Muadz, tiba-tiba henpon berbunyi.

Ada call daripada Q.

Eh, kenapa dia ni call? Tak pernah call pun. Tapi selalu mesej. Debarnye.

"Hello, assalamualaikum?"

"Hello..bla..bla..bla..sobs,,sobs..bla..bla..bla..sobs..sobs.."

"Hah, apa? Kenapa ni Q?" Suara di sana kedengaran sedang menangis yang dahsyat. Bunyi macam ketakutan yang amat.

Saya kaget. Saya biarkan teman ini menenangkan dirinya. Biarkan dia luahkan apa yang terpendam dalam dirinya. Biarkan dia tenangkan dirinya. Cuba memahami situasi yang dihadapi pentelefon.

Jelaslah dia sedang menghadapi satu masalah yang berkonflik dalam dirinya. 2 hari lepas ada dia minta pendapat saya tentang sesuatu. Tapi saya tidaklah menyangka masalahnya sebesar ini. Sampaikan dia meraung-raung, menangis-nangis.

Ya Allah, semoga kamu tenang Q. Sabar ya.

Saya pasti kamu mampu menghadapinya, cuma mungkin kamu tidak kuat menghadapinya sendirian.

Andai ku ada sebiji skuter, mahu saja ku drive ke tempatmu sekarang.

Takde skuter pun, andai ku ada sebiji kereta myvi, mahu saja ku drive ke tempatmu pada masa itu.

Mahu saja ku peluk dirimu, berharap dapat memberi ketenangan ke dalam dirimu. Harap-harap you  tak baca post ni. heh

....................................................

Kalau sahabat kita minta nasihat, berikanlah nasihat. Kerana itu hak seorang muslim, menasihati bila sang sahabat meminta nasihat.


jom pi sana~

No comments: